Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG UJIAN

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan ,
kemajuan , kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif sebagai
pembelajaran , untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Tujuan PBD dilaksanakan untuk
mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum
balas tentang pengajaran guru. Guru dapat mengesan pengetahuan sedia ada murid dan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran. Guru juga dapat merancang ,
mengubah suai dan menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat
meningkatkan pencapaian pembelajaran. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. Kaedah pentaksiran bilik darjah ini
menggunakan kaedah seperti pemerhatian , penulisan dan lisan.

Bola sepak merupakan sukan penyertaan perdana dan mempunyai penonton terbanyak
di dunia. FIFA (Badan Bola Sepak Dunia) menganggarkan bahawa terdapat 265 juta pemain
aktif di dunia manakala penonton TV terbanyak adalah 32 bilion semasa kejohanan pusingan
akhir Piala Dunia 2006 yang diadakan di Jerman. Oleh kerana bola sepak semakin popular dan
mempunyai kepentingan kewangan , ia adalah permainan yang paling luas dikaji. Kemahiran
motor yang diperlukan untuk mengawal , menghantar , menggelecek dan menajring bola di gol
adalah kemahiran asas pemain bola sepak dan pelbagai kaedah telah digunakan untuk
mengukur aspek-aspek ini. Berdasarkan tugasan kerja kursus PJMS 2082R ini , saya
menjalankan ujian kemahiran psikomotor menggelecek bola sepak mengelilingi kon.Kemahiran
ini amat penting dalam sukan bola sepak kerana ianya berkebolehan untuk melakukan gerak
keliru bagi menewaskan pihak lawan. Seramai 30 orang murid lelaki yang pernah mewakili
sekolah dalam sukan bola sepak dipilih untuk mencuba ujian kemahiran menggelecek bola
sepak mengelilingi kon. Tujuan ujian kemahiran ini dilakukan ialah melihat kebolehan mereka
berlari dengan bola secara zig zag pergi sahaja. Peralatan yang digunakan untuk ujian ini aialah
11 unit kon , jam randik , wisel , 2 biji bola sepak , fail klip A4.

PROSEDUR UJIAN

1. Murid-murid melakukan aktiviti pemanasan badan selama 5 minit bagi


mengelakkan sebarang kecederaan berlaku ketika melakukan ujian ini
2. Seterusnya , guru memberikan taklimat ringkas tentang ujian kemahiran
menggelecek bola sepak mengelilingi kon
3. Guru menunjukkan contoh kepada murid-murid bagi memastikan mereka faham
tentang ujian ini dijalankan
4. 9 unit kon disusun dalam satu barisan yang jaraknya 1.5 meter antara satu sama
lain. Kon ke 9 berjarak 5 meter daripada kon ke 8
5. 2 unit kon diletak di tempat permulaan dan penamat sebagai penanda
6. Bola perlu digerakkan ke hadapan sebelum mula menggelecek dan kiraan masa
mula diambil setelah bola menyentuh dan melepasi garisan permulaan
7. Pemain dikehendaki menggelecek bola secara zig zag melalui kon pergi sahaja.
Pemain akan membuat 2 kali percubaan
RAJAH 1 : PROSEDUR UJIAN MENGELECEK BOLA SEPAK
DOKUMENTASI BERGAMBAR UJIAN

Guru mensanitasi murid-murid sebelum dan selepas ujian kemahiran psikomotor

Guru memberi taklimat ringkas tentang ujian kemahiran mengelecek bola sepak
Guru mendemonstrasi kemahiran mengelecek bola sepak mengelilingi kon

Guru menyediakan tempat untuk menjalankan ujian kemahiran


Murid-murid melakukan aktiviti pemanasan badan

Murid-murid melakukan ujian kemahiran mengelecek bola sepak mengelilingi kon


Murid mengelecek bola sepak menggunakan kedua-dua belah kaki

Murid-murid melakukan aktiviti penyejukan badan

PENGUMPULAN , ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

DATA UJIAN MENGGELECEK BOLA


BI PERCUBAAN 1 PERCUBAAN 2
L NAMA (SAAT) (SAAT) MASA TERBAIK MARKAH
1 KHEDIR 15 13 13 5
2 KHAIRUL 16 14 14 5
3 ZAHRAN 21 20 20 5
4 FIRAS DANIEL 14 13 13 5
5 AMIN RIZKY 17 15 15 5
6 AMAR SYAKIEB 25 21 21 5
7 QAID 15 15 15 5
8 SOLIHIN 17 16 16 5
9 IRWAN SHAH 19 16 16 5
10 FAZLAN 18 15 15 5
11 IKWAN 15 14 14 5
12 FAHRIN 16 12 12 5
13 AQIL 15 12 12 5
14 SYAWAL 17 15 15 5
15 ANIQ 12 10 10 5
16 AMJAD 18 11 11 5
17 FAHRIZAL 20 11 11 5
18 MUKHRIZ 15 12 12 5
19 ADAM 16 15 15 5
20 ADIB 15 14 14 5
21 AFZAN SHAH 26 29 26 4
22 AHMAD THAQIF 25 29 25 4
23 FAIQ HADIF 15 12 12 5
24 AIMAN HAKIM 15 17 15 5
25 DURRAH 25 23 23 5
26 ELMAN SYAMIE 13 14 13 5
27 NAZRAN 15 16 15 5
28 AHMAD AUF 14 13 13 5
29 MISHARY 15 16 15 5
30 MIKHAIL 25 23 23 5

JADUAL 1 : DATA UJIAN MENGGELECEK BOLA

Berdasarkan jadual 1 , saya mengambil masa yang terbaik daripada 2


percubaan yang dilakukan oleh 30 orang murid ini. Daripada data masa terbaik itu ,
saya memberikan pemarkahan berdasarkan rubric penilaian. Daripada data ujian
menggelecek bola di atas , saya boleh membuat pengiraan ke atas min , median dan
mod. Min merupakan purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Ia
juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan. Mod
merupakan skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan.
Seterusnya median pula ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau
menurun. Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun
kepada dua bahagian yang sama.

11 11 12 12 12 23
12 13 13 13 13 23
14 14 14 15 15 25
15 15 15 15 15 26
15 16 16 20 21 10
Jadual 2 : skor data mentah masa yang terbaik

MIN

= jumlah masa terbaik / jumlah bilangan murid

=479 / 30

= 15.45

MOD

=10,11,11,12,12,12,12,13,13,13,13,13,14,14,14,14,15,15,15,15,15,15,15,15,15,16,16,1
6,20,21,23,25,26

= 15 saat

MEDIAN

=10,11,11,12,12,12,12,13,13,13,13,13,14,14,14,14,15,15,15,15,15,15,15,15,15,16,16,1
6,20,21,23,25,26
= masa 15 saat merupakan kekerapan yang tertinggi di dalam data di atas

SISIHAN PIAWAI

Sisihan piawai merupakan ukuran kecendurangan memusat yang digunakan untuk


mentafsir data-data seperti skor-skor yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian.

SKOR (x) KEKERAPAN FX X2 FX2


(F)
10 1 10 100 100
11 2 22 484 968
12 4 48 2304 9216
13 4 52 2704 10816
14 3 42 1764 5294
15 9 135 18225 164025
16 2 32 1024 2048
20 1 20 400 400
21 1 21 441 441
23 2 46 2116 4232
25 1 25 625 625
26 1 26 676 676
N= 30 Efx= 479 Efx2=198841

= ⧸ 198841/30 – (479/30)2

= 4.22

Daripada data di atas , saya mendapati sisihan piawainya ialah 4.22. Nilai positif sisihan
piawai ini menunjukkan bahawa masa yang dierolehi oleh murid-murid ini amat
memberangsangkan dan dapat ditingkatkan lagi.
PEMBINAAN NORMA UJIAN

Jadual di bawah menunjukkan penghasilan norma daripada bilangan masa yang terbaik
dipilih daripada dua percubaan mengelecek bola mengelilingi kon

Descriptive Statistics
Std.
N Minimum Maximum Mean Deviation
Mengelecek 30 10 26 15.47 4.224
bola (saat)
Valid N 30
(listwise)

Norma ujian boleh dihasilkan daripada min dan sisihan piawai. Jadual di atas
menunjukkan hasil daripada min dan sisihan piawai ujian mengelecek bola bagi
kategori umur 10 hingga 12 telah berjaya dihasilkan.

Pencapaian Umur 10-12 tahun


Cemerlang 7.86 saat
Baik 7.87 – 12.80 saat
Memuaskan 12.81 – 18.0 saat
Mencapai tahap optimum 18.1 – 25.70
Tidak mencapai tahap optimum 25.71 dan ke atas
PERSEMBAHAN DAPATAN UJIAN DALAM BENTUK CARTA , GRAF DAN
MAKLUMAT YANG BERKAITAN

35

30

25

20
PERCUBAAN 1 (SAAT)
PERCUBAAN 2 (SAAT)
15
MASA TERBAIK

10

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 101112131415161718192021222324252627282930

Graf 1

90
80
70
60
50 MASA
TERBAIK
40
PERCUBAAN
30 2 (SAAT)
PERCUBAAN
20 1 (SAAT)
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Graf 2
29
27
25
23
21
19
17
MASA TERBAIK
15
PERCUBAAN 2 (SAAT)
13
PERCUBAAN 1 (SAAT)
11
9
7
5
3
1
0 5 10 15 20 25 30 35

Graf 3

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan daripada ujian dan data yang terhasil , saya mendapati murid lebih
selesa untuk menggelecek bola sepak di kawasan seperti padang dan gelanggang
futsal. Hal ini kerana , daya geseran yang tinggi membantu mereka untuk mengelecek
bola sepak dengan mudah. Saya juga mendapati sesetengah daripada mereka
mengelecek dan melanggar kon yang disusun. Oleh sebab itu , mereka mengambil
masa yang banyak untuk mengulang semula dari kawasan yang mereka langkau.Selain
itu , guru juga boleh merancang latihan secara ansur maju bagi membolehkan murid-
murid melakukan aktiviti ini dengan lebih baik.

PENUTUP
Kesimpulan daripada ujian ini , saya mendapati sebilangan murid mempunyai
kemahiran dalam mengelecek bola sepak dan sesetengah daripada mereka masih
dalam lingkungan permulaan untuk memahirkan diri untuk mengawal dan mengelecek
bola dengan baik. Selain itu , daripada ujian ini juga saya dapat menambah
pengetahuan saya bahawa mengelecek di kawasan yang berumput lagi sesuai
daripada kawasan yang licin seperti di atas mozek atau simen. Seterusnya , guru boleh
mengadakaln latihan yang berkualiti di mana dapat mengilap bakat yang ada pada
murid-murid terhadap sukan bola sepak ini. Hal ini dapat melahirkan bakat sukan bola
sepak untuk generasi akan datang.

RUJUKAN/LAMPIRAN

1. Ahmad Hashim (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim:


QuantumIsmail, F. H., Abd Karim, Z., & Ghazali, N. (2020). Kompetensi guru
sebagai jurulatih bola sepak dan kesannya terhadap prestasi pemain bola
sepak Pusat Latihan Daerah Kuala Lumpur.Jurnal Sains Sukan &
Pendidikan Jasmani,9(1), 47-61.

2. Baumgartner, T. A., Jackson A. S., Mahar M. T. & Rowe D.A. (2007).


Measurement for evaluation in physical education and exercise science (8th
ed.). New York: McGraw-Hill.
3. Baumgartner, T. A., Jackson A. S., Mahar M. T. & Rowe D.A. (2003).
Measurement for evaluation in physical education and exercise science (7th
ed.). New York: McGraw-Hill.

4. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.Williams, A.M. and Franks, A. (1998). Talent identification in soccer.
Journal of Sports, Exercise and Injury, 4, 159± 165.

Anda mungkin juga menyukai