Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 36 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 10 Mac 2014
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut
perayaan secara lisan
i. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia
ii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka
menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan
ayat majmuk yang betul.
Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi berdasarkan tanda baca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi.
Kemahiran Bahasa
(KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai
Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir
Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
ii) Kemahiran Belajar
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
iii) Kecerdasan Pelbagai
Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan emosi.
iv) Pembelajaran Kontekstual
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia
dengan cara berdialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.
BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis.
Konsep 5P : i) Penggabung jalinan
ii) Penyerapan
iii) Pengayaan
iv) Pemulihan
v) Penilaian
Langkah/
Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan
Masa
Set induksi Murid ditayangkan power i) Murid diminta untuk 5P:
Penggabung jalinan
(5 minit) point yang berkaitan dengan melihat paparan power
dan penyerapan
jenis-jenis perayaan yang point dan
terdapat di Malaysia. menghayatinya. KBT:
ii) Murid diminta untuk Kemahiran berfik ir -

membezakan jenis membuat perbezaan


Pembelajaran
perayaan mengikut
k ontek stual - k aitan
kaum dan menceritakan
tajuk dengan
pengalaman mereka pengalaman murid
iii) Guru menjelaskan
tujuan aktiviti dan tajuk BBM:
Power point
pengajaran yang akan
diajar pada hari
tersebut.
Langkah 1 Guru memberi teks cerita i) Murid dikehendaki KBT:
Kemahiran Tek nologi
(15 minit) yang bertajuk “Perayaan di untuk mengklik salah
Mak lumat - murid
Malaysia” melalui power satu pautan yang
mendapat peluang
point disediakan. menggunak an
ii) Murid diminta membaca k omputer untuk k lik

petikan secara individu pautan.


Petikan : Perayaan Di Malaysia
Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua
kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Bagi masyarakat Melayu, mereka menyambut perayaan
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Tahun Baru Cina pula disambut oleh masyarakat Cina, manakala
Kaum India akan merayakan Deepavali.
dengan kuat dan
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih
BBM:
pada sebelah malamnya. Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran. Umat Islam bermaaf-maafan dan
kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. mengikut intonasi serta
Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di
seluruh dunia. Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-sepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalendar Hijrah Islam. Selepas bersembahyang, ibadah korban dengan menyembelih lembu, kerbau,
Tek s petik an dan
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Setiap tahun perayaan
Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi
gaya yang betul. power point
makna dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan
dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan
tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.
Manakala Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
iii) Murid-murid yang lain
Pada pagi hari masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala
dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas sembahyang mereka
berkunjung ke rumah kaum keluarga. Biasanya suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara –mara mereka.
dikehendaki mendengar KB:
Kemahiran
dan meneliti teks sambil
mendengar, bertutur
memahami petikan
dan membaca
tersebut.
iv) Kemudian guru bersoal
jawab dengan murid
berkaitan dengan
petikan tersebut.
Langkah 2 Guru mengadakan i) Murid dibahagikan KBT:
Menghubung k ait,
(15 minit) perbincangan kumpulan kepada beberapa
pembelajaran
antara murid-murid dan kumpulan.
k ontek stual dan
melakukan pembentangan ii) Murid diminta untuk menjana idea
melalui power point. berada dalam kumpulan
dan membuat NILAI:
Hormat-menghormati
perbincangan.
dan k erjasama.
iii) Murid dikehendaki
membentangkan BBM:
perbezaan antara Power point

perayaan yang terdapat


di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan
pengalaman mereka.
iv) Kemudian kumpulan
yang berjaya
menyiapkan dahulu
akan membentangkan
hasil perbincangan
mereka dan mereka
akan mendapat
ganjaran.
v) Guru bertanya
berkaitan dengan tajuk
dan pengetahuan sedia
ada mereka.
Langkah 3 Guru memberi latihan i) Guru terlebih dahulu 5P:
Penggabung jalinan,
(20 minit) kepada murid-murid. menyoal murid sama
pengayaan,
ada mereka memahami
pemulihan dan
Aktiviti Pengayaan: tajuk pengajaran pada penilaian
Mencari makna perkataan, hari tersebut atau tidak.
menjawab soalan ii) Guru memberi latihan KBT:
Kemahiran berfik ir -
berdasarkan petikan yang kepada murid iaitu
membuat inferens
diberi dan menulis karangan mencari makna
pendek berdasarkan tajuk perkataan, menjawab KB:
Kemahiran menulis,
yang diberi soalan berdasarkan
dan bertutur.
petikan dan menulis
Aktiviti Pemulihan: karangan pendek. NILAI:
Menyiapkan petikan yang iii) Guru membimbing Menghargai,

diberikan dengan mengisi kumpulan murid yang k erjasama dan


tek un.
tempat kosong. memerlukan pemulihan
dengan menyediakan
BBM:
teks cerita yang perlu Lembaran k erja/
dilengkapkan dengan k ertas latihan

mengisi tempat kosong.


Penutup Guru membuat rumusan i) Murid digalakkan
(5 minit) mengenai pengajaran yang supaya mengumpul
telah diajar dan maklumat tambahan
menanyakan soalan kepada daripada bahan-bahan
murid akan apa yang telah yang lain bagi
mereka pelajari. menambahkan
pengetahuan mereka.
Guru juga menanyakan ii) Murid juga
nilai-nilai murni yang menyatakan nilai-nilai
terdapat semasa sesi P&P. murni yang telah
dipelajari pada hari
tersebut.
Nilai-nilai murni:
- Menghargai
- Bersyukur
- Menghormati
- bekerjasama
REFLEKSI

Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat
serta keizinannya saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu BMM3117 Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Elektif). Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memurnikan
lagi tugasan saya ini. Selain itu, saya juga ingin merakankan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan guru di sekolah saya kerana telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu
saya menjalankan pengajaran mikro di sekolah. Memandang tugasan ini adalah tugasan
berkumpulan, saya banyak berdepan dengan masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini
terutamanya sewaktu hendak melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas. Ini adalah
kerana kami terdiri dari guru yang berlainan sekolah dan jarak antara kami juga sangat
jauh. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang masalah yang kami hadapi,
akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kami dibenarkan untuk
melaksanakan pengajaran mikro kami di sekolah masing-masing menggunakan RPH
Bahasa Melayu yang sama dengan strategi, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai
tambah yang menarik.

Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini kami sama-sama berbincang untuk
mengenal pasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa untuk menghasilkan sebuah
esei yang baik. Bagi menghasilkan esei ini kami terpaksa membuat banyak rujukan
samada melalui buku, jurnal dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang teori
tersebut. Kami juga perlu menghuraikan setiap konsep strategi, kaedah dan teknik serta
pengisian elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Setelah segala maklumat diperolehi kami seterusnya membuat perbincangan
mengenai rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan pengajaran mikro di
sekolah.

Kami mengambil keputusan untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu untuk Tahun
5 dengan tema Kebudayaan. Kami menggunakan teknik pengajaran Assure di mana
dalam RPH ini kami banyak menggunakan teknologi maklumat semasa PdP. Untuk
melaksanakan pengajaran mikro ini saya sekali lagi menghadapi masalah kerana saya
tidak mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Setelah berbincang dengan Ketua Pani tia
Bahasa Melayu di sekolah serta sedikit pengalaman yang saya ada sewaktu mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan
pengajaran tersebut dengan jayanya.
Sepanjang pengajaran mikro yang saya lakukan saya dapati murid-murid sangat
gembira dan teruja terutama sewaktu saya menayangkan power point tentang perayaan di
Malaysia. Mereka juga sangat seronok sewaktu perbincangan yang diadakan
menggunakan pawer point. Saya dapati penerapan elemen kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik kerana ia dapat memupuk
potensi murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat sewaktu saya menjalankan
pengajaran mikro saya. Di sini saya dapati semua murid dapat menonjolkan potensi
mereka masing-masing menggunakan teknologi makumat.

Akhir kata sebagai seorang guru saya akan pastikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang akan berlangsung saya perlu pelbagaikan pengaplikasian pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan
yang berilmu dan mempunyai potensi diri.
AKTIVITI SEPANJANG PENGAJARAN MIKRO

Anda mungkin juga menyukai