Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH SEKOLAH DAERAH


PENDANG
KALI KE 7 TAHUN 2015
Teks Ucapan
Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Roslan @ Sobri bin Ismail
Pegawai Pendidikan Daerah Pendang
merangkap
Pengerusi Pengelolaan
Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Pendang Kali ke 7 pada
11 Mac 2015,
di Sekolah Model Khas Bukit Jenun ,Pendang.

Bismillah Hirrahman Nirrahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam
Sejahtera.
Yang Berbahagia En. Mohd Zaid bin Mat Zain Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid , Pegawai Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Pendang ,Pengetua dan Guru Besar Sekolah Sekolah
Daerah Pendang, guru guru dan para atlet seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat
Allah SWT kerana hanya dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat
bersama-sama

pada

petang

ini

dalam

Majlis

Perasmian

Penutup

Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Pendang Kali Ke 7 bagi tahun


2015 ini. Marilah kita bersama-sama juga berdoa agar Allah SWT
memberkati usaha kita ini dan melindungi kita semua daripada apa jua
kesulitan dan kekurangan.

Para hadirin sekalian,


Kemenangan memanglah penting dalam setiap pertandingan.Tetapi,
yang lebih penting ialah mengambil bahagian,mengutamakan semangat
kesukanan, dan matlamat bersukan itu sendiri iaitu untuk mencari
kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri. Saya bagi pihak jawatankuasa
amat berharap agar kita semua dapat menemui, merasai dan mengecapi
matlamat yang dicari serta semangat persaudaraan di antara satu sama
lain.

Para hadirin sekalian,


Sepanjang 3 hari ini, kita telah berkampung di Sekolah Model Khas
Bukit Jenun dan menyaksikan banyak acara balapan dan padang yang
dilangsungkan. Kelihatannya kejohanan ini seperti tiada bezanya dengan
kejohanan-kejohanan lain di peringkat kebangsaan. Tetapi bagi saya
acara - acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan ini, ada
keunikannya yang tersendiri. Pada hari ini, kita dapat membuktikan
bahawa walaupun Pendang sebuah daerah kecil yang kekurangan sumber
kewangan tetapi kita juga hebat dalam acara sukan amnya dan acara
balapan padang khasnya.
Para atlit kejohanan sekalian.
Marilah kita sama-sama bersepakat untuk meningkatkan kualiti
kejohanan ini. Marilah kita sama-sama komited untuk memecahkan
sebanyak mungkin rekod kejohanan;mempamer disiplin individu dan
kontinjen ke tahap yang maksimum; mengeratkan hubungan silaturrahim
ke tahap optimum; memberikan kerjasama yang terbaik kepada semua
pegawai kejohanan, sementara pegawai kejohanan pula memberikan
perkhidmatan yang efisien dan berkesan dan mengadili secara saksama
dan profesional. Jika kerjasama dalam semua aspek yang disebut ini dapat
dipertingkat, tidak syak lagi kejohanan milik kita bersama ini akan
menjadi yang terbaik.

Saya juga berharap agar semangat bersaing seumpama ini dapat


dikekalkan sepanjang masa, bukan sahaja di gelanggang sukan tetapi
turut dipamer di gelanggang akademik.Saya yakin jika semangat yang
sama dapat sentiasa dikekalkan, daerah kita akan dapat menjadi daerah
yang berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat lokal dan
global.
Para hadirin sekelian,
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan syabas
Jawatankuasa

Pengelola

penganjurannya.Kepada

atlet

Kejohanan

atlet

ini
yang

atas
menang,

kejayaan
saya

ingin

mengucapkan tahniah dan kepada pasukan yang belum. bernasib baik


jangan putus asa, tingkatkan usaha, cuba dan cuba lagi.Dengan kata- kata
itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutup Kejohanan
Balapan Dan Padang MSSD Pendang kali ke 7 tahun 2015 ini.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai