Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A : ( 20 markah )

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan .

1 Antara persatuan dan pertubuhan seni visual berikut,yang manakah wujud sebelum merdeka ?

I Wednesday Art Group


II Penang Impressionist Society
III Angkatan Pelukis SeMalaysia
IV Persatuan Pelukis malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Maklumat di bawah menerangkan tentang sebuah institusi seni visual di Malaysia .

 Asal penubuhan untuk melatih guru-guru Melayu


 Kursus ditawarkan seperti Seni Lukis dan Pertukangan Tangan

Apakah institusi tersebut ?

A Institut Teknologi Mara


B Universiti Sains Malaysia
C Sultan Idris Training College
D Specialist Teacher’s Training Institute

3 Ilustrasi di bawah merupakan logo hari kebangsaan pada tahun 1983

Siapakah yang mencipta logo tersebut ?

A Jimmy Choo
B Zulkifli Haron
C Haji Hashim Hassan
D Hassan Abdul Muthalib

4 Jika anda ingin mengembangkan bakat dalam bidang kraf, di manakah sepatutnya anda belajar ?

A Balai Seni Negara


B Institut Kraf Negara
C Universiti Sains Malaysia
D Pusat Kraftangan Negara
5 Gambar di bawah merupakan sebuah arca .

Apakah pernyataan yang sesuai bagi gambar tersebut ?

A Garisan menghasilkan ruang


B Garisan menghasilkan bentuk
C Bentuk menghasilkan ruang
D Ruang menghasilkan jalinan

6 Jalinan yang terdapat pada sarang labah-labah menjelaskan tentang _______________.

A Garisan beralun
B Garisan berlingkar
C Garisan berpancar
D Garisan putus-putus

7 Garisan-garisan selari yang dilukis semakin rapat akan menghasilkan kesan _____________.

A Ton
B Rupa
C Bentuk
D bayang

8 Apakah unsur seni yang paling ketara dari gubahan garisan di bawah ?

A Rupa
B Warna
C Ruang
D Bentuk

9 Maklumat di bawah menerangkan tentang definisi salah satu unsur seni .

Pertemuan hujung sesuatu garisan dengan permulaannya

Apakah unsur seni tersebut ?

A Rupa
B Bentuk
C Ruang
D Jalinan
10 Menggelapkan latar belakang yang mengelilingi subjek akan mewujudkan ________________.

A Ilusi bentuk
B Ilusi jalinan
C Rupa positif
D Rupa negatif

11 Apakah bidang grafik yang banyak menggunakan unsur rupa ?

I Logo
II Simbol
III Ilustrasi
IV Pembungkusan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Ilustrasi di bawah menunjukkan satu corak ringkas ?

Bagaimanakah ia dihasilkan ?

A Cantuman rupa negatif


B Cantuman rupa simbol
C Cantuman rupa organik
D Cantuman rupa geometri

13 Antara berikut, yang manakah mempunyai bentuk konkrit?

A Arca
B Catan
C Lukisan
D Cetakan

14 Cantuman dari enam permukaan rupa akan menghasilkan bentuk _______________.

A Kon
B Kiub
C Selinder
D Piramid

15 Pilih aktiviti di bawah yang dapat menghasilkan bentuk ilusi .

A Mengecat kerusi kayu


B Memahat bongkah kayu
C Menghasilkan lorekan pensil
D Menuang simen pada acuan

16 Bagaimanakah untuk mewujudkan bentuk dari ilustrasi rupa di bawah ?

A Memasukkan corak
B Menambah nilai garisan
C Warnakan dengan pensil warna
D Lorekkan pensil dengan kesan ton

17 Berikan definisi yang tepat tentang jalinan .

A Kesan perspektif
B Cantuman titik-titik
C Sifat sesuatu permukaan
D Hasil pertemuan garisan

18 Gambar di bawah ialah baju T’ dari batik teknik ikat celup .

Apakah fungsi jalinan pada baju T’ tersebut ?

A Nilai estetik
B Tujuan keselamatan
C Menimbulkan corak
D Menimbulkan warna

19 Pilih pasangan yang betul .

Objek Jalinan
A Corak baju Jalinan sentuh
B Tayar kereta Jalinan tampak
C Kulit tembikai Jalinan tampak
D Batik canting Jalinan sentuh
20 Gambar di bawah merupakan karya Seni Foto .

Apakah unsur seni yang ketara pada gambar tersebut ?

A Garisan dan rupa


B Bentuk dan jalinan
C Garisan dan ruang
D Ruang dan jalinan
BAHAGIAN B : ( 30 markah )

Arahan : Jawab semua soalan

1. Di bawah merupakah tokoh-tokoh seni halus . Isi tempat kosong di bawah dengan bidang seni halus yang
mereka ceburi sama ada Seni Lukisan, Seni Catan , Seni Arca atau Seni Cetakan . ( 5 markah )

NAMA TOKOH SENI HALUS BIDANG SENI HALUS

Juhari Said

Anthony Lau

Dzulkifli Buyong

Ibrahim Hussein

Chuah Thean Teng

2. Suaikan nama tokoh seni visual Malaysia dengan bidang yang mereka ceburi .( 5 markah )

Hasan Abdul Muthalib Reka Bentuk Fesyen


(kasut)

Haji Hashim Hassan Reka Bentuk Teknologi Kreatif

Jimmy Choo Animasi

Zulkifli Haron Seni Reka Grafik


Lim Kok Wing Reka Bentuk Teknologi

3. Senaraikan 5 Seni Kraf Moden pada ruangan di bawah. ( 5 markah )

1. _____________________________

2. _____________________________

3. _____________________________

4. _____________________________

5. _____________________________

4. Di bawah ini disenaraikan tokoh-tokoh Seni Kraf Tradisional . Suaikan nama tokoh-tokoh kraf dengan
bidang yang mereka ceburi berdasarkan maklumat di bawah . ( 5 markah )

Anyaman Ukiran Kayu Kraf Tembikar Kraf Batik Tenunan

NAMA TOKOH BIDANG SENI KRAF

Aminah Haji Amat

Haji Abdul Rahman Long

Zamari @ zamri Pandak

Yusoff Haji Abdullah

Hajah Habibah Zikri

5. Tuliskan pada ruangan yang diberi sama ada betul ( / ) atau salah ( X )
( 10 markah )

a. Sejarah seni visual di Malaysia bermula pada tahun 1920-an. ( )


b. Antara tokoh pelukis pada tahun 1930-an ialah Anthony Lau . ( )
c. Reka Bentuk Grafik merupakan salah satu bidang seni halus. ( )
d. Institut Teknologi Mara merupakan institusi terawal yang menawarkan bidang seni reka. ( )
e. Catan Kontemporari merupakan salah satu bidang seni reka . ( )
f. Jimmy Choo pernah mendapat pendidikan di London College of Fashion . ( )
g. Antara filem animasi pendek karya Hassan Abdul Muthalib ialah ‘Nasib Si Kancil’. ( )
h. Kraf Manik merupakan salah satu Seni Kraf Tradisional . ( )
i. Aminah Haji Amat pernah mendapat anugerah Adiguru Kraf Anyaman Rombong . ( )
j. Institusi Kraf Negara berfungsi sebagai pusat pemasaran barangan kraf . ( )

SKEMA JAWAPAN UJIAN SELARAS 1


TINGKATAN 1

BAHAGIAN A (Objektif ) :
1 A 11 A
2 C 12 D
3 C 13 A
4 B 14 B
5 B 15 C
6 C 16 D
7 A 17 C
8 C 18 A
9 A 19 C
10 D 20 B

BAHAGIAN B
Soalan 1 :
NAMA TOKOH SENI HALUS BIDANG SENI HALUS
Juhari Said Seni Cetakan
Anthony Lau Seni Arca
Dzulkifli Buyong Seni Lukisan
Ibrahim Hussein Seni Catan
Chuah Thean Teng Seni Catan

Soalan 2 : ( jawapan di atas )

Soalan 3 :
( Jawapan : seni kertas, kraf sabun, kraf manik, kraf lilin, kraf tali dan mana-mana yang sesuai )

Soalan 4 :
NAMA TOKOH BIDANG SENI KRAF
Aminah Haji Amat Anyaman
Haji Abdul Rahman Long Ukiran Kayu
Zamari @ zamri Pandak Kraf Tembikar
Yusoff Haji Abdullah Kraf Batik
Hajah Habibah Zikri Tenunan

Soalan 5 :
a. Sejarah seni visual di Malaysia bermula pada tahun 1920-an. ( / )
b. Antara tokoh pelukis pada tahun 1930-an ialah Anthony Lau . ( X )
c. Reka Bentuk Grafik merupakan salah satu bidang seni halus. ( X )
d. Institut Teknologi Mara merupakan institusi terawal yang menawarkan bidang seni reka. ( / )
e. Catan Kontemporari merupakan salah satu bidang seni reka . ( X )
f. Jimmy Choo pernah mendapat pendidikan di London College of Fashion . ( / )
g. Antara filem animasi pendek karya Hassan Abdul Muthalib ialah ‘Nasib Si Kancil’. ( X )
h. Kraf Manik merupakan salah satu Seni Kraf Tradisional . ( X )
i. Aminah Haji Amat pernah mendapat anugerah Adiguru Kraf Anyaman Rombong . ( / )
j. Institusi Kraf Negara berfungsi sebagai pusat pemasaran barangan kraf . ( X )

Anda mungkin juga menyukai