Anda di halaman 1dari 16

KERJA KURSUS SEJARAH

TEMA: SUKU/ETNIK/KLAN
TAJUK: PERKEMBANGAN MASYARAKAT
FOOCHOW DI SIBU ANTARA TAHUN 1901-
1963
NAMA: JONATHAN KUEH CHUAN WEI
NO KAD PENGENALAN: 010716-13-0097
ANGKA GILIRAN: SS3101/1048
 Latar Belakang Tajuk Kajian
 Menerangkan asal usul nama Sibu sebelum kedatangan orang Foochow.
 Menjelaskan perubahan dari pelbagai aspek selepas kedatangan orang Foochow
ke Sibu.

 Lokasi Kajian: Daerah Sibu


 Tempoh Kajian: Tahun 1901 Hingga Tahun 1963
Objektif Kajian

 Mengenal pasti asal usul masyarakat Foochow di Sibu.


 Menganalisis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat
Foochow di Sibu antara tahun 1901 sehingga 1963
 Mengkaji aspek sosial seperti keagamaan dan pendidikan dalam
kalangan masyarakat Foochow di Sibu
Permasalahan Kajian

 Apakah asal usul masyarakat Foochow di Sibu?


 Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Foochow
di Sibu antara tahun 1901 hingga tahun 1963?
 Bagaimanakah peekembangan aspek sosial seperti keagamaan dan
pendidikan dalam kalangan masyarakat Foochow di Sibu?
Sebab-Sebab Tajuk Dipilih

 Untuk lebih memahami asal usul tentang masyarakat Foochow di Sibu.


 Untuk mengetahui perubahan dari aspek ekonomi dan sosial terhadap masyarakat
tempatan selepas kedatangan masyarakat Foochow.
 Untuk menghargai jasa dan pengorbanan masyarakat Foochow dalam
perkembangan aspek ekonomi dan aspek sosial dari tahun 1901 - tahun 1963.
Pengenalan Kajian

 Sibu merupakan bandar yang diberi gelaran ‘Swan City’ dan juga
merupakan bandar yang kedua terbesar di Sarawak. Kini, bandar Sibu
yang berkembang pesat amat berkait rapat dengan peranan orang Cina
Foochow sehingga bandar Sibu mempunyai gelaran yang istimewa,
iaitu ‘Little Foochow’. Justeru, kajian ini akan menjelaskan tentang
perkembangan masyarakat Foochow khasnya di Sibu sekitar tahun
1901-1963.
Dapatan Kajian Pertama - Mengenal pasti asal usul masyarakat
Foochow di Sibu.

 Pada awal kurun ke-20, terdapat tiga kumpulan imigran China telah datang ke
Lembangan Rajang Sarawak untuk tujuan meneroka.
 Kumpulan pertama yang dibawa oleh Wong Nai Siong kebanyakannya terdiri
daripada orang Foochow dari Wilayah Fujian di China Selatan secara berperingkat
pada awal tahun 1901.
 Kumpulan yang seterusnya dibawa oleh Teng Kung Shook yang berasal dari
Wilayah Guangdong di China Selatan telah sampai ke Sarawak pada tahun 1902
manakala kumpulan yang ketiga terdiri daripada orang Xinghua dari Wilayah
Fujian.
 Pada tahun 1902 manakala kumpulan yang ketiga terdiri daripada orang Xinghua
dari Wilayah Fujian.
 Wong Nai Siong merupakan tokoh pertama yang membawa masyarakat Foochow
ke Sarawak.
 Antara tahun 1901 sehingga 1902, beliau telah berjaya membawa masuk ribuan
orang Foochow untuk menerokai Sibu.
 Dengan ini, beliau memilih kawasan sekitar Sibu sebagai kawasan pertapakan
baru bagi rombongan imigran orang Foochow.
 Lau Ka Zhuo merupakan peneroka kedua di Sibu setelah Wong Nai Siong.
 Lau Ka Zhuo banyak menolong Wong Nai Siong dalam kerja-kerja penerokaan
Sibu.
Dapatan Kajian Kedua - Menganalisis kegiatan
ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Foochow
di Sibu antara tahun 1901 sehingga 1963

Sebelum kedatangan orang Foochow ke Sibu


 Kegiatan ekonomi orang Foochow di Sibu pada tahap awalnya adalah bersifat
sara diri yang hanya menampung keperluan kehidupan dan menyara keluarga
mereka sahaja.
 Masyarakat tempatan hanya menceburi kegiatan ekonomi tradisional.
Selepas kedatangan orang Foochow ke Sibu
 Orang Foochow menjalankan aktiviti pertanian komersial iaitu tanaman lada
hitam dan getah.
 Pihak gereja Methodist memulakan aktiviti perusahaan getah dengan membawa
masuk bijih benih getah pertama ke Sibu.
 Pengenalan teknologi penggergajian kayu oleh J.Hoover berjaya
mengembangkan perusahaan kayu balak di Sibu.
 Pengenalan konsep perbankan oleh orang Foochow disebabkan amalan mengirim
wang yang diamalkan oleh orang Foochow. Terdapat banyak bank telah
ditubuhkan di Sibu untuk memudahkan proses pengurusan pengiriman wang.
Dapatan Kajian Ketiga - Mengkaji aspek sosial seperti
keagamaan dan pendidikan dalam kalangan masyarakat
Foochow di Sibu

 Aspek Keagamaan
 Kedatangan orang Foochow telah membawa masuk agama Kristian Methodist
pada tahun 1901.
 Dasar liberal kerajaan Brooke juga menyumbang penyebaran agama Kristian di
Sibu.
 Secara tidak langsung, agama Kristian turut mengukuhkan kedudukan politik
kerajaan Brooke di Sibu.
 Aspek Pendidikan
 Bertujuan mempertahankan dan meneruklan budaya masing-masing.
 Memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan masyarakat Foochow.
 Membolehkan orang Foochow terdedah kepada ilmu pengetahuan.
 Membawa kekayaan dan kemakmuran kepada generasi Foochow.
Kesimpulan

 Golongan Foochow telah berjaya membentuk bandar Sibu semakin unik dari segi
budaya dan ekonomi berbanding dengan orang Hokkien yang tinggal lama di
Sibu.
 Perubahan dari segi sosioekonomi membolehkan orang Foochow yang
bersemangat kental mendapat peluang dalam kehidupan sehingga mereka telah
berjaya dalam pelbagai sektor ekonomi
 Generasi muda Sibu seharusnya menghargai sumbangan dan pengorbanan tokoh
Wong Nai Siong dan masyarakat Foochow yang berjaya membangunkan bandar
Sibu.
Lampiran Gambar Yang Berkaitan
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai