Anda di halaman 1dari 3

Kesan Emosi Terhadap Mangsa Gangguan

Seksual
12
Pengenalan

Gangguan seksual adalah salah satu masalah yang berlaku di dalam masyarakat samada di tempat
kerja atau di rumah. Lelaki selalunya dianggap sebagai pemangsa manakala perempuan sebagai
mangsa gangguan seksual. Namun tidak dapat dinafikan bahawa perkara yang sebaliknya juga boleh
berlaku. Pemangsa tidak mengira umur, agama, bangsa serta status mangsa. Apa yang agak
memalukan adalah kanak-kanak turut menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab
tersebut.

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid dalam bukunya “Gangguan Seksual” menyatakan bahawa
gangguan seksual adalah merupakan perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan
seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual
atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu
individu lain. Keadaan ini menyebabkan mangsa berasa terancam, dihina, dipermalukan, dicabul
maruah atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman di sesuatu tempat.
Manakala Wilson (1955) mengaitkan gangguan seksual ini dengan perilaku pekerja lelaki yang
berbentuk seksual dan biasanya atas dasar kuasa jawatan yang disandang oleh lelaki berkenaan.

Faktor – faktor

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya isu atau masalah gangguan seksual ini.
Antara faktor atau penyebab tersebut adalah tarikan fizikal atau personaliti yang menarik. Bentuk
badan yang menarik dan seksi adalah menjadi idaman setiap individu terutamanya golongan wanita.
Pemangsa yang tertarik dengan bentuk fizikal seseorang individu akan mencuba untuk
menghampirinya dan melakukan gangguan seksual.

Selain itu, cara pemakaian individu turut mengundang ke arah gangguan seksual yang tidak diingini.
Ada wanita yang suka berpakaian seksi dan mencolok mata. Mereka dengan sengaja ingin
mendedahkan bahagian badan mereka dengan anggapan ia adalah seksi dan menarik. Namun
secara tidak langsung perbuatan mereka menyebabkan gangguan pada diri mereka dari pelbagai
aspek.
Pergaulan sosial yang tidak ada batasan juga merupakan penyebab gangguan seksual. Dalam
zaman moden ini lelaki dan perempuan beramah mesra dan bergaul tanpa mengira batasan. Ekoran
daripada pergaulan itu akan mendorong kepada berlakunya gangguan seksual.

Selain itu kuasa turut menjadi faktor gangguan seksual. Di kebanyakan tempat, lelaki biasanya
memegang kuasa atau jawatan yang tertinggi berbanding wanita. Kuasa yang dimiliki boleh
mendorong mereka memenuhi naluri sekdual dengan melakukan gangguan seksual terhadap
anggota bawahan.
Di samping itu, budaya masyarakat setempat juga turut merupakan pendorong ke arah gangguan
seksual. Lelaki yang takut hilang status/kuasa akan bersikap ego apabila dicabar oleh individu lain.
Hal ini disebabkan lelaki mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan
mereka membuli secara seksual golongan perempuan yang lemah. Sekiranya mereka berjaya,
mereka akan berasa puas dan bangga serta ego kelelakiannya akan menjadi lebih tinggi.

Kesan – kesan

1. Psikologi
Kesan gangguan seksual bukan hanya pada masa gangguan tersebut berlaku. Malah ia turut
memberi kesan yang mendalam dan adakalanya untuk jangka masa yang panjang. Terdapat
beberapa kesan yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual, antaranya adalah kesan psikologi
dan kesan emosi.
Kesan psikologi adalah seperti mangsa akan hilang motivasi. Individu yang rajin bekerja akan hilang
motivasi untuk berbuat demikian selepas menjadi mangsa gangguan seksual selain hilang minat
dalam sesuatu perkara atau dirinya sendiri.

Kemungkinan besar individu tersebut juga akan mempunyai parasaan untuk membunuh diri,
mengasingkan diri dan suka berada berseorangan. Dia akan mengalami kemurungan dan trauma.
Ada juga mangsa yang akan berasa rendah diri dan bersalah serta dirinya tidak lagi sempurna seperti
sebelum gangguan seksual dan menjijikkan. Mereka juga turut dipinggirkan oleh masyarakat

2. Emosi
Dari segi emosi, mangsa gangguan seksual akan menanggung malu kerana masyarakat akan
memandang serong terhadap mereka. Mereka juga akan hidup dalam ketakutan mengenangkan
perkara yang telah berlalu dan takut untuk meneruskan kehidupan seperti dahulu. Secara tidak
langsung ia akan memberi kesan negatif terhadap kerjaya individu tersebut. Mangsa tersebut akan
mengalami tekanan dan sekiranya tidak dirawat berkemungkinan besar akan menjurus kepada
komplikasi yang lain.                                  

Peranan Individu dan Organisasi Dalam Mengendalikan Gangguan Seksual

1. Individu
Isu ini perlu ditangani secara bersama demi menjamin keharmonian dan ketenteraman masyarakat
terutamanya golongan wanita. Namun ia memerlukan peranan dan sokongan pelbagai pihak untuk
mengatasinya. Antaranya adalah penglibatan diri sendiri dan organisasi yang amat penting dalam
menangani isu ini.
Kaum wanita perlu mengelak daripada bekerja lebih masa terutamanya apabila berseorangan. Cuba
mencari alternatif lain seperti membawa balik kerja yang belum disiapkan ke rumah. Namun
sekiranya terpaksa atau tiada pilihan lain pastikan kehadiran diketahui oleh orang lain.
Cara pemakaian yang mencolok mata serta yang tidak sesuai turut mengundang bahaya.
Berpakaianlah secara sopan dan sesuai mengikut keadaan.

Gaya komunikasi dan perilaku turut menjadi elemen yang penting dalam konteks gangguan seksual.
Ada kebarangkalian penyampaian mesej dengan bahasa lisan dan bukan lisan yang tidak betul
disalah anggap oleh penerima mesej. Jadi, adalah menjadi tanggujawab seseorang individu untuk
menyampaikan mesej dengan gaya yang betul.

Kita juga seharusnya menjadi asertif. Sekiranya kita berasa diri kita menjadi mangsa gangguan
seksual maka adalah lebih elok untuk kita berterus terang memberitahu perkara tersebut kepada
pemangsa dan kawan-kawan yang lain agar mereka sedar akan perkara tersebut. Mangsa perlu
tampil ke depan dan adukan setiap gangguan seksual kepada pihak atasan atau pengurus sumber
manusia. Keadaan ini dapat mengelak peristiwa tersebut berlaku secara berulang-ulang serta
mempastikan pemangsa menerima hukuman setimpal.

2. Organisasi
Organisasi merupakan rumah kedua bagi sesetengah pekerja tidak kira swasta atau kerajaan. Oleh
itu, majikan perlu mempastikan tempat dan suasana bekerja adalah selamat. Contohnya kedudukan
ruang kerja (work station) seseorang individu tidak terasing daripada pekerja yang lain.
Selain itu, organisasi juga bertanggungjawab untuk menyediakan peraturan bertulis mengenai isu
tersebut dan pastikan ia sampai ke semua golongan pekerja.Tidak hanya cukup setakat mengadakan
peraturan bertulis tetapi organisasi perlu memastikan peraturan tersebut dikuatkuasakan. Misalnya
jangan memandang remeh aduan-aduan berkaitan gangguan seksual yang diterima.

Kesimpulannya kerjasama semua lapisan masyarakat adalah amat penting untuk membendung
masalah ini.                              

Rujukan :

 com/pages/punca.-faktor gangguan seksual di tempat kerja-html

 Gangguan seksual di tempat kerja.blogspot.com/p/kesan.html

 Kod amalan untuk mencegah & membasmi gangguan seksual di tempat kerja

 google.com/search?q=gangguan +seksual & newwindow

Anda mungkin juga menyukai