Anda di halaman 1dari 3

AHMAD URABI

PENGENALAN:

 Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh kuasa asing telah
dimulakan oleh golongan tentera pimpinan Kolonel Ahmad Urabi.
 Geråkan Ahmad Urabi dipengaruhi fahaman Jamaluddin al-Afghani yang ketika itu
mengajar di Mesir.
 Gerakan ini menjadi tonggak kepada kebahgkitan nasionalisme Mesir.
 Pada awal perjuangan, Gerakan Ahmad Urabi merupakan gerakan anti kuasa
asing.
 Namun, akhirnya gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan
pemerintahan Mesir.

PERANAN DAN SUMBANGAN TOKOH DALAM GERAKAN PENENTAGAN TERHADAP


CAMPUR TANGAN BRITISH DI MESIR

1.Memimpin gerakan pemberontakan dalam kalangan tentera tempatan Mesir.

 Pemberontakan terhadap pentadbiran British di Mesir telah dimulakan oleh


golongan tentera berketurunan Mesir asli yang dipimpin oleh Kolonel Ahmad
Urabi.
 Mereka berjuang bagi mempertahankan kepentingan Mesir di bawah pengaruh
tempatan.
 Golongan Turki-Circassia dan mereka yang rapat dengan pihak istana memiliki
taraf istimewa dalam bidang pentadbiran da ketenteraan sejak zaman penguasaan
Turki Uthmaniyah ke atas Mesir.
 Perasaan tidak puas hati di kalangan tentera fellahin (tentera tempatan Mesir)telah
wujud kerana mereka telah diketepikan dalam pelbagai aspek terutamanya urusan
kenaikan pangkat bahkan ramai dari ada mereka telah diberhentikan
erkhidmatann a ada era kemelesetan ekonomi.
 Tambahan pula kekalahan dalam pertempuran di Ethiopia pada tahun 1870-an
turut menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka.
 Situasi ini menyebabkan para anggota tentera Mesir yang majoritinya golongan
fellahin telah bergabung dengan tiga colonel iaitu ahmad Urabi, Ali Fahmi dan
Sami al-Barudi.
2. Memimpin gerakan penentangan golongan awam fellahin.

 Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, di Mesir telah muncul dua


golongan penentang terhadap penguasaan asing.
 Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para bangsawan,
pegawai kerajaan,ulama dan tuan tanah daripada keturunan fellahin.
 Kedua, kumpulan pegawai tentera Mesir berketurunan fellahin.
 Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari peminjam wang yang
berketurunan Lebanon Kristian
 Kadar faedah pinjaman riba yang tinggi mengakibatkan golongan ini gagal
membayar hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur.
 Selain itu, golongan im turut menanggung beban cukai yang tinggi dalam bidang
pertanian oleh pihak pemerintah bagi memuaskan kehendak pemodal asing yang
menagih hutang kerajaan sebahyak e100 juta.
 Ahmad Urabi berjanji untuk mengurangkan bebanan cukai yang golongan fellahin
tanggung dan menghukum peminjam wang.
 Keadaan yang serba menindas ini menyebabkan golongan fellahin ini menyokong
pemberontakan Ahmad Urabi.
3. Menubuhkan pakatan sulit dalam tentera Mesir
 Kolonel Ahmad Umbi bersama Kolonel Ali Fahmi dan Kolonel Sami al-Barudi
menubuhkan pakatan sulit dalam tentera tempatan Mesir.
 Objektif utama pakatan sulit ini ialah berjuang menentang kepimpinan Turki-
Circassia, yang membolot jawatan-jawatan tinggi dalam tentera Mesir
 Pakatan sulit tentera pimpinan Ahmad Urabi juga bertujuan mengatasi keruntuhan
akhlak dalam masyarakat Mesir,diskriminasi sosial dan kemelesetan ekonomi
akibat kepincangan dalam pemerintahan Mesir.
 Jelaslah pakatan sulit tersebut dapat berkerjasama ke arah menentang
kepimpinan Turki&Circassia
4. Menubuhkan Parti Kebangsaan
 Kolonel Ahmad Urabi dengan galakan Khedif Ismail telah menubuhkan al-Hizb al-
Watani (Parti Kebangsaan).
 Antara perjuangan parti ini adalah cuba menghapuskan pengaruh .dalam
pentadbiran Mesir, hutang piutang asing
 Dibayar dengan harta rakya mesir tidak dirampas dan menyeru agar kuasa khedif
(wakil kerajaan Uthmaniyah di Mesir) dipulihkan kembali serta segala pendapatan
daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir sendiri.
 Namunsegaia usaha ini gagal apabila pihak British telah mengenakan tekanan
balas hingga menyebabkan Khalifah Uthmaniyah bersetuju untuk melucutkan
jawatan Khedif Ismail dan menggantikan dengan anaknya Khedif Taufiq (boneka
British) pada tahun 1879.
 Di sebalik kegagalan ini, golongan yang tertindas serta petani yang dikenakan
cukai yang membebankan mula menyokong langkah pihak tentera pimpinan
Ahmad Urabi untuk menghalang campur tangan asing dan menenta pemerintahan
autokratik Khedif Taufiq di Mesir.

5. Pemberontakan Urabi 1881-1882


 Kemuncak konflik antara rakyat tempatan dan pihak Britsh serta Khedif Taufiq
akhirnya membawa kepada meletusnya Pemberontakan Urabi ada tahun 1881-
1882
 Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokong telah merampas
kuasa dari KhedifTaufiq
 Situasi ini memaksa KhedifTaufiq meminta perlindungan British.
 Rusuhan berlaku di hilir Mesir dan beberapa orang Kristian telah dibunuh
 Bagi memulihkan kembali keamanan dan menguasai Terusan Suez yang
strategik,maka British memutuskan untuk menceroboh Mesir secara langsung
pada tahun 1882.
 Akhirnya, pada bulan Julai 1882, British telah menghantar armada tentera
pimpinan Laksamana Seymour bagi memaksa pihak pemberontak agar
membubarkan pertahanan mereka di Iskandariah.
 Apabila tuntutan ini ditolak, maka tentera British pun membedil Bandar Iskandariah
dan seterusnya menakluki Port Sa'id, Ismaliah dan Bandar Suez
 Kolonel Ahmad Urabi beserta tenteranya bertahan di kawasan Tel al-Kabir.
 Namun British telah menewaskan mesir.
 Seterusnya,Mesir telah menjadi tanah jajahan British,Taufiq telah kembali
bersemayam sebagai Khedif Mesir manakala para pemimpin penentang termasuk
Ahmad Urabi telah di buang ke negeri Ceylon (Sri Lanka)
 Jelasnya keadaan tentera mesir yang daif dari segi senjata dan kelemahan taktik
pertempuran menyebabkan tentera mesir mengalami kekalahan.
KESIMPULAN
 Ahmad Urabi telah menyerah diri dan mengakui kesalahannya kepada pihak
British pada 14 Disember 1882.
 Meskipun Ahmad Urabi telah ditangkap oleh British,namun cita-citanya terus
diperjuangkan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

Anda mungkin juga menyukai