Anda di halaman 1dari 9

SMK CHANGKAT BERUAS

UJIAN SUMATIF 2021/2022


PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1
BAHAGIAN A : ( 30 markah )

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang
terbaik bagi tiap-tiap soalan .

1 Apakah tema yang di gunakan oleh Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff dalam catan air mereka ?

A Figura
B Landskap
C Alam benda
D Alam fantasi

2 Antara berikut, yang manakah cara menghasilkan bentuk ilusi ?

A melukis bentuk sebuah kotak


B membuat binaan daripada kayu
C membuat ukiran dari batu mamar
B mencantum benda menjadi binaan

3 Jika anda melihat pameran seni visual, maklumat di bawah adalah tentang _______________.

Makna atau maksud tersurat dan tersirat


yang terkandung dalam karya seni

A Tajuk
B Mesej
C Teknik
D Konsep

4 Mengapakah produk seperti di bawah mudah menarik minat orang ramai ?

A Warna cerah yang amat menarik


B Jenis bahan yang mudah didapati
C Kreatif dan dapat menyelesaikan masalah
D Ringan,ringkas dan harga yang berpatutan
5 Apakah prinsip rekaan yang amat ketara pada corak di bawah ?

I Kontra
II Penegasan
III Imbangan
IV Pergerakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Irama dan pergerakan dapat dilihat dalam bentuk ilusi apabila kita melihat

A Seni Tari
B Seni Teater
C Seni Lakonan
D Seni Visual

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan kesan kontra melalui unsur

A rupa
B warna
C bentuk
D jalinan

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah logo syarikat perniagaan.

Apakah ciri-ciri yang ada pada logo tersebut ?

A Imbangan simetri
B Imbangan berpusat
C Imbangan geometri
D Imbangan tidak simetri
9 Apakah kesan jalinan yang terhasil apabila kita menghasilkan karya kolaj ?

A Jalinan rata
B Jalinan sentuh
C Jalinan tampak
D jalinan timbulan

10 Gambar rajah di bawah menunjukkan karya seni catan.

Apakah gubahan warna yang digunakan ?

A warna panas
B warna neutral
C warna sewarna
D warna penggenap

11 Istilah di bawah merujuk kepada orang yang terlibat dalam penghasilan Seni Kraf .

Seseorang yang pakar dan mahir


dalam menghasilkan sesuatu kraf

A Adiguru
B Adiwira
C Mahaguru
D Tukang Kraf

12 Siapakah tokoh yang terlibat dalam penghasilan produk seperti di bawah ?

A Jimmy Choo
B Lim Kok Wing
C Zulkifli Haron
D Ahmad Haji Zainuddin

13 Idea yang tercetus dari seseorang artis akan diluahkan melalui olahan _______ dalam karya.

A Tajuk
B Motif
C Watak
D Konsep
14 Pilih antara berikut logo yang menggunakan unsur rupa .

A B C D

15 Mengapakah olahan rupa ringkas di bawah amat sesuai digunakan sebagai simbol ?

A Mudah difahami
B Mudah dihasilkan
C Olahan yang kreatif
D Rupa objek manusia

16 Pilih pernyataan yang dapat menggambarkan tentang prinsip penegasan .

A Sebuah kolam yang dipenuhi ikan emas


B Pemandangan sawah padi yang menguning
C Sekawan kambing meragut rumput di denai
D Sebiji durian dalam longgokan buah rambutan

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu karya seni catan .

Apakah jenis ruang pad karya tersebut ?

A Ruang rata
B Ruang cetek
C Ruang dalam
D Ruang tertutup

18 Apakah tujuan utama memahami tajuk dan mesej dalam karya seni?

A Memahami teknik penghasilan karya


B Mengenali pengkarya dengan lebih lanjut
C Mempertingkatkan penghayatan pada karya seni
D Membentuk jati diri di kalangan peminat seni
19 Apakah fungsi garisan berdasarkan gambar di bawah ?

A Menghasilkan rupa
B Mewujudkan bentuk
C Menghasilkan motif
D Menghasilkan perspektif

20 Jelaskan bagaimana kepelbagaian di wujudkan pada karya di bawah

A Kepelbagaian rupa
B Kepelbagaian jalinan
C Kepelbagaian rupa dan saiz
D Kepelbagaian bentuk dan saiz

21 Karya seni visual yang mengaplikasikan unsur harmoni menimbulkan

I ketenangan
II keseragaman
III penegasan
IV pergerakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22 Mengapakah arca di bawah kelihatan menarik dan tersendiri ?

A Bahan yang kukuh


B Bentuk yang ringkas
C Mempunyai rupa simetri
D Mengandungi nilai pergerakan
23 Apabila idea telah diperolehi, apakah proses seterusnya bagi menghasilkan sebuah karya ?

A Mengolah idea menjadi bentuk


B Menjadikan idea dalam bentuk rupa
C Mengolah idea dalam bentuk aliran seni
D Mengolah idea menjadikan motif yang kreatif

24 Gabungan berbagai unsur seni yang terdapat dalam karya seni catan dibawah mewujudkan
prinsip _________________ .

A Kesatuan
B Imbangan
C Penegasan
D Kepelbagaian

25 Apakah yang menjadi perhatian utama apabila pertama kali melihat hasil kraf di bawah ?

A Jenis motif
B Alat ukiran
C Nama pengukir
D Proses penghasilan

26 Maklumat di bawah tentang definisi salah satu unsur seni .

 Kawasan kosong disekeliling sesuatu objek


 Jarak di antara dua objek

Apakah unsur seni tersebut ?

A Rupa
B Ruang
C Bentuk
D Jalinan
27 Apakah prinsip rekaan yang terdapat pada alat permainan tradisional di bawah ?

I Kontra
II Harmoni
III Imbangan
IV Penegasan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28 Apakah keistimewaan rekaan perabot yang ditunjukkan di bawah ?

A Pelbagai guna
B Bahan yang ringan
C Warna yang harmoni
D Memudahkan penyimpanan

29 Apakah fungsi institusi yang ditunjukkan di bawah

A Pusat pameran kraf


B Pusat pengumpulan hasil kraf
C Badan melindungi warisan kraf
D Institusi pendidikan bidang kraf

30 Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah poster .

Apakah prinsip rekaan yang terdapat pada poster tersebut ?

A Imbangan dan kontra


B Imbangan dan kesatuan
C Kesatuan dan pergerakan
D Penegasan dan kepelbagaian
( Pilihan 1 )

BAHAGIAN B : ( 20 markah )

Arahan : Jawab soalan di bawah menggunakan kertas lukisan yang di sediakan .

Soalan : Hasilkan sebuah karya catan yang dapat menunjukkan warna sewarna (monokrom ) . Karya tersebut
boleh sahaja menunjukkan gambar alam semulajadi, alam benda atau gabungan keduanya. Markah akan
diberi kepada nilai kreativiti dan dapat menunjukkan warna sewarna yang berkesan . Contoh di
bawah diberi sebagai panduan .
( Pilihan 2 )

BAHAGIAN B : ( 20 markah )

Arahan : Jawab soalan di bawah menggunakan kertas lukisan yang di sediakan .


Soalan : Berpandukan prinsip harmoni, hasilkan lakaran seekor rama-rama. Masukkan motif yang kreatif
pada bahagian kepak rama-rama tersebut. Warnakan lakaran rama-rama tersebut menggunakan media
basah . Markah akan diberi kepada prinsip harmoni yang berkesan, olahan motif yang kreatif dan teknik
mewarna yang betul . Contoh di bawah diberi sebagai panduan .

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH,

….………………………………………………… ….…………………………………………………
(PUAN RAFIDAH BT AHMAD) (EN FADZIL BIN MAHMOOD)
Ketua Panitia PSV Guru Kanan Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai