Anda di halaman 1dari 12

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 60 SOALAN. SILA JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Aliran seni lukis yang mengutamakan kesan ilusi objek dan fantasi ialah aliran

A. realisme C. surealisme
B. kiubisme D. impresionisme

2. Ciri-ciri utama teknik impasto ialah

A. menggunakan titik-titik dalam catan


B. menggunakan sapuan warna yang lembut
C. menggunakan paltan cat yang tebal
D. menggunakan pita pelekat untuk garisan lurus dan memisahkan warna

3. Catan yang hanya menggunakan komposisi warna merah, kuning dan jingga memberi kesan

A. harmoni
B. penegasan
C. kesatuan
D. kontra

4. Aspek-aspek di bawah penting dalam membentuk arca kecuali,

A. Kestabilan
B. Keseimbangan
C. Nilai-nilai intelek
D. Jisim dan isi padu

5. Manakah pernyataan-pernyataan tentang garisan berikut benar?

I. Garisan nipis disusun secara berdekatan akan menghasilkan rupa .


II. Susunan garisan dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan kesan ton
III. Garisan zigzag menimbulkan kesan pergerakan
IV. Garisan berpancar menimbulkan kesan ton.

A. I dan III
B. II dan IV
C. I , II, dan IV
D. II, III dan IV

6. Fungsi terpenting turpentine dalam catan cat minyak ialah

A. Digunakan Dalam Teknik Hard Edge


B. Sebagai Pelarut Warna
C. Sebagai Pengilat Warna
D. Sebagai Bahan Minyak Linsid.

7. Soalan berikut adalah berdasarkan kepada gambarajah dibawah

1
Lukisan di sebelah memberi kesan

I. Jalinan
II. Pergerakan
III. Ketenangan
IV. Perspektif

A. I dan II C I, II, dan III


B. I dan III D II, III dan IV

8. Kesan teknik impasto dalam catan cat minyak termasuk :

I. Lutsinar
II. Tebal
III. Berjalin kasar
IV. Legap

A. I dan II B. II dan III


C. III dan IV D. II, III dan IV

9. Antara aktiviti-aktiviti berikut, yang manakah dapat menghasilkan bentuk konkrit?

A. Menganyam bakul
B. Melorek menggunakan pensil
C. Menenun
D. Mencetak

Soalan 10 merujuk kepada gambar di bawah

10. Gambar bangunan di atas direka dengan berpandukan garisan perspektif dari

A. 1 titik lenyap
B. 2 titik lenyap
C. 3 titik lenyap
D. 4 titik lenyap

11. Dalam menghasilkan arca luakan, beberapa peralatan amat diperlukan iaitu

I. Kapak
II. Gergaji
III. Pahat ukir
IV. Alat pemateri

A. I dan II B, II dan III


C, I, II, dan III D. I, II, II dan IV

12. Sejarah catan Malaysia bermula pada sekitar tahun


A. 1920-an B. 1930-an
C. 1940-an D. 1950-an
2
13. Semua yang berikut adalah BENAR tentang lukisan.

I. Kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan,cetakan, arca dan sebagainya.


II. Ilustrasi garisan-garisan tanpa warna
III. Karya daripada garisan yang membentuk imej
IV. Gubahan dengan menggunakan berus dan pewarna cair

A. I dan II B. II dan III


C. I, II dan III D. I, II dan IV

14. Kanvas cat minyak dihasilkan daripada bahan-bahan di bawah

I. Cat emulsi putih


II. Gam kanji cair
III. Kain belacu
IV. Minyak linsid

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III

15. Aspek yang paling penting dalam sesebuah mural ialah

A. Ketepatan mesej serta kesesuaian mural dengan persekitaranya.


B. Ilustrasi yang berwarna-warni untuk menarik minat orang ramai
C. Nama pelukis yang jelas di sebelah bawah bahagian kanannya
D. Tajuk yang besar dan penerangan yang mencukupi.

Soalan 16 merujuk kepada gambar rajah di bawah

16. Gambar rajah yang diberi adalah sebuah karya

A. Catan cat minyak


B. Cetakan
C. Ukiran
D. Ukiran kayu

3
Soalan-soalan 17 dan 18 berdasarkan arca di bawah

17. Manakah antara pernyataan di bawah ini adalah benar tentang arca di atas ?

I. Arca ini berbentuk realis


II. Arca ini berimej abstrak
III. Seseorang memerlukan nilai-nilai intelek yang tinggi untuk memahaminya
IV. Arca-arca tersebut ialah arca timbulan

A. I dan II C. I, II dan III


B. II dan III D. II, III dan IV

18. Arca bertajuk “ Teleng” yang dihasilkan daripada kayu dalam gambar rajah diberi
adalah jenis arca

A. Luakan B. binaan
C. Asemblaj D. Tambahan

Soalan 19 merujuk kepada gambar rajah di bawah

19.Arca di atas merupakan bentuk arca

A. Luakan B. Mobail
C. Binaan D. acuan

20. Semua berikut adalah kaedah cetakan stensil kecuali

A. Kaedah potongan kertas pendua


B. Kaedah profilem
C. Kaedah kadbod bergelugor
D. Kaedah sutera saring

4
21. Apakah yang dimaksudkan dengan edisi dalam seni cetak?

A. bilangan salinan cetakan


B. bilangan warna yang digunakan
C. bilangan block yang digunakan
D. jenis kualiti kertas yang digunakan

Gambar di bawah adalah merujuk kepada soalan no 22

22. Alatan di atas digunakan dalam catan

A. cat minyak
B. Cat air
C. Cat tempera
D. Fresko

23. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan imej dalam cetakan benam ialah _________ manakala cetakan timbul ialah
___________

A. Asid ….. Pisau Ukir


B. Pisau Ukir ….. Asid
C. Pisau Ukir ….. Bitumin
D. Thinner ….. Asid

Padankan alatan A, B, C, D dengan jenis cetakan bagi soalan 24 hingga 26

A. Plat Logam
B. Kepingan Lino
C. Pemidang Skrin
D. Blok Batu Kapur

24. Cetakan timbul ( )

25. Planografi ( )

26. Cetakan Benam ( )

Soalan 27, 28 dan 29 berdasarkan jawapan-jawapan di bawah

A. Arca Luakan C. Arca Asemblaj


B. Arca Bergerak D. Arca Estetika

27. Arca ini boleh digunakan sebagai mobail dan ia juga dinamakan seni kinetik…….

28. Arca ini dihasilkan untuk dihayati keindahannya . …………..

5
29. Arca jenis ini memerlukan kemahiran memahat dan bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dibuang. ………………..

30. Karya-karya catan aliran…………. Banyak menggunakan unsur-unsur tampak iklan dan komersial.

A. Seni Op
B. Seni Pop
C. Seni Minimal
D. Seni konseptual

Soalan 31 adalah merujuk kepada gambar rajah di bawah

X Y Z

31. Dalam contoh cetakan di atas, di bahagian manakah letaknya nama pengkarya?

A. W B. X C. Y D. Z

32. Telitikan lukisan epal dalam rajah. Punca cahaya datang dari arah…

33. Menggambarkan sesuatu imej bawah sedar atau alam fantasi . Ayat ini merujuk kepada catan aliran…………

A. Kiubisme
B. Ekspresionisme Abstrak
C. Surealisme
D. Pointilisme

34. Pelukis tempatan ini sering menyampaikan mesej hasrat beliau melalui gambar alam permainan kanak-kanak.

A. Dzulkifli Buyung
B. Ismail Mustam
C. Abdul Latif Mohiddiin
D. Zulkifli Dahalan.

35. Apakah jenis teknik yang paling awal digunakan oleh manusia untuk membuat arca?

A. Tambahan
B. Luakan
C. Asemblaj
D. Acuan
6
36. Seni lain yang mempunyai hubungkait dengan seni arca ialah

I. Seni bina
II. Seni hiasan dalaman
III. Reka bentuk industri
IV. Reka bentuk batik

A. I, II, dan III


B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 37, 38 dan 39 berdasarkan gambar rajah unsur seni di bawah

I III

II IV

37. Rajah I menunjukkan unsur seni

A. Garisan B. Ruang
C. Jalinan D. Bentuk

38. Yang manakah menunjukkan unsur seni rupa?

A. I B. II
C. III D. IV

39. Apakah jenis ruang yang ditunjukkan dalam rajah II?

A. Ruang Konkrit B. Ruang Terbuka


C. Ruang Tertutup D. Ruang Cetek

40. Manakah antara berikut merupakan teknik-teknik lukisan :

I. Cross hatching
II. Titik
III. Gosokan
IV. Impasto

A. I dan II B. I dan III


C. II dan III D. I, II dan IV

7
41. Berikut adalah media yang digunakan untuk menghasilkan lukisan

I. Arang dan pensel


II. Warna Air
III. Berus dan dakwat
IV. Pensel warna

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

42. Apakah kaedah cetakan yang paling jimat, mudah dan cepat untuk mencetak imej di bawah dalam kuantiti yang sedikit?

A. Cetakan profilem
B. Cetakan skrin foto
C. Cetakan planograf
D. Cetakan stensil kertas pendua

43. Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur adalah dalam bentuk………… manakala gambar bangunan ini dalam
poskad adalah dalam bentuk…………….

A. Ilusi ……………Konkrit
B. Konkrit ………...Ilusi
C. Maya …………..Ilusi
D. Maya …………..Konkrit

44. Karya di atas bertajuk Starry Night. Siapakah pelukisnya?

A. Francisco Goya
B. Henri Matisse
C. Pablo Picasso
D. Vincent van Gogh

8
45. Karya catan berjudul Starry Night merupakan sebuah karya catan beraliran

A. Renaissance
B. Realisme
C. Ekspressionisme
D. Post-Impressionisme

46. Arca yang dihasilkan melalui cantuman bahan-bahan terbuang dan terpakai dipanggil arca ….
A. Acuan
B. Binaan
C. Asemblaj
D. Mobail

47. Antara jenis-jenis garisan berikut, yang manakah menunjukkan kesan keteguhan?

A C

B D

48. Pilih pasangan jalinan yang mempunyai fungsi yang sama.

A. Kulit Telur - Tapak Kasut


B. Mozek - Tayar Kereta
C. Corak Pakaian - Kulit Nenas
D. Tayar Kereta - Tapak Kasut.

49. Ruang ilusi wujud dalam semua hasilan seni berikut kecuali

A. Catan
B. Lukisan
C. Cetakan
D. Arca

50. Teknik yang di gunakan dalam lukisan di bawah ialah

9
A. Teknik Jalinan
B. Teknik Gosok
C. Teknik Cross Hatching
D. Teknik Pointilisme (Titik)

51. Berdasarkan gambar rajah di bawah, bahagian manakah menampakkan kesan ton cerah?

52.

Apakah prinsip rekaan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

A Pergerakan
B Kepelbagaian
C Penegasan
D Kontras

53. Pilih susunan yang tepat dalam proses membuat arca.

I. Membuat arca
II . Kekemasan dan persembahan
III . Pengolahan idea
IV . Membuat model

A. III, IV, I dan II


B. IV, III , I danII
C. IV, I, II dan III
D. I, II, III dan IV

10
54.

Gambar rajah 1

Apakah jenis perspektif yang diaplikasikan dalam ilustrasi ruang dapur dalam rajah 1 ?

A. Satu Titik Lenyap


B. Dua Titik Lenyap
C. Tiga Titip Lenyap
D. Gabungan Titik Lenyap

55.

X ialah warna sekunder yang terhasil daripada campuran warna biru dan kuning. Apakah warna penggenap bagi X?

A. Warna Kuning
B. Warna Jingga
C. Warna Merah
D. Warna Hijau

56. Pilih kenyataan yang mempunyai unsur penegasan.

I Sekuntum bunga raya di atas sehelai kain berwarna putih


II Seekor kucing di tengah-tengah sepuluh ekor itik
III Sepuluh biji limau di dalam sebiji pinggan
IV Sawah padi yang luas terbentang

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

“Kesepaduaan unsur-unsur seperti garisan, warna, jalinan,


bentuk susunan akan menimbulkan keselesaan, keseragaman
dan ketenangan”.

57. Apakah prinsip rekaan yang dapat dikaitkan dengan kenyataan di atas.

11
A Penegasan
B Kontra
C Kepelbagaian
D Harmoni

Merupakan teknik palitan warna yang tebal spt cat minyak.

58. Apakah teknik cat minyak mengikut kenyataan diatas?

A. Impasto
B. Glazing
C. Hard Edge
D. Alla Prima

59. ____________________ merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis
media dan senang dikawal dari segi sapuan warna

A. Teknik Basah Atas Basah


B. Teknik Basah Atas Kering
C. Teknik Kering Atas Basah
D. Teknik Kering Atas Kering

60. “Junk sculpture” atau arca daripada bahan terbuang dikenali juga sebagai

A. Assemblaj
B. Mobail
C. Stabail
D. Instalasi

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai