Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SIMPANG


SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TAHUN 2019
TARIKH: 9 MAC 2019
TEMPAT: SK SIMPANG

BIL CUE ANN


1 PENDAFTARAN
KEHADIRAN IBU BAPA
2 MAKLUMAN UMUM Pengumuman:
1. Mohon para penerima anugerah mengambil tempat di
tempat duduk yang telah ditetapkan.
3. Mohon para hadirin untuk mematikan telefon
bimbit atau menukarkan kepada mod getar
4. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum meninggalkan
dewan.
5. Mohon kerjasama hadirin untuk berdiri semasa ketibaan
tetamu jemputan.

3 Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil tempat


masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

4 PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan...


TETAMU JEMPUTAN En Fezarudin Bin Mahamudin ,Guru Besar SK Simpang
Diiringi oleh dif dif jemputan.
Masuk ke dewan dan mengambil tempat.

1
6. SALUTASI ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,
AHLAN WASAHLAN KAMI UCAPKAN,
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA,
MAJLIS HARI INI KITA MULAKAN.

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha En. Fezarudin Bin Mahamudin
Guru Besar SK Simpang
Yang Dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Simpang
Yang Dihormati En. Shamsuddin Bin Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang
Puan Hairul Hazlina bt Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Encik Muhammad Suhaimi Bin Idris,
Penolong Kanan Kokurikulum Sk Simpang
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Barisan pendidik,
Ibu bapa,
Dan seterusnya Tuan- tuan, Puan-Puan, hadirin sekalian

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat


pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam mesyuarat
Agung PIBG SK Simpang kali ke-44 bagi tahun 2019 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga Sk Simpang, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

2
semua hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan
pada hari ini.

BACAAN DOA Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Al fadhil


Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaludin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Bacaan Doa~

Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Al fadhil Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaludin atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Hadirin sekalian,


Seterusnya dipersilakan, Yang dihormati Tn Haji Rahim Bin Ismail,
Yang Dipertua PIBG Sk Simpang untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan YDP PIBG~


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
dihormati Tn Haji Rahim Bin Ismail, atas ucapan beliau sebentar
tadi.

3
7 UCAPAN GURU BESAR Hadirin sekalian,
Seuntai salam , sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa

Majlis seterusnya mempersilakan Yang berusaha En Fezarudin


Bin Mahamudin Guru Besar Sk Simpang untuk menyampaikan
ucapan .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan Guru Besar~


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha
En Fezarudin Bin Mahamudin atas ucapan beliau sebentar tadi.

8 TAKLIMAT IMFREE Hadirin sekalian,


Majlis diteruskan dengan taklimat IMFREE yang akan
disampaikan oleh Pn Noor Farezah bt Zainal Abidin, Penyelaras
IMFREE SK Simpang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


~TAKLIMAT IMFREE~

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noor Farezah atas taklimat


yang diberikan sebentar tadi.

9 MENYERAHKAN MAJLIS Hadirin sekalian,


KEPADA YDP PIBG UNTUK Seterusnya, kami serahkan majlis kepada Yang dihormati Tn Haji
MENERUSAN AGENDA Rahim Bin Ismail, Yang Dipertua PIBG Sk Simpang untuk
MESYUARAT. meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Sk Simpang kali ke-
44 bagi tahun 2019.

4
10 MAJLIS BERAKHIR Hadirin sekalian,
Selepas selesai
mesyuarat agung. Alhamdulillah
Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua tetamu jemputan, hadirin
hadirat, jawatankuasa pengelola dan mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Kami bagi pihak majlis ingin memohon kemaafan jika terdapat


sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan
majlis.
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai