Anda di halaman 1dari 11

2) A.

Jelaskan kepentingan
etika kaunselor

Apa itu ETIKA???


etika berasal daripada perkataan
Yunani, iaitu ethos yang bermaksud
hukum, adat resam, kebiasaan dan
budi pekerti.
Dengan kata lain etika merupakan
sesuatu yang berkaitan dengan
peraturan masyarakat yang terdiri
dari tatasusila atau tatatertib
masyarakat.

Secara umumnya etika adalah


merupakan satu garis panduan yang
digunakan bagi membantu
seseorang ahli profesional
menjalankan tugasnya mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.

Kepentingan etika kaunselor

1. Dalam profesion
menolong
etika adalah merupakan panduan
yang dapat memastikan tugas
kaunselor dapat dijalankan dengan
lebih cekap selari dengan matlamat
kaunseling yang ingin dicapai.
Antara tujuan utama etika yang
ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling adalah untuk menjadikan
kaunselor menjadi lebih cekap.

Kecekapan ini merujuk kepada


sebarang kesilapan yang dilakukan
oleh kaunselor dapat diminimakan.
Dengan ini, barulah dapat
meningkatkan keberkesanan
perkhidmatan kaunseling yang
dijalankan.

2. Dari segi rasional


Etika profesional ini dapat membantu
seseorang kaunselor dapat
menjalankan tugas dan peranan
mereka dengan lebih baik.
Dari sudut pandangan masyarakat,
kaunselor dilihat sebagai model
sosial yang baik kerana mereka
terlibat dengan profesion menolong.

Jika berlaku ketidakcekapan yang dilakukan


oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat
mungkin akan berubah terhadap kaunselor.
Contohnya, kaunselor yang melanggar etika
seperti mencabul kehormatan klien mereka.
Kesannya, masyarakat akan sentiasa
memberi kritikan sehingga membentuk
stereotaip ke atas mereka yang berada
dalam bidang kaunseling.

3. Dari segi
profesionalisme
Satu lagi faktor yang menyebabkan etika
sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling ialah menggalakkan kaunselor
mengarah ke arah tahap profesional.
Apabila seseorang kaunselor mempunyai
nama baik maka ini tentu akan
mengekalkan reputasi baik mereka.

Misalnya, kaunselor profesional yang


mempunyai reputasi yang baik, hal
ini akan menyebabkan mereka
mudah mendapatkan klien untuk
menerima perkhidmatan kaunseling.

Etika memainkan peranan penting


dalam proses memberikan
pertolongan dari kaunselor dalam
memberikan perkhidmatan kepada
klien dan menjamin keselamatan dan
kerahsiaan klien terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai