Anda di halaman 1dari 6

Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan

mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3


bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan
komitmen
Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan
korang untuk follojadual pemakanan saya. Pada saya ambil
tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.
Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim
dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena
cukup 6 kali sehari.
1. Sarapan pagi
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke
dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas
atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh
mula sarapan.
Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa.
Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia
punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak
potong makanan yang bergula.
Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat
bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa
sesuai untuk sarapan.
2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum
minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu.
Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3
keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma.
Saya pilih kurma sahaja.
3. Makan tengahari

Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya


akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya
terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan
banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.
Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam
bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng.
Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak.
Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau
ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.
4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong.
Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa
tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.
Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang
mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh
atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.
Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung.
Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk
makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek,
pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.
5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam.
Terserah sama ada nak makan sama dengan menu
tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan
bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam
tengahari.
Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun
sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja.
Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.
6. Minum malam

Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan
campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih
susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab
dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak
banyak. Hehe
Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet
saya.
1. Saya tidak makan apa-apa suplimen.
2. Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam
mulut.
3. Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang
boleh? Kahkah.
4. Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik
diet. Buat seminggu sekali sahaja.
5. Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya
berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya
hilangkan 5-7 kg.
6. Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
7. Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit
selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup
seteguk dua.
8. Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas
makan.
9. Jangan tinggal buah.
10.
Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan
seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
11.
Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak
diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja.
(Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)
Bahagikan portion makan dengan bijak
Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung
kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah
kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan


ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang
tepat sahaja.
Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap
hidangan kita.
1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buahbuahan.
Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat
menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.
Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebusrebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya
sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.
Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin
dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan
berat badan anda.
Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.
Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang
berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah
perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang
semua.

1. Jaga niat
Sentiasa perbaharui niat. Untuk apa aku kurus? Untuk apa
aku berdiet? Jika matlamat kita jelas dan kuat. Apa sahaja
ejekan orang. Ah, pedulikan.
2. Cipta mantra sendiri

Nampak macam sedikit kelakar bukan? hah, jampi serapah


apa yang saya gunakan. Sentiasa bercakap dengan diri
sendiri. Arif, hang boleh buat! Arif takkan hang nak
menyerah?! (Keep motivate)
3. Reverse Psychology
Bila rasa nak termakan banyak, rasa nak ambil lebih dari
kuantiti yang telah dirancang. Cuba pesan, Oii, selama ni
hang dah makan banyak. Tak salah kali ni hang nak tahan
kan? Kurush.
4. Cari pendorong
Sesiapa sahaja yang kita rasakan boleh memberi semangat
dan motivasi, dampingilah mereka. Jika rakan terdekat
tidak memberi motivasi, gunakan media sosial sebagai
bahan motivasi.
Selalu mengikuti coach-coach dan siapa sahaja figura yang
anda yakin anda termotivasi dengan kisah mereka. Ini saya
buat. Hari-hari jadi stalker depa!
5. Sayangi diri sendiri
Nak kurus, nak diet adalah untuk kesihatan. Untuk diri
sendiri dan orang yang tersayang. Semua yang hidup akan
mati, namun untuk memaksimumkan hidup adalah tugas
kita.
Cuba maksimukan untuk hidup cara sihat!
6. Ada objektif khusus
Letakkan sasaran untuk kurus dalam masa berapa bulan
untuk kita capai. Sebulan? 2 bulan?

Kalau tiba-tiba sedikit terbabas daripada laluan asal. Cepatcepat kembali ke landasan.
7. Ambil masa 30 minit hingga 1 jam untuk tonton,
belajar kaedah diet dan praktik senaman yang
dikongsi oleh sesiapa sahaja di media sosial.
Download kaedah-kaedah yang mereka kongsi. Kalau anda
tak amal kesemua sekalipun, setidaknya telah wujud satu
folder khas.. tip untuk kurus, meski anda tidak memulakan
lagi.
Saya doakan anda terus bersemangat untuk kurus. Alah
bisa tegal biasa!
Tiada yang mustahil bagi yang berani mencuba. Percubaan
adalah satu tahap anda melangkah ke arah pintu kejayaan.
Kenapa berhenti? Teruskan!

Anda mungkin juga menyukai