Anda di halaman 1dari 12

Kertas 1

Arahan : Jawab semua soalan berikut dengan pilihan A,B,C dan D.

1. Apakah jenis corak dalam gambar rajah di bawah ini?

A. Imbangan
B. Harmoni
C. Geometri
D. Kepelbagaian

2. Antara berikut, media manakah yang sesuai dengan teknik lorekan?

A. Pen dan dakwat


B. Arang dan pensel
C. Berus dan cat air
D. Cat minyak dan pisau palit

3. Teknik yang paling banyak digunakan dalam lukisan arang ialah _____________.

A. teknik titik
B. teknik lorekan
C. teknik impasto
D. teknik gosokan

4. Kepingan roti digunakan dalam lukisan arang adalah untuk ________________.

A. menghasilkan kesan ruang


B. menghasilkan jalinan
C. menghasilkan kesan gosokan
D. memadamkan kesan lukisan

5. Antara yang berikut, media untuk melukis yang manakah sesuai dengan teknik titik?

1
I krayon dan pen
II arang dan pensel
III berus dan cat air
IV pen dan warna

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

6. Bagi pasangan warna yang berikut, yang manakah warna penggenap?

A. Merah Biru
B. Biru Hijau
C. Hijau Kuning
D. Jingga - Biru

7. Bentuk gasing dan wau tradisional direka berdasarkan prinsip rekaan _____________.

A. kepelbagaian
B. imbangan
C. harmoni
D. perspektif

8. Apakah kelebihan kesan lukisan arang dalam menghasilkan lukisan?

A. kesan tekstur permukaan yang jelas


B. kesan lakaran yang sukar tanggal
C. kesan kekerasan yang tinggi
D. kesan lorekan yang kabur

9. Suasana yang tenang, harmoni, dan selesa dalam karya catan cat air dihasilkan dengan
menggunakan ____________.

2
A. warna penggenap
B. warna sekunder
C. warna sewarna
D. warna panas

10. Mengapakah pemati (fixatif) mesti digunakan bagi lukisan arang dan pensel?

A. mengekalkan warna
B. memelihara hasil lukisan
C. mengilatkan permukaan
D. mencantikkan hasil seni

11. Pilih padanan warna dengan komponen warna yang betul.

Warna Komponen Warna


A Warna Primer merah, kuning, hijau
B Warna sekunder merah + biru
C Warna tertier warna sekunder + warna sekunder
D Warna neutral warna perang, warna kuning air

12. Aspek aspek yang penting semasa melukis termasuk

I grid
II komposisi objek
III ton dan pencahayaan
IV perspektif

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III, dan IV

13. Antara yang berikut yang manakah merupakan warna neutral?

A. ungu

3
B. putih
C. kelabu
D. merah kehijauan

14. Pasangan jalinan dan permukaan bahan yang manakah dipadankan dengan betul?

Jalinan Permukaan Bahan

A Jalinan sentuh permukaan kulit batang kayu

B Jalinan tampak permukaan tapak tangan

C Jalinan sentuh permukaan lantai

D Jalinan tampak permukaan batik terap

15. Apakah tujuan penggunaan prinsip penegasan dalam seni tampak?

I mengelakkan kebosanan
II memusatkan perhatian pada tempat yang ditegaskan
III menarik perhatian pemerhati
IV mengalihkan tumpuan daripada objek yang ditegaskan

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

Soalan 16 hingga soalan 18 adalah berdasarkan simbol di bawah ini.

4
16. Simbol yang ditunjukkan di atas dihasilkan oleh gabungan apa?

A. rupa- rupa organik


B. rupa- rupa geometri
C. rupa organik dan rupa geometri
D. rupa huruf dan rupa geometri

17. Apakah jenis rupa yang ditunjukkan simbol di atas?

A. positif
B. negatif
C. nyata
D. organik

18. Apakah keistimewaan simbol di atas?

A. menunjukkan identiti dengan menggunakan rupa-rupa ringkas


B. menunjukkan kesan penegasan yang hebat
C. menunjukkan imbangan simetri
D. menggunakan satu warna sahaja

19. Jalinan pada permukaan tayar kereta merupakan jalinan ____________ manakala imej pada
skrin tayangan gambar mempunyai jalinan ________.

A. timbul tampak
B. sentuh tampak
C. tampak sentuh
D. ilusi sentuh

5
Kassim menghasilkan lukisan dengan menggunakan pen dan dakwat.
Selepas lukisan dihasilkan, Kassim mendapati bahawa kesan dakwat
mudah kotor apabila terkena air.

20. Cara yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah Kassim ialah

A. melekatkan lapisan plastik lutsinar pada hasil lukisan pen tersebut


B. menggosok permukaan arang dengan lilin
C. memanaskan permukaan lukisan supaya kesan dakwat kekal
D. menyembur permukaan lukisan dengan pemati

21.____________ ialah nilai ukuran kuasa bagi sesuatu warna.

A. nilai warna
B. kroma warna
C. perspektif warna
D. suhu warna

22. Unsur unsur seni di bawah perlu diutamakan semasa menghasilkan lukisan, kecuali

A. perspektif
B. warna
C komposisi
D pencahayaan

23. Apakah kesan yang boleh ditimbulkan oleh garisan?

I rupa
II jalinan
III bentuk
IV titik

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

6
24. Apakah jenis campuran warna yang menghasilkan warna sekunder?

I primer dan primer


II primer dan tertier
III primer dan kroma
IV panas dan sejuk

A. I sahaja
B. I dan II
C. I dan III
D I dan IV

25. Apakah warna-warna yang digunakan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu dalam
sebuah bilik?

A. warna sewarna
B. warna penggenap
C. warna neutral
D. warna sejuk

26. Antara yang berikut yang manakah jenis jalinan?

I Jalinan tampak
II Jalinan ilusi
III. Jalinan konkrit
IV Jalinan ilusi

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Antara padanan permukaan dengan jalinan yang berikut, yang manakah betul?

Permukaan Jalinan
A catan cat air Tampak
B kulit tembikar Sentuh
C kulit kerang Tampak
D cat minyak berteknik impasto Tampak

28. Pernyataan manakah yang benar mengenai rupa?

7
A. rupa ialah bentuk-bentuk geometri
B. rupa ialah objek tiga dimensi
C. rupa ialah bentuk positif dan bentuk negatif
D. rupa ialah hasil pertemuan dua titik penghujung sesuatu garisan

29. Apakah yang akan dihasilkan oleh ulangan rupa-rupa negatif yang serupa mengikut garisan
grid?

I.Rupa positif
II Rupa negative
III Corak
IV Bentuk

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

30. Apakah yang dimaksudkan dengan ruang?

A. Ruang ilusi yang dihasilkan pada permukaan yang rata


B. Kawasan kosong yang terdapat di dalam, di tengah atau di sekeliling sesuatu objek
C. Ruang sebenar yang wujud pada semua hasilan seni yang berbentuk tiga dimensi
D. Benda yang mempunyai fom atau ruang tiga dimensi

31. Penggunaan warna jingga member kesan panas pada catan. Apakah warna harmoni dengan
warna jingga?

A. biru
B. ungu
C. merah
D. coklat

32. Apakah jenis pensel yang digunakan untuk menghasilkan ton dalam lukisan?

8
A. HB
B. 2H
C. 4B
D. 6B

33. Untuk menentukan sama ada sesuatu olahan dalam karya seni itu simetri atau tidak, sejenis
garisan diperlukan. Apakah nama garisan tersebut?

A. Garisan perspektif
B. Garisan grid
C. Garisan axis
D. Garisan normal

34. Sejarah manusia menunjukkan bahawa lukisan yang terawal dihasilkan di dalam gua.
Apakah media digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan tersebut?

A. Batang kayu yang terbakar


B. Pensel yang diperbuat daripada arang
C. Berus yang diperbuat daripada buluh dan dakwat bahan semula jadi
D. Tali yang dibasahi cecair tumbuhan

35. Antara tindakan dua warna yang berikut, yang manakah menimbulkan kesan kontra yang
paling hebat?

A merah Kuning
B kuning Hijau
C ungu Jingga
D hijau Merah

36. Jika jejalan batu disusun di sekeliling kolam, apakah warna jejalan batu yang sesuai dipilih
untuk menimbulkan kesan yang harmoni?

A. merah
B. putih
C. hijau
D. perang

37. Apakah fungsi kontra dalam seni tampak?

I. Menjadikan karya seni lebih harmoni.


II. Mengelakkan kebosanan bila dilihat

9
III. Menjadikan karya seni berwarna-warni
IV. IV. Memberikan tumpuan dan penegasan

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

38. Apakah alat dan media lukisan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan tanpa warna?

I. Pen teknikal
II. Berus dan warna
III. Krayon
IV.Pensel

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan warna.

JINGGA = MERAH + X

X merupakan kawasan gabungan warna merah dan warna biru. Apakah


warna X?

A. Warna penggenap
B. Warna primer
C. Warna sekunder
D. Warna tertier

40. Apakah garisan yang harus ditambah pada dinding sebuah dewan bagi mewujudkan kesan
lebar?

A. Tegak
B. Melintang
C. Berpancar
D. Beralun

10
41. Antara berikut, bahan kimia yang manakah digunakan untuk menanggalkan kesan lilin pada
kain semasa proses membatik?

A. Naftol
B. Soda ash
C. Sodium silikat
D. Soda bikarbonat

42. Antara berikut, kraf yang manakah sering menampilkan susunan motif yang tidak formal?

A. Tenunan songket
B. Tenunan pua
C. Ukiran kayu
D. Batik

43. Apakah kegunaan soda ash dalam proses menghasilkan batik?

A. Membuang lilin daripada kain


B. Mengekalkan kecantikan kain
C. Mengelakkan lilin menjadi keras
D. Mengelakkan warna kain dari bertelar-telar

44. Negeri berikut mempelopori tenunan songket, kecuali __________.

A. Melaka
B. Pahang
C. Kelantan
D. Terengganu

45. Kain tenunan songket sesuai digunakan untuk tujuan berikut, kecuali _________.

A. pakaian bersantai
B. pakaian pengantin
C. pakaian kebesaran diraja
D. pakaian untuk majlis rasmi

46. Sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan melalui sentuhan dan penglihatan
dinamakan ________.

A. ruang
B. warna
C. bentuk
11
D. jalinan

47. Rupa muka taip kerap digunakan dalam kerja-kerja ______________.

A. seni halus
B. seni grafik
C. seni tekstil
D. seni landskap.

48. Teknik berikut dapat menghasilkan jalinan tampak, kecuali _______________.

A. ukiran
B. pualaman
C. catan impasto
D. ikat dan celup

49. Objek berikut boleh dipindahkan melalui teknik gosokan ke atas permukaan kertas, kecuali
_________________.

A. kepak rama-rama
B. cermin tingkap
C. kulit kayu
D. duit syiling

50. Kesan lorekan sebuah karya lukisan dengan menggunakan pensel menghasilkan
___________.

A. ton
B. rupa
C. bentuk
D. garisan

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai