Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 3

Soalan 9: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya. Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya
peradaban manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi
amalan biasa. Kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan
rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap
akan mudah terpesong. Rasuah juga berlaku disebabkan oleh desakan dalam diri individu
akibat kesempitan hidup. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa
kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah
tamadun besar dunia.f

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis-habisan dari awal lagi akan memberi
kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut menggugat
kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang merencanakan program
pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala
ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan
keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga tidak boleh
dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya maka wabak
berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan seseorang menjual
prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar
batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis


kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan
perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Berikutan
semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan
terkecuali daripada tindakan undang-undang. Sehubungan dengan itu, dalam memerangi gejala
ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita sepakat
melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Minda Pengarang’
Berita Harian, 15 Februari 1997
LATIHAN 3

BAHAN 1 – PETIKAN
Fokus 1 (kata kunci + tema) Fokus 2 (kata kunci + tema)
Punca/Sebab berlakunya rasuah Kesan/Akibat/keburukan rasuah

1 Kurangnya didikan agama dan didikan 1 memberi kesan buruk terhadap sistem
moral pentadbiran negara
2 Desakan dalam diri individu akibat 2 menggugat kestabilan sosial negara
kesempitan hidup
3 menjauhi sifat tamak 3 menjejaskan keyakinan orang ramai
terutamanya pelabur asing terhadap
kekecapan dan keberkesanan sistem
perundangan serta biokrasi negara
4 mengelakkan diri daripada berbelanja 4 akan berlarutan dan menyebabkan
melebihi pendapatan ketagihan
5 menyebabkan seseorang menjual prinsip,
maruah dan harga diri
6 akan bertindak di luar batasan dan
peraturan yang telah ditetapkan
BAHAN 2 – GRAFIK
Fokus 1 Fokus 2
punca/sebab berlakunya rasuah tiada

1 kegagalan pentadbiran
2 kelemahan kawalan dalaman dan
ketidakpatuhan
3 kurang ketelusan
4 kurang sokongan dan kesedaran tentang
rasuah
LATIHAN 3

Anda mungkin juga menyukai