Anda di halaman 1dari 44

SBA 3033

PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

KUMPULAN : UPSI 03 ( A151PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOR KHABIBAH BT. AWANG D20112053964 013-5112604

NAMA PENSYARAH : DR. SOM CIT A/P SI NANG

TARIKH SERAH : 22 NOVEMBER 2015

20
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Pengenalan 2
2. Objektif Kajian 8
3. Kaedah
 Eksperimen 1 9
 Eksperimen 2 24
4. Keberkesanan Aktiviti
 Temubual 25
 Soal selidik 25

5. Dapatan dan Perbincangan


 Bahan bantu mengajar 26
 Rekod pemerhatian 27
 Perlaksanaan aktiviti 27
Keberkesanan aktiviti
 Analisis soal selidik 221 32
 Dapatan pemerhatian 33
 Dapatan temubual 34
6. Kesimpulan 35
7. Lampiran 36
8. Rujukan 43

1
1. PENGENALAN

SUMBER TENAGA DIPERBAHARUI

Pada ketika ini, kebergantungan sumber tenaga dunia adalah tertumpu kepada sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Peningkatan taraf hidup dan kemajuan teknologi yang semakin rancak berkembang telah
mengakibatkan permintaan pengunaan tenaga semakin meningkat secara eksponen dari
semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang berterusan ini telah menyebabkan
221
kemelesetan kepada bekalan simpanan tenaga yang sedia ada. Berdasarkan kajian terkini ke
atas kadar penggunaan tenaga, dunia akan mengalami krisis kekurangan tenaga bagi sumber
gas asli dalam masa 60 tahun dan jangka hayat arang batu pula hanya mampu bertahan selama
130 tahun dari sekarang. Bergantung hanya kepada sumber tenaga yang pastinya semakin
berkurangan ini amat tidak menjamin kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Bagi
mengatasi masalah ini, sumber-sumber baru yang boleh diperbaharui di lihat sebagai prospek
yang berpotensi tinggi. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui giat diterokai oleh para
penyelidik pada masa kini iaitu tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidro elektrik dan tenaga
nuklear. Masa depan dan potensi teknologi ini amat jelas dapat memberi kesinambungan
penjanaan tenaga yang meyakinkan, dengan usaha dan kesanggupan pelbagai lapisan
masyarakat untuk menerima paradigm baru yang lebih bersih, selamat dan berkekalan.
Namun begitu kesedaran perlu diberikan sejak kecil supaya mereka mengerti mengapa
sumber tenaga ini perlu digunakan. Fokus perbincangan utama pada kali ini adalah berkaitan
tentang tenaga solar.

2
TENAGA SOLAR

221

Perkataan solar berasal dari perkataan Latin Sol atau dikenali sebagai helios
membawa maksud matahari. Tenaga solar adalah satu teknologi yang diguna pakai
bagi menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari. Dari segi astronomi, matahari
adalah jasad yang bercahaya kerana ianya terbakar. Melalui penghasilan tenaga yang
kuat, ia memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk menerangi bumi bahkan

3
boleh dikembangkan sebagai salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk
kegunaan sejagat.

Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif dan sudah pastinya
sumber ini tidak akan habis sehinggalah matahari berada di penghujung hayatnya.
Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca
daripada sinaran matahari yang sampai ke bumi. Purata keseluruhn tenaga solar yang
sampai ke permukaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi.
Penggunaan tenaga solar ini telah berkembang secara berperingkat-peringkat melalui
penemuan yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria lebih efisyen. Kini, tenaga
suria telah banyak digunakan di negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah
kekurangan sumber tenaga utama.

Terdapat dua teknologi yang diguna pakai dalam menukarkan tenaga solar
kepada tenaga elektrik iaitu teknologi voltan foto(PV) dan teknologi Loji Kuasa Solar.
Teknologi PV ini merupakan suatu sistem yang menerima sinaran matahari dan
merupakan kumpulan sejumlah sel suria yang menukarkan sinaran matahari kepada
kuasa elektrik. Operasi peralihan tenaga ini dapat dilakukan kerana cahaya adalah
foton atau zarah-zarah daripada matahari secara terus merambat dinding sel suria dan
membolehkan foton cahaya ini diserap dan membekalkan tenaga untuk menjana
elektrik. Teknologi kedua dalam penghasilan tenaga adalah melalui teknologi loji
kuasa solar. Loji ini menjana tenaga melalui operasi pengumpulan cahaya matahari
dan menghasilkan tenaga haba. Pengumpulan tenaga haba 221
ini akan mencapai kepada
satu suhu yang amat tinggi dan seterusnya mampu untuk menjana tenaga elektrik.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

1. Bekalan tenaga tanpa had


Bumi menerima jumlah kuasa yang berterusan dan mampu digunakan oleh
keseluruhan penduduk dunia.
2. Kuasa solar ialah tenaga yang bersih.
Industri elektrik daripada bahan api fosil atau arang batu adalah sumber terbesar
pencemaran udara dan pencemaran kini membawa kepada pelbagai jenis bencana
alam dan juga penyakit kepada manusia.
3. Mengurangkan kos dalam penggunaan bahan api fosil.

4
Disebabkan tenaga yang diperoleh daripada matahari adalah bersih dan juga
percuma, ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos penggunaan bahan api
fosil.

4. Tidak memerlukan bahanapi. Menggunakan tenaga semulajadi malahan


penggunaan sifar bahan pembakar seperti gas dan minyak.
5. Mendapat insentif kerajaan. Melalui Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju
Untuk Malaysia (EPP) 10 iaitu membangunkan Kapasiti Tenaga Solar. Rasional
Sasaran tenaga boleh diperbaharui daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah
5.5% dari jumlah keseluruhan kapasiti campuran pada tahun 2015 (985 megawatt
kapasiti penjanaan) berbanding tahap kurang dari 1% daripada campuran tenaga
masa kini. Daripada 5.5% ini, kuasa solar akan menyumbangkan sekurang-
kurangnya 65 megawatt. Menjelang tahun 2020, tenaga solar akan
menyumbangkan sekurang- kurangnya 220 megawatt, seperti yang disasarkan
dalam Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional. Oleh itu, Semenanjung
Malaysia perlu membangunkan 3.3 gigawatt kapasiti kuasa tambahan antara tahun
2015 hingga tahun 2020 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat
sambil mengekalkan margin rizab tenaga yang mantap. Tenaga solar harus
dipertimbangkan sebagai satu sumber tenaga alternatif yang berdaya maju kerana
kelebihannya seperti ketakbersandaran kepada bahan api fosil, pengeluaran gas
karbon sifar, peningkatan keselamatan tenaga, potensi pewujudan pekerjaan dan
pelaburan langsung asing yang agak besar. Selain itu, Malaysia mempunyai
221
bekalan cahaya matahari asli mencukupi yang tidak digunakan sepenuhnya buat
masa ini. Tindakan Berdasarkan analisis kos penuh penjanaan solar berbanding
alternatif lain yang paling berdaya maju iaitu turbin gas kitaran gabungan
(combined cycle gas turbine atau CCGT), tenaga solar berpusat yang dijanakan
oleh kilang tenaga solar (berbanding tenaga solar teragih yang dihasilkan daripada
panel yang dipasang di bumbung) dijangka akan menjadi pilihan yang paling
berdaya maju pada tahun 2017 atau 2018. Ini disebabkan kos modal untuk
memasang penjanaan solar dijangka akan berkurangan pada kadar 4 hingga 10%
setahun.

5
221

6
KEKURANGAN TENAGA SOLAR

1. Tenaga solar hanya boleh digunakan pada waktu pagi, siang, tengahari dan
petang. Sumbernya terhad mengikut keamatan cahaya.
2. Tidak dapat digunakan pada waktu mendung dan hujan kerana tidak mendapat
sumber cahaya yang banyak.
3. Kos permulaan yang tinggi. Kos pengeluaran yang tinggi disebabkan bahan
silikon dan separa konduktor tidak mudah dicari dan kemunduran teknologi untu
mencipta panel fotovoltaik yang mempunyai kecekapan yang tinggi.
4. Memerlukan kawasan tanah yang lapang untuk meletakkan panel papan
fotovoltaik dan memerlukan tempat yang besar untuk mengecas elektrik yang
dihasilkan oleh fotovoltaik.

221

7
2. OBJEKTIF TUGASAN

Mengenalpasti pengetahuan murid tentang tenaga solar dengan menggunakan

bahan bantu mengajar eksperimen.

Memberi pendedahan kepada murid mengenai tenaga solar.

Mempelbagaikan penggunaan tenaga solar dalam kehidupan seharian.

Melahirkan kesedaran di kalangan murid tentang tenaga solar.

221

8
3. KAEDAH
PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

EKSPERIMEN 1

AKTIVITI KUMPULAN 1

AKTIVITI KUMPULAN 2 DAN 3

221

9
AKTIVITI KUMPULAN 4

AKTIVITI KUMPULAN 5

221

10
Penerangan Aktiviti

Eksperimen 1 mengandungi 5 aktiviti melibatkan 5 kumpulan murid. Tujuan


eksperimen ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang tenaga solar
dan kepelbagaian kegunaannya. Projek dini dijalankan dalam minggu pertama dan
dijalankan di makmal sains sekolah.

Responden

Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah ekperimen mengandungi lima


aktiviti berdasarkan manual yang disediakan dalam merekabentuk objek. Aktiviti
berbeza dijalankan bagi menjayakan objektif yang telah dirancang. Responden yang
dipilih adalah murid Tahun 5 Tirmidzi di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3,
Kampung Gajah. Murid-murid tersebut berumur 11 tahun. dan telah mempelajari
tenaga solar sebagai tenaga diperbaharui dalam Topik 5 DSKP Sains. Murid-murid
yang terlibat seramai 20 orang yang terdiri daripada 9 lelaki dan 11 perempuan.

PERLAKSANAAN AKTIVITI – EKSPERIMEN 1

BAHAN-BAHAN DAN PEMASANGAN MENGGUNAKAN MANUAL

AKTIVITI KUMPULAN 1-KERETA SOLAR

221

11
221

12
221

13
221

14
AKTIVITI KUMPULAN 2 & 3-KERETA SOLAR

221

15
221

16
221

17
221

18
AKTIVITI KUMPULAN 4 – BOT SOLAR

SUN SEEKER
A. Senarai Peralatan

221

B. Alat-alat yang diperlukan


Pisau pemotong dan pemutar skrew

19
C. Cara-cara pemasangan

20
221

21
1
AKTIVITI KUMPULAN 5- TIADA MELIBATKAN AKTIVITI PEMASANGAN
KERANA TOPI SOLAR TELAH SIAP DI PASANG.

PEMASANGAN OLEH PELAJAR.


KUMPULAN 1

AKTIVITI KUMPULAN 2 & 3

22
20
KUMPULAN 4

221

23
1
PERLAKSANAAN AKTIVITI –EKSPERIMEN 2

Bahan-bahan
Kereta solar bersaiz sederhana, kereta solar mini, bot solar dan topi solar.

Langkah-langkah perlaksanaan:

Murid-murid melakukan satu eksperimen bagi menguji pergerakan kesemua objek


apabila dihalakan kepada cahaya matahari dan tiada cahaya matahari.
Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan kumpulan yang berbeza akan
menjalankan pemerhatian bagi objek yang dibina oleh kumpulan lain.
Setiap kumpulan akan diwakili oleh 2 orang murid bagi melaksanakan aktiviti.
Setiap kumpulan akan membuat pemerhatian situasi yang berlaku kepada setiap objek
apabila dihalakan kepada cahaya matahari dan tiada cahaya matahari.
Murid-murid akan merekod perubahan yang berlaku pada setiap objek.

Eksperimen 2 dilaksanakan dengan menggunakan 5 objek yang memiliki sel solar.


Tujuan eksperimen ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang perbezaan yang
berlaku apabila objek dihalakan kepada cahaya matahari dan dihalang dari terkena cahaya
matahari. Tempoh masa yang diambil hanya memakan masa selama sehari sahaja.
Eksperimen ini dijalankan oleh wakil 2 orang setiap kumpulan. Eksperimen
221 ini dijalankan di
belakang kelas Pra-sekolah Sayangku kerana sumber pencahayaan yang amat baik.

RESPONDEN

Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah eksperimen. Lima aktiviti berbeza
dirancang bagi menjayakan objektif yang dirancang. Responden yang dipilih masih kelas
yang sama 5 Tirmidzi dari Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3. Murid-murid berumur 11
tahun. Seramai 20 orang murid terlibat iaitu 9 lelaki dan 11 perempuan. Tujuan mereka
dipilih kerana mereka mempunyai kurang kesedaran tentang penggunaan tenaga solar sebagai
sumber tenaga diperbaharui walaupun mereka telah mempelajarinya. Mereka perlu diajar

2
24
menghargai sumber tenaga secara khusus yang dijalankan sendiri oleh mereka di luar kelas.
Apa yang dipelajari di dalam kelas masih tidak mencukupi kerana skop tentang solar amat
kecil.

4. KEBERKESANAN AKTIVITI:

TEMUBUAL

Guru menemubual murid untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan murid
tentang penggunaan tenaga solar. Murid-murid juga menyatakan sebab mengapa
tenaga solar diperlukan dalam kehidupan seharian.

SOAL SELIDIK

Soal selidik berbentuk ujian dijalankan dalam bentuk ujian pra dan ujian post. Soalan
yang disediakan untuk kedua-dua ujian pra dan ujian post adalah berbentuk aneka
pilihan. Ujian pra dijalankan sebelum bahan bantu mengajar dibina manakala ujian
post dijalankan setelah kedua-dua eksperimen dilaksanakan. Ujian pra dijalankan bagi
menguji pengetahuan sedia ada murid tentang tenaga solar. Ujian post pula bertujuan
221
untuk mengetahui keberkesanan aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan tahap
pengetahuan dan kesedaran murid terhadap tenaga solar. Masa yang ditentukan untuk
menjawab ujian pra dan post adalah 30 minit.

25
3
5. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar memberi impak yang positif terhadap murid apabila
guru membuat persediaan untuk mencapai objektif pelajaran. Ia bukan sahaja
melahirkan interaksi pelbagai hala dan juga kerjasama, malah melahirkan daya
kreativiti murid. Dalam mini projek ini, saya telah memilih 2 eksperimen yang
berbeza yang mana memusatkan pemerhatian kepada murid-murid. Kedua-dua
eksperimen yang dijalankan dapat mencapai objektif pelajaran.

Selain itu, saya mendapati pemilihan eksperimen sebagai bahan bantu


mengajar amat berkesan dan amat membantu dalam mencapai objektif. Pada
pandangan saya semua murid yang dipilih telah menguasai kesemua aspek dalam
pembelajaran sains seperti memerhatikan, merekod, mengamati, berbincang,
menaakul, melaksanakan dan sebagainya. Ini kerana murid-murid sendiri
melaksanakan kedua-dua eksperimen dan memerhatikan keputusannya walaupun
perancangan disediakan oleh guru.

Selain itu, eksperimen yang dijalankan merangsang sikap ingin tahu dan
mengembangkan minat bagi membolehkan murid-murid memahami diri dan alam
221
sekitar melalui aktiviti berpusatkan murid. Eksperimen pertama pemasangan objek
melalui manual dan eksperimen kedua murid memerhati dan merekod keputusan.

26
4
Rekod murid berdasarkan pemerhatian.

EKSPERIMEN 2 DIHALAKAN KEPADA SEL SOLAR DITUTUP


CAHAYA MATAHARI
Kereta solar Tayar bergerak laju Tayar tidak bergerak
Kereta solar mini Tayar bergerak Tayar tidak bergerak
Bot solar Bot solar bergerak Tiada pergerakan dikesan
Topi solar Kipas bergerak laju Kipas tidak bergerak

PERLAKSANAAN AKRTIVITI – EKSPERIMEN 1

Sebelum aktiviti dijalankan, murid-murid telah diberikan soal selidik untuk


mengetahui tahap pengetahuan dan kefahaman murid tentang tenaga solar. Semasa
eksperimen 1 dijalankan, setiap kumpulan akan melaksanakan pemasanagan objek melalui
manual yang disediakan. Apabila timbul permasalahan, mereka bertanya kepada guru
ataupun rakan-rakan kumpulan yang lain. Aktiviti kumpulan yang amat mencabar adalah
pembinaan bot solar. Murid-murid lelaki lebih mudah membuat pemasangan berbanding
murid perempuan. Namun begitu, masalah dapat diselesaikan dengan
221 bantuan murid-murid
lelaki dalam menyiapkan pemasangan setiap objek.

527
221

628
PERLAKSANAAN AKTIVITI-EKSPERIMEN 2

Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid telah menyiapkan pemasangan objek solar


masing-masing. Pada hari aktiviti dijalankan, mereka diberikan tugasan berbeza dengan objek
yang dibina. Setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang murid bagi melaksanakan
eksperimen. Setiap tugasan tidak dijalankan seretak kecuali aktiviti akhir tambahan adalah
lumba kereta solar yang menarik perhatian murid. Setiap kumpulan akan menjalankan
tugasan menghalakan sel solar ke arah matahari dan dan tugasan kedua menutup sel solar
dengan menggunakan tangan. Didapati apabila sel solar objek mengenai matahari
menyebabkan ia bergerak dan objek berhenti bergerak apabila sel solar dihalang dari
mengenai matahari. Aktiviti perlumbaan kereta solar menunjukkan kereta solar saiz
sederhana bergerak lebih laju berbanding kereta solar mini.

221

7
29
221

308
PERLAKSANAAN AKTIVITI 3- PERMAINAN JIGSAW PUZZLE

Aktiviti ini dijalankan bagi menambahkan pengetahuan pelajar bukan sahaja tentang
tenaga solar tetapi terdapat juga tenaga-tenaga lain yang boleh diperbaharui. Aktiviti ini
memberi kesedaran kepada murid bahawa kita tidak boleh bergantung kepada minyak
semata-mata kerana ia akan habis. Mereka juga menyedari bahawa tenaga solar tidak
menyebabkan pencemaran dengan membandingkan kereta solar dan kereta biasa yang
mengeluarkan asap. Mereka juga menyatakan tidak banyak kereta dan objek yang
menggunakan tenaga solar. Murid-murid dijelaskan ia sedang dibangunkan dan merekalah
generasi baru yang akan mengaplikasikan penggunaan tenaga solar pada masa hadapan. Bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

221

931
KEBERKESANAN AKTIVITI

Dapatan ialah keputusan yang didapati berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Saya
telah menggunakan tiga kaedah yang berbeza untuk mengumpul data-data berdasarkan
aktiviti yang dijalankan.

1. Analisis soal selidik sebelum dan selepas aktiviti.

Perkara Min
Soal selidik sebelum aktiviti 2.4
Soal selidik selepas aktiviti 7.5

Jadual 1

Bil Gred Sebelum aktiviti Selepas aktiviti Peratus


Bil % Bil % peningkatan

1. Cemerlang 1 5 12 60 55%
2. Sederhana 9 45 8 40 -5%
3. Lemah 10 50 0 0 0%
Jumlah 20 100 20 100
221

Jadual 2

Markah Tahap peningkatan Jumlah murid Peratus


peningkatan
8-10 Tertinggi 12 60%
5-7 Sederhana 8 40%
0-4 Rendah 0 0%

Jadual 3

32
10
Maklumat dalam ketiga-tiga jadual menunjukkan markah yang diperolehi oleh
murid-murid sebelum dan selepas aktiviti. Berdasarkan analisis di atas, peningkatan yang
amat baik jelas dilihat selepas aktiviti dijalankan. Daripada analisis yang dijalankan, seramai
12 orang murid iaitu 70% orang mendapat gred cemerlang berbanding dengan sebelum hanya
seorang memperolehi A. Manakala tiada murid lemah selepas aktiviti dijalankan.

2. Dapatan pemerhatian sebelum dan selepas aktiviti

Eksperimen 1

Pada akhir aktiiviti, murid-murid dapat membina model solar yang terdiri daripada
kereta solar, bot solar, dan topi solar. Pemerhatian tidak dijalankan kerana aktiviti murid
terarah kepada pembinaan model solar berdasarkan manual yang disediakan. Murid-murid
berjaya membina model solar hasil kerjasama dan bantuan rakan sekumpulan serta bantuan
rakan kumpulan yang lain.

Eksperimen 2

Pada akhir aktiviti, murid-murid mendapati bahawa model solar akan dapat bergerak
jika diberi pencahayaan terus dari cahaya matahari. Model solar tidak akan berfungsi
sekiranya sel solar ditutup daripada mengenai cahaya matahari.221
Murid-murid juga dapat
menyatakan perubahan tenaga yang berlaku iaitu tenaga matahari, tenaga elektrik(sel solar)
dan tenaga kinetik.

Permainan Jigsaw Puzzle

Pada akhir aktiviti, murid-murid mengetahui bukan tenaga solar sahaja yang menjadi
sumber boleh diperbaharui. Terdapat tenaga-tenaga lain yang boleh diperbaharui selain solar
iaitu biojisim, angin, air, dan ombak. Mereka juga menyatakan kegunaan tenaga-tenaga
tersebut dapat memelihara alam sekitar.

11
33
3. Dapatan temubual bersama murid.

Guru: Apakah yang anda faham tentang tenaga solar?


Murid A: Guna matahari.
Murid B: Tenaga solar diperolehi daripada tenaga matahari secara terus.
Murid C: Diperolehi daripada matahari. Jadi kalau gelap tenaga solar tidak
dapat berfungsilah cikgu.

Guru: Berikan contoh objek-objek yang boleh menggunakan tenaga solar.


Murid A: Kereta, bot, topi berkipas.
Murid B: Kalau dalam iklan TV ada sel besar cikgu. Boleh janakan elektrik.
Lagi boleh guna pada banyak benda.
Murid C: Saya setuju cikgu. Saya rasa kalau ada sel solar semua objek boleh
dihidupkan. Bukan yang kita belajar sajakan.

Guru: Mengapa kita perlu menggunakan tenaga solar?


Murid A: Kalau pakai kereta kita tak perlu lagi beli minyak. Minyakkan mahal.
Murid B: Cikgu Fadilah cakap boleh jimatkan petroleum sebab ia sumber yang
akan habis.
Murid C: Dapat menjaga alam sekitar supaya bersih cikgu. Kalau kereta tak
keluarkan asap tidak adalah pencemaran cikgu.

221

Seramai 3 orang murid telah pun ditemubual tentang tenaga solar. Dapatan daripada
temubual murid-murid telah dapat meningkatkan kefahaman mereka serta menghubungkait
dengan iklan berkaitan solar dan kegunaannya. Pada masa yang sama, mereka dapat
memberikan idea-idea tentang menjadikan alam sekitar yang bersih.

12
34
KESIMPULAN

Ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai
20 orang murid dipilih untuk projek ini telah mendapat banyak manfaat sepanjang
eksperimen dan aktiviti yang dijalankan. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang tenaga
solar dan kegunaannya. Selain itu, pengetahuan murid tentang tenaga solar telah meningkat
sepanjang aktiviti dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan ujian post. Kedua-
dua eksperimen dan satu permainan telah memberi pengetahuan yang berbeza kepada murid.
Tenaga solar adalah tenaga yang diperolehi daripada sumber cahaya matahari secara terus.
Terdapat kebaikan dalam menggunakan tenaga solar iaitu dapat memelihara alam sekitar dan
dapat menjimatkan tenaga. Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang tidak akan habis
selagi adanya sumber cahaya matahari.

221

13
35
Lampiran

1. Bukti gambar Ujian Pra

221

36
14
2. Bukti gambar Ujian post

221

37
15
3. Kertas Ujian Pra

221

16
38
221

39
17
4. Kertas Ujian Post

221

40
18
221

19
41
221

39
42
20
Rujukan

Abdullah Mohamad Said. (1999). Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Shah Alam:
Biroteks.

Compton’s by Brittanica. (2012). Perubahan Alam Sekitar Bumi. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Murtedza Mohamed. (1991). Sumber Alam. Selangor Darul Ehsan: Dewan bahasa dan
Pustaka.

Suwaibatullaslamiah, Sopia dan Tan Mun Wai. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syahrul Hisham Mohamad & Hazriq Izzuan Jaafar. (2012). Pembangunan Sumber Tenaga
Yang Boleh Diperbaharui Mengikut Perspektif Islam. Diambil dari
eprints.utem.edu,my/7995/1/PEMBANGUNAN_SUMBER_TENAGA_YANG_BOLE
H_DIPERBAHARUI_MENGIKUT_PERSPEKTIF_Islam.pdf.

221

21
43

Anda mungkin juga menyukai