Anda di halaman 1dari 22

Di Malaysia sehingga ke saat ini masyarakat Islam secara umum masih lagi dihantui oleh kepercayaan khurafat dan

amalan mistik yang boleh menggugat dan merosakkan Aqidah. Filem seram seperti yang ditayangkan di televisyen misalnya banyak mengarut dan sangat jauh daripada Islam. Kepercayaan bahawa orang mati boleh menjadi hantu dan kewujudan saka yang dinamakan dengan pelbagai nama sebenarnya adalah sesat dan boleh membatalkan keimanan kepada Allah swt. Kita melihat banyak filem-filem seram misalnya menceritakan perihal orang yang mati kemudian bangkit daripada kubur lalu menjadi hantu. Ada juga kisah filem yang menceritakan perihal orang yang mati dalam keadaan rohnya tidak diterima lalu terawang-awangan menghantui manusia kerana dosanya. Perkara ini semua membatalkan aqidah. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dengan hadis hasan yang marfu dari Abu Hurairah ra bahawa nama para malaikat tesebut ialah Munkar dan Nakir. Disebutkan oleh baginda rasulullah dalam hadis yang banyak, baik melalui riwayat Abu Daud, Nasaie, Abi Syaibah dan lain-lain mengenai datangnya 2 malaikat dan menyoal manusia akan siapakah tuhannya ? Apakah agamanya ? siapakah nabinya ? dan jika seorang manusia itu dapat menjawab soalan para malaikat maka akan dibukakanlah baginya pintu-pintu syurga sehingga dia dapat melihat tempat tinggalnya di syurga dan diperluaskan baginya kubur serta beristirehatlah dia dengan penuh nikmat dan tenang sambil menanti datangnya hari kiamat. Orang yang mati tidak boleh hidup semula dan setiap yang mati maka roh mereka akan kembali kepada Allah swt dan disebut oleh para ulama bahawa roh roh manusia akan memasuki alam barzakh (alam kubur) untuk disoal-siasat sehingga ke hari akhirat. Hal ini jelas dan wajib diimani dan sabit (jelas) disebutkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra dari Nabi Salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda dengan bermaksud : Sesungguhnya manusia itu apabila akan menjadi mayat maka dia akan didatangi oleh malaikat, dan jika lelaki itu seorang yang soleh (baik) maka akan dikatakan kepadanya keluarlah wahai jiwa yang baik dan berada dalam jasad yang baik pula, keluarlah dengan kemuliaan dan bergembiralah dengan keredhaan tuhan, lalu apabila ruh itu sudah keluar maka akan segeralah dibawanya ke langit lalu apabila di sana akan dibukalah pintu kepadanya sambil ditanya oleh Malaikat di langit siapakah lelaki itu ? Maka dijawab si fulan dan si fulan. Lalu akan menyambutlah para malaikat dengan sebaik sambutan sambil menyebut : Selamat datang wahai jiwa yang baik dan berada pula dalam jasad yang baik bergembiralah dengan keredaan tuhan dan berbau wangilah jiwanya. Sehinggalah ruh itu dibawa jumpa Allah swt lalu dikembalikan ke kuburnya dengan kegembiraan sambil menanti di kuburnya akan kedatangan hari kiamat.

Manakala jika manusia yang mati itu seorang yang jahat maka apabila di datangi malaikat dikatakan kepada jiwanya keluarlah wahai jiwa yang keji, dalam jasad yang buruk keluarlah dengan penuh kehinaan dan bergembiralah dengan neraka dan azab. Lalu apabila dibawa ruh itu ke langit maka berkatalah malaikat penjaga pintu di langit, siapakah yang berbau busuk ini ? maka dijawablah fulan dan si fulan maka berkatalah mereka, wahai jiwa yang keji tiadalah kebaikan bagimu tidak lah dibukakan pintu buatmu wahai jiwa yang keji dalam jasad yang buruk pula. Kembalilah engkau dalam kehinaan lalu ruh iu pun dibawa ke kuburnya lalu diazab." (Hadis Sahih riwayat Ahmad no.8754, Nasaie , Ibnu Majah) Tiada suatu roh pun yang akan terlepas daripada cengkaman Malaikat dan roh-roh ini akan dibawa ke langit untuk menemui Allah swt dan sekiranya roh tersebut ialah roh orang yang beriman maka ianya akan disambut dengan baik dan pintu langit akan dibuka manakala jika roh tersebut adalah roh yang jahat maka ianya akan dicampak dari langit ke bumi sehingga terbenam dan dikembalikan ke lubang kubur untuk menghadapi soal siasat malaikat. Ini semua termasuk perkara ghaib dan segala kejadian seperti soal jawab malaikat di alam kubur ialah kejadian yang tidak dapat dilihat dan digambarkan oleh mata kasar. Sebahagian ulama menyatakan haram hukumnya cuba meniru atau mengambarkan kejadian di alam kubur kerana ianya termasuk persoalan ghaib yang tidak disuruh kita mengambarkan atau memikirkan mengenainya sebaliknya cukup hanya mengimani dan membenarkan. Mengatakan atau mempercayai bahawa ada roh manusia yang tidak diterima terawang-awangan di dunia kerana jahatnya perbuatan pemilik roh itu sewaktu hidup adalah sesat dan dusta. Ini disebut oleh rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud : Sesungguhnya seorang manusia itu apabila telah diletakkan dalam kubur dan beredar kaum kerabatnya meninggalkan kuburnya maka akan terdengarlah olehnya bunyi derapan kasut mereka itu dan datanglah dua malaikat duduk di sisinya . (hadith Sahih riwayat Bukhari no. 1369) Rasuk dan buatan orang Pada hari ini kerap sangat kita melihat ramai orang pergi dan menuju kepada dukun dan bomoh bagi memohon pertolongan dan meminta pertolongan menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah. Ramai orang mengadu kepada saya bahawa dia terkena sihir, muntah berdarah dan sebagainya namun hakikatnya semuanya adalah dusta. Bukan sihir tidak wujud tetapi ramai dikalangan kita begitu mudah menganggap sesuatu hal itu sebagai sihir dan buatan orang sedangkan realiti ialah sebaliknya. Sudah beberapa kali orang datang berjumpa dengan saya minta diubatkan, katanya : Ustaz, tolong saya kami sudah berubat di merata tempat dan pihak hospital tidak tahu apakah punca sakitnya. Doktor kata tidak ada sakit apa-apa tetapi saya tetap merasa sakit dan seperti ada penyakit.

Apabila berjumpa dengan bomoh dan dukun mereka mengatakan saya terkena sihir dan buatan orang tetapi sudah ramai mengubat tetap tidak sembuh. Setelah dilihat saya mengatakan : Tuan tidak terkena sihir atau buatan orang sebaliknya mesti ada sakit yang normal yang tidak dapat dikesan oleh doktor melainkan perlu diperiksa oleh pihak pakar dan kena buat kajian makmal. Tidak lama selepas itu ternyata orang yang sakit itu sebenarnya terkena kanser. Kanser disangka sihir.

Dukun dan bomoh yang menyesatkan. Hukum menemui bomoh ialah haram dan berdosa serta boleh mengugurkan aqidah. Berjumpa dan menemui mereka adalah berdosa dan sesungguhnya perbuatan itu sangatlah ditegah oleh Allah dan Islam melarang sebarang usaha ke arah menyokong amalan syirik seperti bomoh atau dukun termasuk ustaz yang mengubat tanpa menggunakan Quran dan As-sunnah. Sesungguhnya telah diriwayatkan dari Muawiyah bin Hakam Al-Sulami yang berkata : Aku telah bertanya nabi salallahualaihiwasalam mengenai perbuatan kami pada masa jahiliyyah yang selalu mendatangi dukun dan bomoh bagi meminta nasihat dan menyelesaikan masalah maka bersabdalah nabi salallahualaihiwasalam : Dan janganlah lagi kamu mendatangi dukun (termasuk bomoh). (Hadis Sahih, riwayat Muslim dalam Kitab Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi Jilid 14, no 5774, Ahmad Jilid 7, no. 24166)

Sesungguhnya menurut Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyebut sesungguhnya perbuatan mendatangi bomoh dan dukun ini merupakan perbuatan jahiliyyah dan hanya dibuat ketika zaman jahiliyyah lalu tidak wajar dan sangat tidak patut umat Islam hari ini melakukannya setelah berlalu zaman jahiliyyah dan sudah datang Islam yang membawa sinar cahaya dan pertunjuk hidayah dari Allah swt. Apalah faedahnya mendatangi dukun dan bomoh ? Sedangkan mereka sendiri manusia biasa dan jahil serta tidak pun mengetahui perihal ghaib dan tidak pun mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri. Apakah belum cukup firman Allah swt yang menyebut : Katakan sesungguhnya tidak ada sesiapa pun baik di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah. (Surah An-Naml : 65) Kebanyakan dukun atau bomoh ini sebenarnya tiada kuasa pun mengubati penyakit dan menyelesaikan masalah sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : Dan tidaklah mereka itu (ahli sihir) dapat memberi mudharat kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah. (Surah Al-Baqarah : 102) Bahkan jika diteliti mereka bukanlah golongan yang berpelajaran, juga bukanlah mempunyai kepakaran tertentu yang dipunyai cuma sedikit kepandaian menipu dan kepandaian dalam hal-hal ghaib serta mempunyai hubungan dengan sihir dan alam syaitan. Diriwayatkan dari Ummul Mukminin Aisyah ra ketika bertanya kepada baginda tentang perihal bomoh dan dukun yang kadang-kadang apabila memberitahu sesuatu ternyata benar maka baginda salallahualaihiwasalam pun bersabda : Itu ialah kalimah (khabar) yang benar yang dicuri oleh jin (termasuk syaitan) lalu membisikkannya ke telinga tuannya sambil mencampuri bersamanya seratus pembohongan. (Hadis Sahih disepakati oleh Bukhari no. 5762 dan Muslim no 2228) Lihatlah betapa sesatnya orang Melayu yang pergi berjumpa bomoh meminta air penawar dan penerang hati bagi anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan sedangkan si bomoh itu sendiri memiliki anakanak yang semuanya gagal dalam pelajaran. Sesungguhnya segala hasil dari pendapatan si bomoh tadi dalam mengubati orang dengan kepandaian sihirnya ialah haram dan setiap perkataannya juga ialah haram diamalkan dan dipercayai. Diriwayatkan dari Safiyah binti Abi Ubaidah ra dari isteri-isteri nabi dari baginda nabi yang pernah bersabda dengan maksudnya : Barangsiapa yang mendatangi bomoh (juga dukun) lalu bertanyakan sesuatu darinya kemudiannya membenarkan apa yang diberitahu oleh bomoh tersebut maka tidaklah diterima solatnya (amalan

kebajikan) selama 40 hari. (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no. 2230) Disebut oleh Al-Khutobi bahawa yang dimaksudkan sebagai atau adalah sama sahaja maknanya cumanya ialah sebutan mashyur kepada mereka yang mengaku mengetahui di manakah barang yang hilang manakala lebih kepada istilah umum bagi bomoh dan dukun dalam bahasa arab. (Lihat Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi Jilid 14, ms. 446) Bagaimanapun dalam masyarakat Melayu mereka semua ini sama sahaja dikenali sebagai baik dukun atau bomoh tanpa ada beza dan para ulama semuanya bersepakat mengenai haramnya perbuatan tersebut. Selain dari itu, kerap juga berlaku penyelewengan dalam masyarakat Melayu ialah apabila mereka hanya mengingati Allah dan meminta pertolongan Allah apabila mereka dalam kesusahan. Ketika berlaku kemalangan, musibah yang melanda barulah dapat kita melihat golongan ini memakai kopiah putih dan mencari naskah Al-Quran dan membelek-belek surah yasin serta membaca dengan penuh pengharapan sedangkan sebelum ini langsung tidak pernah mengenal tikar sejadah dan jarang sekali mengangkat wudhuk. Sikap ini samalah dengan golongan kafir yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran : Dan ketika mereka menaiki kapal di tengah lautan dan menghadapi bahaya di lautan maka segeralah mereka berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan lurus namun apabila mereka telah diselamatkan dari bahaya dan pulang dengan selamat ke daratan maka mereka pun kembali menjadi syirik kepada Allah. (Surah Al-Ankabut : 65) Sangatlah ramai manusia sebegini hanya mengenal tuhan apabila berlaku kematian, musibah dan kemalangan, bila menghadapi kekecewaan dan putus harapan kepada makhluk maka kepada Allah mereka ini menuju namun bila segala hasrat sudah dipenuhi tiadalah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. Sesungguhnya ganjaran dan perintah bertawakkal kepada Allah sangatlah besar kerana pergantungan dan pengharapan kepada Allah mustahil datang melainkan dari hati yang bersih dan penuh yakin serta beriman kepada Allah dan pertolongan-Nya seperti firman Allah swt yang bermaksud : Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya. (Surah Thalaq : 23)

KHURAFAT MAKSUD Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu mengunjungi kubur yang dianggap keramat FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN

KHURAFAT menyebabkan syirik dan batal iman membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik.

Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk Ustaz bukan penghalau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus sematamata. Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam. Namun, pandangan ini disanggah oleh Presiden Pengeluar Filem Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah melalui berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 11 Januari 2011. Beliau dilaporkan berkata penerbit filem menerbitkankan filem yang memang genre ditetapkan adalah seram dan ia bukan filem mengenai kisah hidup ahli agama. Watak ustaz diwujudkan bagi memberikan moral atau nasihat kepada penonton yang menonton filem berkenaan. Pada pendapat penulis, isu ini telah menimbulkan polemik berikut: Pandangan pendakwah: 1. Pendakwah melihat usaha menonjolkan ustaz sebagai watak penghalau hantu akan menyempitkan bidang tugas mereka di bidang agama. 2. Pendakwah juga melihat watak ustaz yang dilakonkan membaca doa, ayat al-Quran yang bercampur baur dengan jampi serapah serta unsur lawak sebagai suatu yang penonjolan yang boleh merosakkan akidah. 3. Pendakwah melihat sesetengah penerbit filem dan drama tidak menjalankan kajian mendalam terhadap keperluan mengetengahkan watak ustaz ketika menjalankan pengubatan. 4. Unsur seram dan tahyul serta khurafat yang keterlaluan akan menyebabkan rasa ketakutan yang mendalam terhadap hantu berbanding Allah. Pandangan penerbit filem dan drama: 1. Watak ustaz yang ditonjolkan sebagai bomoh sebagai usaha menonjolkan peranan pendakwah di tengah-tengah masyarakat. 2. Peranan ustaz diselitkan untuk memberikan unsur nilai, kesedaran dan pengajaran yang baik. 3. Orang agama telah dirujuk ketika mahu menonjolkan watak ustaz dalam filem dan drama. Pandangan masyarakat. 1. Seolah-olah wujudnya perlumbaan daripada penerbit filem dan drama untuk menerbitkan filem berunsur seram, khurafat dan seumpama dengannya. 2. Para pendakwah dimomokkan dengan peranan menghalau jin dan hantu serta mempunyai kuasa dalaman yang menakjubkan (melihat perkara ghaib). 3. Pandangan yang tidak selari antara pendakwah dan pengarah filem tentang watak dan peranan ustaz yang ingin ditonjolkan dalam filem. Jika mahu melihat fenomena ini sebagai suatu perlumbaan, Rahim Aziz dalam artikelnya bertajuk Filem Sebagai Perniagaan (Dewan Ekonomi, Januari 2011) mengatakan bahawa jumlah kutipan tiket global mencecah paras USD29.9 bilion (RM92.69 bilion) pada tahun 2009. Beliau menambah, 10 buah filem genre terbaik berdasarkan data tersebut adalah bergenre fantasi dan pengembaraan.

Manakala Siti Hadijah Umor melaporkan dalam Dewan Ekonomi edisi yang sama, filem Jangan Pandang Belakang Congkak terbitan Metrowealth International Group (MIG) mencatat kutipan jualan tiket RM6.5 juta. Manakala filem Ngangkung terbitan syarikat yang sama mengutip kutipan tiket sebanyak RM8 juta . Ada ketikanya, watak bomoh ditonjolkan berkawan rapat dengan hantu dan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan gangguan syaitan. Mempercayai perkara ghaib itu perkara wajib, tetapi mempercayai bomoh mempunyai kuasa untuk berdamping dan menguasai jin adalah membawa kepada khurafat dan sesat. Agak merisaukan, jika unsur seram dan ganas akan menyebabkan orang ramai lebih takut kepada kepada hantu berbanding Allah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kepercayaan yang mendalam kepada unsur sihir, mistik dan khurafat ini akan melemahkan minda masyarakat. Pada saat guru-guru di sekolah menekankan aspek kepercayaan kepada Allah yang Esa kepada anak-anak ini, golongan penerbit filem dan drama pula sibuk menyogokkan amalan khurafat dan unsur menakutkan terhadap jin dan hantu. Tambahan, usaha ini mengelirukan kanak-kanak antara mempercayai perkara ghaib dengan persepsi mempercayai kehebatan syaitan dan jin. Di manakah keselarian antara pendidik dan masyarakat terhadap usaha menanamkan pendidikan akidah kepada kanak-kanak? Ia bahkan dilihat sebagai suatu usaha yang kontra antara satu sama lain. Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden berpendapat bahawa khurafat dan tahyul serta amalan yang tidak bersandarkan al-Quran dan sunnah adalah sebahagian daripada jahiliah yang sesat. Beliau menambah khurafat dan tahyul membawa seseorang itu kepada syirik. Manakala al-Baydawi dalam Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Tawil mentakrifkan sihir sebagai sesuatu yang dihasilkan dengan cara mendekati syaitan. Maka, mendekati amalan sihir ini walaupun melalui lakonan ditakuti menyebabkan para penonton mempercayai kuasa bomoh dan mistik secara keterlaluan. Ia mungkin boleh menjejaskan akidah jika tidak ditangani dengan baik. Malah mempercayai bahawa syaitan berkuasa mengetahui perkara ghaib juga dikhuatiri membahayakan akidah. Tidak ada sesiapa pun yang lebih memahami perkara ghaib ini kecuali Allah, sebagaimana maksud firman Allah dalam al-Quran: Katakanlah wahai (Muhammad), sesiapa pun, baik di langit mahupun di bumi tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah, bahkan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan (kiamat). (Al-Naml 27: 65) Aizan Hj Ali dan Mohd Yakub@Zulkifli hj Mohd Yusoff dalam artikelnya dalam sebuah jurnal bertajuk Sejarah Amalan Sihir di Zaman Para Nabi Menurut Sumber Tafsir dan Hadith merumuskan bahawa kedangkalan ilmu menyebabkan manusia mempercayai perkara-perkara yang mustahil. Sebagai ulasan kepada pandangan ini, saya berpendapat bahawa ada kemungkinan kejahilan penonton sesuatu filem atau drama akan menyebabkannya mempercayai perkara sihir dan kepercayaan karut yang ditontonnya. Jhal ini akan membahayakan akidahnya. Manakala aspek kebertanggungjawaban penulis skrip dan penerbit filem dan drama yang diterbitkan haruslah diletakkan di tempat utama. Aspek komersial tidak harus mengetepikan aspek pegangan akidah. Diakui, filem dan drama boleh menjadi medium yang membawa mesej dan nilai murni jika digarap dengan baik. Maka di sinilah para ilmuan Islam perlu dirujuk oleh para pemain industri filem dan drama. Moga apa yang kabur dapat dijernihkan.

(Ruzain Syukur Mansor merupakan calon Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya dengan bidang kajian media dakwah.)

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/unsur-sihir-khurafat-dalam-filem.html

Pelanggaran Media Terhadap Garis Panduan Penyiaran


Monday, 23 May 2011 18:59 PMRAM Hits: 322

y y y

Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.

Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif di sebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat. HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau Mengislamisasikan Komunikasi WartaDBP 1997 Media massa, sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan. Bagaimanapun, kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif. Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran masyarakat.

Oleh yang demikian, tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai murni. Saya kongsikan sedikit research yang telah dijalankan oleh kami, Unit Penyelidikan dan Maklumat Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik.Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat.Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah Islam. Pada tahun 21 November 2005,JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini dengan menerbitkan pula Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkara ghaibiyyat dsan persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Terdapat banyak aspek yang terkandung dalam garis panduan ini perlu ditekankan antaranya: 1.Takrif Menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), penerbitan ditakrifkan sebagai: (a) Dokumen, akhbar, buku dan majalah;

(b) Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat; (c) Apa-apa jua yang mengikut rupa bentuknya atau dengan apa juga cara boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea, dan ; (d) Rakaman suara iaitu apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik insrumental atau lain-lain bunyi dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper laser. Menurut Kamus Dewan bahawa, audio visual pula adalah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu Garis Panduan ini juga adalah digunapakai bagi semua bentuk penerbitan yang melibatkan audio visual dalam aspek perfileman, meliputi sinematografi, pita, video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras atau rekod lain bagi suatu urutan imej gambar tampak yang merupakan suatu rekod yang digunakan sebagai suatu

cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak sama ada atau tidak diiringi oleh bunyi. 2.Kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat,tahyul, kebudayaan karut dan ghaibiyyat. Mengikut Kamus Dewan, istilah keramat bermaksud; suci dan berkat daripada kesuciannya itu (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat (seperti menyembuhkan penyakit, memberi keselamatan dan sebagainya). Ia juga bermaksud tempat atau sesuatu yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat. Menurut Kitab Al-Mujam al-Wasit, khurafat adalah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Manakala mengikut Kamus al-Marbawi bahawa khurafat ialah; sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa; khurafat adalah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenarannya. Berdasarkan takrif tersebut dapat dibuat kesimpulan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut atau tahyul yang menyimpang dari ajaran Islam. Manakala istilah tahyul pula adalah bermaksud; semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta. Manakala kebudayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta ianya bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara ghaibiyyat pula ialah perkara-perkara mengenai akidah Islam yang tidak nampak dengan mata kasar, tetapi wajib dipercayai oleh semua umat Islam. Ianya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, malaikat, persoalan roh, alam akhirat, alam kubur dan mati, dan juga alam makhluk halus dari kalangan jin. 2.1 Hukum mempercayainya

Hukum mempercayai adanya keramat,khurafat,tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah Taala Maksud firman Allah Taala : Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim. (Yunus:106, al Quranul Karim)

Maksud hadith Nabi salallahualaihi wasalam pula: Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk. (Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33) Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan. 2.2 Antara bentuk-bentuk keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat yang terdapat dalam media hari ini 1) Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya 2) Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu. 3) Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith. 4) Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. 5) Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam. 6) Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam. 7) Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu. 8) Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dsb. 3. Bentuk penerbitan yang dilarang

3.1 Semua bentuk penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada bendabenda keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu ; (i) Mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.

(ii) Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial. 3.2 Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah Taala. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain). (i) Memaparkan kisah-kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong daripada Allah. (ii) Memaparkan kisah-kisah pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan seumpamanya. 3.3 Semua penerbitan yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith. (i) Memaparkan kisah-kisah mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka. (ii) Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama jin, secara jelas dan nyata. 3.4 Semua penerbitan yang memaparkan pemujaan-pemujaan kepada makhluk syaitan, atau kisah-kisah manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh. (i) Kisah-kisah bomoh menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang. (ii) Kisah-kisah yang memaparkan tentang pengalaman yang berkaitan dengan penjelmaan semula roh orang yang telah mati (Istihdhar al-Arwah), penurunan roh (Istinzal al-Arwah) dan roh berkuasa menolong (Istikhdam al-Arwah). 3.5 Semua penerbitan yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama, kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam. (i) Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air. (ii) Mengenai kepercayaan bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala. 3.6 Penerbitan yang memaparkan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. (i) Mengenai kepercayaan kepada cerita-cerita kononnya dengan memaku tengkok pontianak

boleh menyebabkan pontianak tersebut menjelma semula menjadi manusia. 4.Senarai filem, drama atau sebarang audio visual yang mengandungi unsur-unsur keramat, khurafat, tahyul, kebudayaan karut atau ghaibiyat Filem 1.Jangan pandang belakang 2.Rasukan ablasa 3.Histeria 4.Sayaitan 5.Maut 6.Akhirat 7.Zombi Kampung Pisang 8.Congkak 9.Pontianak harum sundal malam 10.Warisan Drama 1.Puaka Niyang Rapik 2.Anak Betong 3.Bilik 13 4.Seram 5.Susuk 6.Kliwon 7.Kekasihku Seru 5.Kesan-kesan filem berunsur tahyul kepada akidah masyarakat: Firman Allah Taala ;

Wahai anak adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman Perkara yang membawa terpesong akidah 1.Terdapat satu babak dalam filem Maut yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan siksaan2 yang akan berlaku.Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti yang digambarkan.

2.Bentuk sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan yang tidak difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton.Malah, penonton juga sedikit-sebanyak turut meniru perlakuan tersebut. 3.Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar.Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini.Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala. Dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Dari Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakana,sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad sallahu alaihi wasallam (HR Abu Daud) Kesan-kesan lain: 1. Memperbodohkan masyarakat Islam tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan insan.Bahkan drama dan filem seram yang keterlaluan amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah . Peter Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk The Cultivation of Hatred menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setiap abad manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan-golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahyul dan mistik. Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat. Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak mampu untuk menjadi negara yang maju. Justeru, adakah kita kita ingin kembali kepada zaman dimana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita pada satu ketika dahulu ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan? 2. Cerita tahyul dijadikan hiburan semata-mata

Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan.Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik.Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria. 3. Pengaruh kepada kanak-kanak

Kanak-kanak belajar daripada pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan,pemahaman dan percakapan.Ia menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang. 4. Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu yang salah

Rakyat Malaysia mudah terpengaruh,mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan.Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu contoh santau,ilmu hitam,bomoh dan berunsur khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri. 5. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai

Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak mesra di kalangan umat Islam khususnya sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita hantu dan seram kepada syarikat televisyen perdana menyumbang kepada budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada penghayatan cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat misteri bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan. Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.

http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1577:pelanggaranmedia-terhadap-garis-panduan-penyiaran&catid=69:rencana

ciri2 filem khurafat

Unsur Khurafat Tidak Diterima dalam Sastera Islam


Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan-kepercayaan khurafat yang ada pada hari ini berasal daripada dua sumber:

1.

Sebelum orang Melayu mempunyai agama, mereka mengamalkan animisme, yakni percaya adanya kuasa-kuasa ghaib pada unsur-unsur alam semulajadi. Kepercayaan itu masih terus diamalkan oleh kaum-kaum Melayu Asli yang belum masuk Islam iaitu suku Jakun, Temuan dan Semelai. Walaupun suku Melayu sudah masuk Islam, mereka terus mempercayai kepercayaan-kepercayaan lama itu, seperti percaya adanya tempat-tempat yang 'keras', adanya 'orang bunian' ataupun adanya kuasa 'sumpah'.

1.

Apabila agama Hindu datang ke Alam Melayu, orang Melayu masuk agama Hindu dan mereka diperkenalkan dengan kepercayaan khurafat yang terdapat dalam ajaran Hindu, sebagai contoh kepercayaan tentang kuasa 'daulat', alam nirwana, dewa-dewa dan lainlain lagi.

Salah satu misi Islam adalah membasmi kepercayaan khurafat, kerana ia menyebabkan syirik. Contoh-contoh kepercayaan khurafat adalah:

1.

Percaya sesuatu benda mati itu mempunyai kuasa sakti, umpamanya batu delima boleh melindungi keselamatan orang yang memilikinya, sebagai contoh orang yang memiliki batu delima itu tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun.

1.

Percaya ada makhluk-makhluk lain, selain apa yang disebut dalam Quran, umpamanya, ada orang bunian, vempire, pontianak, penunggu, hantu kopek dan banyak lagi.

1.

Percaya wujudnya makhluk yang disebut dewa-dewa dan dewi-dewi yang mempunyai kuasa-kuasa luar biasa, yakni kuasa-kuasa yang hanya dimiliki Tuhan, seperti dapat menghidupkan semula benda yang sudah mati.

1.

Percaya adanya makhluk lain yang lebih istimewa daripada manusia biasa, seperti adanya manusia jadi-jadian ataupun puteri bunian.

1.

Percaya adanya jenis manusia lain, selain manusia keturunan Nabi Adam, sebagai contoh, manusia puteri yang lahir dalam buluh betung, ataupun manusia yang lahir dari muntah kerbau, ataupun manusia keturunan dewa-dewa.

1.

Percaya pada kuasa sumpah, umpamanya percaya adanya manusia biasa yang berupaya menyumpah anaknya menjadi batu, ataupun berupaya menyumpah negerinya supaya menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan, ataupun berupaya menyumpah putera raja menjadi katak.

1.

Percaya adanya manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa seperti kuasa daulat, umpamanya seseorang manusia biasa itu boleh menyebabkan manusia lain 'terkena daulatnya' sehingga mendapat penyakit sopak.

1.

Percaya adanya ilmu-ilmu ghaib yang selayaknya dimiliki dan diamalkan oleh manusia yang baik-baik, sedangkan ilmu-ilmu itu mempunyai ciri-ciri ilmu sihir, iaitu suatu jenis ilmu yang haram mengamalkannya.

1.

Percaya adanya kuasa-kuasa ghaib pada angka dan huruf, sebagai contoh angka 8 adalah angka bertuah manakala angka 4 adalah angka sial.

1.

Percaya adanya manusia yang lahir membawa sial ataupun tuah.

1.

Percaya adanya makhluk seperti pokok, ikan, burung ataupun belalang yang mempunyai kuasa mendatangkan nasib untung ataupun nasib sial kepada manusia.

1.

Percayanya ada benda-benda yang mempunyai kuasa 'keramat' seperti kubur ataupun batu yang berkuasa memberi anak kepada pasangan mandul dan lain-lain.

1.

Percaya adanya kitab lain yang ajaran di dalamnya mesti dipatuhi oleh manusia selain daripada kitab Quran, umpamanya percaya ajaran dalam kitab Bhagavadgita layak dijadikan pegangan oleh manusia.

Adakah sastera Islam menerima karya-karya fantasi? Kita berpandangan, ya, sastera Islam boleh menerima karya fantasi selagi ia tidak mengandungi unsur khurafat.

Anda mungkin juga menyukai