Anda di halaman 1dari 10

KONSEP ASAS

TAMADUN ISLAM
definisi
sumber
prinsip
matlamat
Pengertian Tamadun Islam
• Terdapat dua sarjana Islam yang memberikan
pengertian tamadun berhubung kait dengan
tamadun Islam. Syed Muhammad Naquib Al-attas
menyatakan tamadun Islam sebagai “keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakatnya.
• Bagi pandangan Ibnu Khaldun, beliau berkata
tamadun Islam sebagai “pencapaian manusia yang
telah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai seni.
Sumber perkembangan tamadun
Islam
• Al-Quran dan Al-Hadis(al-sunnah) adalah
pegangan utama masyarakat Islam yang
bergelar Muslim. Justeru, tamadun Islam
tidak bergantung semata-mata ke atas
kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau
bersifat kebangsaaan semata-mata. Tamadun
Islam didukung oleh semua bangsa di
seluruh dunia dan bersifat saling melengkapi
atau dikenali sebagai kesatuan ummah.
• Kesemua penganut Islam berpegang kepada
satu konsep iaitu tauhid(meng-Esakan Allah
s.w.t).
Prinsip Tamadun Islam
Memelihara Hak-hak Hidup
Allah SWT adalah yang paling berkuasa terhadap
sekalian alam telah mengurniakan setiap makhluk
termasuk manusia makhluk termasuk manusia tentang
kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak
masyarakat,tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa
berhak untuk mencabar hak ini. Allah telah berfirman
dalam hadisnya yang bermaksud : dan sesungguhnya
Kamilah yang menghidupkan dan mematikan dan Kamilah
yang menjadi waris(surah Al-Hijr: ayat 23). Dalam hal ini
seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang
lain bermaksud menceroboh masyarakatnya. Firman Allah
SWT yang bermaksud, siapa yang membunuh orang tanpa
kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi , maka seolah-
olah dia membunuh semua manusia(surah Al-Maaidah ;
ayat 32).
Memelihara Akal Fikiran
• Islam sangat menitikberatkan tentang
pemiliharaan akal fikiran. Islam juga telah menggaris
beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikir
dengan baik dan terkawal. Mengenai hal ini , Islam
telah mengharamkan umatnya agar makan dan
minum benda yang haram kerana ianya memberi
kesan yang negatif. Islam menggalakkan pemikiran
yang berbentuk taqwa, ketauhidan dan bersih
daripada segala unsur negatif.
Memelihara Kehormatan Dan
Keturunan
• Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan
tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama
terhadap kehormatan diri, maruah, habuan dan
sebagainya. Ianya juga dapat menjalinkan roh
kerjasama di antara seluruh masyarakat. Islam juga
telah menekankan pemeliharaan keturunan iaitu
dalam hal nikah, kahwin dan sebagainya. Segala
larangan yang dilarang adalah bertujuan untuk
memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia
daripada sifat-sifat kebinatangan.
Memelihara Harta Benda
• Islam melalui kaedah ilmu faraid telah
menggariskan cara untuk menafkahkan harta
tersebut secara halal mengikut fitrah
manusia. Semua orang dituntut untuk
mencari haluan hidup dan mencari rezeki
yang halal. Ianya perlu di usaha untuk
mendapat apa yang kita hajati di dunia dan di
akhirat.
Memelihara Hak dan
Kebebasan
• Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian
seseorang keatas seseorang atau sesuatu benda di
dunia ini melainkan Allah SWT. Mengenai kebebasan
seseorang individu dalam tanahairnya, Islam telah
menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris.
Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada
pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek
penting iaitu ; melaksanakan kebajikan dan yang
kedua ; melarang kemungkaran demi kestabilan
masyarakat dan Negara, serta mereka sentiasa
mendapat sokongan rakyat. Segala kebebasan ini
terikat kepada hak-hak tabii manusia dan maslahat
umum . Maka itu, islam telah meletakkan kebebasan
di bawah kepentingan umum.
Matlamat Tamadun Islam
Matlamat tamadun ini ada dua iaitu:
• umum
• khusus
Secara umumnya tamadun Islam akan memaparkan keadilan
sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan oleh Nabi
Muhammad SAW, khulafa’ ar rasyidin dan zaman pemerintahan
Islam yang seterusnya.keadilan dalam sistem pemerintahan Islam
ini telah disepakati oleh ahli sejarawan. Matlamat khusus pula
adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah
Pencipta Alam. Terdapat beberapa ciri yang membantu mencapai
matlamat tamadun Islam. Tulisan adalah ciri yang pertama yang
mempercepat proses penyebaran kebudayaan Islam dan
mempertingkatkan perkembangan ilmu. Kedua , kemunculan kota
dan bandar. Ketiga ,wujudnya ketidaksamaan jenis bangsa yang
memeluk Islam. Perbezaan ini melahirkan pembahagian
pengkhususan kerja. Dan yang keempat ialah kewujudan
bangunan atau monumen bersejarah yang menjadi lambang
keagungan dan kebanggaan generasi kemudiannya.

Anda mungkin juga menyukai