Anda di halaman 1dari 11

Salah laku Guru : Peraturan 4 (A) Gangguan Sexual

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan
dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah,
tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah membuat kesimpulan
bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang
mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut
pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Menurut Jobs Hub (2015) profesion keguruan adalah merupakan salah satu
profesion yang sangat mulia. Kerjaya mereka adalah mendidik anak bangsa supaya
menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri
Michael Mayin Jawong berkata profesion perguruan adalah satu bidang kerjaya
yang sangat mencabar kerana pendidikan merupakan titik permulaan bagi setiap
pekerjaan. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Buku Baruk Warisan
Budaya dan Identiti Bidayuh di Institut Perguruan (IPG) Kampus Batu Lintang di sini
pada 9 November 2013 lalu.
Memang tidak dapat menafikan bahawa profesion keguruan adalah suatu
profesion yang mulia. Namun begitu, dalam masa yang singkat ini media massa,
media sosial dan media cetak melaporkan salah laku guru-guru dalam negara kita.
Amat menyedihkan apabila pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter
memberikan komen-komen buruk terhadap guru-guru di Malaysia. Mereka
melabelkan guru sebagai gangster, tidak bertanggungjawab, miang dan sebagainya.
Komen-komen seperti ini memalukan kerjaya perguruan dan juga sebagai seorang
1

penjawat awam. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)


1993 [P.U. (A) 395/1993], bermatlamatkan menjaga imej kerajaan dan khasnya
Perkhidmatan Awam amnya.
Sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam, seseorang perlu menjaga imej
kerajaan, perkhidmatan awam dan juga kerjaya keguruan dengan mematuhi segala
peraturan Negara Malaysia. Apabila seseorang melanggar peraturan sedia ada,
maka berlakulah pelbagai masalah.

2.0 Isu yang dibangkitkan Gangguan Seksual


Sekolah merupakan tempat pekerjaan bagi seseorang guru. Pelbagai salah laku
boleh berlaku disekolah dan salah laku tersebut berlaku kerana warga sekolah
melanggar peraturan. Baru-baru ini, isu yang menjadi buah mulut ialah gangguan
seksual. Lagi teruk ialah, guru yang sepatutnya menjaga anak murid di sekolah
memberi gangguan seksual seperti merogol, mencabul, meraba dan sebagainya
kepada murid-murid. Dalam kes seperti ini, terlibat juga guru wanita yang memberi
gangguan seksual kepada murid lelaki.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan
2002) iaitu menurut Peraturan 4A ada dijelaskan bahawa seseorang penjawat awam
tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Dalam konteks
profesion keguruan, seseorang guru tidak boleh melakukan apa jua perlakuan yang
diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada pelajar, rakan sekerja atau sesiapa
sahaja samada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah serta dalam waktu kerja
atau luar waktu kerja. Gangguan seksual ini boleh dilakukan secara lisan dan bukan
lisan.
Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan
seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat,
gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal.
Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan yang dipamerkan melalui
sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan
yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung,
mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
2

Wilson, (1995) menyatakan bahawa gangguan secara visual ialah perlakuan


menghantar nota, surat, email, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau
bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media,
peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan
mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan
seksual. Begitu juga, gangguan secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat
dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka,
membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan
berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau
aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Selain itu, gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara
seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi
keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang
bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan
mental ke atas mangsa.
Disamping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang berbentuk sentuhan
fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu
dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk,
menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa
tersinggung, terhina atau terugut.
Salah satu kesnya ialah, kes yang berlaku di Ampang. Seorang ketua guru
disiplin dituduh di Mahkamah Majistret Ampang, atas 11 tuduhan mencabul pelajar
perempuan berasingan di sebuah sekolah. Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48
mencabul pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun dengan meletakkan tangan di atas
dada mangsa. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang
membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan selepas pelajar
berkenaan membuat laporan (http://www2.hmetro.com.my/, 2011).
Ibubapa dan murid mempercayai sekolah sebagai tempat yang selamat. Oleh
yang demikian, mereka menghantar anak mereka tanpa berasa takut. Tetapi isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru terhadap murid adalah

seperti

harapkan pagar tetapi pagar makan padi. Jelaslah isu gangguan seksual yang
3

dilakukan oleh guru yang merupakan seorang Penolong Kanan (Ko-Kurikulum)


tersebut, menunjukkan guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dengan
membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Gangguan seksual yang dilakukan
oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam
melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Hal ini, memberikan gambaran
bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat lagi jika hal ini dilakukan sendiri
oleh guru.

3.0 Punca berlakunya gangguan seksual


Pada pendapat saya, punca utama berlakunya gangguan seksual di sekolah
ialah para pendidik kurang memahami kod etika guru dan juga peraturan 4 (A).
Contohnya dalam kes Cikgu Ismazi, dia tidak memahi kod etika guru. Hal itu
menyebabkan guru tersebut melakukan tingkah laku mencabul

pelajar sekolah.

Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak melakukan perkara
sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Guru tersebut yang melakukan perkara
demikian telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Hal ini menunjukkan
bahawa guru tersebut tidak memahami dalam kod etika guru. Etika dan kod etika ini
merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar
professional. Badan professional tertentu mempunyai kod etika tertentu, termasuklah
profesion perguruan. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu
ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut yang dinyatakan
sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika professional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni
yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut professional masing-masing.
Berdasarkan kod etika profesion perguruan, guru sedia maklum tentang perkara
yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Sebagai guru, seseorang itu
haruslah mematuhi kod etika guru dan peraturan yang telah digariskan.
Di samping itu, Abdul Rahim, (2003) menyatakan bahawa kes-kes gangguan
seksual

berlaku

berpunca

daripada

masalah

rumahtangga.

Jadi,

masalah

rumahtangga menjadi punca berlakunya tingkah laku negatif seperti ini dalam
kalangan guru. Guru yang mengalami masalah keluarga akan mengalami tekanan
emosi yang tidak stabil. Mereka tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan
perasaan kasih sayang. Hal ini menyebabkan, guru mengambil jalan mudah dengan
4

melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan


tekanan yang dihadapi oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti.
Pekerjaan seorang guru bukan lagi suatu kerja yang senang. Guru bukan
sahaja mengajar dan mengasuh anak murid, malah mempunyai pelbagai tugas lain
seperti tugas perkeranian, membuat fail, menhadiri kursus dan ssebagainya. Oleh
yang demikian mengalami tekanan kerja. Tekanan kerja yang dihadapi oleh guru
juga menyebabkan guru mengalami stress yang tinggi. Selain itu, perubahan yang
sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak dan harapan
masyarakat terhadap guru. Oleh itu, guru berasa tertekan kerana tidak mampu
menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.
Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan
dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan
seseorang itu tidak rasional, cemas dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada
kerja dan gagal berasa puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal ini akan
menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi yang positif dan seterusnya
mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi.
Guru yang lemah dalam menghadapi tekanan menganggap

gangguan

seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi namun
kesan dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan. Pengurusan tekanan
yang tidak sistematik menyebabkan guru yang tidak rasional menggunakan murid
sebagai alat untuk melepaskan tekanan.
Selain itu, pengaruh media masaa juga antara punca yang menyebabkan
tingkah laku buruk seperti ini yang dilakukan oleh guru. Perkembangan media
massa seperti internet membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dengan
meluas tanpa sekatan. Pada masa sekarang, bahan lucah seperti jenaka lucah,
gambar lucah dan juga video lucah berada dalam genggaman tangan, berbentuk
telefon pintar. Aplikasi seperti Whatsapp, Wechat, Viber dan sebagainya
memeudahkan perkongsian bahan lucah. Guru yang cenderung koleksi bahan lucah
dalam telefon bimbit boleh mengakses pada bila-bila masa. Hal ini, menyebabkan
guru yang tidak mengahayati kod etika guru mengaplikasikan apa yang dilihat dan
dipelajari ke atas murid dengan membuat gangguan seksual.

Di samping itu, tiada kesedaran agama juga merupakan punca berlakunya


kes

mencabul.

Semua

agama

memberikan

pedoman

yang

baik

kepada

penganutnya. Penganut yang kurang kesederan agama menjadi punca kepada


masalah ini. Kesedaran agama yang kurang menyebabkan seseorang guru sanggup
melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan sendiri. Guru yang nampak alim tidak
semestisnya mempunyai kesedaran agama yang mantap. Guru yang mempunyai
kesedaran agama yang kurang tidak menggunakan ilmu pengetahuan yang
dipelajarinya menyebabkannya tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang
mana salah. Sebagai contoh, portal web siakapkeli.my melaporkan kes yang berlaku
baru-baru ini di Terengganu. Guru wanita Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
memberi gangguan seksual kepada murid sekolah rendah. Masalah ini tidak
mungkin berlaku sekiranya guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi.
Terlalu manjakan murid tanpa mengira jantina menjadi suatu punca kepada
masalah ini. Berdasarkan kepada pengetahuan etika profesionalisme, guru tidak
sepatutnya terlalu memanjakan pelajar sehingga membabitkan emosi dan perasaan
pelajar terganggu. Keadaan ini membuatkan ada pelajar yang memendam perasaan
cinta kepada guru mereka dan disebabkan perhubungan mesra ini ada guru lelaki
yang mengambil kesempatan terhadap pelajar perempuan seperti mencabul dan
merogol pelajar.
Selain itu, pemikiran seksual (sexual mind) lelaki mendorong tingkah laku
seksual yang tidak sihat, termasuk melakukan gangguan seksual sama ada di
tempat kerja ataupun di mana sahaja jika terdapat peluang melakukan gangguan
seksual terhadap wanita. Guru lelaki tidak terkecuali dalam hal ini. Guru yang tidak
dapat mengawal pemikiran seksual mengancam murid perempuan di sekolah.

4.0 Kesan kesan gangguan seksual


Pada pendapat saya terdapat beberapa kesan yang akan berlaku jika
masalah ini tidak dibendung dengan baik. Akibat daripada perbuatan tingkah laku
negatif guru bukan sahaja akan memberi impak buruk kepada dirinya namun
kesannya akan dirasai oleh mangsa gangguan seksual, dan institusi pendidikan.

4.1 Kesan yang menimpa guru


Kesan yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah
menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang. Murid akan
merasa benci dan takut untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
bersama guru tersebut. Akibat daripada situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya
juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut
selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan
mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi di
mana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari
perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait
dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan
masalah keluarga.
Bukan sahaja guru, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini
mungkin akan mendapat kesan yang buruk kerana mereka akan dibenci dan
dicemuh oleh masyarakat. Pada masa kini, perbuatan guru akan diviralkan dalam
laman social. Setiap hari, guru tersebut akan dicemuh dalam media sosial. Perasaan
anak-anak dan isteri guru yang didakwa akan tersinggung apabila terlihat komenkomen. Hal ini menyebabkan keluarga guru tersebut akan hidup dalam suasana
tidak tenteram. Tambahan pula, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru
tersebut ialah akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatan
mereka yang tidak senonoh itu. Guru tersebut tidak akan diterima oleh masyarakat
di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka.
Selain itu, hubungan ibu bapa dan guru menjadi rengang di mana ibu bapa
tidak lagi mempercayai guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang
berguna. Masyarakat juga akan memandang serong kepada semua pihak
termasuklah guru dan pentabir sekolah. Hal ini akan menjejaskan imej sekolah
tersebut di mata masyarakat. Kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan

masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru tersebut dibenci dan
dicaci oleh masyarakat yang lain.

4.2 Kesan terhadap murid / mangsa


Menurut (Abdul Rahman,2003) mangsa yang mengalami gangguan seksual
akan lebih cenderung berdiam diri, bersendirin, murung dan sebagainya. Hal ini,
menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa
menurun. Pada masa yang sama, mangsa gangguan seksual akan fobia dengan
guru terutama guru lelaki.
Selain itu, pelajar akan mengalami stress yang tinggi termasuk perasaan
mudah tersinggung serta kurang motivasi untuk belajar. Secara tidak langsung,
perkembangan kognitif dan perkembangan pendidikan pelajar akan terbantut.
Pelajar akan mula mengabaikan kerja rumah dan peperiksaan.
Mangsa akan mula hilang keyakinan diri untuk terus mempercysi orang di
sekeliling termasuk keluaga. Satu perpepsi yang lahir dalam diri mereka yang
menganggap keluaga langsung tidak mempedulikan mereka jika berlaku sesuatu
yang melibatkan hubungan kekeluagaan. Mangsa mudah tersinggung dan merasa
rendah diri apabila tidak dipedulikan oleh orang yang tersayang. Kesan kepada
mangsa kemungkinan besar turut menarik mangsa kepada masalah sosial lain
seperti bohsia atau minah rempit. Hal ini untuk menunjukkan rasa protes kepada
orang di sekeliling.
Kesan jangka panjang kepada pelajar tersebut ialah pelajar tersebut
mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat
perkara yang tidak diingini misalnya membunuh diri.
4.3 Kesan terhadap institusi pendidikan
Terdapat beberapa kesan yang akan menimpa sekolah ialah reputasi sekolah
atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa
tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi
8

dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberikan pendidikan yang berkualiti


kepada murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah ialah
sekolah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah
gangguan seksual berleluasa secara tidak terkawal. Selain itu, masyarakat tidak lagi
mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi
diperlukan oleh masyarakat. Seterusnya, profesion perguruan tidak lagi dianggap
mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini
dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan
berkesan.

5.0 Cara mengatasi masalah gangguan seksual


Masih terdapat ramai orang yang beranggapan bahawa gangguan seksual
merupakan masalah kecil dan remeh jika berbanding kes-kes besar sperti
membunuh dan sebagainya. Tanggapan tersebut amat salah kerana gannguan
seksual ini memudaratkan emosi dan fizikal dalam jangka masa panjang. Maslah
gangguan

disekolah

harus

dibendung

dengan

segera.

Saya

berpendapat

mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pencegahan memerlukan suatu


tindakan holistic dan menyeluruh daripada semua pihak.
Pendidikan merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah
gangguan seksual dengan cara memberi kesedaran kepada guru tentang bahaya
gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kerajaan
perlu

memperkenalkan

pendidikan

seks

kepada

semua

masyarakat

bagi

mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai gangguan


seksual seperti hak asasi wanita, pencabulan dan sebagainya. Pendidikan seks
bukan sahaja sesuai kepada murid, guru dan masyarakat namun kepada pesalah
gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk memberi maklumat
yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan kepada murid-murid.
Selain itu, semua perlu menghadiri kursus, ceramah atau bengkel yang
dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab
sebagai pendidik masa ke semasa. Hal ini dapat meningkatkan nilai-nilai dan tingkah
laku yang teratur dan bertanggungjawab. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih
sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam
9

diri semua guru dalam program-program ini. Nilai murni yang baik dapat memelihara
guru daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma
hidup yang perlu ditahankan.
Khidmat kaunseling perlu disediakan oleh kerajaan sebagai saluran untuk
penuntut yang menjadi mangsa gangguan seksual dan juga guru yang melakukan
gangguan seksual. Antaranya ialah, mewujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling
yang dikhaskan untuk guru yang dikendalikan oleh individu yang pakar dalam
masalah ini bagi menangani isu gangguan seksual. Di samping itu, sekolah boleh
melaksanakan

program-program

kaunseling

di

sekolah

dan

menyediakan

perkhidmatan pelajar yang mempunyai kaunselor yang professional berkhidmat


kepada pelajar-pelajar sekolah tetapi di luar bilik kelas mereka. Khidmat dan
kaunseling bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat
dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Selain daripada itu,
guru juga perlu diberi kaunseling jika terdapat masalah keluarga.
Tambahan pula, bidang pekerjaan dan tanggungjawab guru perlu dihalusi.
Guru senang mengalami tekanan dan stress akibat kerja-kerja perkeranian dan
kursus-kursus yang melambak serta tugas-tugas khas di sekolah.
Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan
seksual di kalangan pendidik perlu diketatkan dengan segera supaya kes ini dapat
diatasi dengan secepat mungkin. Hukuman, sebatan, dan penjara bagi mengelakkan
masalah ini dari terus berleluasa. Penguatkuasaan undang-undang ini juga
menyebabkan guru tidak berani untuk melakukan tingkah laku yang negatif. Guru
yang melanggar kod etika perguruan perlu dilucut jawatannya supaya dapat
memberi pengajaran kepada guru-guru lain untuk tidak melakukan perkara yang
tidak bermoral ini.
Secara ringkasnya, guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana telah
menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabiliti guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
Di samping itu, emosi seseorang guru perlu dikawal kerana jika tidak dikawal
dengan baik, maka diri akan merasa tertekan, kecenderungan untuk melakukan
10

perkara yang tidak diingini berlaku. Seorang guru tidak harus melanggar etika,
melampui batas peraturan atau undang-undang kerana ianya sesuatu yang perlu
dihayati dan dibangunkan secara dalaman dan bukan semata-mata takutkan
tindakan tatatertib apabila melanggarnya.

6.0 Kesimpulan
Tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap daripada cabaran
itu haruslah diatasi dengan sebaiknya. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian
segenap kelompok masyarakt kerana peranan dalam pembentukan masyarkat.
Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu
penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Sebagai seorang guru dan juga
penjawat awam, seseorang harus memahami, meneliti dan menghayati kod etika
guru dan peraturan-peraturan yang digariskan dalam perundangan Malaysia.
Apabila seseorang guru menghayati kod etika guru dan peraturan-peraturan
penjawat awam, maka tidak ada peluang bagi beliau untuk membuat kesalahan
serius seperti ini. Profesion guru merupakan satu profesion yang mulia. Demi anak
bangsa dan negara tercinta para pendidik perlulah memartabatkan profesion ini
dengan

menghormati

kod

etika

guru

melanggarnya.

11

dan

perundangan

Malaysia

tanpa

Anda mungkin juga menyukai