Anda di halaman 1dari 35

Isi kandungan

NO. PERKARA MUKA SURAT


1. Profil Guru Pelatih
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. 1.0 Konsep Dan Matlamat FPK
1.1 Konsep FPK dan Matlamat FPK

5. 2.0 Faktor-faktor Pembentukan FPK


6. 3.0 Elemen-elemen Dalam FPK
7. 4.0 Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan
FPK
4.1 Pihak Pengurusan
4.2 Prasarana
4.3 Program Dan Aktiviti
8. 5.0 Implikasi FPK Terhadap Sistem
Pendidikan Negara
9. 6.0 Rumusan Dan Cadangan
10. Bibliografi
11. Lampiran

PROFIL GURU PELATIH


MOHD HAFFIZ BIN ZAINI
87O329 – 04 - 5183
NO 203, LORONG 4, BT 3,
JALAN MALIM, BALAI PANJANG
75250 MELAKA
Phone number : 017 – 3099562

PERSONAL PARTICULARS

Date of birth: 29 Mac 1987


Age: 20 years old.
Place of birth: Hospital Besar Melaka
Gender: Male
Marital Status: Single
Nationality: Malaysian
Interests: Sports , playing games
Height/weight: 163 cm / 60 kg
Father’s Name: Zaini bin Zakaria
Mother’s Name: Nyaros bt Abu BAkar

PENGHARGAAN
Assalamualaikum…
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka
dapatlah saya menyiapkan folio mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) yang telah saya lalui selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Malim,
Melaka. Tugasan ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Ilmu Pendidikan bagi
subjek Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Tugasan ini memerlukan saya
membuat pemerhatian tentang persekitaran sekolah, organisasi
sekolah,pengurusan sekolah,struktur sekolah dan menimba pengalaman di
samping mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak SK
Malim yang telah banyak membantu dalam proses mencari maklumat di
sepanjang saya menjalani PBS. Bantuan dan kerjasama daripada pihak
pengurusan, guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah sangat saya hargai.
Layanan yang diberikan amat saya hargai. Segala jasa baik warga sekolah tidak
dapat saya balas. Semoga Tuhan merahmati kalian.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga saya yang
banyak memberi dorongan dan nasihat supaya saya dapat belajar menjadi
seorang pendidik yang baik. Selain itu, bantuan kewangan dari ibu bapa saya
sepanjang PBS sangat membantu dalam proses saya menyediakan diri untuk ke
sekolah.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah yang memberi
bantuan. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak bertukar
maklumat dan pengalaman sepanjang PBS. Bantuan dari kalian semua sangat
saya hargai dan akan saya kenang selalu. Sekian, terima kasih.
Wassalam…

-------------------------------
( Mohd Haffiz Zaini )

PENDAHULUAN
Tugasan ini mengandungi data-data serta maklumat-maklumat terkini
yang berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Malim yang terletak di Melaka.
Kesemua bahan-bahan ini diperolehi apabila saya menjalankan Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 19 hingga 23 Mac 2007 yang lalu.
Di dalam bahan-bahan tersebut terkandung pelbagai maklumat seperti
temubual dengan pihak pengurusan sekolah, mentor, kakitangan sekolah dan
murid. Terdapat juga data-data yang berkaitan dengan perkembangan semasa
murid-murid di dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Kesemua ini boleh dijadikan sebagai rujukan sekolah ini pada masa yang
akan datang. Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah banyak
membantu saya dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa
yang akan datang. Portfolio ini lebih kepada pengalaman saya ketika berada di
sekolah tersebut selama seminggu.
Terdapat banyak maklumat bergambar dan mempunyai data di dalam
tugasan ini. Maklumat-maklumat bergambar adalah seperti gambar sekitar
kawasan sekolah sama ada di padang, bangunan kelas, bilik guru, dan
sebagainya. Terdapat juga huraian tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terhadap sistem pendidikan atau lebih tepat lagi sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang saya jalani program tersebut.

1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.’

1.1 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik


serta manghayati ciri-ciri berikut:

 Percaya dan patuh kepada Tuhan


 Berilmu pengetahuan
 Berakhlak mulia
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
 Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya, iaitu:
1. Melahirkan rakyat yang bertangggungjawab dan boleh memenuhi
kewajibannya sebagai seorang warganegara.

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya


membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan.

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta


mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
Perlembagaan.

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip


Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum.

6. Mengurangkan jurang perbezaaan di antara kaum dengan membekalkan


kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
Antara faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.

2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.

3. Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya


mempengaruhi dasar pendidikan.

4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha


membawa pembangunan dan kemajuan negara.

5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti


keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.

6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,


perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara
memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman
antarabangsa.

Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah


Pendidikan Kebangsaaan yang diturunkan berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.”

1. Faktor agama : Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di
samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama
Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya
agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting
sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur-unsur agama
ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu: ”
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”

2. Faktor Sosial : Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum .


Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung
kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain.Sikap yang positif ini
adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan
kaum yang merupakan kiteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan
mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu
matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu : ”melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”

3. Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah


Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada
ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-
dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan
Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha
membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan
peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
negara. Sehubung ini, matlamat pencapaian perpaduan
kaum menjadi pertimbangan asas dalam Penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat
diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan.

4. Faktor ekonomi : Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai


kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan
meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini
dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan , berketrampilan,
bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita
memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi
salah satu matlamat pendidikan negara yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

5. Faktor individu : Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses


pendidikan . potensi individu ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa
mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran
hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu
yang seimbang dan harmonis merupakan pernyatan
utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

6. Faktor sejagat : Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula


tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem
pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea
yang dihasilkan daripada seminar pendidikan
antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan
pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan
oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah
dimanifestasikan dalam pernyatan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan sebagai “ Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan...” Ini jelaslah
mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
3.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK
Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
memperkembanag potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut,


maka diturunkan elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
huraian ringkas seperti berikut:

1. PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran,


serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu
pengetahaun,bertenaga mahir serta berakhlak mulia.

Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang


hayat. Pendidikan ini bermula sebagai pendiidikan asas pada awal kanak-kanak
dan tadika, disambung di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam
peringkat kanak-kanak dan remaja, dan diteruskan di peringkat selepas sekolah
seperti di tempat-tempat seperti di institut pendidikan tinggi,tempat berkerja dan
komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara on-
line dan melalui media massa.

Membolehkan kita menghadapi dan menangani masalah yang,


mendatang. Contohnya, perkembangan ekonomi dalam teknologi maklumat dan
komunikasi

2. MEMPERKEMBANG POTENSI INDIVIDU


Mengikut kajian individu mempunyai pelbagai keupayaan, bakat, dan potensi
seperti Jasmani,emosi,rohani dan intelek. Fungsi utama pendidikan adalah untuk
memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap
cemerlang. Dalam hasrat FPK terdapat empat unsur yang dititikberatkan, iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Intelek mengandungi ciri-ciri daya berfikir seperti menguasai kemahiran asas


3M iaitu membaca,menulis,mengira.Menguasai kemahiran memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu.

Jasmani pula melibatkan kesihatan tubuh badan individu seperti


memperkembang kepada tahap keupayaan. Contohnya, menjaga kesihatan
tubuh badan diri dan menjalankan riadah dengan sempurna.

Emosi pula merupakan perasaan jiwa yang kuat dan sihat . Contohnya,
memiliki perasaan kasih sayang dan memiliki semangat kekitaran, muhibbah,
kerjasama dan perpaduan.

Aspek rohani pula adalah sifat kejiwaan dan kebatinan. Ciri-ciri yang terdapat
dalam aspek rohani adalah mempunyai perasaan menyedari dan mengingati
adanya Pencipta. Mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap
tanggungjawab.

3. PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU


Perkembangan potensi individu tidak lengap jika dilakukan secara
bersaingan maka ia haruslah diperkembangankan secara menyeluruh dan
bersepadu. Untuk melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
aktiviti kokurikulum juga harus diberi penekanan disamping akademik di bilik
darjah.

Potensi yang ada pada individu haruslah dikembangkan secara optimum


dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang hanya saling
berkaitan.

4. INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS

Insan yang seimbang dan harmonis adalah insan yang memiliki


kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.
Selain itu, mereka sentiasa merasa bersyukur dan sedia menerima segala ujian
dan cabaran hidup serta berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi
dengan fikiran yang tenang.

Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai


apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah diperkembangkan secara
selaras menyeluruh dan harmonis

5. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

Kepercayaan merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar


tidak terjadi sendiri tapi adanya pencipta dan hukum-hukum alam adalah hukum-
hukum tuhan. Contohnya, mengakui wujudnya pencipta. Mengakui manusia dan
alam dijadikan pencipta.

6. RAKYAT MALAYSIA YANG BERIMU PENGETAHUAN


Rakyat yang memiliki sifat suka membaca,cintakan ilmu pengetahuan
serta akan menggunakannya untuk maanfaat diri dan orang lain. Ciri-ciri yang
ada pada seseorang rakyat yang berpengetahuan adalah mencintai ilmu
pengetahuan, gemar membaca , sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan menyebarkan ilmu
pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebaikkan diri dan orang lain, dan
berfikiran terbuka , luas, dan mendalam.

7. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa


memberi sumbangan demi kemajuan negara.Mereka melaksanakan tugas dalam
masa yang singkat dan cekap. Ciri-ciri yang dimiliki rakyat berketrampilan adalah
berilmu pengetahuan dan berkelayakkan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan.Dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan
cekap.

8. RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisplin dan
bersepadu dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian. Ciri-cirinya,
mengetahui yang mana nilai yang baik dan mana yang buruk, menyedari kesan
dan akibat daripada perbuatan baik dah buruk, dan mempunyai keyakinan
terhadap nilai-nilai murni

9. RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB


Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan,
bangsa dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan
amanah. Rakyat malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki
ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab adlah amanah dan
kewajipan, menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan sempurna,
sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

10. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKEUPAYAAN MENIKMATI


KESEJAHTERAAN DIRI

Melalui perkembangan potensi individu yang menyeluruh, rakyat akan


dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.Rakyat Malaysia yang berupaya
mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti, daya
ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke
semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan sihat,
memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik.

11. RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERI SUMBANGAN

Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir,


produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah
pembangunan negara.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan Negara ialah rakyat memperoleh
keupayaan seperti, memupuk keharmonian keluarga, bersemangat patriotic dan
cintakan Negara, mengekalkan kestabilan Negara.

4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK


Peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek intelek,
Jasmani,emosi,rohani dan sosial murid-murid.

4.1 PIHAK PENGURUSAN

PERANAN GURU BESAR

Pada 19 Mac 2007 sehingga 23 Mac 2007, saya telah mengikuti Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka. Saya
telah menjalankan temu bual bersama-sama beberapa orang guru. Antaranya
ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan , Ketua Panitia dan Guru Bilik Darjah.
Melalui temu bual bersama Guru Besar SKM, Encik Hassan bin Said saya telah
mengetahui peranan guru besar adalah mewujudkan hubungan dua hala
dengan komuniti dan agensi-agensi luar.Beliau juga perlu bertanggungjawab
dalam peningkatan Kurikulum dan Ko-kurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. Selain itu Beliau
juga bertanggungjawab dalam ha pengurusan, pentadbiran dan kewangan
sekolah. Guru besar mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982
(Pindaan).

Tugasan beliau dari segi Pengurusan Kokurikulum (Kerja ikhtisas) adalah


menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya peningkatan pengajaran dan pembelajaran,
intelek pelajar dapat diperkembangkan kerana mereka dapat menerima lebih
banyak ilmu sekiranya kaedah pengajaran diperbaiki.

Guru besar juga berperanan dalam pembangunan diri pelajar.Tugas


seseorang guru besar dalam pembangunan diri pelajar adalah memastikan
pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti Kemahiran Mengurus
Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi. Melalui program sebegini perkembangan
dari aspek intelek, emosi dan sosial dapat dipertingkatkan. Kemahiran Mengurus
Diri dapat dapat mengajar pelajar mengurus masa, kerja, dan cara hidup dengan
baik, oleh itu tekanan hidup pelajar akan kurang dan emosi terkawal. Kemahiran
Belajar pula dapat membantu pelajar membuat nota dengan memilih isi yang
penting dan cara menguatkan ingatan yang efektif supaya pelajar dapat
menghadapi peperiksaan dengan yakin. ilmu pengetahuan yang makin luas dan
cara pemikiran yang lebih matang membantu dalam perkembangan intelek
mereka. Manakala aktiviti motivasi dapat membantu peningkatan kemahiran
bersosial.

Dari segi pengurusan dan pembangunan, guru besar perlu memastikan


program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna. Dengan adanya
program kesihatan seperti menjalankan pemeriksaan gigi di sekolah, pelajar
lebih memahami cara penjagaan dan pengamalan pemakanan yang betul bagi
memastikan mereka memiliki gigi yang kuat dan sihat dan juga memiliki gigi yang
bebas dari penyakit. Aktiviti seperti sukan juga amat digalakkan supaya aspek
jasmani dalam diri pelajar dipertingkatkan.

Kemudahan fizikal di sekolah juga amat dititikberatkan dalam mewujudkan


suasana yang harmoni dan selesa untuk dijadikan tempat menimba ilmu. Beliau
juga perlu mempertingkatkan keceriaan sekolah. Sekolah yang ceria dapat
menenangkan jiwa dan pandangan mata. Ia dapat membantu dalam
menenangkan emosi.

PERANAN GURU PENOLONG KANAN


Dalam pentadbiran sekolah, jawatan selepas guru besar/ pengetua adalah
guru penolang kanan. Guru Penolong Kanan SKM ialah Encik Md. Saat bin
Hassan. Bidang tugas guru penolong kanan adalah menjalankan tugas-tugas
Guru Besar semasa ketiadaaan Guru Besar. Beliau juga bertanggungjawab
kepada Guru Besar dalam hal Kokurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat
dan keselamatan. Beliau dikehendaki membantu Guru Besar dalam semua
aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Selain itu, membantu Guru Besar
menyelia dan menilai proses pengajaran. Beliau mengajar sebilangan waktu
mengikut arahan Guru Besar.

Antara senarai tugas bagi beliau adalah memastikan dan membantu


penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber. Makmal dan bengkel.
Contohnya, jika ada alatan tangan dan bahan yang banyak pelajar dapat
mengembangkan kreativiti mereka dalam membuat kerja amali. Pemikiran dan
idea mereka tidak akan terhad.

Beliau juga membantu merancang dan menyelaraskan hal-hal yang


berkaitan dengan penilaian dan peperiksaaan serta mencadangkan tindakan
susulan. Contohnya, jika pencapaian akademik sekolah itu merosot , beliau
boleh mencadangkan melaksanakan kelas tambahan bagi meningkatkan
pencapaian akademik pelajar dan secara tidak langsung intelek pelajar juga
meningkat. Pelajar dapat menguasai kemahiran untuk memperolehi, meningkat
dan menyebarkan ilmu.

Tugas beliau termasuklah menyelaras pengurusan dan perjalanan


kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. Contohnya kegiatan bimbingan
kaunseling, kegiatan ini dapat membantu pelajar rasa diri mereka memiliki
perasaan kasih sayang. Untuk pelajar yang bermasalah disiplin seperti suka
bergaduh, bimbingan kaunseling adalah amatt sesuai untuk mendapatkan
nasihat tentang bagaimana hendak mengawal tingkah laku.
Dalam pembangunan diri pelajar, Guru Penolong Kanan perlu membantu
merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan/keindahan dan
kebersihan sekolah. Program-program sebegitu dapat memperkembangkan
unsur emosi dalam pelajar. Pelajar memiliki kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian.

Seseorang Guru Penolong kanan perlu mengadakan kursus motivasi dan


kemahiran pelajar. Melalui kursus motivasi, pelajar dapat memanfaatkan ilmu
dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara. Selain itu,
perkembangan dalam aspek intelek juga dapat diperlihatkan sama ada pelajar itu
dapat berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) selepas menghadiiri aktiviti ini.

Beliau juga perlu memberi sumbangan kepakaran dalam bidang


pendidikan kepada yang memerlukannya. Beliau perlu mempertingkatkan
Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Melalui budaya membaca, pelajar dapat
memperkembangkan aspek rohani. Contohnya, buku atau bacaan berunsur
agama atau bernilai moral dapat memberi keinsafan menyedari dan mengingati
adanya Pencipta. Tambahan pula ia dapat mengajar pelajar menghargai dan
mensyukuri pemberian Pencipta.

PERANAN KETUA PANITIA


Melalui temu bual bersama Ketua Panitia Kemahiran Hidup, Encik
Mohammad Hamka bin Dollah. Beliau memberitahu bidang tugasnya adalah
membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. Mengadakan program untuk
meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Beliau juga
membantu Guru Besar menyelaraskan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan
seumpamanya. Beliau patut bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan
Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Selain itu beliau juga perlu
bertanggungjawap kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan ko-
kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. Seseorang Ketua Panitia
dikehendaki membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.

Dalam bidang Kurikulum, tugas bagi seseorang panitia adalah


menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan. Contohnya, Ketua Panitia Kemahiran Hidup mencadangkan pelajar
membeli buku latihan Kemahiran Hidup yang mempunyai soalan-soalan koleksi.
Buku latihan itu dapat membuat pelajar berfikir cara penyelesaiannya. Pelajar
dapat belajar berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Ini bermakna
perkembangan intelek dalam pelajar telah berlaku.

Ketua Panitia juga perlu menyelaraskan pengurusan dan perjalanan


aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengkayaan. Beliau bertugas untuk
mengenalpasti masalah kelemahan murid dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya. .Aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan yang merangkumi
kemahiran 3M iaitu mengira, membaca dan menulis dapat membantu
meningkatkan akademik pelajar yang lemah. Pelajar itu juga mengalami
perkembangan intelek seperti pelajar biasa, Cuma tempoh masanya lama
sedikit.

Sekiranya terdapat maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan


pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru, beliau bertanggungjawap menyebarkannya. Ia amat penting bagi pelajar
menguasai ilmu baru dan memanfaatkan kemahiran untuk diri dan juga orang
lain. Pengkaedahan baru dan pendekatan baru dapat membawa perkembangan
intelek dengan memberi lebih banyak pengetahuan.

Sebagai seorang Ketua Panitia, seseorang itu perlulah menentukan


aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah
dan sekolah. Segala pelaksanan pengajaran dan pembelajran perlu menerapkan
nilai-nilai murni bagi melahirkan insan yang berbudi pekerti. Aspek rohani perlu
dititikaberatkan bagi memupuk dan membina disiplin kendiri.

Selain itu, beliau juga membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan


data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan
bidangnya.

Beliau berperanan menentukan muridnya dilatih melaksanakan tugas-


tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. Aktiviti seperti
pertandingan keceriaan di sekolah dapat memperkembangkan unsur emosi
dalam diri pelajar, mereka dapat menguasai kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian.

PERANAN GURU BILIK DARJAH.


Saya telah menemu bual Guru Bilik Darjah 4 Bijak, Puan Farahduza bt
Bahrim. Daripada isu perbincangan bersama beliau, saya mendapati seseorang
Guru Kelas perlu membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. Beliau
kena memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan
papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan
membuang sampah. Bukan itu sahaja, Guru Kelas perlu memastikan AJK
Keceriaan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dan papan maklumat
dari semasa dan semasa., menyediakan langsir dan bunga untuk kelas.

Aktiviti seperti gotong-royong dapat memupuk sikap berkerjasama dan


memanfaatkan tenaga fizikal secaraberdikari dan untuk kepentingan masyarakat.
Manakala aktiviti pertandingan keceriaan pula dapat memperkembangkan aspek
sosial dan emosi. Pelajar memiliki semangat kekitaran , muhibbah, kerjasama
dan perpaduan. Mereka juga menghargai keindahan dan keceriaan.

Beliau juga perlu menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya


sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku jadual kedatangan murid di
pejabat. Tindakkan sebegitu dapat membuat pelajar menyedar dan
menginsafkan terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Seseorang
pelajar itu tidak patut ponteng sekolah dan juga tidak boleh memonteng kelas.Ini
bermakna perkembangan dari segi rohani dapat dimajukan.

Salah satu peranan Guru Kelas adalah mengisikan markah dan membuat
laopran kemajuan akademik. Ko-kurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan
pelajar bagi setiap semester/penggal. Setiap rekod dapat dijadikan bahan untuk
menganalisiskan tahap perkembangan intelek pelajar. Jika pelajar itu didapati
lemah dalam akademik, kemungkinan dia perlu kelas bimbingan.
4.2 PRASARANA
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang seminggu menjalani program
pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Malim Melaka,
sekolah ini berjaya menyediakan kemudahan dalam membina perkembangan
fizikal murid.

Di sekolah ini, segala prasarana yang diperlukan bagi sesebuah sekolah


seperti ruang pembelajaran iaitu bilik darjah, dewan, kantin, padang permainan,
perpustakaan, makmal sains, makmal komputer, bilik muzik dan surau
disediakan untuk kemudahan warga SKM.

Darjah 1 mempunyai 5 buah kelas, darjah 2 mempunyai 5 buah kelas,


darjah 3 mempunyai 5 buah kelas, darjah 4 mempunyai 5 buah kelas, darjah 5
mempunyai 5 buah kelas dan darjah 6 mempunyai 5 buah kelas manakala pra
sekolah hanya 1 kelas, pra pendidikan khas hanya 1 kelas juga dan pendidikan
khas, juga 1 kelas sahaja. Jumlah kesuruhan ialah 33 buah kelas yang
menampung 1092 orang murid-murid. Selain itu juga, Setiap bilik kelas
dilengkapi LCD dan skrin.

Sekolah ini tidak mempunyai dewan yang khusus tetapi apabila diadakan
majlis-majlis tertentu yang memerlukan ruang yang besar, tapak perhimpunan
akan dijadikan sebagai tempat berhimpun dalam apa jua majlis sekali pun.Para
guru atau tetamu akan ditempatkan di bawah blok pejabat yang bertentang
dengan dataran perhimpunan.

Kantin sekolah ini bersaiz agak luas, mempunyai hampir 10 barisan meja
beserta kerusi yang panjang untuk kegunaan para pelajar. Untuk mengelakkan
kesesakan dan memastikan waktu rehat murid-murid terkawal, waktu rehat
dibahagikan kepada 2 sesi iaitu waktu rehat tahap 1 dan waktu rehat tahap 2.
Terdapat juga ruang makan untuk para guru yang terletak bersebelahan dengan
kaunter jualan makanan. Makanan yang dijual pelbagai, menarik dan harga yang
berpatutan.

Padang sekolah ini terletak berhadapan dengan kantin sekolah. Padang


luas yang kelihatan kehijauan ini terjaga rapi di mana tanahnya yang rata,
rumput yang pendek dan kebersihan yang memuaskan. Padang ini sentiasa
meriah dengan aktiviti-aktiviti sukan seperti kelas pendidikan jasmani pada waktu
pagi, latihan olahraga, bola sepak, bola jaring dan bola baling pada waktu
petang.Selain itu, padang ini juga turut dikongsi bersama Sekolah Menengah
Kebangsaan Malim yang terletak bersebelahan sengan Sekolah Kebangsaan
Malim.

Perpustakaan sekolah ini kurang memuaskan bagi pendapat saya.


Walaupun buku-buku yang disediakan mencukupi untuk kegunaan pelajar, tetapi
susunannya tidak teratur, bercampur aduk antara buku rujukan, buku fiksyen dan
buku bukan fiksyen. Ini menyukarkan para pengguna untuk mencari bahan dan
sebagainya. Di sudut papan kenyataan pula, terdapat ruang-ruang yang
dibiarkan kosong. Hanya persekitaran dalam perpustakaan ini yang kelihatan
bersih dan selesa apabila berada di dalamnya membuatkan saya berasa yakin
bahawa pengurusannya boleh dipertingkatkan lagi jika kesungguhan
pelaksanaannya dapat dijalankan dengan lancar.

Hanya terdapat satu sahaja makmal sains di sekolah ini. Terletak di


tingkat bawah bersebelahan dengan blok pentadbiran . Di makmal ini terdapat
kelengkapan LCD, skrin, pelbagai alatan dan bahan eksperimen, alat bantu
mengajar seperti buku rujukan, buku latihan, multimedia CD dan sebagainya.
Terdapat mural yang menarik di bahagian dinding belakang makmal ini iaitu
sistem planet. Mural ini sangat berkesan untuk membantu proses P&P.
Makmal komputer mempunyai 30 buah komputer yang dibahagikan
menjadi 6 kumpulan yang mengandungi 6 buah meja setiap kumpulan dan kerusi
beserta komputer. Kemudahan internet disediakan untuk kemudahan para guru
dan murid-murid. Makmal ini sangat selesa dan berhawa dingin. Para pengguna
tidak dibenarkan memakai kasut ke dalam makmal ini untuk menjamin
kebersihan dan keselesaan bersama.

Bilik muzik sekolah ini sangat menarik dengan susunan yang kemas dan
hiasan yang menarik walaupun bersaiz kecil. Alatan-alatan muzik di bilik ini juga
pelbagai dan berfungsi dengan baik. Bilik ini terletak di aras paling atas di
bangunan bilik guru.

Surau yang terletak di blok bersebelahan dengan blok bilik guru, berada di
tengah kawasan sekolah di mana memudahkan warga SKM menggunakannya.
Surau ini sangat bersih dan kemas. Di dalamnya, disediakan telekung, sejadah
beserta rak yang dipenuhi Al- quran, Yassin dan kitab-kitab untuk kegunaan
semua. Lantai surau ini beralaskan permaidani yang memberikan keselesaan
untuk beramal ibadah.

Di setiap sudut-sudut tertentu di sekolah ini terdapat info-info penting yang


dipaparkan. Ini dapat memberikan maklumat penting untuk makluman warga
SKM di samping menambahkan pengetahuan. Selain itu, menunjukkan bahawa
warga sekolah perlu peka dengan setiap perkara yang berlaku dari masa ke
semasa.

Kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah ini memang tidak dapat


dinafikan lagi di mana pelbagai pokok-pokok hiasan serta tumbuhan yang
ditanam si sekitar kawasan sekolah kelihatan cantik dan menyejukkan
pandangan. Keadaan seperti ini meransang proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik.
Keselamatan di sekolah ini juga terjamin di mana pengawal sekolah
sentiasa memastikan pintu pagar utama sekolah ditutup sepanjang sesi
persekolahan berlansung, setiap pelawat dikehendaki melapor dan mengambil
pas pelawat terlebih dahulu serta keadaan sekeliling di pantau setiap masa.
Siren kecemasan dipasang di makmal komputer sekiranya berlaku
pencerobohan. Lampu-lampu juga dipasang di kawasan-kawasan tertentu pada
waktu malam untuk memudahkan kawalan.
4.3 PROGRAM DAN AKTIVITI

Mengikut perkembangan teori epistemologi dalam bidang pendidikan


berbagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh pakar-pakar pendidikan. Di
antaranya, ada yang mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan di peringkat
sekolah. Misalnya Kerr J.K. (1968) mentakrifkan kurikulum sebagai semua
pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada
dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar
sekolah.

Selain itu, ada pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum


berasaskan rancangan bidang pendidikan. Misalnya, Menurut J.G.Saylor dan
W.M.Alexande dalam buku Planning Curriculum For Schools (1974)
mentafsirkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang
pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di
bawah bimbingan sekolah. Bagi pendapat K.Egan dalam bukunya What Is
Curriculum? (1978) menghuraikan kurikulum sebagai isi kandungan untuk
dipelajari dan diperkembangkan melalui pedagogi pengajaran.

Pakar pendidikan seperti Tyler pula melihat kurikulum berasaskan kepada


objektif dan proses. Tyler(1950) mentafsir kurikulum sebagai pelajaran yang
dirancang, dikelola, dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang
ditentukan. Beliau berpendapat sesuatu kurikulum yang lengkap harus
mengandungi matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh negara atau
sekolah. Juga perlu ada isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif yang
ditentukan. Perkara lain seperti Metodologi digunakan untuk menyusun dan
melaksanakan pengalaman-pengalaman pembelajaran supaya mencapai
objektifnya.
Melalui data yang saya dapat dari Guru Penolong Kanan pula
menyatakan matlamat kurikulum merupakan objektif kurikulum yang hendak
dilaksanakan, iaitu tahap perkembangan intelek, fizikal dan moral pelajar yang
hendak dicapai dalam sesuatu peringkat pendidikan di sekolah. Matlamat
kurikulum ini biasanya merangkumi empat kategori yang utama iaitu Kategori
kognitif, Kategori kemahiran, Kategori afektif dan Kategori aplikasi. Menurut hasil
temu bual bersama beliau, beliau kata terdapat 10 jenis kurikulum, iaitu
Kurikulum Ideal, Kurikulum Rasmi, Kurikulum Formal, Kurikulum Operasi,
Kokurikulum, Kurikulum Teras, Kurikulum Integrasi, Kurikulum Aktiviti, Kurikulum
Lingkaran dan Kurikulum Tersirat.

Program dan aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah mampu


membina perkembangan intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial pelajar.
Setiap kali menjelang peperiksaan Ujian Pendidikan Sekolah Rendah (UPSR)
pihak Sekolah Kebangsaan Malim Melaka akan mengadakan program motivasi
bagi memberi input penting mengenai UPSR. Nota-nota yang diberi dalam
program ini dapat menambah ilmu pelajar. Ini menyebabkan perkembangan
intelek pelajar. Sepanjang program ini pelajar diberikan peluang untuk bergaul
dengan pelajar lain bagi mendapatkan maklumat tambahan, dengan itu pelajar
dapat memajukan diri dalam aspek sosial.

Kelas tambahan atau kelas pemulihan yang diberi oleh pihak sekolah juga
berpotensi mengembangkan aspek JERI pelajar. Ilmu-ilmu pengetahuan yang
diperolehi daripada kelas tambahan dapat meningkatkan keintelektualan pelajar
dan pelajar dapat menybarkan ilmu itu kepada orang lain.

Lawatan sambil belajar juga dijalankan pihak sekolah. Contohnya lawatan


ke Pusat Sains dapat memberi pelbagai manfaat kepada pelajar, ia juga
membantu dalam perkembangan JERI pelajar. Di samping merehatkan minda
dan menenangkan fikiran, pelajar dapat menimba ilmu dan dapat menggunakan
bakat atau kemahiran yang dipelajari dengan cekap.
Hampir setiap sekolah mengadakan program nilam, bahan-bahan bacaan
yang telah dibaca oleh pelajar dirumuskan dan ditulis dalam buku nilam. Melalui
program ini pelajar dapat menguasai 3M iaitu membaca. menulis dan mengira.
Pelajar juga mampu berfikir secara kritis dan kreatif.

Beliau juga memberi maksud kokurikulum, beliau berkata kokurikulum


adalah aktiviti yang dijalankan di luar waktu Pengajaran dan pembalajaran dalam
kelas dan ataupun sebagai kurikulum tambahan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum
adalah sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti
persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit-unit dijalankan di luar bilik
darjah. Aktiviti kokurikulum ini tidak termasuk dalam jadual mata pelajaran
sekolah.

Prinsip-prinsip melaksanakan aktiviti kokurikulum ialah isi kandungan dan


organisasinya hendaklah berlandaskan dasar pendidikan negara. Pernyertaan
pelajar hendaklah berlandaskan minat, kebolehan, bakat kegemaran dan
kesukarelaan. Pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti kokurikulum.
Guru hanya memainkan peranan sebagai pemudahcara( fasilator) dan penasihat
sahaja. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan peringkat perkembangan
dan pertumbuhan pelajar. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan situasi,
alam sekitar, ekonomi, kebudayaan masyarakatdan keadaan sekolah.

Setiap tahun sekolah ini mengadakan pertandingan sukan ataupun aktiviti


padang seperti kawat kaki, olahraga, bola baling, bola jaring dan bola sepak.
Melalui pertandingan sebegini, pelajar dapat mengembangkan bakat mereka dan
guru juga berpeluang mencungkil bakat terpendam yang terdapat dalam
sesetengah pelajar. Guru tidak boleh memaksa pelajar mengambil bahagian
dalam sukan yang tidak diminati kerana mungkin mereka lebih berbakat pada
bidang lain.
Dalam pertandingan permainan gelanggang seperti badminton dan takraw
pula juga boleh menampakkan sejauh manakah bakat seseorang pelajar itu.
Pelajar biasanya akan dilatih oleh jurulatih yang dilantik oleh pihak sekolah.
Jurulatih bertanggungjawab mengembangkan bakat yang ada dalam diri pelajar
dan membetulkan kesilapan dan kelemahan pelajar. Bagi pelajar yang berbakat,
pelajar tersebut berpotensi masuk pertandingan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan juga dapat wakil kebangsaan. Setiap perjalanan aktiviti kokurikulum
perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit beruniform dan kelab juga merupakan


peluang yang dicipta untuk pelajar mengembangkan potensi dan bakat
terpendam mereka. Contohnya aktiviti pertandingan kawat kaki, perkhemahan,
pidato dan syarahan. Di samping dapat belajar berdikari pelajar juga dapat
memupuk nilai berkerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.
5.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang


murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan
para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam
kandungannya.Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang menjadi pengetahuan
umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem
pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan
hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-


implikasi kepada sistem pendidikan kita, implikasi terhadap kurikulum, implikasi
terhadap pendidik dan implikasi terhadap institusi pendidikan.

Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan. Implikasi FPK terhadap kurikulum adalah perubahan
sukatan pelajar yang berorentasikan kepada program bersepadu. Perubahan
bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam
semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorentasikan
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan sistem
pendidikan yang berorentasikan ke arah pendidikan umum.Perubahan sukatan
pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional
dan teknologi.

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas


sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Implikasi
FPK terhadap pendidik meliputi perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan
tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Perubahan profesional dengan
mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai


untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikuti tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Implikasi FPK terhadap institusi pendidikan adalah perubahan
kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah
yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan
iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan
ilmu dan seharusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
6.0 RUMUSAN/CADANGAN

Sistem pendidikan di sekolah kini dijalankan mengikut matlamat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang diberikan di sekolah adalah suatu
usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pengurus sekolah ataupun Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua


Panitia dan Guru bilik darjah berperanan penting dalam melaksanakan bidang
tugas masing-masing dengan baik supaya dapat menolong memperkembangkan
aspek JERIS dalam setiap pelajar. Peranan sebagai seorang guru adalah
mendidik dan membimbing pelajar tidak kira dari segi kurikulum ataupun
kokurikulum, dan begitu juga dalam mental dan emosi pelajar.

Sesebuah sekolah perlu lengkap dengan prasarana asas seperti dewan,


bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, pusat sumber, dan padang supaya
segala aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan aktiviti kokurikulum dapat
berjalan seperti yang telah dirancang. Kemudahan-kemudahan asas yang
seperti LCD, OHP, papan hitam, meja, kerusi, lampu, dan kipas perlu ada.

Untuk menghasilkan pelajar yang minat pada seni dan menghayati


keindahan persekitaran. Antara aktiviti yang boleh mencetuskan idea kreatif
pelajar dalam kesenian adalah melalui pertandingan keceriaan. Sesebuah
sekolah akan kelihatan selesa dan harmoni jika terdapat lanskap yang cantik,
murul, tanaman pokok bunga yang berwarna-warni dan segar. Semua itu dapat
menenangkan fikiran yang serabut dan letih.

Bakat dan potensi yang ada pada pelajar jika tidak dicungkil adalah suatu
pembaziran. Melalui pertandingan yang dianjurkan aktiviti kokurikulum, tidak kira
sama ada sukan dan permainan, kelab dan persatuan mahupun unit beruniform
dapat menyerlahkan bakat pelajar. Setiap penyertaan aktiviti kokurikulum
mestilah atas kerelaan.

Sekolah Kebangsaan Malim Melaka ini mempunyai kekuatan dan


kelemahannya mengikut pelbagai aspek. Dari segi pentadbiran sekolah ini
adalah sangat baik dan tersusun. Guru-guru di sini amanah dalam menunaikan
tanggungjawab setra kewajipan menurunkan ilmu pengetahuan. Dari segi
prasarana dan kemudahan dalam sekolah ini agak lengkap juga cuma dari segi
kuantiti dan penyelenggaraan perlu ditambah dan dipertingkatkan. Keceriaan
sekolah ini juga memuaskan. Majoriti bilik darjah dihias dengan cantik dan
menarik. Lanskap di sekolah ini juga mesra alam.

Program dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah amat menarik dan
dapat melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama melalui aktiviti seperti kawat
kaki. Banyak bakat yang ditemui sehingga ramai yang mewakil sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan. Mereka telah menharumkan nama baik sekolah.

Pihak sekolah ini sememangnya melaksanakan sistem pendidikan


mengikut konsep dan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa, (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Dasar Pendidikan Kebangsaan.Kuala


Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Mok Soon Sang, (Ogos 2004). Pengantar Pendidikan Teras untuk Sarjana Muda
Pendidikan Sekolah Rendah. Ipoh: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang, (Jun 2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3 :
Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Ipoh : Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


Secara Menyeluruh. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1984). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya :


Heinemann Educational Books.

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1984). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Petaling Jaya :


Heinemann Asia.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1994). Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Cahaya Pantai Publishing Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai