Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN PENULISAN ILMIAH

SEJARAH 940/4

TEMA 4: SEJARAH TEMPAT

TAJUK: LATAR BELAKANG DAN SOSIOEKONOMI KAMPUNG…………………


DARI TAHUN…………HINGGA……………

NAMA : ……………………
NO. KAD PENGENALAN : …………………….
ANGKA GILIRAN : SE0102/1001
NAMA SEKOLAH : SMK MENUMBOK
NO. PUSAT : XEA6314
PEMERIKSA : TAN PAW LIAN

PENGENALAN

Sabah merupakan sebuah negeri yang pernah menjadi hak milik Kesultanan Melayu sejak

abad ke-15 lagi. Di Sabah ini juga terdapat banyak daerah antaranya daerah Beaufort,

Menumbok dan Kuala Penyu. Kampung……………. adalah tempat untuk dikaji bagi

mendalami lagi sejarah-sejarah yang ada di kampung tersebut. Asal usul Kampung………….

ini adalah bermula daripada nenek moyang mereka. Berdasarkan nama……………. kampung

tersebut dinamakan sebagai Kampung…………….. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada

latar belakang dan sosioekonomi di Kampung…………..dalam tempoh masa ………. tahun

iaitu dari tahun………….hingga tahun…………...

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini

bertujuan untuk menelusuri latar belakang Kampung………………... Latar belakang


Kampung……………… ini adalah amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami

perkembangan kampung tersebut.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan dari segi

infrastruktur di Kampung……….. dari tahun…………… hingga tahun………... Pengkajian

aspek ini perlu dalam melihat perkembangan yang telah berlaku di Kampung……………..

dalam tempoh kajian bagi mencapai matlamat untuk membantu masyarakat terutamanya di

kawasan kajian.

Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kegiatan ekonomi di Kampung………….

dari tahun……….. hingga tahun……….. Aspek ini dikaji bagi memahami usaha yang

dilakukan oleh penduduk kampung dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini, terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Permasalahan kajian yang

pertama adalah untuk mengetahui apakah latar belakang Kampung………? Kajian tentang

latar belakang adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang bagaimanakah

perkembangan infrastruktur di Kampung…………… dari tahun………... hingga …………?

Selain itu, permasalahhan kajian juga adalah mengenal pasti apakah apakah kegiatan ekonomi

di Kampung………….. dari tahun………… hingga………..?

SKOP KAJIAN

Terdapat empat aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang

pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini fokus kepada

kawasan di Daerah …………. iaitu Kampung……………... Walaupun kedudukannya yang


terletak di kawasan pedalaman, kampung ini juga sesuai dijadikan sebagai petempatan

penduduk atau masyarakat setempat.

Dari segi tempoh masa kajian (kronologikal), ia melibatkan tempoh jangka masa

selama ……………. tahun iaitu dari tahun ………. hingga…………. Tempoh masa ini dipilih

kerana dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan dan perubahan Kampung………...

Malah dalam tempoh tersebut juga dapat dilihat inisiatif dan bentuk penambahbaikan yang

telah dilaksanakan oleh penduduk kampung itu bagi meningkatkan lagi infrastruktur dan

ekonomi di kampung mereka sendiri.

Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini

cuba untuk mengupas latar belakang Kampung……….. Malah ia juga mengupas

perkembangan infrastruktur di Kampung Suasa dan bentuk penambahbaikan yang dilakukan

di kawasan tersebut. Selain itu, kajian turut membincangkan kegiatan ekonomi di

Kampung……….. dalam membantu meningkatkan perkembangan kampung ini dari

tahun………… hingga…………….

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan mengkaji

sejarah tempat di Malaysia ini. Hasil ini, pengkaji telah melakukan pembacaan beberapa tesis

mengenai hasil kajian yang berkaitan dengan sejarah tempat. Beberapa kajian lepas telah

digunakan bagi rujukan penting untuk meneruskan kajian ini. Antaranya ialah kajian yang

menyentuh mengenai daerah seperti kajian yang dijalankan oleh Siti Norhazimah binti Maad

(2005) yang menyentuh perkembangan pentadbiran daerah Beaufort dalam pelbagai aspek

politik, ekonomi dan sosial dari tahun 1963 sehingga tahun 2000 kerana kajian ini ada

menyentuh sedikit pentadbiran SBBUB yang datang mentadbir Sabah melalui piagam DiRaja
daripada London. Namun kajian ini tidak menyentuh langsung pentadbiran Kerajaan British

di daerah Beaufort selepas pendudukan Jepun.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Hedzal Pitrus (2005) dalam tesis beliau yang

menyentuh tentang pentadbiran SBBU di Daerah Keningau pada satu ketika dulu pernah

menjadi pusat pentadbiran terkenal iaitu Pusat Pentadbiran Peribumi Bingkor pada tahun

1936. Kajian beliau menyentuh struktur pentadbiran dalam pelbagai aspek dan kajian ini

membantu dalam memberi sedikit gambaran pentadbiran Kerajaan British bagi kajian yang

akan dilakukan ini.

Selain itu, buku yang ditulis oleh Suhaira Binti Mohammad pada tahun (2004) yang

memfokuskan pentadbiran SBBUB di daerah Lahad Datu sehingga Perang Dunia Kedua yang

pernah dikuasai oleh Jepun. Kajian ini menerangkan bagaimana terbentuknya unit politik

yang wujud di negeri Sabah serta pentadbiran yang ada di daerah Lahad Datu ketika itu. Selain

itu, kajian ini turut membincangkan struktur ekonomi yang ada di daerah Lahad Datu sebelum

dan selepas SBBUB. Kajian ini memberi gambaran pentadbiran ekonomi Kerajaan British di

daerah Lahad Datu yang berbeza daripada daerah Beaufort.

Selain kajian yang menyentuh mengenai daerah yang menjadi rujukan bagi Sejarah

Daerah Beaufort, 1946-1963 terdapat juga buku lain yang menjadi rujukan penting bagi

meneruskan kajian seperti kajian oleh Bazley Bee Basrah Bee (et al.) pada tahun (2007)

berkaitan dengan kepahlawanan Datu Paduka Mat Salleh sebagai seorang pahlawan atau

‘hero’ bagi masyarakat Sabah. Buku ini menggambarkan kedatangan dan corak pentadbiran di

daerah Inanam apabila pada bahagian awal bab buku ini ada menerangkan pentadbiran

Kerajaan British semasa ia di bawah kawalan SBBUB lagi. Buku ini turut menjadi rujukan

kerana adanya corak pentadbiran Kerajaan British di daerah Inanam yang memberi gambaran

perbezaan pentadbiran daerah ini dengan daerah Beaufort.


Bukan itu sahaja, pengkaji juga menemui kajian lain melalui laman web iaitu lokasi

sejarah yang menarik di Kota Kinabalu dalam laman web www.juniechen.com hasil tulisan

Jamie Ten yang menceritakan tentang tempat-tempat yang bersejarah terutamanya sewaktu

pra-perang, selepas perang dan pengalaman pasca kemerdekaan.

Namun begitu, pengkaji menemui kajian lain yang juga melalui rakaman video berdurasi

selama 9:53 minit di aplikasi Youtube iaitu sejarah Pekan Beaufort. Video tersebut juga

dihasilkan oleh UPArk UMS pada tahun 2018 yang mengkaji tentang sejarah dan warisan bina

Pekan Beaufort.

Akhir sekali, pengkaji telah melakukan beberapa pembacaan mengenai tajuk lain untuk

dijadikan rujukan dalam kajian ini. Salah satunya ialah kajian mengenai Pekan Menumbok

hanya satu sahaja ditemui iaitu melalui rakaman video yang berdurasi selama 19:20 minit

dalam aplikasi Youtube. Video tersebut dihasilkan oleh Unit Penyelidikan Arkeologi Borneo

(UPArk) UMS pada tahun 2018 bertajuk sejarah Pekan Menumbok.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan

maklumat. Pada awalnya, penulis hanya menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini

digunakan bagi mendapatkan serba sedikit maklumat tambahan dari sumber sekunder. Antara

sumber yang digunakan adalah sumber yang diambil daripada tesis, dan surat khabar.

Penulis juga turut menggunakan kaedah temu bual bagi mengetahui maklumat tempat

yang ingin dikaji. Dalam kaedah ini, penulis menemubual beberapa orang yang memainkan

peranan penting terhadap Kampung………. ini. Antara tokoh yang ditemubual adalah

penduduk Kampung………….. yang dianggap sebagai orang yang berkepentingan. Tokoh

yang ditemubual ini adalah tokoh yang aktif dalam mengembangkan lagi kampung tersebut.
Penulis juga menjalankan kaedah kajian lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi

membolehkan penulis melihat dengan sendiri perkembangan infrastruktur dan kegiatan

ekonomi yang berlaku di Kampung………...

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam

bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum berkaitan Kampung………..

yang terletak di daerah………….. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan

kajian iaitu Kampung………… dan mengaitkan perkembangan kampung tersebut dalam

membantu meningkatkan kawasan berkenaan. Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga

persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang wujudnya

Kampung…………. sebagai sebuah kampung yang boleh didiami ramai penduduk hinggalah

sekarang. Selain itu, penulis juga merungkaikan perkembangan infrastruktur di

Kampung………. Seterusnya, penulis membincangkan serba sedikit tentang kegiatan

ekonomi kampung itu.

Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan

hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP
Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat lebih

memahami tentang sejarah dan latar belakang serta perkembangan Kampung………….

sebagai sebuah kampung yang banyak membantu mengeratkan silaturrahim antara

masyarakat setempat atau pengunjung daripada negara serta negeri lain. Malah ia sekaligus

dapat memaparkan kepentingan dan kejayaan yang didapati dalam meningkatkan ekonomi di

kawasan tersebut.
BIBLIOGRAFI

Temubual

Nama:

Tempat lahir:

Umur: 58 Tahun

Pekerjaan: Ketua Kampung………………….

Pengalaman: Berkhidmat tahun 1994-2007.

Tempat dan Tarikh temubual:

Sumber sekunder
http://eprints.ums.edu.my/1998/1/ae0000000033.pdf

Siti Norazimah Bt. Maad, Sejarah Perkembangan Daerah Beaufort, 1963-2000, Sabah:

Universiti Malaysia Sabah, 2005.

Hedzral Pitrus, Sejarah Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di

Daerah Keningau (1881-1946), Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 2005.

Suhairah Binti Mohammad, Sejarah Lahad Datu sebelum 1941, Kuala Lumpur: Fakulti

Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya, 2004.

Bazley Bee Basrah Bee (et al), Datu Paduka Mat Salleh; Pahlawan Sabah (Hero of Sabah)

1894-1900, Arkib Negeri Sabah, 2007.

Anda mungkin juga menyukai