Anda di halaman 1dari 10

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 2
( Dari tajuk 1 – tajuk 6 Buku Teks PSV )
Bahagian A : Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan .

1 Alat permainan tradisional ini perlu menggunakan prinsip imbangan sewaktu memainkannya.

I Wau
II Gasing
III Congkak
IV Batu seremban

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Gambar rajah1 di bawah menunjukkan alat permainan iaitu rakyat gasing pangkah .
Dimanakah terletaknya seni ragam hias pada gasing tersebut ?

Rajah1

3 Pilih media yang sesuai bagi menghasilkan karya lukisan .

A Pen, arang dan krayon


B Arang, pastel dan arkrilik
C Pastel, krayon dan tempera
D Tempera, arkrilik dan pastel

4 Apakah perbezaan antara lukisan dan catan .

A Lukisan lebih mudah dari catan


B Lukisan dengan pensil, catan dengan berus
C Lukisan dengan kertas, catan dengan kanvas
D Lukisan media kering manakala catan media basah
5 Gambar rajah 2 di bawah menunjukkan karya komik terkenal Datuk Lat .

Apakah media yang digunakan dalam karya tersebut ?

A Cat air
B Pen maker
C Pen dakwat
D Dakwat dan berus

Rajah 2

6 Maklumat di bawah merupakan ciri-ciri salah satu media menghasilkan catan.

 Bersifat legap dan tebal.


 Media yang lambat kering

Apakah nama media tersebut ?

A Cat air
B Krayon
C Arkrilik
D Cat minyak

7 Gambar rajah 3 di bawah menunjukkan alatan yang digunakan dalam seni cetakan .

Apakah kaedah seni cetakan tersebut ?

A Kaedah timbulan
B Kaedah benaman
C Kaedah permukaan
D Kaedah saring sutera

rajah 3

8 Gambar rajah 4 di bawah menunjukkan salah satu peralatan dalam seni cetakan .

Apakah fungsi alatan tersebut ?

A Meregangkan pemidang
B Menyapu dakwat dan warna
C Membancuh dakwat cetakan
D Mengikis blok cetakan

rajah 4
9 Gambar rajah 5 di bawah menunjukkan pelan reka bentuk landskap .

Apakah prinsip reka bentuk landskap


yang terdapat pada pelan tersebut ?

A Keringkasan
B Kepelbagaian
C Imbangan simetri
D Imbangan tidak simetri

rajah 5
10 Pilih di antara berikut taman yang telah wujud sejak zaman penjajahan lagi .

I Taman Tasik Taiping , Perak


II Taman Botani, Pulau Pinang
III Taman Tasik Shah Alam, Selangor
IV Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Seni Reka bentuk hiasan dalaman boleh dilihat sejak zaman purba melalui

A Membina peralatan harian


B Mencipta pakaiann dari kulit haiwan
C Melalui tulisan dalam bentuk simbol
D Mereka menghiasi dinding gua dengan lukisan

12 Apakah prinsip rekaan yang digunakan dalam rekaan hiasan dalaman di bawah ?

A Imbangan
B Penegasan
C Pergerakan
D Kepelbagaian
13 Pada bahagian manakah terdapat seni ragam hias pada wau bulan ?

I Ekor
II Kepala
III Busur
IV Sayap

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Gambar rajah 6 di bawah menunjukkan sebuah papan rehal .

Apakah jenis motif pada papan rehal tersebut ?

A Fauna
B Figuratif
C Geometri
D Awan larat

Rajah 6
15 Apakah gambaran yang sering menghiasai dinding-dinding gua pada zaman dahulu .

A Tulisan kuno pada masa itu


B Corak-corak geometri dan organik
C Simbol adat dan peraturan zaman dahulu
D Aktiviti kehiduapan harian pada waktu itu

16 Gambar rajah 7 di bawah merupakan proses menghasilkan potret .

Namakan proses tersebut ?

A Menghasilkan lakaran
B Menghasilkan contengan
C Menghasilkan nisbah keemasan
D Menghasilkan pandangan aras mata

Rajah 7
17 Pada peringkat awal perkembangan seni catan air, apakah tema yang menjadi pilihan ?

A Seni dan budaya


B Perayaan masyarakat
C Aktiviti kehidupan seharian
D Majlis kenduri dan keraian

18 Gambar rajah 8 di bawah menunjukkan karya seni catan air .

Apakah teknik catan air paling sesuai bagi


Kawasan X ?

A Basah atas kering


B Basah atas basah
C Kering atas basah
D Kering atas kering

Rajah 8
19 Apakah bidang seni halus yang di maksudkan dari pernyataan di bawah ?

Proses terapan blok ke atas satu permukaan

A Seni Arca
B Seni Catan
C Seni Cetakan
D Seni Timbulan

20 Jika anda pernah menghasilkan cetakan menggunakan tumbuhan seperti ubi kentang ,daun dan
sebagainya . Apakah jenis cetakan tersebut ?

A Kaedah timbulan
B Kaedah benaman
C Kaedah permukaan
D Kaedah saring sutera

21 Gambar rajah 9 di bawah menunjukkan sebuah reka bentuk landskap .

Apakah jenis landskap tersebut ?

A Landskap kejur
B Landskap lembut
C Landskap buatan
D Landskap halaman

Rajah 9
22 Senaraikan dua fungsi landskap berdasarkan nilai estetikanya.

I Menyejukkan iklim
II Mengawal hakisan tanah
III Melembutkan persekitaran
IV Membentuk ruang lebih menarik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Maklumat di bawah tentang satu konsep reka bentuk dalaman .

 Dekorasi adunan Greek dan Roman


 Perabotnya bergaya mewah

Apakah konsep tersebut ?

A Klasik
B Moden
C Tradisional
D Kontemporari

24 Bagaimanakah cara untuk mewujudkan ruang dalaman yang mempunyai elemen harmoni ?

I Kesamaan warna
II Saiz perabot yang pelbagai
III Warna dinding yang terang
IV Sifat bentuk yang berulang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Gambar rajah 10 di bawah menunjukkan sebahagian perahu tradisional


Dimanakah kedudukan Bangau ?
Rajah 10

26 Gambar rajah11 di bawah menunjukkan karya lukisan tokoh pelukis tempatan.

Siapakah tokoh pelukis tersebut ?

A Saidin Yahya
B Abdullah Ariff
C Dzulkifli Buyong
D Mohamed Hoessein Enas

Rajah 11

27 Susun proses menghasilkan karya seni catan di bawah dengan urutan yang betul .

I Melakar
II Sumber idea
III Mewarna
IV Membingkai

A I , II , IV , III
B III, IV, I , II
C II , I , III, IV
D IV, III, I , II

28 Apakah fungsi alat yang di tunjukkan rajah 12 di bawah dalam seni cetakan ?

A Alat meratakan kain sutera


B Alat menuang dakwat cetakan
C Alat menggosok belakang cetakan
D Alat menggelek dakwat pada blok cetakan

Rajah 12

29 Maklumat di bawah menerangkan tentang salah satu konsep landskap .

 Tanaman boleh digunakan untuk masakan dan perubatan


 Mempunyai elemen buatan seperti pagar dan wakaf

Apakah konsep landskap tersebut ?

A Konsep Landskap Thai


B Konsep Landskap Islam
C Konsep Landskap Inggeris
D Konsep Landskap Melayu

30 Gambar rajah 13 di bawah menunjukkan salah satu proses menghasilkan pelan lantai .

Apakah nama proses tersebut ?

A Pelan rata
B Lakaran konsep
C Pengolahan warna
D Menyusun simbol pelan

Rajah 13

BAHAGIAN A (Objektif ) :
1 A 11 D 21 A
2 B 12 B 22 D
3 A 13 B 23 A
4 D 14 C 24 B
5 C 15 D 25 D
6 D 16 A 26 C
7 D 17 C 27 C
8 B 18 B 28 D
9 C 19 C 29 D
10 A 20 A 30 B
( Pilihan 1 )

BAHAGIAN B : ( 20 markah )

Arahan : Jawab soalan di bawah menggunakan kertas lukisan yang di sediakan .

Soalan : Menghasilkan Pelan Reka Bentuk LandskapAnda dikehendaki menghasilkan sebuah pelan reka bentuk
landskap berdasarkan maklumat berikut.
Tajuk: Taman Mini Sekolah
Cadangan tumbuhan: Pokok renek dan palma
Cadangan struktur binaan: kerusi taman dan kolam
Elemen lain: Mempunyai satu kolam ikan dan laluan pejalan kaki
Anda diberi beberapa contoh simbol landskap dan pelan landskap sebagai panduan :

Simbol pokok renek

Simbol pokok palma


Simbol pejalan kaki

Pelan landskap Taman Mini Sekolah

( Pilihan 2 )

BAHAGIAN B : ( 20 markah )

Arahan : Jawab soalan di bawah menggunakan kertas lukisan yang di sediakan .

Soalan : Menghasilkan Pelan Lantai Bilik Tidur


Anda dikehendaki menghasilkan sebuah pelan lantai bilik tidur berdasarkan maklumat berikut.
Tajuk: Pelan Lantai Bilik Tidur
Di dalam ruang tersebut perlu mengandungi :
I. Sebuah katil
II. Meja belajar
III. Ruang rehat
IV. Hiasan tambahan yang sesuai

Anda diberi beberapa contoh Pelan Lantai Bilik Tidur sebagai panduan :

Pelan Lantai Bilik Tidur

Anda mungkin juga menyukai