Anda di halaman 1dari 7

Tips Menangani Frust Bercinta

Aduh... putus lagi... putus lagi ! Kenapa hal ini harus terjadi padaku !" Mungkin itu yang sekarang
bakal terlintas di benak kamu - kamu yang baru aja putus cinta. Sebenarnya, putus cinta itu suatu hal
yang biasa dalam kehidupan manusia, yang menjadi tidak biasa ketika kita menghadapinya dengan
penuh ke-shock-an, tanpa disangka- sangka. Jadi, daripada mengeluh, lebih baik cari cara mengatasi
kepahitan agar kepedihan hatimu cepat hilang.

Pilih saranan yang sesuai dengan hatimu. Disini saranannya:



+ Legakan hatimu
Langkah pertama, khusus buat gadis - silakan masuk bilik dan menangislah sepuasnya . Ingat semua
memori yang indah selama kamu berdua, kemudian menangis sampai kering air mata . Kalau perlu
putar saja lagu - lagu sentimental biar air mata keluar lebih deras lagi. Buat hati kamu jadi lega. Bila
sudah lega, tidur saja. Bangun nanti kamu akan lebih berasa segar sedikit.

Buat lelaki, pukul apa saja yang kamu mahu (jangan pukul orang). Karung tinju adalah tempat terbaik
buat lelaki-lelaki yang baru putus melepaskan perasaan marah, geram,

sedih , kecewa dan sebagainya.



+ Remember the bad things
Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan kamu. Tulis juga segala peristiwa-
peristiwa yang kamu anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya kamu maafkan juga
(dulu) kerana masih sayang .Setelah itu, kamu baca senarai yang baru kamu buat. Kamu bakal
sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Kamu beruntung terlepas dari
tangan orang yang salah.
+ Bye Bye Bye
Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih kalian berdua dulu. Mulai dari foto -
fotonya, sehinggalah teddy bear yang dia berikan sewaktu Valentine. Ini penting, biar ingatan kamu
cepat lupa segala kenangan bersama. Jika tidak, kamu akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala
melihat barang-barang pemberiannya.
+ As Bad As I Wanna Be !
Yup ! Jadi gila-gila sedikit asalkan tidak melampau batas ! Lakukan saja hal - hal yang dia larang
semasa kalian berkasih dulu (tentunya yang bukan negatif atau yang mendatangkan kesan buruk
bagi diri kita sendiri). Seperti, hal - hal yang dulu kamu tidak pernah cuba. . Misalnya, dulu dia
melarang kamu menyertai ekspedisi memanjat gunung, sekarang sertai saja mana-mana kegiatan
lasak yang kamu minati dan lakukan!. Puas kan ! Tiada siapa melarang lagi! Begitu juga dulu dia
melarang kamu bermain bowling bersama teman-teman . Sekarang kamu ada banyak masa untuk
melakukannya. Bak kata lakukan apa yg dulu dia tak suka anda lakukan ketika bersama dia
dulu#8230;
+ Create things
Putus cinta itu kadang-kala menimbulkan inspirasi tersendiri bagi sebahagian orang untuk berkarya.
Ini positif. Kalau kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi
menceritakan juga tentang pahit getirnya. Jadi kreatiflah! Anggap kejadian yang menimpa kamu itu
bukan musibah, tapi anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tau esok kamu bakal jadi pereka fesyen
ternama setelah mengeluarkan ciptaan unggul yang bertema "Pieces of My Broken Heart"
+ Berkumpul Bersama Teman
Hindari menghabiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa kamu. Jemput teman-
teman kamu ke rumah, sewa/beli VCD banyak-banyak dan menonton ramai-ramai. Kamu juga dapat
mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat
dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa
bersama teman-teman seperti waktu lalu.



+ Cari penganti !
Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya... , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan
luas. Kumbang dan bunga bukan seekor. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk
menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin
yang baru lebih baik dari yang lepas.
+ I will survive...
Dengarlah lagu "I will Survive" yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat
kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk
terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya... I will survive. As long as I know
how to love I know I'll be alive. I've got all my life to live. I've got all my love to give. I will survive.
Ya! Kehidupan perlu diteruskan... ... ...

berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka
lembaran baru

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg.
putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya apatah lagi bila bekerja di satu
pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan
gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.
1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi
dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan.
Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.
2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm.
kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.
3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan
kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.
4. Keluarlah dgn kawan2 lama yg dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa
lebar.
5. Perbaiki penampilan diri dgn demikian anda akan lebih mempercayai diri.
6. Jgn melarikan diri dgn org lain. Org yg baru putus cinta cenderung ingin cepat-
cepat punya kekasih baru utk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana
pelarian tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah
baru.
7. Bermesralah dgn binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb.Sedikit sebanyak
akan melupakan kepedihan.
8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih tulislah semua kebencian
anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.
9. Jgn. ragu memberi komplimen utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka
bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti
beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.
10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana
berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda
akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.
11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan
stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki mood.
12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.
13. Jgn. trauma oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup.
Percayalah pada keajaiban cinta.
Nota: Anggaplah putus cinta itu adalah satu persinggahan dalam kehidupan.
Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri
anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam,
kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan
jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta
bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.
Lupakan bekas kekasih
Posted on April 18, 2008 by Haniey| 108 Komen
Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di
hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.
MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan
kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat
tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya
sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di
tengahari. Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran dan Adakah si dia
juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini. Adakah perkara ini seringkali
menjadi persoalan difikiran anda?
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih
parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain,
sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.
Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-
teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?
Intim minggu ini berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika
dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang
perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.
Anda bersedia melupakannya bila
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali.
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua
mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari
jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu.
Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan,
mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu
kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat
kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia
kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar
untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa
merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba
masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru
dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama,
kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.
Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini
anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa
seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan
sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu
hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas
kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk
yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu
dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun
ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada
rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam
hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak
dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya
pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu
sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara
tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada
teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip
seperti yang kamu gambarkan? NOOR HASLIZA NUSI
Biasa la bila bercinta semuanya indah Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur
ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih Jadi di sini ada sedikit tips
kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk
menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah
permulaan kepada pertemuan.
Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan
menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat
yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi
ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi
sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan
seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa
anda tak cuba ingat dekat orang lain Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba
untuk teringatkan kawan sejantina anda Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke Jam ke Penanda buku ke Novel ke Anda buang sahaja hadiah tu Mungkin ia seperti
anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada
si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan
satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa
buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi
kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik
kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang
tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi
jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan
sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat
pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta
nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan
kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak
masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

Anda mungkin juga menyukai