Anda di halaman 1dari 4

 Saya ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara yang

melibatkan bidang kerja saya sebagai guru pemullihan khas.

Untuk makluman pihak tuan, saya ditempatkan di sekolah ini bermula pada Julai
2007. Saya merupakan Guru Pemulihan Khas KPLI (Mode Kdc) Ambilan November
2007.

Berikut adalah perkara-perkara yang sentiasa menjadi pertanyaan dan kekeliruan


bagi diri saya diri dan pihak pentadbir. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan
jawapan atau kalau boleh berserta dengan perkeliling tentang perkara-perkara ini.

1. Saya telah diberikan amanah menjadi guru bahasa malaysia tahun 1 selama 2
tahun (bermula thn 2010 dan thn 2011), guru Matematik Tahun 3 (2008), Guru
Bahasa Malaysia Tahun 3 (2009) Persoalannya:
a. Bolehkah Guru Pemulihan Khas mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 (12 waktu)
dan dalam masa yang sama mengajar pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik
bagi kelas Tahun 3 Dan Tahun 4?
b. Kalau murid yang masih dalam kategori linus tegar, siapakah yang dapat
‘membantu’ saya meringankan tugas saya sebagai guru Bahasa Malaysia tahun 1,
sedangkan saya juga guru pemulihan?
c. Sebagai guru Bahasa Malaysia Tahun 1, saya terikat dengan silibus LINUS dan
KSSR, PLBS, PKJR, Ujian Bulanan dan Semester yang menuntut saya untuk membuat
banyak persiapan dan kerja tambahan kerana semua maklumat murid perlu
direkodkan, justeru bukankah perkara ini amat membebankan kerja saya sebagai
guru pemulihan?
d. Ada masanya saya terpaksa kerja lebih masa pada waktu petang untuk mengemas
kini fail murid-murid kerana sibuk dengan kerja lain, justeru adakah ini memang satu
kelaziman bagi guru pemulihan khas?

2. Kelas bimbingan Waktu Petang


Saya juga terlibat dengan kelas bimbingan untuk murid tahun 1. Seperti sebelum ini,
saya turut terlibat dengan kelas bimbingan Tahun 3, Tahun 4 Dan Tahun 6.
a. Bolehkah guru pemulihan terlibat dengan kelas bimbingan pada waktu petang
sedangkan ada masanya saya perlu untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan
menyemak fail murid pemulihan?
b. Wajibkah guru pemulihan mengikuti kelas bimbingan?

3. Tugas tambahan
Jika merujuk kepada garis panduan guru pemulihan khas edisi 2008,
KP/JPK(BPP)2M/009Jld.1 (44) bertarikh 28 Disember 2007, Guru Besar hendaklah
memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru PemulihanKhas tidak dibebani dengan
tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas (seperti
Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan). Namun di sekolah
situasinya adalah berlalinan. Antara tugas tambahan saya ialah:
i. Setiausaha Kokurikulum
ii. Setiausaha Panatia Bahasa Malaysia
iii. Setiausaha Mesyuarat Staf
iv. Penyelaras Stor Sukan
v. Juruacara Setiap Majlis
vi. Ajk Buku Program (Setiap Aktiviti)

4. Guru pengganti (merujuk kepada GPKhas berkhidmat sepenuh masa


melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat
Siaran KPM[ KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)]. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai
guru ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak
dibenarkan.
a. Sepanjang 3 tahun di sini, saya sentiasa menjadi kambing hitam.
b. Setiap kali ada guru yang berkursus, saya ialah orang pertama yang akan
menggantikan semua jadual waktu guru tersebut. Selama mana guru itu berkursus,
selama itulah saya diminta untuk menutup kelas pemulihan dan menggantikan guru
itu mengajar di kelas biasa.
c. Pernah satu ketika saya menggantikan guru Bahasa Malaysia tahun 6 kursus
selama 2 bulan dan dalam masa yang sama mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1.
Kelas Pemulihan diminta tutup. Saya kesian dengan murid-murid Pemulihan, prestasi
makin merosot sekiranya diabaikan.
d. Pada tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya (2009) saya telah diminta untuk
menggantikan guru Pra sekolah yang berkursus 2-3 minggu. Saya betul-betul
tertekan kerana sekali lagi terpaksa menutup kelas pemulihan khas. Malah pada
masa cuti sekolah saya dipaksa untuk menggantikan Guru Prasekolah yang bercuti
semata-mata untuk mengikuti Kursus Guru Prasekolah.
e. Baru-baru ini awal Feb 2011, guru pra mengambil CRK, jadi sekali lagi saya ‘sit in’
kelas Prasekolah dan cikgu lain yang menggantikan saya sit in masa kelas Bahasa
Malaysia Tahun 1 saya. Saya betul-betul saya sedih sedangkan semangat saya untuk
mengajar Tahun 1 yang masih lagi baru kenal ABC berkobar-kobar dengan andaian
saya cuba sedaya untuk mengurangkan kadar murid LINUS untuk saringan 1 bulan
mac 2011. Acap kali guru prasekolah CRK, Berkursus dan taklimat saya terpaksa
MENUTUP KELAS PEMULIHAN. Alasan pentadbir, orang yang pertama mengganti
ketiadaan Guru Prasekolah ialah GURU PEMULIHAN KHAS.
f. Saya tersepit di tengah-tengah. Pemulihan Khas bidang saya dan sangat penting,
LINUS pun penting, UPSR pun penting dan prasekolah????
g. Mungkin tuan hairan kenapa saya diberi tugas mengajar tahun 1 dan tahun 6
serentak (Tahun 2010) seolah-olah tiada guru lain yang lebih layak menjadi guru
pengganti. Tetapi inilah konflik yang saya hadapi atas alasan pihak pentadbir
bahawa mereka percaya dengan kemampuan saya.
h. Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka “menambahkan beban” dan
“tekanan” kerja yang saya hadapi.
i. Cara penyelesaian mereka ialah meminta saya menutup kelas pemulihan, jadi kelas
pemulihan xdapat dilaksanakan. Tetapi atas rasa tanggungjawab, selepas kelas
tambahan sebelah petang saya terpaksa membuat kelas pemulihan pada waktu
malam untuk back up murid-murid pemulihan agar tidak terus tercicir.
j. Jadi sampai bila saya terus dijadikan macam “bola”? Terpaksa ditendang ke ulu ke
hilir. Memang logik juga kenapa guru yang paling ramai masuk ke pusat sakit jiwa
kalau situasi macam ini berlanjutan!!

5. Saya bukan jenis yang terlalu berkira, tetapi apa yang amat menyedihkan pihak
pentadbir sendiri seolah-olah mempergunakan kemahiran yang ada pada diri saya
untuk mencapai misi dan visi mereka kerana mereka mahukan UPSR cemerlang dan
LINUS 100% dan begitu juga dengan KELAS PEMULIHAN.

6. Sasaran terhadap pencapaian murid itu yang sentiasa nak dicapai, tetapi saya
guru yang paling banyak “menanggung keperitan dalam senyap”.

7. Justeru, saya berharap ada pihak seperti KPM dan JPN yang sudi memberikan
maklum balas hitam putih terhadap permasalahan seperti ini kerana ramai di
sekolah-sekolah lain juga guru pemulihan menghadapi masalah yang sama.
PROGRAM PEMULIHAN DAN PROGRAM LINUS dipantau terus di bawah kementerian,
tetapi adakah kedua-dua program ini diletakkan 100% di bawah guru pemulihan?
Dasar kerajaan sebenarnya sangat “cantik” tetapi pelaksanaan di peringkat sekolah
yang tidak secantik dan seindah yang kita dengar.

about 3 weeks ago · Report

Sazali Abd Hamid


Cikgu, saya sempati dengan apa yang cikgu alami. Sebagai Ketua Unit Pemulihan
Khas di JPN Johor saya mohon cikgu maklumkan cikgu mengajar dinegeri mana?
Kalau cikgu raya masih ingin merahsiakannya sila smskan kepada saya melalui
0167176084. Saya tunggu jawapan dari cikgu. Insyaalah saya akan bantu
menyelesaikannu
ya.

about 3 weeks ago · Report

Ateh Salim
Saya menyokong penuh kata2 En Sazali (KU Pemulihhan Khas Johor).
Alangkah malangnya hal-hal sebegitu masih wujud di sekolah-sekolah.

about 3 weeks ago · Report

Zaimah Muhamad
Sabarlah cikgu..saya cukup simpati..saya terkejut nasib yang cikgu alami sedemikian
rupa..kalau jd kat saya..semangat yang kuat berkobar-kobar pung akan jd
lunyai..syabas cikgu kerana masih bertahan..bawa-bawa slow talk ngan pengurusan
cari penyelesaian ya..saya baru tahun ni dilantik gpk..ajar tahun 1 tahun dua
pemulihan linus dan thn satu linus tegar ikut kaedah kssr..juga merangkap ketua
rumah sukan dan beberapa ajk kecil..termasuk mengacara majlis /..tu pung dah
sibuk sgt sy rasa ..tak tau lah kalau sy ditempat cikgu..tensionn...tension sabar ya
cikgu..

about 2 weeks ago · Report

MohdKhairi MohdHanafi
setuju dgn semua.. harap cikgu berani laporkan masalah cikgu.. kerana cikgu di
pihak yang benar.... so... jgn jadi 'yg dikejar tak dapat, yg dikendung berciciran'
.... akhirnya....... cikgu akan mengalami stress.. dan stress ada yg elok dan ada
yg'memakan diri'.... jika kita kerja ikhlas. insyaAllah... Allah permudahkan nia tn
tujuan kita utk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh......

about 2 weeks ago · Report

Ratu Syahadah
terima kasih utk semua....mmg dh cuba apply pengurusan stress dlm kerja. tp klu
terlalu byk kerja n tekanan mmg xdpt dielakkan. apapun, sibuk cam mana pun "jgn
abaikan diri sendiri" itu perlu pegang selalu

Anda mungkin juga menyukai