Anda di halaman 1dari 6

Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau

pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan


ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.

Uniknya nombor 9 ini kerana ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus
beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.

Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk
kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja.

1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi
jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi
jumlah 9.

Contoh:

a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9

b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9

c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9

dan seterusnya..

2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling
mudah adalah seperti berikut:

contoh 1:

22 x 9 = ?

buat pendaraban 29 dahulu =18

Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi

Maka 22 x 9 = 198

contoh2:

33 x 9 = ?

(3 x 9 = 27)

Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi

Maka jawapannya 297


contoh 3:

44 x 9 = ?

4 x 9 = 36

Maka Jawapannya 396

Mudah bukan?

3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?

Contoh1:

222 x 9 =?

Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18

Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi

Maka 222 x 9 = 1998

Contoh 2:

333 x 9 = ?

darabkan 3 x 9 = 27

Selitkan 99 di antara jawapan tadi

Maka 333 x 9 = 2997

Contoh 3:

444 x 9 =?

Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?

Jawapannya 3996
Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap
anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah
MATEMAGIK!

Matematik, Pendaraban, Tips

Rahsia Pembahagian Nombor 9 (Bhg 1)


Dec 13th

Posted by admin in Matemagik

No comments

Salam semua, pada kesempatan ini kami ingin berkongsi satu lagi RAHSIA pembahagian
nombor 9 dengan mana-mana nombor. Seperti di dalam gambar di sebelah, ini merupakan
kaedah yang diaplikasikan kepada kita semua bukan? Tetapi sebenarnya untuk pembahagian
nombor 9 ada satu kaedah MAGIK yang akan kami ajar. Sungguh mudah, tunjukkan kepada
rakan-rakan anda dan katakan kepada mereka, inilah MATEMAGIK!

NOTA: Tanda bahagi di dalam posting ini ialah ( / )


Contoh 1:

33 / 9 = Jawapannya 3 baki 6

Caranya :

1) Keluarkan nombor pertama daripada 33 sebagai jawapan = 3

2) Tambahkan kedua nombor 33 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 3+3 = 6

Maka Jawapan tadi 3 baki 6

Contoh 2:

53 / 9 = Jawapannya 5 baki 8

Caranya :

1) Keluarkan nombor pertama daripada 53 sebagai jawapan = 5

2) Tambahkan kedua nombor 53 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 5+3 = 8

Maka Jawapan tadi 5 baki 8

Mudah bukan? Lebih mudah juga apabila kita lakukan pembahagian dengan nombor yang
lebih besar seperti berikut:

Contoh 3:

132 / 9 = Jawapannya 14 baki 6

Caranya :

1) Keluarkan nombor pertama daripada 132 sebagai jawapan pertama = 1

2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 132 tadi sebagai jawapan kedua
= 1+3 = 4

3) Tambahkan kesemua nombor 132 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+3+2 =
6

Maka Jawapanya 14 baki 6


Contoh 4:

161 / 9 = Jawapannya 17 baki 8

Caranya :

1) Keluarkan nombor pertama daripada 161 sebagai jawapan pertama = 1

2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 161 tadi sebagai jawapan kedua
= 1+6 = 7

3) Tambahkan kesemua nombor 161 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+6+1 =
8

Maka Jawapanya 17 baki 8

Sekarang cuba anda pula yang lakukan aktiviti ini :

Latihan:

1 ) 62 / 9 =

2 ) 31 / 9 =

3 ) 44 / 9 =

4 ) 71 / 9 =

5 ) 80 / 9 =

6 ) 231 / 9 =

7 ) 152 / 9 =

8 ) 312 / 9 =

9 ) 521 / 9 =

10 ) 2121 / 9 =

Jawapannya : (6 baki 8,3 baki 4,4 baki 8,7 baki 8,8 baki 8,25 baki 6,16 baki 8,34 baki 6,57
baki 8,235 baki 6) Highlightkan mouse anda ke tempat kosong ini untuk mendapatkan
jawapan.

Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul kesemua soalan tadi, maka TAHNIAH, Anda
telah BERJAYA! Mula tunjukkan kepada rakan-rakan anda. Mereka pasti teruja!!!
Ba

Anda mungkin juga menyukai