Anda di halaman 1dari 3

Outcomes of socialization in self-regulation/behaviour

Kaedah sosialisasi merupakan kaedah yang terdiri daripada lima iaitu afektif,
operant, pemerhatian, kognitif dan kebudayaan. Apabila kaedah sosialisai ini telah
dilaksanakan, maka hasil daripada proses sosialisasi ini akan mendatangkan hasil
terhadap tingkah laku ataupun penaakulan diri. Penaakulan diri merupakan suatu proses
dimana seseorang akan mengawal apa perasaannya, pemikirannya dan tingkah lakunya.
Bagi tingkah laku pula, ianya merupakan suatu perlakuan yang ditunjukkan oleh
seseorang berdasarkan apa yang dilakukannya dan bagaimana ia perlu memberi tindak
balas terhadap sesebuah perbuatan yang dilakukan pada hari tersebut.
Seperti yang telah diterangkan berkaitan dengan kaedah-kaedah sosialisasi dan juga
teknik-teknik pelaksanaannya, proses sosialisasi sememangnya dapat mempengaruhi
seseorang dari segi afektifnya, kognitifnya, sosialnya dan juga tingkah lakunya. Afektif
merupakan suatu mekanisme yang merujuk kepada perasaan dan perasaan boleh timbul
apabila berlakunya proses sosial antara dua pihak. Afektif dapat membantu seseorang
untuk membuat penaakulan diri dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang
benar dan sesuai dan bukan itu sahaja, afektif turut membantu dalam mengubah tingkah
laku seseorang dengan adanya penaakulan diri yang telah dilakukan.
Berbeza pula bagi ciri kognitif. Kognitif merujuk kepada cara seseorang itu untuk
memproses maklumat berdasarkan pengalaman yang diperolehnya. Kognitif merupakan
salah satu kaedah yang dapat mempengaruhi proses sosialisasi dengan pelaksanaan teknik
arahan. Dalam mengintepretasikan maklumat yang disampaikan contohnya arahan yang
telah diberikan oleh seseorang seperti Jangan duduk di atas meja kopi, duduk di atas
kerusi, ia akan dapat mengubah cara atau kebiasaan seseorang itu dan bagi
membolehkan mereka diterima dalam sosialisasi masyarakat, tingkah laku yang ingin
diubah akan dapat diubah dengan cepat. Ianya lebih bergantung kepada cara seseorang itu
untuk memproses maklumat yang ingin disampaikan atau yang paling mudah adalah cara
mereka mentafsir mesej yang disampaikan. Bagi proses penaakulan diri, pelaku akan
membuat analisis tentang maklumat atau mesej yang disampaikan dan apabila proses
mentafsir maklumat dapat dilaksanakan, pelaku akan cuba utnuk mengawal emosinya dan
juga mengawal tingkah lakunya bagi kebaikan dirinya sendiri.
Dari segi ciri sosial pula, penaakulan diri dilaksanakan bagi memastikan tingkahlaku

dan perlakuan adalah sesuai dan dapat diterima oleh masyarakat. Seperti yang telah
diterangkan dalam kaedah kebudayaan, bagi menggalakkan atau bagi membuat perlakuan
diri atau tingkah laku diterima oleh masyarakat, seseorang haruslah mengetahui berkaitan
dengan budaya-budaya yang ada di sekeliling mereka contohnya budaya dalam
pemakaian yang sesuai, cara percakapan yang sesuai dan tingkah laku yang sesuai ketika
bersama dengan mssyarakat.
Ciri tingkahlaku pula, proses sosialisasi dapat mengubah karekter seseorang dengan
adanya penaakulan diri yang dilaksanakan dalam mengawal perasaan, pemikiran dan
tingkah lakunya. Proses sosialisasi kebiasaannya melibatkan muncul atau wujudnya suatu
situasi atau masalah yang akan membawa kepada penaakulan yang dilakukan dalam diri
sendiri bagi memastikan tindakan dan tingkahlaku yang diambil adalah sesuai dengan
masyarakat.
Secara ringkas atau secara kesluruhannya, sosialisasi merupakan sebuah proses yang
melibatkan pengubahan dalam konteks tingkahlaku yang tidak sepatutnya kepada tingkah
laku yang oleh diterima, melibatkan pengawalan emosi dalam mengambil apa-apa
tindakan, melibatkan pembelajaran melalui pengalaman diri dan juga melibatkan cara
seseorang membuat keputusan atau mengintepretasikan maklumat yang disampaikan.
Ksemua aspek tersebut melibatkan satu kaedah atau teknik iaitu penaakulan diri bagi
memastikan apa tindakan yang diambil adalah benar dan mampu mengubah presepsi dan
proses sosialisasi dalam kalangan masyarakat bagi memastikan dirinya diterima dalam
kalangan masyarakat.

Outcomes of Socialization in Morals


Moral merupakan suatu penilaian yang dibuat bagi membezakan mana yang baik dan
mana yang tidak baik. Perkaitannnya dalam mempengaruhi ciri-ciri afektif, kognitif,
sosial dan tingkah laku seseorang amat berkait rapat kerana ia mampu mengubah
perlakuan atau diri seseorang ketika membuat persediaan untuk berhadapan dengan
masyarakat ataupun semasa berhadapan dengan masyarakat. Persoalan yang boleh timbul
berdasarkan moral adalah Adakah saya mengambil tindakan yang benar atau adakah
tindakan saya ini betul atau salah. Persoalan tersebut akan memberi peluang kepada

seseorang untuk berfikir sejenak tentang kesan-kesan yang akan timbul sekiranya
tindakan yang diambil adalah benar atau tidak sesuai. Pembentukan moral dalam diri
seseorang sentiasa melibatkan ciri-ciri afektif, kognitif dan tingkahlaku yang dimana
secara keseluruhannya ianya melibatkan proses penaakulan dalam diri atau bayangan
dalam diri berkaitan dengan perasaan moral, konsep-konsep moral dan perlakuan moral.
Seperti mana yang telah diterangkan, sosialisasi merupakan suatu proses yang mampu
memberi kesan terhadap seseorang dan antara aspek-aspek sosialisasi yang dapat
mempengaruhi seseorang adalah sepeeti hubungan diantara ibubapa, pengalaman di
sekolah, pengaruh rakan sebaya dan peranan sebagai seorang contoh serta pengalaman
yang telah diperoleh daripada budaya dan juga komuniti sendiri.

Anda mungkin juga menyukai