Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Dewasa ini, pelbagai gejala sosial yang semakin serius menular dalam segenap

masyarakat. Umat islam khususnya semakin melupakan ajaran agama islam yang

sebenar. Mereka lebih mengutamakan materialistik untuk kesenangan di dunia tanpa

menghiraukan bekalan di akhirat. Kajian ini, bertujuan untuk memberi kesedaran tentang

tanda – tanda hari Kiamat yang pasti akan berlaku kepada golongan masyarakat agar

kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Bagi menjayakan folio ini, kami

menggunakan kaedah mengumpul bahan melalui beberapa sumber seperti daripada

internet,majalah, dan buku – buku rujukan. Kami juga menggunakan kamera, alat

perakam video dan alatan yang berkaitan untuk mengumpul segala bahan bagi

menyiapkan folio ini bagi memenuhi salah satu syarat untuk graduasi. Kami juga

menggunakan kaedah mencatat, merakam, dan mengumpul segala bahan yang telah

digunakan di dalam folio ini. Hasil kajian ini, diharapkan dapat memberi kesedaran dan

keinsafan kepada golongan masyarakat supaya kembali berpegang kepada Al – Quran

dan Al – Hadith dan menyedari bahawa tanda – tanda kecil Kiamat telah semakin banyak

berlaku dan hari Kiamat semakin hampir berlaku.

Anda mungkin juga menyukai