Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Masalah Menurut Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Prof Dr.

Saedah Siraj dalam artikel beliau menjelaskan kegagalan menguasai 3M merupakan cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Kegagalan mengatasi masalah ini terutama dalam kalangan pelajar Tahun Satu akan berlarutan ke peringkat seterusnya. Menyisihkan mereka bukanlah langkah yang baik malah hanya akan menambah masalah di kemudian hari. Timbul persoalan di manakah silap dan kekurangannya. Beliau mengakui pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysa bagi mengatasi masalah ini. Namun hingga kini masih gagal mencapai matlamat untuk mengatasi penguasaan 3M dalam kalangan pelajar. (sumber diperolehi dari laman web: http://kamipendidik2012.blogspot.com/2012/03/penguasaan-3m.html) Salah satu program pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan penguasaan 3M ialah program pemulihan dilaksanakan bertujuan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masingmasing. Program tersebut adalah Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM). Program KIA2M memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja manakala Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan. PROTIM memfokuskan pada Tahun 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi. Namun demikian, masalah murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Program pemulihan yang dilaksanakan ini tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. (sumber diperolehi dari laman web: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/program-linus-protim.html ) Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 menguasai kemahiran asas

literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS). LINUS adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh penguasaan kemahiran literasi dan numerasi bagi kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah.

Anda mungkin juga menyukai