Anda di halaman 1dari 13

1. Ilustrasi dalam gambar rajah di bawah menunjukkan pelbagai jenis garisan.

Apakah kesan yang


ditunjukkan?

A. Rupa dan jalinan
B. Ruang dan bentuk
C. Bentuk dan rupa
D. Bentuk dan jalinan
2. Apakah jenis garisan yang diaplikasi dalam gambar rajah di bawah?

A. Lurus, melengkung dan putus-putus
B. Kasar, putus-putus dan beralun
C. Beralun, halus dan melengkung
D. Melengkung, kasar dan putus-putus
3. Manakah di antara gambar rajah di bawah memperlihatkan kesan bentuk yang paling jelas?


A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
4. Ruang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya seni. Manakah pernyataan
yang benar tentang ruang?
A. Kawasan yang terhasil antara bentuk dan rupa
B. Sesuatu objek yang berada pada jarak dekat, tengah dan jauh
C. Objek-objek yang berada dalam kedudukan di hadapan, sisi dan belakang
D. Objek-objek yang terdiri daripada pelbagai rupa dan saiz
5. Apakah yang dimaksudkan dengan rupa?
A. Imej yang digunakan sebagai motif reka corak
B. Imej yang dijadikan motif untuk gubahan simbol
C. Imej yang meliputi kawasan sesuatu objek
D. Imej yang wujud dalam alam sekeliling
6. Apakah bahan yang dapat menghasilkan jalinan sentuh pada permukaan dengan jelas?
A. Catan landskap
B. Kertas hadiah
C. Kain batik
D. Tayar kereta
7. Nyatakan unsur utama prinsip harmoni yang dapat dilihat dalam ilustrasi di bawah

A. Rupa dan bentuk
B. Bentuk dan jalinan
C. Jalinan dan ruang
D. Garisan dan rupa
8. Manakah ilustrasi yang menunjukkan imbangan tak simetri pada objek di bawah?


A. I dan II
B. I dan III
C. III dan IV
D. II, III dan IV
9. Kesan pergerakan dalam lukisan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur
A. garisan
B. warna
C. ruang
D. jalinan
10. Manakah di antara berikut menggunakan prinsip penegasan yang jelas dalam rekaannya?
A. Logo
B. Poster
C. Kad ucapan
D. Pembalut hadiah
11. Manakah di antara berikut benar tentang teknik lorekan dalam proses menghasilkan lukisan?
A. Teknik menggunakan krayon dan cat air
B. Teknik ini sesuai untuk menghasilkan ilustrasi dan lukisan potret
C. Teknik ini diaplikasikan dalam lukisan teknikal
D. Teknik ini mengutamakan kualiti garisan dalam proses penghasilan

12. Apakah jenis garisan yang boleh diaplikasi untuk menunjukkan kesan pergerakan air tasik
seperti dalam gambar rajah di bawah?

A. Garisan putus-putus
B. Garisan berlingkar
C. Garisan beralun
D. Garisan zig-zag
13. Karya lukisan yang dihasilkan dalam gambar rajah di bawah menggunakan teknik

A. titik
B. lorekan
C. gosokan
D. lakaran
14. Apakah langkah yang dilakukan dalam proses penyediaan daun mengkuang seperti dalam
gambar rajah di bawah?

A. Menyisip
B. Melagang
C. Menganyam
D. Mengerat
15. Catan cat minyak amat sesuai untuk dijadikan media catan yang bersifat
A. lutsinar
B. legap
C. cair
D. nipis
Menggunakan warna terus dari tiub. Kesan sapuan warna kelihatan kasar. Warna kelihatan tebal
menggunakan pisau palit
16. Pernyataan di atas ialah catan yang menggunakan teknik
A. Glazing
B. Impasto
C. Hard-edges
D. Pointing

17. Apakah maksud simbol di atas pada sesetengah barangan?
A. Arah susunan
B. Arahan berhati-hati
C. Simbol kejayaan syarikat
D. Tidak membawa sebarang erti
18. Antara perisian berikut manakah yang digunakan dalam proses mereka bentuk dan melukis
imej?
A. MS Publisher
B. Corel Draw
C. Page Maker
D. Quark Express
19. Antara pasangan berikut, yang manakah merupakan perisian pengarangan multimedia?
A. Macromedia Director Adobe Ilustrator
B. Asymetric Tool Book - Macromedia
C. Microsoft Words Asymetric Tool Book
D. Macromedia Authorwave - Pagemaker

20. Antara berikut manakah bukan fungsi bagi seni reka landskap?
A. Menyegarkan udara persekitaran
B. Mengurangkan proses hakisan
C. Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
D. Menambah pendapatan majlis perbandaran tempatan
21. Tanaman yang digunakan untuk mengurangkan hakisan tanah ialah
A. Pokok renek
B. Tumbuhan penutup bumi
C. Pokok yang tinggi
D. Jenis palma
22. Apakah jenis program yang sesuai untuk menghasilkan kulit majalah hiburan?
A. Program penerbitan atas meja
B. Program pengeditan foto
C. Program lukisan dan catan
D. Program persembahan
23. Setelah menyiapkan satu tugasan menggunakan MS Word, Ali perlu menyimpannya di dalam
_________ supaya dia boleh menggunakannya lagi kemudian hari.
A. monitor
B. mesin pencetak
C. fail
D. kertas
24. Apakah nama dan fungsi alat dalam gambar rajah di bawah?

A. Getar .. mengukir ukiran kayu
B. Pisau wali .. melicin dan membentuk silat ukiran kayu
C. Getar meratakan permukaan ukiran kayu
D. Pisau wali melurus dan melicinkan ukiran kayu


25. Logo di atas direka cipta berdasarkan unsur
A. haiwan
B. bunga
C. rama-rama
D. kuih

26. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan?
A. Karya seni yang dihasilkan oleh pelukis menggunakan pen, warna dan pensel
B. Kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan karya seperti catan, cetakan dan arca
C. Karya seni yang menggabungkan idea dan imaginasi pelukis
D. Proses yang dirancang untuk menghasilkan barangan kraf dan reka bentuk

27. Pilih penerangan yang paling sesuai tentang papan iklan
A. pepejal
B. makanan segera
C. cecair atau krim
D. bijirin
28. Antara berikut, maklumat manakah yang tidak perlu diletak pada pembungkusan minuman
kotak?
A. Berat bersih kandungan
B. Tarikh buatan dan tarikh luput
C. Amaran bagi bahan beracun
D. Jenama dan ilustrasi
29. Maklumat yang terdapat dalam pelan landskap adalah
I. kotak tajuk
II. arah mata angin
III. skala
IV. simbol
30. Apakah yang tidak terdapat dalam pelan landskap?
A. Tumbuh-tumbuhan
B. Struktur binaan
C. Pengiraan kos
D. Kelengkapan atau komponen landskap yang lain
31. Antara fungsi air dalam gubahan landskap adalah
A. memantulkan cahaya, memberi kesan sejuk dan elemen bunyi
B. memberi kemudahan pengunjung untuk bermandi manda Jenis palma
C. sebagai penapis habuk
D. sebagai penyerap bunyi
32. Elemen ini mewujudkan bunyi, kesan sejuk, dan kesan pergerakan. Elemen ini merujuk kepada
A. Air
B. Batu
C. Struktur
D. Topografi
33. Manakah di antara berikut benar tentang ciri-ciri catan cat air?
A. Terdapat enam teknik utama menghasilkan catan cat air
B. Media cat air akan memberikan kesan warna yang tebal dan legap
C. Teknik basah atas kering merupakan salah satu teknik catan cat air
D. Cat air mestilah dicairkan sebelum digunakan untuk menghasilkan catan cat air
34. Adi menghasilkan ukiran kayu mengikut proses berikut :
(I) Latar corak di tebuk menggunakan pahat
(II) Corak diukir menggunakan pisau wali untuk membentuk silat Adi membuat ukiran kayu
jenis
A. Ukiran layang
B. Ukiran tebuk tembus
C. Ukiran bunga timbul
D. Ukiran layak
35. Berikut merupakan lukisanlukisan yang perlu disediakan semasa mereka hiasan dalaman
kecuali
A. Pelan dinding
B. Susunan ruang daripada berbagai sudut pandangan
C. Pelan lantai
D. Perspektif reka bentuk hiasan dalaman

36. Tanah liat hendaklah melalui proses-proses berikut, kecuali ________?
A. Dipotong
B. Dikeringkan dan dihancurkan
C. Dibakar dan dimasukkan dalam sekam padi
D. Membuang bendasin
37. Pernyataan di bawah ialah proses menghasilkan tembikar sayong secara tradisional. Susun
mengikut susunan yang betul.
I. Membuat panai
II. Membuat tapak
III. Membentuk dinding tembikar secara teknik picitan
IV. Labu digilap menggunakan anak batu
A. II, III, I, IV
B. III, II, I, IV
C. I, II, III, IV
D. III, I, II, IV
38. Manakah di antara berikut benar tentang anyaman?
I. Kraf anyaman terkenal di Terengganu, Perak , Kedah dan Sarawak
II. Antara fungsi utama anyaman ialah untuk kegunaan harian
seperti bakul, tikar dan tudung saji
III. Bahan-bahan yang sesuai untuk proses anyaman ialah daun
pandan, daun mengkuang, kelapa dan lidi.
IV. Alat yang digunakan untuk memotong daun mengkuang
atau daun pandan ialah pelurut dan alat jangka
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. IIII dan IV
39. Manakah antara pokok berikut mempunyai bentuk payung?


40. Apakah fungsi utama labu dalam gambar di bawah?

A. Bekas air minuman
B. Bekas menyimpan barang berharga
C. Tempat meletak bunga
D. Perkakas dapur
41. Manakah di antara berikut merupakan tembikar tradisional?
I. Tembikar sayong
II. Tembikar mambong
II. Tembikar rebung
IV. Tembikar Sarawak
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
42. Pada tahun 1967, satu kursus berkaitan Pendidikan Seni telah diwujudkan. Apakah institusi
yang terlibat ?
A Universiti Sains Malaysia
B Institusi Teknologi MARA
C Malaysia Institute of Art (MIA)
D Maktab Pengurunan Ilmu Khas
43. Satu contoh perisian pengarangan laman web ialah _________
A. Macromedia Dreamweaver
B. Asymetric Tool Book
C. Macromedia Director
D. Windows Me
44. Jenis muka taip yang sesuai digunakan sebagai papan tanda kedai ialah
A. MLJKUYTIIOUOIJ
B. JHFGKJDKJNDFKG
C. HDKFJHDKFJH
D. Windows Me
45. Manakah di antara kemahiran berikut tidak diperlukan oleh seorang pereka grafik?
A. Mencipta
B. Merancang
C. Mengembangkan idea
D. Memasarkan barangan
46. Pernyataan di bawah ialah proses menghasilkan tembikar sayong secara tradisional. Susun
mengikut susunan yang betul.
I. Putaran
II. Kepingan
III. Lingkaran
IV. Acuan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

47. Fungsi alat di atas ialah
A. Menyapu bahan pewarna dengan rata di permukaan skrin
B. Meratakan warna pada permukaan blok kayu
C. Melakar corak yang akan dicetak
D. Mengukir motif yang dipilih
48. Empat elemen penting dalam seni reka hiasan dalaman adalah
A. ruang, peredaran udara, pencahayaan, warna
B. ruang, tinggi siling, peredaran udara, warna
C. siling, peredaran udara, kedudukan dapur, warna
D. peredaran udara, siling, warna, tiang tengah
49 Karya senihalus yang mempunyai bentuk tiga dimensi ialah
A. catan
B. cetakan
C. lukisan
D. arca
50. Bahantara yang sesuai untuk menghasilkan catan cat arkrilik ialah
A. minyak linsid
B. air
C. lilin
D. turpentin

Anda mungkin juga menyukai