Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

1.1 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi Manusia adalah makhluk dengan ciptaan Tuhan yang di sempurna muka bumi dan ini yang adalah

membezakannya

makhluk-makhluk

lain

pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa. . Perasaan dan emosi seperti sedih, gembira, takut mencorakkan warna kehidupan dan membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar.Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya,manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Sehubungan itu, kecerdasan emosional mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivaskan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.

Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh orang lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling

Semangat setiakawan

Keramahan

Sikap hormat-menghormati

1.2 Kepentingan Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi sangat penting dan berguna untuk memahami bagaimana setiap kemahiran ini berperanan dalam sesuatu bidang pekerjaan dan sebagai keupayaan dan mengenalpasti emosi diri orang lain untuk memotivasikan diri dan mengurus emosi dalam perhubungan berkesan. Terdapat juga kepentingan kecerdasan emosi yang merangkumi 5 bidang iaitu memahami emosi diri sendiri, mengurus emosi, memanfaatkan emosi, empati dan menguruskan hubungan. Kepentingan memahami emosi diri sendiri akan membolehkan untuk memahami faktor pembangkitan perasaan dan mengenalpasti di antara tindakan rasional dengan perasaan. Pengurusan emosi akan menoleransikan tindakan ammarah, mampu mengawal masalah disiplin bilik darjah, dan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan yakni tanggungjawab seorang guru. Di dalam pemanfaatan emosi, mampu mengawal diri secara lebih berkesan dengan tindakan yang rasional dan berupaya menumpukan perhatian dengan teliti terhadap tugasan. Kepentingan empati, keupayaan menerima perasaan orang lain dengan menimbulkan perasaan sensitif terhadap perasaan orang lain dan sedia menerima komen dengan terbuka. Kepentingan menganalisis dan kecerdasan memahami terhadap hubungan hubungan antara orang membolehkan bertambah, daya mampu

menyelesaikan konflik dan perselisihan, serta mengeratkan lagi interaksi secara lebih demokratik dengan orang lain. Kesimpulanya berdasarkan huraian di atas, kecerdasan emosi merupakan faktor yang lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam menentu kejayaan hidup seseorang individu. Berdasarkan kajian, orang yang berjaya dalam hidup mereka puratanya mempunyai 80% kecerdasan emosi dengan 20% kecerdasan intelek. Kecerdasan intelek yang tinggi tidak semestinya menjamin kejayaan dalam hidup mereka sekiranya kecerdasan emosi adalah rendah.

1.3 Perbandingan Kecerdasan Intelek(I.Q) Dengan Kecerdasan EmosiE.Q) Goleman ( 1995 ) menyatakan dalam bukunya bahawa 20 % merupakan IQ dan 80 % merupakan faktor yang lain dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Menurutnya, kecerdasan emosi memiliki peranan yang lebih penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Kecerdasan emosi boleh disama ertikan dengan kecerdikan. Kecerdikan manusia berbeza di antara satu dengan yang lain. Kecerdasan otak manusia berubah mengikut peredaran masa tetapi pada keseluruhannya, ia stabil sepanjang hayat. Kecerdikan seseorang mampu ditingkatkan dengan memperbanyakkan usaha melalui keupayaan memikir secara lebih matang, waras, cepat dan tepat dengan menjawab dan menyelesaikan pemasalahan ujian IQ . Gardner (1999) telah mengklasifikasikan tujuh jenis kecerdasan intelek yang mungkin terdapat pada seseorang individu. Tujuh jenis kecerdasan intelek ini juga lebih dikenali sebagai Multiple Intelligence atau MI. MI terdiri daripada kecerdasan verbal atau linguistik, matematik atau logik, spatial atau ruang, jasmani atau kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal. Disebabkan oleh faktor inilah yang menyebabkan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain. IQ digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan intelek seseorang individu. IQ merujuk kepada skor yang diperoleh oleh seseorang individu dalam sesuatu ujian kecerdasan intelek yang diduduki olehnya. Ujian ini juga ditentukan berdasarkan peringkat umur seseorang individu. Sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui tentang EQ atau kecerdasan emosi. Ia adalah satu konsep baru jika dibandingkan dengan IQ. Istilah Emotional Intelligence (EI) atau EQ telah buat pertama kali dikemukakan oleh Salovey dan Mayer (1990). Goleman (1995) telah menerbitkan buku yang bertajuk Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ?. Mengikut kajian yang dibuat oleh Goleman (1995), IQ hanya menyumbangkan 20% kepada kejayaan seseorang individu, sedangkan 80% lagi adalah bergantung kepada faktor luar termasuk EQ. Oleh itu, EQ menjadi terkenal dan mula dilihat sebagai unsur yang penting dalam menentukan kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang individu
4

IQ tidaklah bernilai sekiranya emosi yang menguasai diri seseorang itu. Sebaliknya EQ menambahkan lebih banyak sifat-sifat yang membuatkan kita menjadi lebih manusiawi (Verina, 1999). Ini kerana orang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi mampu mengendali dan mengelola emosi, memberi dorongan dan memotivasikan diri dan juga orang lain. Salovey dan Mayer (1990) pula menyatakan bahawa EQ merupakan keupayaan untuk menilai dan membezakan perasaan sendiri mahupun orang lain serta mampu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk membimbing pemikiran dan tindakan seseorang. Ini bermakna dengan adanya tahap kecerdasan emosi yang tinggi pada diri seseorang individu akan membolehkannya membuat sesuatu keputusan dengan wajar dan baik Untuk mencapai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, seseorang individu itutidak semestinya perlu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya.Sebaliknya, tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dicapai melalui perhubungan mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masingmasing. Jika diperhatikan tidak semua individu yang mempunyai tahap

kecerdasanintelek yang tinggi akan dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Dalam realiti, kebanyakan guru mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi. Ini kerana dalamsetiap temuduga pengambilan ke maktab perguruan dan universiti yang dijalankan, sijil,diploma atau ijazah yang baik diperlukan. Tiada sebarang ujian kecerdasan emosi yang dikehendaki. Oleh itu, golongan guru merupakan individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi kecerdasan emosi yang tidak diketahui tahapnya.Kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi merupakan unsur yang penting dalam menentukan kejayaan dan kebahagiaan seseorang individu. Ini kerana ia dapat menentukan kejayaan seseorang guru sebagai pendidik. Di samping itu, ia juga dapat digunakan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang guru dari segi fizikal dan mental

1.4 Pendapat Tokoh Tentang Kecerdasan Emosi

Menyatakan penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi(EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu ,termasuk aspek kesihatan dan sosial. Terdapat beberapa pendapat tokoh tentang kecerdasan emosi. Daniel Goleman (1999), adalah salah seorang yang mempopularkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai faktor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, yakni kecerdasan emosional, yang kemudian kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).. Menurut Golemen dalam bukunya (Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ , 1996 ), kecerdasan emosi mempunyai empat elemen utama iaitu kesedaran tentang diri, keupayaan untuk mengurus diri, kesedaran sosial dan kemahiran untuk bermasyarakat. (Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaanperasaan itu untuk memadu fikiran dan tindakan. Steiner (1997) menjelaskan kecerdasan emosi adalah suatu kemampuan yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis sebagai kekuatan peribadi. Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang

mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif. Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan Menurut John Mayer dan Peter Salovey ( 1997 ), kecerdasan emosi didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain,
6

membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk memimpin tindakan dan pemikiran seseorang itu. Dari sudut pandangan Murrey pula, kecerdasan emosi bermaksud satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif serta memfokuskan kepada emosi positif. Peter Salovey ( dalam Murid dan Alam Belajar, Mok Soon Sang, 2008 ) mengatakan juga bahawa kecerdasan emosi bermaksud memiliki kebolehan memahami emosi diri sendiri, mengurus emosinya, memotivasikan diri sendiri, membaca emosi orang lain dan juga kebolehan untuk menguruskan hubungan. Menurut Gardner dan Stough ( 1983 ), kecerdasan emosi memainkan peranan penting bukan sahaja dalam proses penglibatan bahkan juga dalam proses kepimpinan. Menurut George pula, kecerdasan emosi dapat mengembangkan matlamat kolektif, penerapan idea dalam pemikiran secara perlahan-lahan, pembinaan dan peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama. Sementara Cooper dan Sawaf (1998) mengatakan memahami, bahwa kecerdasan secara selektif

emosional adalah

kemampuan

merasakan,

dan

menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber dan pengaruh yang manusia. Kecerdasan emosi menuntut penilikan perasaan, untuk belajar mengakui, menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta menanggapinya dengan tepat, menerapkan secara efektif energi emosi dalam kehidupan sehari-hari. Selanjutnya Howes dan Herald (1999) mengatakan pada intinya, kecerdasan emosional merupakan komponen yang membuat seseorang menjadi pintar menggunakan emosi. Lebih lanjut dijelaskan bahwa emosi manusia berada diwilayah dari perasaan lubuk hati, naluri yang tersembunyi, dan sensasi emosi yang apabila diakui dan dihormati, kecerdasaan emosional menyediakan pemahaman yang lebih mendalam dan lebih utuh tentang diri sendiri dan orang lain. Menurut Harmoko (2005) Kecerdasan emosi dapat diartikan kemampuan untuk mengenali, mengelola, dan mengekspresikan dengan tepat, termasuk untuk memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, serta membina hubungan dengan orang lain. Jelas bila seorang indiovidu mempunyai kecerdasan emosi tinggi,
7

dapat hidup lebih bahagia dan sukses karena percaya diri serta mampu menguasai emosi atau mempunyai kesehatan mental yang baik. Sedangkan menurut Dio (2003), dalam konteks pekerjaan, pengertian kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengetahui yang orang lain rasakan, termasuk cara tepat untuk menangani masalah.Sebagai kesimpulan, kecerdasan emosi penting dari aspek sosial, kepimpinan serta pendidikan. Ia penting bagi membantu seseorang individu mencapai kejayaan serta memperbaiki hubungannya dengan orang lain. Kesimpulanya, kompentensi kecerdasan emosi ( KKE ) perlulah diterapkan dalam diri setiap individu kerana ianya akan dapat membantu seseorang itu mengawal emosinya pada setiap masa. Kompentensi kecerdasan emosi kini dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Menilai Mentaksir dan Kemahiran berfikir, Kemahiran Pemudahcara, serta Kemahiran Menilai dan Mentaksir. Kompentensi Kecerdasan Emosi telahpun diterapkan dalam elemen-elemen Bestari dan diajar bersama-sama dengan Teori Kecerdasan Pelbagai ( TKP ) dan Gaya Pembelajaran pelajar untuk memastikan semua orang dapat mengawal emosi dirinya sendiri dan mampu untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi.

2.0 PERBINCANGAN SITUASI DAN PENDAPAT Bahagian A Di dalam sebuah mesyuarat, pengerusi dengan nada yang yakin merendahkan cadangan yang awak buat. Kemudian dia berkata jika awak beterusan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sekarang ini, mungkin awak tidak akan mencadangkan idea-idea yang tidak munasabah seperti ini. Bagaimana anda berhadapan dengan situasi ini?

Situasi di atas menunjukkan perselisihan faham di antara pengerusi dan kami dalam satu perbincangan. Sebenarnya perselisihan ini berlaku kerana kami dan pengerusi mempunyai dua pendapat yang berbeza. Dalam situasi ini kami harus mempunyai kebolehan memahami pelbagai emosi. Menurut Model Mayer & Salovey kefahaman emosi adalah kecerdasan emosi yang paling penting yang mempunyai kebolehan memahami maksud-maksud pelbagai emosi, tujuannya dan hubungannya pada interaksi antara satu sama lain. Di sini pengerusi mesyuarat dan kami juga harus mempunyai kebolehan memahami pelbagai emosi. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya, menggunakan perkataan kebolehan tetapi bukan kemahiran. Dalam situasi sebegini kami akan berfikir dan memahami emosi pengerusi semasa interaksi dengan pengerusi. Pengerusi mesyuarat itu juga harus mempunyai kebolehan mengenal emosi dan meluahkannya dengan tepat dan mengemukakan alasan yang bernas semasa beliau menolak mentah-mentah cadangan itu. Pengerusi perlu mempunyai kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam membuat keputusan. Apabila cadangan direndahkan dan dimarahi oleh pengerusi kami juga harus mengurus kemarahan kami dengan menenangkan diri dalam situasi genting seperti ini. Dalam keadaan ini kami akan beralih kepada aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai angka sepuluh. Selain itu, kami akan mengelakkan dari meninggalkan tempat itu
9

atau minta diri untuk berfikir. Teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas dalam-dalam juga salah satu aktiviti untuk menenangkan diri. Justeru itu, dalam

kebanyakan masyarakat terdapat pelbagai tingkat kesopanan yang dicerminkan oleh bahasa. Antaranya penggunaan bahasa halus, bahasa yang lebih sopan daripada bahasa yang biasa digunakan seharian. Bahasa halus dalam erti kata yang lain, merupakan salah satu kelainan sosial yang ada dalam sesuatu bahasa tertentu. Dalam masyarakat Melayu misalnya, penggunaan perkataan kami lebih bersopan daripada menggunakan perkataan aku. Perkataan anda lebih sopan daripada perkataan awak dan kamu. Perkataan perempuan lebih sopan daripada perkataan betina. Perkataan meninggal lebih sopan daripada perkataan mati dan sebagainya yang sememangnya kita gunakan pada setiap hari. Selain itu, kejadian ini juga berlaku kerana kedua-dua pihak tidak berfikiran terbuka dan tidak mahu bertolak ansur dalam mendengar dan menerima pendapat masing-masing. Dalam berkomunikasi secara lisan, kita boleh mengamalkan konsep 3 SM, iaitu saling memahami, saling menghargai dan saling menghormati. Dalam situasi tertentu, taraf dan peranan orang yang dilawan cakap iaitu orang yang bercakap dengan kami juga perlu diambil kira kerana tiap-tiap satu peranan individu itu mempunyai kaitan dengan individu yang lain. Sebagai seorang guru atau pendidik, kita mungkin akan menghadapi situasi di mana kita ditugaskan mempengerusikan sesuatu mesyuarat, seminar, perbahasan atau majlis-majlis tertentu yang melibatkan ramai audien. Sebagai seorang pengerusi, kita bakal bercakap dengan semua orang, bukannya dengan orang-orang tertentu di bahagian hadapan sahaja. Kita harus menyedari bahawa kehadiran audien sama pentingnya dengan kehadiran kita sebagai pengerusi. Begitu juga sebaliknya sekiranya kita sebagai audien, kita harus memahami, menghargai dan menghormati tugas pengerusi dalam mesyuarat berkenaan. Oleh yang demikian penggunaan bahasa yang sopan dan sesuai menunjukkan kita saling memahami, menghormati, dan menghargai orang lain yang akhirnya akan menimbulkan suasana harmoni dalam sesuatu majlis tersebut. Dalam konteks yang sama, sebagai pengamal bahasa yang berpendidikan kita hendaklah menghargai pendapat, idea atau pandangan orang lain walaupun pada asasnya kita kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Menghargai pendapat orang lain bukan bererti kita setuju, tetapi kita boleh menyatakan pendirian kita dengan cara yang lebih halus menggunakan bahasa yang lebih sopan. Dalam
10

masyarakat Jepun misalnya, mereka sedaya upaya mengelakkan daripada menggunakan perkataan tidak. Dalam interaksi lisan dengan orang lain. Untuk tidak menyinggung perasaan orang yang dilawan cakap mereka biasanya menggunakan yatetapi. Contohnya ya, itu pendapat anda, tetapi pada pandangan kami.Justeru itu dalam penggunaan bahasa semasa pengajaran di kelas boleh mengamalkan konsep ini. Iaitu tidak menyekat terus sebarang jawapan atau pandangan orang lain sekiranya salah. Kita seharusnya memberi peluang untuk mereka memberi alasan atau rasional kepada jawapan atau pendapatnya itu. Tindakan menyekat atau memotong terus sebarang jawapan yang salah akhirnya akan membunuh minat audien untuk melahirkan pendapat atau pandangan mereka. Akhir kata menjadi pendidik pada zaman yang mencabar ini memerlukan banyak pengorbanan yang perlu melibatkan fizikal dan mental. Sebagai bakal guru, segala macam kerenah manusia bakal menunggu anda di dalam ruang lingkup kehidupan yang berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dan antara individu dengan individu yang lain. Mahu tidak mahu segala macam kerenah ini perlu ditempuhi selagi kita mengiktiraf diri kita sebagai seorang guru yang cemerlang dan dedikasi. Justeru itu memiliki keupayaan kecerdasan intelek (IQ) yang tinggi sahaja tidak akan menjamin seseorang itu akan menjadi cemerlang dalam realiti kehidupan hari ini. Keupayaan kecerdasan intelek (IQ) perlu seimbangkan dengan kekuatan emosi (EQ) barulah dapat melengkapkan kestabilan individu dalam menghadapi seribu macam kerenah manusia pada hari ini. Tanpa kedua-dua gandingan kecerdasan tersebut akhirnya akan melahirkan satu iklim komunikasi yang suram dan tegang apabila kedua-dua pihak gagal mengawal emosi diri masing-masing. Justeru itu kita sebagai guru perlu mempunyai kesedaran dan pengurusan kendiri yang tinggi, yang di dalamnya termasuklah kesedaran emosi kendiri, keyakinan diri, penghormatan kendiri, kawalan emosi kendiri, keboleh suaian dan sebagainya. Kesimpulanya kesegakan dan kecantikan rupa paras, kekemasan berpakaian, kesesuaian bertata rias dan ketinggian ilmu pengetahuan tidak akan sempurna sekiranya tanpa dilengkapi dengan kesopanan tutur kata dan keluhuran budi bicara.

11

3.0 KENALPASTI CARA-CARA Soalan 4: Kenalpasti cara-cara bagaimana memupuk kompetensi personal dalam situasi tersebut. Kebolehan untuk mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi diri sendiri dan dalam usaha membina hubungan dengan orang lain. Maksud kompetensi kecerdasan emosi yang dikatakan oleh Golman(1997). Menurut Goleman Kecerdasan emosi memberi tumpuan kepada

keseimbangan aspek rohani sebagai syarat untuk memupuk kesejahteraan dalam kehidupan terutama dalam situasi bekerja sebagai orang yang memegang prinsip hidup beragama. Subkomponen-subkompenen kesedaran emosi kendiri,

pengurusan emosi kendiri dan motivasi kendiri adalah berlandaskan Aspek personal di bawah kerangka kompetensi kecerdasan emosi(ECI) Golman & Boyatzis. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat contohnya seperti marah, sedih dan sebagainya. Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) pula menyatakan bahawa emosi merupakan perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya seperti kasih kaming, benci, takut, cemburu dan lain-lain. The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya dari aspek mental atau naluri, seperti kasih kaming ataupun takut. Oleh itu, emosi dapat dirumuskan sebagai satu perasaan dalaman yang kuat yang lahir daripada mental(psikologi) manusia dan berlaku secara berjajar dengan naluri semulajadi manusia berdasarkan situasi. Kesedaran emosi kendiri bermaksud seseorang itu mempunyai kebolehan untuk menyedari perasaan yang tertentu dan dapat memberi tafsiran mengenai perasaaan terbabit. Kami beranggap kesedaran ini membolehkan seseorang itu

menyedari tentang pemikiran yang mampu merangsang perasaan serta menyedari perasaan yang akan timbul akibat daripada tindakan tertentu yang diambil. Dengan itu, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri. Cara-cara memupuk kompentensi personal dalam situasi ini adalah kedua-dua pihak harus menyedari tentang pemikiran yang mampu merangsang perasaan serta menyedari perasaan yang akan timbul akibat daripada tindakan tertentu yang diambil. Mereka harus sedar emosi diri dan mengenali ciri dan kesanya. Emosi diri juga dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah
12

laku, pertuturan dan juga sahsiahnya. Dalam situasi ini dengan menggunakan kemahiran berfikir mereka harus berani mempertahankan hakikat yang benar dan juga berupaya membuat keputusan yang tepat. Kita juga mempunyai keyakinan kendiri dalam kesedaran kekuatan dan kelemahan diri kita. Salah satu cara memupuk kesedaran emosi kendiri adalah dari segi penghormatan kendiri. Kita sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambahkan prestasi diri dan memiliki penghargaan kendiri positif. Kesejahteraan kendiri Jika kita sering riang, ceria, gembira dan optimistik dalam sesuatu situasi ia dapat memupuk kesedaran kendiri. Selain daripada itu kami beranggapan pengurusan emosi kendiri juga salah satu cara untuk memupuk kompetensi personal dalam situasi tersebut. Pengurusan kawalan kendiri pula boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Setiap aspek mempengaruhi watak individu dari segi emosi. Kawalan kendiri bermaksud seseorang individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif walaupun berada dalam tekanan. Amanah pula bermaksud seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integritinya. Seterusnya, ketekunan bermaksud seseorang individu itu

bertanggungjawab atas prestasi diri iaitu mempunyai komitmen dan menunaikan janji, manakala kebolehsuaian bermaksud seseorang individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan yang berlaku. Aspek terakhir iaitu inovasi pula bermaksud seseorang individu terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Ketika emosi dan marah memuncak maka segala sifat buruk yand ada dalam diri kita akan sukar dikendalikan dan rasa malu akan hilang berganti dengan segala sifat buruk demi melampaskan kemarahannya pada benda, binatang, orang lain dan persekitarannya. Ramai orang berkata jika menyimpan emosi secara terus-menerus dalam jangka waktu yang lama akan menyebabkan keadaan bertambah teruk dan boleh melakukan hal-hal yang lebih teruk dari orang yang biasa emosinya. Oleh sebab itu sebaiknya apabila ada rasa marah, eloklah segera dihindarkan atau disalurkan pada hal-hal yang tidak melanggar hukum dan tidak merugikan manusia lain. Ciri orang yang tidak mampu mengendalikan emosinya ialah berkata kasar pada orang lain, marah dengan merosakkan atau melemparkan barang-barang disekitarnya, melakukan tindak kriminal/tindakan yang jahat, melarikan diri dari rumah, minum minuman keras dan melakukan pergaulan bebas, menangis dalam kekesalan yang mendalam serta berdendam dan ada hasad dengki pada orang lain.
13

Dari segi pendapat kami motivasi kendiri juga boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek akan membentuk seseorang individu dari segi pengurusan personal mereka

sendiri. Motivasi kecapaian bermaksud seseorang individu sentiasa berusaha memperbaiki piawaian kecemerlangannya dengan sentiasa menambahbaik prestasi dirinya.Komitmen bermaksud seseorang individu itu memberikan komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Inisiatif bermaksud individu tersebut mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang dan sentiasa memanfaatkan peluang. Optimisme pula bermaksud individu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun terdapat halangan. Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan(pain), ubah perhatian kepada keseronokan(pleasure). Keseronokan adalah apabila kita bertemu dengan apa yang kita suka. Untuk ada keseronokan, kita hendaklah membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi kita. Selain membuat, kita juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya macam syok sendirila ni. Syok sendiri tidak salah jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi. Bagi sesetengah orang, apabila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, selepas itu dia jadi bersemangat. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja. Ada orang, Nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kawan-kawandia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tibatiba timbul inspirasi, kemudian dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang sudah tidak mengantuk semasa bekerja. Contoh-contoh tadi kita boleh aplikasikan pada diri kita. Tujuanya untuk membuat kita boleh mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal kita. Apabila kita telah mahir mengawal emosi, tanpa kita ketahui kita telah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan kita boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja tujuan kita mahu, seperti mana kita memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat. Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi kita untuk muncul menjadi orang yang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negative kerana ia meruntuhkan potensi kita serta merta.

14

Anda mungkin juga menyukai