Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

SEJARAH (HA24)

AJ20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMUR

NAMA PENSYARAH: DR. SHAFFIE ABD RAHIM

TAJUK:
SEJAUHMANAKAH KESENIAN CINA MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN LAIN DI SEKITAR RANTAU ASIA

NAMA PELAJAR:

KHAIRUL ANWAR MUDA (BA14110229)

ANIS ILYANIE BINTI ABDUL RAZAK (BA14161283)


PENGENALAN :

 Secara umumnya, kesenian ditakrifkan sebagai ekspresi seseorang pencipta yang


dilahirkan dalam pelbagai bentuk abstrak dan hasilnya terbahagi kepada seni tampak,
atau seni lihat.
 Seni membolehkan intipati sesebuah bangsa atau tamadun dikenalpasti, dikaji, dihayati,
dan diterapkan ke dalam kehidupan seharian.
 Seni juga dapat membezakan identity seseatu bangsa dan mempertingkatkan tahap
ketamadunan sesuatu bangsa.
 Kesenian dalam tamadun China bermula pada zaman klasik China. Pelbagai golongan
telah menyumbang kepada kejayaan dan perkembangan aspek kesenian dalam tamadun
ini.
 Tamadun China telah mencapai kemajuan penting dalam bidang kesenian. Kemajuan itu
dicapai semasa pemerintahan dinasti Han, dinasti Tang, dinasti Sung dan dinasti Ming.
 Ini kerana pemimpin dinasti tersebut menjadi penaung bagi perkembangan kesenian.
 Selain itu, faktor pengaruh dari luar seperti Buddha, Islam dan Barat serta jiran-jiran China
telah memperkayakan lagi khazanah kesenian China.
 Secara umumnya, perkembangan dalam bidang kesenian boleh dibahagikan kepada
bidang seni lukis, kaligrafi, muzik dan seni bina.

KESENIAN CINA

 SENI LUKIS
 Seni lukis merupakan salah satu bidang kesenian yang telah berkembang maju
dalam tamadun China.
 Salah seorang maharaja China yang megitu minat dalam bidang ini ialah Hui-
Zong(1082-1135). Beliau telah menubuhkan akademi dan menggalakkan
perkembangan seni lukis.
 Lukisan-lukisan Cina banyak bertemakan dewi-dewi, pemimpin bangsawan, gadis
dan orang biasa.
 Selain itu terdapat juga lukisan tentang alam semula jadi seperti pemandangan
alam terutamanya gunung-ganang, hutan rimba dan sungai. Gambar binatang dan
tumbuhan juga menjadi tema utama pelukis Cina.
 Sejarah perkembangan bidang seni lukis Cina yang bermula semasa pemerintahan
dinasti Han telah menjadi mantap semasa pemerintahan dinasti Sung. Dalam
buku-buku kronikal Cina, ada menyebut tentang nama-nama pelukis awal Cina
seperti Mao Yen-Shou yang merupakan salah seorang pelukis yang terkenal.
 Seorang pelukis Cina iaitu Ku K’ai-chih(344M-406 M) banyak menghasilkan lukisan
berunsurkan tema Buddha.
 Terdapat 2 orang pelukis terkenal iaitu Li Szu-hsun(651M-716M) dan Wang
Wei(699M-760M). Kedua-dua orang pelukis itu merupakan pelukis bertemakan
pemandangan alam sekitar. Mereka melahirkan dua aliran lukisan yang tersendiri
iaitu Aliran Utama(Pei-tsung) dan Aliran Selatan(Nan-tsung).
 Semasa dinasti Sung, baginda telah mengarahkan menubuhkan Akademi Lukisan
dan Kaligrafi.

Contoh Lukisan Tamadun China


 KESENIAN SERAMIK
 Kesenian ini merupakan salah satu kesenian yang paling dikagumi oleh masyarakat
Cina.
 Semasa zaman Neolitik, China memperlihatkan bagaimana munculnya tembikar
mula membuat beberapa buah tembikar yang bermutu tinggi dan cantik.
 Pada zaman Dinasti Ming, kemunculan tembikar berwarna putih merupakan salah
satu ciptaan yang dihasilkan oleh orang Cina ketika itu.
 Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu :
 Seramik Seladon – Seramik ini berasal daripada Dinasti Sung. Seladon
merupakan satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang
mempunyai lapisan berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai
batu permata jed. Seramik ini amat disukai oleh kelas sarjana dan
pentadbir China. Bagi orang Cina, batu jed melambangkan kebaikan,
keluhuran budi pekerti, kemuliaan, dan keindahan. Batu jed merupakan
perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi,
tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan
hidup kepada pemakainya. Batu ini juga dikenali sebagai batu azimat
 Tembikar Biru – Putih – Tembikar biru putih berasal dari Dinasti Yuan
pada abad ke-13. Tembikar ini merupakan tembikar yang sebenar kerana
mempamerkan mutu yang paling tinggi dalam ciptaan tembikar(sejenis
seramik) yang keras, putih, dan juga lut cahaya. Ciptaan ini merupakan
satu revolusi dalam masyarakat Cina pada zaman tersebut.
 SISTEM TULISAN
 Sistem tulisan Cina muncul selaras dengan perkembangan bahasa.
 Tulisan Cina atau Han Zi(tulisan Han) merupakan antara tulisan tertua di dunia.
 Tulisan Cina yang paling awal dinamai Jia Gu Wen yang bermaksud tulisan tulang
dan kerangka kerana diukir menggunakan logam atau benda tajam dan diukir di
atas tulang atau kulit kura-kura.
 Bahasa Cina mempunyai kira-kira 50,000 patah perkataan dalam sistem
tulisannya.
 Tulisan Cina boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu wen(gambar mudah) dan
zi(gambar yang dicantumkan).

 KALIGRAFI
 Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah kaligrafi atau
seni khat. Kaligrafi Cina merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni ini
amat dihormati oleh masyarakat Cina.
 Kaligrafi merupakan tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah. Kaligrafi
seperti seni lukis, memerlukan alat seperti berus, dakwat hitam, kertas dan dakwat
batu.
 Kadangkala kaligrafi ini ditulis di atas kain sutera. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-
unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan.
 Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung kepada kepakaran perekanya melakar
dengan menggunakan berus.
 Perkembangan tulisan Cina kerana seni kaligrafi tercipta hasil daripada kreativiti
masyarakat Cina melahirkan keindahan dalam tulisan.
 Bentuk awal kaligrafi terdapat pada kulit kura-kura dan tulang binatang. Bentuk ini
dikenali sebagai Chiakuwen(Jia Gu Wen).
 Selepas itu muncul pula gaya penulisan kaligrafi pada barangan gangsa. Gaya ini
banyak dihasilkan pada zaman Chou.
 Kaligrafi Cina berkembang kepada beberapa gaya lakaran seperti Zhuan-shu, Li-shu,
Kai-shu, Xing-shu dan Cao-shu. Dalam kelima-lima jenis itu, gaya Kai-shu merupakan
gaya penulisan yang paling popular.
 Kesan daripada kehalusan dan keindahan seni kaligrafi dapat dilihat sehingga kini
apabila terdapatnya banyak kelas dan kursus yang membolehkan individu yang
berminat menyertainya dan seterusnya mempraktikkan kebolehan berkaligrafi.

Gaya Penulisan Kai-Shu

 SENI BINA
 Tamadun China tidak mengabaikan perkembangan dan kemajuan dalam bidang
seni bina.
 Perkembangan seni bina bermula dengan pembinaan tempat kediaman yang
mudah.
 Keadaan perkampungan Banpo membuktikan bagaimana masyarakat Cina kuno
telah sedar tentang perlunya membina tempat tinggal yang selesa dan selamat.
 Kajian arkeologi di kawasan tersebut membuktikan tentang wujudnya
perkampungan dan binaan rumah yang berbentuk segi empat atau bulat. Lama-
kelamaan, keperluan harian dan tuntutan status manusia membawa kemajuan dan
kepelbagaian seni bina.
 Oleh itu golongan juru bina diperlukan untuk mendirikan tempat tinggal bukan
sahaja untuk keselesaan hidup tetapi juga menimbulkan kecantikan atau
keindahan pada sesuatu rekaan tempat tinggal tersebut.
 Istana merupakan salah satu lambing ketinggian reka cipta masyarakat Cina pada
masa lampau.
 Istana yang masih tersergam indah dan kukuh sehingga sekarang ialah Istana
Musim Panas di Peking.
 Istana ini merupakan bukti tentang kreativiti dan kepintaran masyarakat Cina.
 Di istana lama China terdapat lukisan naga dan bunga-bungaan serta tumbuh-
tumbuhan di bahagian siling, tiang dan dinding. Manakala pintu istana biasanya
dicat warna merah bagi melambangkan nasib yang baik.
 Bidang seni bina ini juga berkembang atas sebab lain contohnya sebab agama ini
kerana pembinaan rumah berhala untuk agama Buddha dan Tao serta tuhan-
tuhan lain diperlukan bagi setiap penganut berkunjung ataupun melakukan ibadat.
 Seni bina masyarakat China juga terhad kepada pembinaan taman diraja. Hal ini
kerana maharaja dan kaum kerabatnya memerlukan sebuah taman untuk berehat
tanpa diganggu oleh rakyat biasa.

 MUZIK
 Seni muzik pula merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang dalam
tamadun China. Malah Confucius juga menyokong perkembangan muzik kerana
menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan
kegembiraannya.
 Perkembangan muzik boleh dikesan sejak zaman kuno tamadun China.
 Ini kerana pada abad keempat Sebelum Masihi telah terdapat buku tentang muzik
iaitu Kuan Tzu. Semasa dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan
penubuhan pejabat Muzik Kemaharajaan(Yueh Fu) yang menjadi tempat
mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.
 Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun China iaitu
muzik rakyat dan muzik kolongan atasan.
 Pada asasnya muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina. Ini kerana
muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat.
 Selain itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik
rakyat. Dalam tamadun China, muzik mempunyai peranan sendiri.
 Selain memberi hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan suatu cara
untuk memberi nasihat dan gambaran kepada penduduk ketika itu.

 KESUSASTERAAN
 Dinasti-dinasti agung seperti dinasti Han dan dinasti Tang memperlihatkan
perkembangan pesat dalam bidang kesusasteraan. Nama-nama seperti Lu
Ji(261M-303M), Zuo Si(250M-305M), Li Bao(701M-762M), Du Fu(712-770), Wang
Wei dan Gao Shi merupakan ahli sastera Cina yang terkemuka dan hebat.
 Dalam sejarah kuno, hanya dua bidang sastera yang dipandang tinggi oleh orang
Cina iaitu puisi dan prosa.
 Kedua-dua bidang sastera ini mempunyai kepentingan dalam peperiksaan awam
kerajaan.
 Setiap calon yang hendak menjadi pegawai kerajaan akan disyaratkan melalui
beberapa peringkat ujian untuk melayakkan mereka memasuki perkhidmatan
awam.
 Antara ujian dalam peperiksaan tersebut adalah dalam bidang puisi dan prosa.
 Sejarah perkembangan kesusasteraan Cina boleh dibuktikan melalui penghasilan
Buku Puisi atau Shih Ching. Buku ini dihasilkan sebelum kemunculan dinasti Chin
lagi.
 Karya sastera ini merupakan koleksi 305 nyanyian atau puisi yang dikumpulkan
oleh Confucius semasa pemerintahan dinasti Chou. Puisi-puisi ini dikumpul
daripada pelbagai tema penting yang kebanyakannya lebih mengisahkan tentang
nasib atau kedudukan penduduk China pada ketika itu.

PENGARUH KESENIAN CHINA DI RANTAU ASIA :

 SISTEM TULISAN
 Perkembangan sistem tulisan Cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain
terutamanya di Asia Timur seperti Jepun, Korea, dan juga Vietnam.
 Ketiga-tiga negara ini mengadaptasi karakter tulisan cina ke dalam Bahasa mereka
walaupun mereka mempunyai Bahasa sendiri.
 Pada kurun ke-15, pemerintah dinasti Li Korea telah mencipta sistem tulisan Korea
berpundukan kepada grafik tulisan Cina.
 Kebanyakan perbendaharaan kata Bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan
atau Bahasa Cina.
 Pengaruh kebudayaan Cina berkembang dengan pesatnya pada zaman Nara
hingga zaman Kesyogunan Tokugawa(664 M-1867 M) yang mana Bahasa, sejarah,
falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-
pelajar Jepun yang dihantar di China.
 Penulisan Jepun yang tertua adalah Kojiki iaitu rekod tentang hal-hal lama yang
dihasilkan sekitar abad ke-8 mengandungi unsur-unsur China.
 Kojiki ini telah ditulis dalam bentuk kanji(tulisan China) akan tetapi ia dibaca dalam
sebutan Jepun
 Sistem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada sistem tulisan Cina iaitu
Kanji.
 Buku sejarah terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis menggunakan Bahasa Cina.
 Bahasa Cina merupakan Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran, pendidikan,
kesusasteraan dan sebagainya di Vietnam.

 MUZIK KLASIK/TRADISIONAL CHINA


 Didapati alat muzik tradisional China mempunyai persamaan dengan alat muzik
tradisional Diraja Jepun. Contohnya alat muzik tradisional Diraja Jepun yang
bernama ‘Sho’.
 Di Laos, alat muzik yang bernama ‘khene’ juga dikatakan mempunyai rupa bentuk
dan fungsi yang sama dengan alat muzik tradisional China yang dikenali sebagai
‘Sheng’.
 Alat muzik ‘Sheng’ ini juga serupa dengan alat muzik ‘Sho’ di Jepun.
 Di Indonesia, budaya China mempengaruhi masyarakat di Indonesia terutama di
Jakarta iaitu terhadap suku Betawi dan sebahagian di Jawa Barat.
 Alat muzik China mempengaruhi jenis-jenis alat muzik oleh suku kaum Betawi
Indonesia seperti Teh Yan, Koh Ah Yan dan Sukong.
 ‘Kecapi’ sendiri digunakan dalam muzik khas di Betawi.
 SENI BINA
 Pada kurun ke-8 kota Nara telah dibina mengikut contoh kota Chang’an dinasti Tang
sama ada dari sudut struktur mahupun ukiran Ibu Kota tersebut.
 Hasil arca di Malaysia juga turut dipengaruhi oleh Negara China.
 Hasil arca di Negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk
tujuan keperluan istiadat,agama atau pengkebumian.
 Tetapi di Malaysia, hasil arca dijadikan sebagai hiasan oleh penduduk Melayu.
 Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, seni logam, seni
lakuer, perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2 SM
dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di
Eropah.
 Di Malaysia, porselin boleh didapati pembuatannya di Kuala Kangsar, Perak yang
dijadikan sebagai aktiviti sumber pendapatan bagi penduduk desa disana.
 Seni bina China mempunyai pengaruh yang besar ke atas seni bina Korea, Vietnam,
dan Jepun sejak dinasti Tang.
 Seni bina masyarakat Cina terbahagi kepada 2 jenis iaitu seni bina tradisional dan
seni bina Baba-Nyonya.
 Kebanyakan masyarakat Cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran
ataupun seni bina yang digambarkan.
 Contoh seni bina tradisional adalah tokong-tokong Cina di seluruh negara, seperti
Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun 1646 manakala seni bina Baba-
Nyonya banyak terdapat di negeri Pulau pinang dan Melaka.
 Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan
pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.
 Tambahan pula ,terdapat juga seni bina masyarakat Cina yang menggabungkan unsur
Cina dan Barat.
 Seni bina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di Masjid Tengkera Melaka
yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur seni bina Cina
di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.
KESIMPULAN

Secara umumnya, kesenian Cina sememangnya mempunyai pengaruh yang amat luas
sebagaimana dinyatakan di atas iaitu merangkumi rantau Asia. Hal ini disebabkan oleh interaksi,
perluasan kuasa dan juga hubungan diplomasi yang berlaku di antara negara China itu sendiri
sebagaimana China mengadakan hubungan diplomasi dengan Jepun sekitar abad ke-7 dan
dengan Melaka pada abad ke-14. Interaksi antara negara China dengan negara lain telah
menyebabkan berlakunya penyebaran kesenian dan budaya mereka ke negara lain seterusnya
diamalkan oleh mereka sehingga kini.

RUJUKAN

Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan
Jepun. Johor Darul Ta’zim : Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Edwin O. Reischauer dan John K. Fairbank. 1962. East Asia the Great Tradition. Boston : Houghton
Mifflin.

Frank L. Harrison and Joan Rimmer. 1964. Antique Musical Isstruments and Their Players. New
York.

Hellen Rubissow. 1954. Art of Asia, New York: Philosophical Library Inc.

Henry Doktorski. 2000. Asian Free-Reed. Inc. Part Two : The Japanese Sho.

Lai Ming. 1966. A History of Chinese Literature. New York: Capricorn Books.

Suffian Mansor. 2003. Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai