Anda di halaman 1dari 16

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

Kamus Isu : perkara pokok / persoalan yang dibincangkan.


dewan Cabaran : sesuatu unsur / faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan
(2007) sesuatu organisasi.

 Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah membangunkan potensi individu


melalui pendidikan berkualiti.
 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bermatlamat melahirkan modal
insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti.
 Pendidikan yang berkualiti – usaha dan pemangkin untuk membangunkan generasi alaf
baharu.
 2 cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional
(1997) :
a) Ledakan ilmu yang berbentuk global
b) Masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat
madani.

1.1 Integrasi Nasional


 Merupakan 1 proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar
belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan
norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.
Jawatankuasa  1 proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia
Integrasi Nasional yang berbilang kaum.(Semenanjung Malaysia dengan Sabah
(Jun,1991) dan Sarawak)
 Bertujuan membentuk 1 bangsa Malaysia mempunyai
identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara.

Faktor keperluan Penerangan


1) Akibat  Masalah konflik kaum – 13 Mei 1969
keretakan integrasi  Peristiwa Kampung Medan – 12 Mac 2001
nasional  Prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis
 Kurang semangat patriotisme
 Fahaman politik yang melampau
 Peranan media massa – mensensasikan isu-isu perpaduan
2) Ketidakpuasaan  Sumbangan dalam pembangunan negara – Sabah dan
hati Sarawak (kaya dengan sumber asli)
 Pembangunan Sabah dan Sarawak ke terbelakang
 Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera dalam
sosioekonomi – diskriminasi oleh kaum-kaum lain
3) Perbezaan budaya  Kurang pendedahan terhadap aspek kehidupan masyarakat
dan di wilayah-wilayah tertentu.
agama  Salah faham
 Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama
lain
 Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang
 Mengamalkan cara hidup tradisi yang berkait rapat dengan
alam semula jadi
4) Kedudukan  Terletak terlalu jauh dari pusat pentadbiran
geografi  Sabah dan Sarawak terpisah dengan Semenanjung Malaysia
oleh Laut China Selatan
Halangan-halangan Penerangan
integrasi nasional
1) Perbezaan budaya  Kumpulan etnik – agama dan kebudayaan yang berlainan
dan  Kaum – adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem
agama nilai yang berbeza
 Kurang mengenali dan memahami
 Hanya menganggap mereka sahaja yang terbaik
2) Dasar penjajahan o Dasar pecah dan perintah – menjarakkan kumpulan etnik
British demi kepentingan dan keselamatan British
o Interaksi antara kaum terbatas
o Lahir sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat
tempatan yang berbilang etnik.
3) Sistem Laporan Razak (1956) – tidak wujud 1 sistem pendidikan
pendidikan, nasional di Tanah Melayu
prasekolahan dan Sekolah dan kurikulum berlainan
bahasa Jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan
yang berlainan Menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama
rakyat
Mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza
tanpa mempedulikan pembentukan warganegara yang
beridentitikan 1 negara
4) Amalan  Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan
ekonomi yang mendiami kawasan yang berlainan
berlainan  Mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
 Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang
berlainan jenis ras
 Mengakibatkan perpaduan negara terancam
5) Perbezaan politik  memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan
mengikut bangsa, perasaan syak wasangka
kaum  setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
dan etnik kepentingan kumpulan tertentu sahaja
 Parti-parti politik – pelbagai isu sensitif (bahasa, budaya,
ekonomi dan hak keistimewaan) sehingga memburukkan
masalah perpaduan
PIPP
 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membina negara bangsa kini dijadikan teras
pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
 Pembinaan Negara Bangsa – melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu,
harmoni, dan cinta akan negara,
 Pembinaan Negara Bangsa dalam konteks PIPP adalah untuk menyokong hasrat negara
bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan
serta membangunkan sumber manusia yang dapat memenuhi keperluan negara.
 Melalui pendidikan, pembinaan negara bangsa bermatlamat untuk melahirkan murid yang
memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai
moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
 Dalam PIPP, Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus kepada 4 perkara utama :
1) Memperkasa Bahasa Kebangsaan
2) Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional
3) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bahasa
4) Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekataan Islam Hadhari

Dasar Pelajaran Kebangsaan


 Untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan murid di sekolah.
 Antara pelaksanaan yang dijalankan :
a) Sukatan pelajaran
b) Buku teks
c) Peperiksaan
d) Pakaian seragam
e) Sistem latihan guru
f) Bahasa pengantar yang sama
 Pupuk integrasi nasional melalui dasar pelajaran :
i) Sistem pendidikan kebangsaan
ii) Agenda memperkasa Sekolah Kebangsaan
iii) Penerapan nilai
iv) Mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan
v) Aktiviti kurikulum dan kokurikulum
vi) Konsep Sekolah Wawasan
 ancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem
pendidikan untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini.
 Rancangan Malaysia ketiga :
i) penggunaan bahasa Melayu sebagai pengantar utama
ii) pembentukan keperibadian
iii) pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama
iv) penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak (akhir tahun 1960-an – sistem
pendidikan)
 Usaha yang dijalankan oleh KPM untuk memastikan matlamat perpaduan kaum dan
integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan :
a) Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan – kurikulum kebangsaan (semua
jenis sekolah dan sistem penilaian / peperiksaan yang seragam)
b) Menjadi agenda memperkasa SK – teras dasar pelaksanaan RMKe-9 bagi
merealisasikan matlamat menjadikan SK sebagai tempat memupuk perpaduan
kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan
akademik
c) Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada 2003 di
peringkat SK dan SMK – memberi kesedaran kepada para murid tentang hak dan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya
semangat patriotik, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum
d) Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara
sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian
e) Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan :
 pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi
nasional.
 penempatan 2 / 3 jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan
pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas.
 Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang kepada murid pelbagai kaum
bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.
 6 buah Sekolah Wawasan yang aktif beroperasi – Perak (2), Kedah, Pulau
Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
f) Melaksanakan aktiviti bagi menerapkan semangat patriotik secara berterusan melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum :
Perhimpunan mingguan – perbarisan, menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan
serta lagu patriotik.
Sambutan Bulan Kemerdekaan (SBK) – aktiviti bahasa dan budaya (deklamasi sajak, pidato,
syair dan nyanyian)
 Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional, KPM melalui PIPP telah memberi
fokus kepada Teras Membina Negara Bangsa dengan menggariskan :
a) 4 strategi
b) 16 pelan tindakan memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
c) 39 aktiviti
Pelaksanaan aktiviti :
 Pengurusan sekolah harian
 Bahagian teknologi pendidikan
 Bahagian buku perpaduan negara & Integriti Nasional (JPNIN)
 Jabatan Penerangan Malaysia
 Institut Integriti Malaysia
 Dalam PIPP, program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) –
menyemai semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid sekolah.
 Program RIMUP :
i) Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/2005 : Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) KP (BS-DSR) 8787/008/2 (21) – 23 Disember 2005
ii) Buku Panduan RIMUP (2005) – Bahagian Sekolah
iii) Modul Aktiviti RIMUP (2007) – Bahagian Sekolah
a) Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
b) Modul aktiviti kesukanan dan permainan
c) Modul aktiviti kokurikulum
d) Modul aktiviti khidmat dan masyarakat
e) Modul aktiviti meningkatkan patriotisme
 Penubuhan Kelab Rukun Negara – di sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000)
 Program RIMUP :
i) semangat muhibah akan diwujudkan secara sedar dan terancang melalui aktiviti yang
membolehkan murid pelbagai kaum di sekolah mencapai persefahaman dan toleransi
ii) berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan aktiviti
secara bersama-sama
iii) e-Integrasi
iv) pemeriksaan Program RIMUP- Jemaah Nazir Sekolah untuk mengenal pasti sama
ada pengurusan, perancangan, pemantauan, dan penilaian Program RIMUP
dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan

Dewan Bahasa Institut Majlis Buku Kementerian Kementerian


KPM dan Pustaka Terjemahan Kebangsaan Kebudayaan, Pengajian Tinggi
(DBP) Negara Malaysia Kesenian dan Malaysia
Malaysia (MBKM) Warisan
(ITNM) (KPTM)
(KeKKWa)

Memperkasa Bahasa Melayu – Bahasa Pengantar Utama, Bahasa Ilmu, dan Bahasa Bahasa
Perpaduan

Bahasa Melayu :

 Bahasa rasmi – Fasal 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
 Bahasa kebangsaan – bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen dengan syarat
bahawa :
i) Tiada sesiapa pun boleh dilarang / ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar / belajar, apa-apa
bahasa lain
ii) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri bagi
memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum
lain dalam Persekutuan
 Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978) [Akta 213] dan
diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 [Akta
A930] :
a. Untuk membina dan memperkaya Bahasa Kebangsaan
b. Memperkembangkan bakat sastera, mencetak dan menerbitkan bahasa
bacaan dalam Bahasa Kebangsaan
c. Menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul

Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional


a) Sekolah Sebagai Alat Perpaduan

b) Sistem o Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar


pendidikan yang o Untuk membentuk 1 generasi baru yang mempunyai keperibadian
sama Malaysia
o Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk
mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut
dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya
c) Penggunaan o Sebagai bahasa ilmu yang lengkap
Bahasa Melayu o Sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat
kekitaan dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum
d) Pendedahan o Perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu,
kepada nilai berbudi bahasa, cintakan keamanan, benci kekejaman, jujur,
bertanggungjawab
o Melalui kokurikulum, murid dari setiap kaum digalakkan bercampur-
gaul dan menceburkan diri ketika menjalani aktiviti- aktiviti di
sekolah.
e) Seminar / o Berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia
Forum o Menganjurkan pertandingan / peraduan menulis esei
f) Kelab Rukun o Menyebarkan maklumat dan kefahaman tentang Rukun Negara.
Negara o Mengupas pengetahuan Rukun Negara melalui aktiviti ceramah,
syarahan dan bahas.
o Mengadakan kempen “Cintai Warisan Bangsa dan Negara”.
o Memperbanyakkan program berkonsepkan patriotisme melalui
aktiviti kokurikulum yang dijalankannya.
g) Kem Motivasi, ceramah dan gotong-royong
h) Amalan Ziarah dan Meraikan Perayaan bersama-sama
i) Pertandingan menulis esei adat resam suku kaum
j) Mendokumentasikan kehidupan suku kaum dalam penerbitan bahan bacaan
k) Adat resam masyarakat Malaysia
l) Pendemokrasian Pendidikan
m) Sekolah dapat o Agar semua kaum menikmati kemudahan yang sama dalam
kemudahan yang pendidikan (bersekolah di bandar / di luar bandar mempunyai reka
sama bangunan yang sama)
o Alat-alat yang dibekalkan (kerusi, meja, almari)- seragam

n) Sekolah satu aliran


o) Semua dapat hak yang sama
p) Sekolah Wawasan, kongsi kemudahan
Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional
i) Program  Melalui program ilmiah : ceramah motivasi, aktiviti keagamaan,
permuafakatan makan beradab, gotong-royong,majlis perkahwinan.
masyarakat  Pihak yang terlibat : masyarakat setempat, ahli PIBG dan pihak
pengurusan sekolah sendiri.

ii) Hari Keluarga  Melibatkan seluruh ahli masyarakat setempat, Kelab Rukun
dan Sukan Tetangga dan RELA kawasan.
Rakyat  Dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan
tugas.
 Dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan
perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga
masyarakat.
iii) Acara  Permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan
Kebudayaan dan setiap kaum di Malaysia.
Kesenian  Dapat berhibur, memahami dan mematuhi peraturan yang
digariskan.
 Dapat mengenali kebudayaan masyarakat dari kaum yang
berlainan.
iv) Majlis Sambutan  JKKK & NGO – mengaturkan program yang melibatkan seluruh
Hari Raya, warga masyarakat.
Ucapan Tahun Baru  Beraneka jenis makanan yang dihidang dapat dinikmati
Cina dan Hari bersama.
Deepavali  Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan.
 dapat membentuk kasih sayang serta memupuk perpaduan
rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.
v) Penyertaan  Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam
dalam Kokurikulum persatuan, permainan dan pakaian seragam.
 Mendedahkan situasi yang berlainan dan beragam.
 Terdapat peraturan dan disiplin tertentu dalam program.
vi) Sambutan Bulan Ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Patriotisme dan Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan
Kemerdekaan Sejarah dan persatuan-persatuan murid.
Melibatkan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi
Kerajaan, dan Badan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang
dilaksanakan.
Acara : ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk
patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran “Jalur
Gemilang”, hiasan bilik darjah, asrama, pidato, forum, penulisan esei,
derma dadah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan
perarakan kemerdekaan.
Dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan
pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cinta kehidupan bersatu padu
demi kestabilan negara.
vii) Lawatan dan  Program lawatan : tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya,
Ziarah di Melaka Bandar raya Bersejarah, Memorial, Tugu Negara, Muzium
Peringkat Sekolah Negara, rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak yatim dan
miskin, penjara, rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang
kurang upaya, sekolah, universiti.
 Acara : perbincangan, gotong-royong, persembahan kesenian
dan kebudayaan, pertukaran maklumat.
 Kesan : memberi kesedaran kepada murid pentingnya berbudi
bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama
rakyat berbilang kaum dan keturunan.
viii) Perkhemahan  Acara : ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,
Bina Insan bagi Murid kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah.
Sekolah  Mendapat maklumat dan kemahiran baharu.
 Dapat merasai keindahan alam Malaysia serta menikmati
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Objektif menjalankan semua aktiviti :

1. Meningkatkan kefahaman murid mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat


Malaysia.
2. Menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
3. Menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting
untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
4. Menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim
antara murid berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.
Sekolah Wawasan

1) Kabinet 1997 :
 menggabungkan 3 sekolah berlainan aliran dalam 1 kompleks.
 Berkongsi kemudahan : padang dan kantin.
 Membolehkan murid berinteraksi serta berkomunikasi antara 1 sama lain dengan
bahasa kebangsaan.
2) Tujuan : mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di
Malaysia.
3) Peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan dengan memperkasa
bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan, dan integrasi nasional serta memupuk
kecintaan terhadap seni dan warisan dan budaya

Konsep 1 Malaysia

 Membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.
 Membina sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap keamanan dan kekitaan
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Nilai asas • perasaan hormat-menghormati


(semangat • keikhlasan
perpaduan) • sikap saling mempercayai antara kaum
8 Nilai Murni
1) Budaya  perlu dilaksanakan sepanjang masa demi mencapai tahap
Kecemerlangan prestasi yang berkualiti di persada dunia.

2) Ketabahan  menghadapi perubahan, isu dan cabaran bagi mengharungi


kejayaan.
3) Rendah Hati  merendah diri - masih ada kekuatan dalaman dan pendirian
yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
4) Penerimaan  menerima apa jua perkara yang baik.
 mendapat persetujuan secara bersama demi membina sebuah
negara bangsa.

5) Kesetiaan  kesetiaan kepada raja dan negara.


 membina kepercayaan dan menjalin ikatan antara kaum.

6) Meritokrasi  memberi peluang setiap individu yang layak serta memenuhi


syarat berhak dipilih.
 menekankan persaingan terbuka kepada semua rakyat untuk
merebut peluang yang diberi.

7) Pendidikan  berpengetahuan dan menanamkan nilai-nilai murni yang dapat


menyatupadukan semua kaum
 dapat menyatupadukan semua kaum dan berinteraksi dalam
aliran yang berbeza

8) Integrasi  Menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan negara.


 Semua lapisan masyarakat daripada pucuk pemimpin
sehingga rakyat jelata tanpa mengira kedudukan.

1.2 Pendemokrasian Pendidikan


 Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dan
kualiti hidup mereka.
 Ialah pendidikan untuk semua.
 Konsep demokrasi –proses pemilihan pemimpin untuk membentuk kerajaan yang
memerintah dan suatu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakat
 Pendidikan untuk semua – memberi peluang kepada semua individu untuk mendapat
pendidikan yang berkualiti.

Kepentingan dasar
Pendidikan i) Dasar untuk sekolah vernakular (Sek. Cina dan Tamil)
wajib ii) Pendidikan selama 13 tahun
peringkat asas iii) Sekolah teknikal
iv) Sekolah asrama penuh
v) Sekolah pendidikan khas(pelajar berkeperluan khas)
vi) Sekolah swasta
vii) Sekolah Agama Islam

Pendidikan  Pendidikan peringkat tinggi


Jarak Jauh  Pendidikan sepanjang hayat
(PJJ)
Sekolah  Tidak ketinggalan di kawasan terpencil
Kurang Murid  Penduduk yang tinggal di pedalaman
 Menjurus ke arah konsep pendidikan untuk semua
Cabaran untuk merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan
1) Sistem  kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status
Pendidikan Yang sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti.
Berkualiti a) Pelbagai program pembangunan pendidikan :
i) Rancangan Lima Tahun
ii) Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)
b) Pelbagai projek penyediaan infrastruktur pendidikan dilaksanakan
dalam tempoh:
i) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) – 2001-2005
ii) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) –2001-
2010
iii) Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) – 2006-2010
 Untuk meningkatkan aksesibiliti, ekuiti dan kualiti pendidikan yang
menjurus ke arah pelaksanaan dasar pendemokrasian
pendidikan.
2) Menyediakan  untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah (bandar)
Infrastruktur Yang  menambah bilangan bilik darjah
Mencukupi Dan  membina lebih banyak sekolah untuk menampung bilangan
Lengkap pelajar yang kian meningkat

3) Merangkumi  kemudahan-kemudahan asas : bilangan darjah, buku teks, pusat


Kemudahan- sumber
Kemudahan Asas  sumber tenaga : bilangan guru siswazah dan bukan siswazah
Dan  dalam proses pensiswazah guru sekolah rendah agar dapat
Sumber Tenaga meningkatkan kualiti pendidikan.
Sekolah
4) Program  Berbentuk program sokongan :
Pembangunan a) Skim bantuan pendidikan
Pendidikan b) Skim pinjaman buku teks
c) Rancangan makanan tambahan
d) Skim baucar tuisyen
 Bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk
meningkatkan tahap kesihatan dan tahap pembelajaran mereka.

5) Penubuhan Pusat  Guru boleh berinteraksi antara 1 sama lain dalam mengenal pasti
Kegiatan Guru kelemahan-kelemahan dalam pengajaran.
 Berkongsi idea untuk mengatasinya.
6) Sikap Guru  Adil terhadap semua pelajar dari segi penggunaan bahan
pengajaran.
 Cara berkumpulan untuk penglibatan gender dalam aktiviti.
 Melayan semua pelajar dengan sama rata tanpa mengira gender.
1.3 Tonggak Pendidikan United Nations Education, Scientific and Cultural
Organisasi(UNESCO)

belajar untuk menguasai ilmu belajar untuk menguasai kemahiran


Tonggak Pendidkan
UNESCO
belajar untuk menjadi insan berguna belajar untuk harmoni dan bekerjasama

1) Belajar untuk  Manusia belajar untuk memahami dunia sekeliling


menguasai ilmu  dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya
 berkomunikasi dengan orang lain
 implikasi belajar bagaimana untuk belajar dengan
memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan
untuk berfikir seseorang.
 Guru menguasai cara penyampaian berkesan.
 Guru mengikut trend perubahan dalam ledakan maklumat dan
mengemas kini pengetahuan.
2) Belajar untuk  Pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-
menguasai kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
kemahiran  Murid sebagai agen perubahan.
 menguasai nilai-nilai peribadi (kemahiran-kemahiran insaniah /
interpersonal), pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pekerjaan.
 Kemahiran termasuklah kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan
menyelesaikan masalah.
 Membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan suatu gagasan
pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan
kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat
keputusan, inovatif dan berpasukan.

3) Belajar untuk  Pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani,
menjadi insan emosi, kepekaan dan penghargaan estetika.
berguna  Berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan
terhadap tindakan dalam kehidupannya.
 Kurikulum mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara dan kemajuan
sejagat.
4) Belajar untuk o Tanpa mengira bangsa dan latar belakang
harmoni dan o Menjalinkan hubungan baik antara 1 sama lain
bekerjasama o Rakyat dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negara
yang berbilang kaum dan silang budaya.
o Cabaran : setiap individu / 1 kelompok sentiasa berasa mereka
lebih berkuasa / lebih berupaya sehingga mempunyai syak
wasangka terhadap orang / kumpulan lain.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar
belakang dan kaum.
o Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar dan
memberi peluang pelajar bergaul dan memahami budaya rakan-
rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum/ budaya.
o Murid melibatkan diri dalam projek kolaboratif dalam aktiviti sukan /
budaya.
o Aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar bandar untuk
membantu orang yang serba kekurangan, serta mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti perikemanusiaan (tempat
berlakunya bencana alam)
o Guru merancang program amal / aktiviti dalam gerak kokurikulum
menjalankan kerja-kerja amal/ komuniti di luar bandar dan di
kawasan orang asli
o untuk memahami cara hidup mereka dan membantu golongan lebih
miskin.

1.4 Globalisasi Dalam Pendidikan


Globalisasi
Scholte merujuk kepada proses menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai
(2000:16) pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang
terbuka.
konteks proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa
pendidikan sempadan.

Impak globalisasi dalam pendidikan:

1) Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.


2) Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.
3) Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
4) Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.
5) Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
6) Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
7) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
8) Pembudayaan teknologi.
9) Penyediaan peluang pendidikan.
10) Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
11) Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan
untuk berkhidmat di mana-mana negara.
12) Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.
13) wujud persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan.
o untuk meningkatkan mutu pendidikan dan hasilkan reka cipta inovatif
14) pembelajaran sepanjang hayat berlaku tanpa mengira masa, tempat dam pelajar
 pendidikan secara akses kendiri mengikut kadar masing-masing dan terarah
kendiri.
15) Perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran
dari aliran tenaga buruh dari luar negara
 Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat
Wawasan 2020:
1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.
 Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain
mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.
 Seiring dengan globalisasi transformasi kurikulum perlu berlaku untuk memenuhi
kehendak tempatan dan global.

1.5 KEPELBAGAIAN BUDAYA

 Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan
perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara
turun-temurun.
 Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai kaum.
 Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama.
 Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara
bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
 Antara langkah pembinaan negara bangsa:
i. Penghayatan prinsip Rukun Negara.
ii. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
iii. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan
dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
iv. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di
sekolah menengah.

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta
mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:
1) Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid
a) Lawatan
b) jemputan ke rumah
2) Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar
i) Berbincang
ii) berkongsi ilmu
3) Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik.
 topik pakaian tradisional
4) Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain
 program sekolah anak angkat
 berkomunikasi : e-mel, bertukar berita, foto dan projek
1.6 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) :


 alat untuk penyebaran maklumat pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.
 Contoh : audio, video dan dokumen daripada Internet, bahan rujukan
 Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah
mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam
kehidupan manusia. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada
TMK ialah:
i. Menganalisis data
ii. mewujudkan situasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar (simulasi
/maya)
iii. membolehkan komunikasi tanpa sempadan
iv. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
v. Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan
penyelidik berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.
vi. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti
kolaborasi di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan
masa serta penyelesaian masalah.
vii. Pemerolehan maklumat berguna secara
perpustakaan maya membantu pendidik dalam
berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran
 Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi
pengetahuan, perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-
pembelajaran.
 Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi
muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan
dan bukan sebaliknya.
1.7 GEJALA SOSIAL

24 jenis 10) merokok


gejala 11) menyamun 1) menyimpan gambar lucah
sosial 12) menonton video lucah 2) pecah rumah
Amaludin 13) lari dari rumah 3) memeras ugut
dan 14) putus cinta 4) menagih dadah
Khadijah 15) mencuri 5) merogol
(2006) 16) minum arak 6) maksiat
17) hubungan luar nikah 7) bercerai
18) mengambil pil khayal 8) jenayah bunuh
9) makan rasuah

Pengaruh
Media
Massa Iklim
Sikap Bilik
Pelajar Darjah

Cara Faktor Ponteng


Mendidik Penyebab Sekolah
Anak-anak Gejala Sosial

Sikap
Ibu Merosakkan
Bapa Harta Benda
Pengaruh Rakan Sekolah
Sebaya Terhadap Sikap
Agresif
Antara tugas guru ialah:

i. Gunakan pelbagai strategi dalam


bilik darjah

kaunseling kelompok
kaunseling individu
ii. Meningkatkan penglibatan
penubuhan pembimbing rakan sebaya
kaunseling di peringkat sekolah

iii. Guru sebagai pembimbing mengatasi masalah sosial murid

kem motivasi
iv. Menerapkan nilai murni dalam pembinaan berpasukan
program anjuran aktiviti amal jariah
aktiviti sukan dan permainan/ unit berunitform
sekolah

 Penguatkuasaan undang-undang : polis dan pihak pentadbir


 Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis
haruslah diutamakan.
 Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah ini kepada pihak polis
dan bukannya menyembunyikannya. (imej dan nama baik sekolah)
 Kerjasama pihak sekolah dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial
terus berleluas

Anda mungkin juga menyukai