Anda di halaman 1dari 14

LATIHAN ULANGKAJI

KERTAS 1
Arahan : Kertas ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap
soalan.

Ia merupakan satu siri cantuman titik-titik. Ia dihasilkan dengan menggunakan alat atau media
yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu ruang atau
permukaan.

1. Pernyataan di atas menerangkan tentang…

A bentuk
B jalinan
C garisan
D rupa

Satu kawasan rata dilingkari satu garisan luar dan tidak mempunyai jisim.
2. Pernyataan di atas merujuk kepada…

A rupa
B jalinan
C garisan
D bentuk

 3. Untuk menimbulkan irama dan pergerakan dalam sesuatu karya, ianya dapat dilakukan melalui…

A melakar garisan secara bebas


B susunan garisan pelbagai saiz
C lorekan pelbagai garisan secara bertindih
D pengulangan garisan yang seakan-akan sama

4. Susunan rupa di atas yang diulang-ulang telah menghasilkan …

A susunan sisik ikan


B susunan orgee
C susunan batu-bata
1
D sunan cermin
 5. Berapakah bilangan warna tertier yang terdapat dalam roda warna?

A Lima
B Enam
C Empat
D Tiga

6. Antara berikut, yang manakah menunjukkan rupa organik?

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

7. Apakah yang dimaksudkan dengan garisan horizan?

A Garisan horizontal dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar


B Garisan beralun dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar
C Garisan menyerong dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar
D Garisan vertikal dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar

2
8. Apakah jenis garisan yang boleh membawa kesan stabil?
A. Garisan lurus
B. Garisan melengkung
C. Garisan zig-zag
D. Garisan berlingkar

9. Dalam sesebuah catan, impasto menerangkan tentang…

A catan abstrak
B catan pemandangan
C catan tebal
D catan air

10. Dalam teknik cat air, berus gigi digunakan untuk mendapatkan kesan-kesan tertentu. Apakah kesan
yang diperoleh dengan menggunakan alat ini?

A Kesan renjisan atau percikan yang spontan


B Kesan pancaran cahaya berkilau
C Kesan bertompok-tompok
D Kesan lutsinar

11. Unsur seni apakah yang amat penting dalam menghasilkan arca?

A Rupa
B Jalinan
C Bentuk
D Garisan

12. Antara berikut, pelukis tempatan yang manakah aktif dalam bidang seni arca?

A Latif Mohiedin
B Anthony Lau
C Dzulkifli Buyong
D Abdullah Ariff

13. Definisi bagi cetakan ialah ….

A proses mengukir blok kayu yang kemudiannya disapu warna


B proses mengecat di atas permukaan rata
C proses melukis imej di atas permukaan rata dan diukir untuk tujuan hiasan
D kesan gubahan yang terhasil daripada salinan blok ke atas permukaan

3
14. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan imej dalam cetakan benaman ialah …..

A thinner
B minyak linsid
C asid
D pewarna lino

15. Antara berikut, yang manakah merupakan reka bentuk grafik yang berfungsi sebagai petunjuk?

A Risalah
B Reka bentuk korporat
C Reka bentuk pembungkusan
D Simbol

16. Warna yang sesuai untuk reka bentuk poster ialah …

A warna yang kontra


B hitam dan putih
C warna tertier
D kroma

17. Logo perkataan, logo huruf, dan logo gabungan huruf dan imej dikenali sebagai jenis logo …

A piktogram
B simbol
C huruf
D representasi

18. Apakah bahan yang digunakan untuk membungkus otak-otak?

A Daun getah
B Daun kelapa
C Daun pandan
D Daun palas

4
19. Apakah jenis makanan yang dikaitkan dengan bahan pembungkusan di atas?

A Dodol
B Lemang
C Tapai
D Ketupat pulut

20. Di manakah iklan transit dipasang?

A Pada kain rentang


B Di tepi jalan
C Pada kenderaan awam
D Pada papan peraga

21. Antara berikut, peralatan komputer yang manakah berfungsi untuk mengimbas gambar?

5
22. Apakah cara yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk produk?

I Rupa mengikut bentuk


II Fungsi mengikut rupa
III Fungsi mengikut bentuk
IV Bentuk mengikut fungsi

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

23. Pencahayaan dalam sesebuah ruang boleh dibantu melalui….

I saiz tingkap
II cermin
III saiz pintu
IV kedudukan pintu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

24. Dalam sesuatu reka bentuk hiasan dalaman, apakah objek yang boleh memberikan kesan ruang yang
lebih luas?

A Rak kasut
B Kerusi rehat
C Cermin dinding
D Lampu meja

25. Rupa bentuk muka bumi dalam elemen reka bentuk landskap bermaksud …

A gazebo
B struktur
C pergola
D topografi

6
26. Apakah tumbuhan yang sesuai ditanam dalam ruang landskap kawasan halaman rumah?

A Rumput
B Pokok rendang
C Pokok renek
D Pokok palma

27. Apakah nama motif ragam hias tembikar tradisional di atas?

A Bunga lawang
B Bunga tanjung
C Bunga kedudut
D Bunga cengkih

28. Antara berikut, yang manakah menggambarkan reka bentuk labu panai?
7
Ia merupakan tanah liat cair yang berfungsi sebagai pelekat atau gam untuk tanah liat.
29. Pernyataan di atas menerangkan mengenai …..

A slap
B slip
C gerlis
D plaster of paris

30. Langkah terakhir dalam proses anyaman tradisional dinamakan…..

A menganyam
B sisip
C lagang
D kerat

8
31. Cetar adalah sejenis peralatan yang berfungsi untuk…

A membentuk kayu secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik


B merata dan melicinkan corak ukiran kayu
C mengetuk pahat apabila melakukan proses menebuk
D membuat silat dan melicinkan corak

32. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang corak ukiran kayu tradisional di atas?

A Motif pola ini adalah daripada jenis tunggal


B Motif yang digunakan adalah dalam kategori flora
C Ia adalah daripada jenis pola pemidang
D Corak ini sering digunakan pada cucuran atap

33. Apakah fungsi pemidang kayu dalam seni tekat?

A Mengetatkan kedudukan tekat pada mempulur


B Meregang kain dasar untuk memudahkan sulaman
C Melilit benang emas atau perak pada kain dasar
D Struktur utama seni tekat

34. Apakah yang dimaksudkan dengan batik?

A Rintik putih pada kain berwarna atau bercorak


B Bintik-bintik yang menghiasi kain panjang
C Rintik yang menjadi corak kain kosong
D Bintik-bintik yang menjadi motif utama kain

9
35. Rajah di atas mengandungi prinsip rekaan…

A harmoni dan irama


B harmoni dan kesatuan
C harmoni dan kontra
D harmoni dan kepelbagaian

36. Ruang yang manakah diwarnakan dengan warna lembut dan pudar untuk menimbulkan ilusi ruang
belakang dalam lukisan di bawah?

Selain daripada artis, pelukis agung berikut juga merupakan ahli sains.
37. Tokoh yang dimaksudkan ialah …

A Claude Monet
B Leonardo da Vinci
C Albrecht Durer
D Michelangelo

10
38. Abdul Latiff Mohidin ialah seorang pelukis yang juga dikenali dalam bidang puisi. Antara karya
pentingnya ialah catan minyak yang bertajuk ‘Pago-pago’. Catan ini bertemakan ….

A kritikan sosial
B abstrak
C mitos dan lagenda
D gambaran alam metafora

39. Unsur seni ini adalah penting bagi menghasilkan rekaan di atas.

A Rupa
B Ruang
C Bentuk
D Warna

40. Bilakah proses menghias motif pada tembikar dilakukan?

A Selepas membakar tembikar


B Semasa proses pembakaran berlaku
C Sebelum menjemur tembikar
D Sebelum membakar tembikar

41. Silat ................................berasaskan bentuk atap rumah Minangkabau.

A leper
B serong
C belah rotan
D Minangkabau

11
42. Apakah jenis simbol yang ditunjukkan di atas?

A Simbol sukan
B Simbol amaran
C Simbol abstrak
D Simbol maklumat

43. Antara berikut, tumbuhan yang manakah sesuai ditanam untuk memberi teduhan?

12
44. Awan larat corak silang biasanya dihasilkan menggunakan teknik ukiran …..

A tebuk tembus
B layang
C larik
D bunga timbul

45. Buluh anyaman tidak sesuai dipotong pada hari hujan kerana …..

I terlalu berat dan sukar dipotong


II mengandungi terlalu banyak gula
III mudah patah dan terlalu keras
IV memudahkan pembiakan bubuk dan anai-anai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

46. Kain songket terkenal di negeri-negeri berikut, kecuali …..

A Perak
B Kelantan
C Pahang
D Terengganu

47. Gambar di atas menunjukkan sebilah keris. Bahagian yang bertanda X dikenali sebagai …..

A janggut
B pamur
C lok
D ganja

13
48. Tongkat yang digantung di belakang badan kereta lembu dapat menahan kereta lembu daripada
terjongket ketika menaiki bukit ialah …

A bom
B lanting
C pak
D pasang

49. Jika pengantin perempuan memakai mahkota, pengantin lelaki pula memakai ….

A pending
B tali pinggang
C tengkolok
D dokoh

50. Perhiasan cuping telinga perempuan yang berbentuk bulat dan pelbagai rupa dikenali sebagai ….

A pending
B subang
C cincin
D dokoh

Disediakan oleh : Pn. Puteri Nadia Bt Megat Ahmed Tahwil ………………………....


Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

Disemak oleh : En. Rosli Mat


Guru Subjek Pendidikan Seni Visual
………………………....

Disahkan oleh : Mr. Liew Wei Luen ……………………….....


Ketua Jabatan Sastera dan Sains Sosial

SELAMAT 14
MENJAWA

Anda mungkin juga menyukai