Anda di halaman 1dari 1

mekanisme Pembentukan Hujan mekanisme Pembentukan Hujan bukit/orografi bukit/orografi

Berlaku kenaikan udara panas melalui cerun banjaran gunung yang selari dengan pantai.Angin
lembap dari laut mengandungi banyak wap air dipaksa naik dan mengalami penyejukan adiabatic
Wap air yang mencapai takat suhu mengembun dan kelembapan bandingan 100%Wap air
mengalami pemejalwapan dan membentuk awan.Awan yang telah tepu akan menurunkan
hujan.Jumlah hujan yang turun bergantung kepada kelajuan angin, sudut angin dan perbezaan suhu
antara daratan dengan lautan

TEori pembentukan kerpasan(teori bergeronfendeisen)

Kelembapan bandingan udara lebih tinggi dipermukaan ais berbanding dengan permukaan
air.Apabila suhu jatuh ketakat beku, tekanan wap atmosfera akan jatuh dengan cepat diatas
permukaan ais berbanding dengan permukaan air menyebabkan tekanan wap tepu di permukaan air
lebih tinggi daripada wap tepu pada permukaan ais yang menghasilkan cerun tekanan dari arah
air ke ais.

JIka titisan air lampau sejuk dan hablur ais berada berhampiran dalam awan, titisan air tersejat dan
terlekat pada hablur ais.Dalam teori ini, wap air yang tersejatakan terus berubah kepada bentuk ais
dalam proses pemeluwapan. Apabila hablur ais semakin besar dan berat, ia akan menjadi tepu
Tarikan gravity akan menyebabkan hablur ais ini jatuh dari awan.Hablur ais akan berubah bentuk ke
pada titisan air apabila melalui suhu panas dan turun ke permukaan bumi sebagai hujan.

Teori pembentukan hujan(teori perlanggaran)

Berlaku perlanggaran hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan dan bercantum Hablur
dan bintik air yang mempunyai pelbagai saiz menyebabkannya mempunyai kelajuan yang berbeza
Titisan air yang lebih besarakan jatuh dengan pesat dan menyerap titisan lebih kecil kedalam
ekornya.Kurang berkesan dalam arus udara menegak yang perlahan kerana proses pemeluwapan
perlahan. Titisan airnya kecil dan turun sebagai hujan renyai-renyai

Anda mungkin juga menyukai