Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM: PISMP
KOD DAN NAMA KURSUS:
EDU3053 : Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
TARIKH MULA

16 FEBRUARI 2015

NAMA PELAJAR:

SEMESTER / TAHUN:
Semester 2 / Tahun 2
TARIKH HANTAR

13 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan
2. Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan.
3. Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran.
4. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran.
7. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 5 dan 6.
Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Memahami konsep dan amalan dalam merekabentuk pengajaran dan pembelajaran.
2. Perbincangan secara kritis tentang merekabentuk pengajaran berdasarkan model ASSURE dengan
mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21.
3. Membincangkan bagaimana media dan teknologi maklumat terkini digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Menulis refleksi secara kritis pengalaman, kefahaman dan masalah dalam penyediaan tugasan.
Tugasan Projek (100%):
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
melengkapkan sistem pendidikan dalam konteks memenuhi pendidikan bertaraf antarabangsa dan mempersiapkan
rakyat Malaysia menghadapi keperluan abad ke-21 supaya dapat bersaing di peringkat global melalui 11 anjakan
transformasi pendidikan. Objektif asas sistem pendidikan adalah memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sistem pendidikan Malaysia memberi penekanan
terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran seperti Sains, Matematik
dan bahasa. Walau bagaimanapun, terdapat kesedaran yang semakin meningkat di peringkat global bahawa
penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja tidak mencukupi bagi murid yang akan meninggalkan
alam persekolahan di mana tumpuan bukan hanya kepada kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan tetapi juga
membangun kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Justeru itu, kemahiran pembelajaran abad ke-21 diberi
penekanan dengan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dan inovasi melalui kemahiran teknologi maklumat
dan media berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini dapat direalisasikan oleh guru yang mempunyai ciri-ciri
guru abad ke-21.
1.

Berdasarkan model ASSURE, bincangkan bagaimana anda merekabentuk satu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 bagi satu topik/ kemahiran mata pelajaran
major anda. (40%)

2.

Bincangkan bagaimana teknologi maklumat dan media terkini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran anda di atas. (40%)

3.

Tuliskan refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek berikut:
a. Pengalaman anda melakukan tugasan ini iaitu proses mendapatkan maklumat tentang Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad ke-21 serta maklumat berkaitan.
b. Sejauhmana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman tentang
kepentingan rekabentuk dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran berkesan berasaskan KBAT.
c. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya. (20%)

Panduan Pelaksanaan Tugasan


1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu.
2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1
3.2
3.4
3.5

Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.


Fon Arial bersaiz 11 point
Langkau baris 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat (Termasuk
visual). Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
5. Buat rujukan yang mencukupi dan masukkan helaian senarai rujukan sebagai lampiran.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan akan diambil tindakan yang keras jika pelajar terlibat.
7. Tugasan ini membawa markah 100 dengan wajaran 60%.
8. Warna kulit tugasan mengikut kursus.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, koheren dan terperinci.
2. Tugasan merangkumi :
a. Huraian definisi dan konsep reka bentuk pengajaran, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan
Pembelajaran Abad ke-21.
b. Perbincangan kritis dalam merancang pembelajaran dan pengajaran berkesan dengan menganalisis pelajar,
menentukan objektif pembelajaran dan pemilihan teknologi maklumat dan media terkini dengan
mengaplikasikan model ASSURE dengan perancangan pdp dan kreatif.
c. Perancangan mesti melibatkan media terkini seperti Aplikasi Web 2.0.
d. Perbincangan disokong dengan rujukan-rujukan yang relevan. Membuat huraian bagaimana teknologi
maklumat dan media terkini digunakan dalam proses pembelajaran berkesan berasaskan KBAT.
e. Penulisan refleksi tentang pengalaman, kefahaman dan masalah yang dihadapi.
3.

Pengolahan isi perlu menunjukkan keaslian dan kematangan dengan sokongan rujukan ilmiah yang berwibawa.
Rujukan yang disertakan hendaklah diulas secara kritis untuk menyokong pandangan anda.

4.

Penulisan yang menunjukkan ketepatan istilah, kematangan hujah, laras bahasa yang sesuai dan tiada
kesalahan ejaan.

5.

Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih (Ada pengarang, judul, tahun dan penerbitan)
dan didokumenkan mengikut format APA. Untuk memenuhi kehendak tugasan sekurang-kurangnya sumber
daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak lain.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

.......................................................
(MOHD ZAKI BIN JAMALUDDIN)
Penyelaras Kursus PISMP
Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Ipoh

.......................................................

Disahkan oleh Ketua Jabatan:


.........................................................
(ZAIN HAZMI BIN ZAIN BAHARIN)
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Ipoh
Tarikh:

RUBRIK PEMARKAHAN
Gred
Amat
Cemerlang
(A+)

Skala markah
90 100

Deskriptor
Definisi dan konsep reka bentuk dihuraikan dengan amat jelas.
Perancangan rekabentuk pengajaran dengan mengaplikasikan model
ASSURE dalam konteks Pembelajaran Abad ke-21 dibincangkan secara
amat kritis dan jelas.
Mengemukakan pandangan berasaskan analisis dan ulasan bahan rujukan
berwibawa untuk mengukuhkan hujah secara amat bernas dan krtitis.
Menyatakan penilaian dibuat dari aspek pdp, aplikasi kaedah dan
penggunaan media. Membuat peluang penambahbaikan / refleksi.
------------------------------------------------------------------------------ Membincangkan secara amat jelas, terperinci dan tersusun tentang
bagaimana teknologi maklumat dan media terkini digunakan untuk
mewujudkan pembelajaran berkesan berasaskan KBAT.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan refleksi yang amat jelas tentang pengalaman dan masalah yang
dihadapi.
Mengemukakan dengan amat jelas tentang kepentingan reka bentuk
pengajaran dalam menghasilkan perancangan pdp yang baik dan berkesan.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan yang asli dan sangat matang dan kritis.
Penggunaan istilah dan laras bahasa yang amat sesuai serta tiada
kesalahan ejaan.
Mengemukakan rujukan 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2 bahan
bercetak lain dengan mematuhi format APA dengan tepat.

Cemerlang
(A)

75 89

Definisi dan konsep reka bentuk dihuraikan dengan jelas.


Perancangan rekabentuk pengajaran dengan mengaplikasikan model
ASSURE dalam konteks Pembelajaran Abad ke-21 dibincangkan secara
kritis dan jelas.
Mengemukakan pandangan berasaskan analisis dan mengulas bahan
rujukan berwibawa untuk mengukuhkan hujah secara krtitis.
------------------------------------------------------------------------------ Membincangkan secara tepat, relevan dan teratur tentang bagaimana
teknologi maklumat dan media terkini digunakan untuk mewujudkan
pembelajaran berkesan berasaskan KBAT.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan refleksi yang jelas tentang pengalaman dan masalah yang
dihadapi.
Mengemukakan dengan jelas tentang kepentingan reka bentuk pengajaran
dalam menghasilkan perancangan pdp yang baik dan berkesan.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan yang matang dan kritis.
Penggunaan istilah dan laras bahasa yang sesuai serta tiada kesalahan
ejaan.
Mengemukakan rujukan 2 buah buku, 3 internet, 1jurnal atau bahan
bercetak lain dengan mematuhi format APA dengan betul.

Kepujian
(B+, B dan B-)

65 - 74

Huraian definisi dan konsep reka bentuk dengan baik.


Perbincangan perancangan reka bentuk pengajaran dengan
mengaplikasikan model ASSURE dan Pembelajaran Abad ke-21.
Mengemukakan pandangan dengan sokongan bahan rujukan berwibawa
untuk mengukuhkan hujah.
-------------------------------------------------------------------------------.
Membincangkan dengan betul dan sesuai tentang bagaimana teknologi
maklumat dan media terkini digunakan untuk mewujudkan pembelajaran
berkesan berasaskan Pembelajaran Abad ke-21.
-------------------------------------------------------------------------------

Gred

Skala markah

Deskriptor
Penulisan refleksi yang baik tentang pengalaman dan masalah yang
dihadapi.
Dapat mengemukakan kepentingan reka bentuk pengajaran dalam
menghasilkan perancangan pdp yang baik.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan yang matang.
Penggunaan istilah dan laras bahasa yang baik serta kesalahan ejaan yang
minimum.
Mengemukakan rujukan 1 buah buku, 3 internet, 1jurnal atau bahan
bercetak lain dengan mematuhi format APA dengan betul.

Lulus
(C+, C)

50 64

Mengemukakan definisi dan konsep reka bentuk.


Menulis semula langkah-langkah perancangan reka bentuk pengajaran
berasaskan model ASSURE.
Menggunakan bahan rujukan dengan betul.
------------------------------------------------------------------------------ Menjelaskan bagaimana teknologi maklumat dan media terkini digunakan
dengan betul dan sesuai.
------------------------------------------------------------------------------ Menulis refleksi tentang pengalaman dan masalah yang dihadapi.
Dapat mengemukakan kepentingan reka bentuk pengajaran dalam
menghasilkan perancangan pdp.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan yang baik.
Penggunaan laras bahasa yang baik serta kesalahan ejaan yang minimum.
Mengemukakan rujukan 3 bahan bercetak atau internet dengan mematuhi
format APA.

Gagal

0 49

Tidak mengemukakan definisi dan konsep reka bentuk.


Tidak mengemukakan langkah-langkah perancangan reka bentuk
pengajaran berasaskan model ASSURE dengan betul.
------------------------------------------------------------------------------ Tidak menjelaskan bagaimana teknologi maklumat dan media digunakan
dengan betul atau sesuai dengan objektif dan aktiviti pdp.
------------------------------------------------------------------------------ Refleksi tidak ditulis merujuk kepada pengalaman dan masalah yang
dihadapi.
Tidak mengemukakan kepentingan reka bentuk pengajaran dalam
menghasilkan perancangan pdp.
------------------------------------------------------------------------------ Penulisan yang kabur atau terpesong.
Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai serta banyak kesalahan ejaan.
Mengemukakan rujukan tetapi tidak mematuhi format APA.

Anda mungkin juga menyukai