Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum. Di Malaysia, agama rasmi adalah agama islam tetapi agama lain bebas untuk
dianuti oleh masyarakat setempat. Agama Islam adalah agama serba lengkap iaitu
dari segi aspek akidah, syariah dan akhlak.1 Selain itu, agama islam juga tertakluk di
dalam perlembangaan Malaysia iaitu di bawah perkara kesebelas iaitu hak kebebasan
beragama.2 Nasionalisme bermaksud satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan
negara dan bangsa pada tempat yang tertinggi. Selain itu, menurut dalam kamus
dewan bahasa, nasionalisme adalah merupakan perasaan cinta pada negara dan
bangsa sendiri.

Dengan lebih tepat lagi, nasionalisme ini membawa maksud suatu perasaan
yang wujud dalam diri individu untuk bertindak mengadakan perubahan dalam
masyarakat tempatan kearah mewujudkan perpaduan dan kebebasan daripada
penguasaan masyarakat penjajah dengan bertujuan demi memerdekan tanahair.
Semangat nasionalisme bagi masyarakat di Malaysia telah wujud semenjak
bermulanya campur tangan British di negeri-negeri Melayu iaitu bermula pada tahun
1874 yang mana telah banyak memberi perubahan kepada keadaan di Tanah
Melayu.3 Oleh disebabkan perubahan demi perubahan yang berlaku telah
menyebabkan kebangkitan masyarakat untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Kepemimpinan berasal dari kata pemimpin iaitu imbuhan Ke-an manakala


pemimpin pula adalah orang yang membuat perubahan yang paling ketara didalam
sesuatu pekerjaan bagi kumpulanya. Selain itu, pemimpin juga boleh didefinisikan
sebagai seseorang yang menempati orang yang terpilih untuk mengetuai sesuatu
kumpulan. Pemimpin adalah individu yang dapat memberikan pengaruh kepada
anggota kumpulanya. Selain itu, Kepimipinan adalah kegiatan untuk mempengaruhi
orang lain agar masyarakat tersebut bekerja sama dalam mencapai tujuan yang
telah ditetapkan. Di samping itu, kepemimpinan adalah kemampuan mengambil
inisiatif dalam situasi sosial untuk menciptakan bentuk dan prosedur baru,
merancang dan mengatur perbuatan, dan dengan berbuat begitu membangkitkan
kerja sama kearah mencapai tujuan. Menurut Gerorge Lippit (1980), kepimipinan

1 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Apa itu Islam?, Selangor: PTS Islamika SDN.BHD, 2008, hlm.1.
2 Khalisha Adam, Pengajian Am, Selangor: Local Publications (M) SDN.BHD, 2018, hlm.13.
3
Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia, Selangor: PTS Publications & Distributor SDN.BHD, 2003, hlm.2

1
adalah sebagai daya penggerak sumber dan alat yang terdapat dalam sesebuah
organisasi untuk mencapai matlamat.4 Tegasnya bahawa, kepemimpinan merupakan
proses yang dilakukan oleh individu untuk memberikan pengaruh terhadap
kumpulanya dalam mencapai suatu tujuan bersama.

1.1 LATAR BELAKANG

Umum masyarakat islam di seluruh dunia mengenali Sayyidina Ali bin Abu Thalib
atau nama sebenarnya ialah Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin
Abdi Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr.5
Sayyidina Ali bin Abu Thalib merupakan sahabat Rasulullah yang paling rapat selain
daripada Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyindina Uthman. Selain itu,
Sayyidina Ali bin Abu Thalib merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang
mempunyai keperibadian yang unggul dan sikap kepimpinanan yang sangat tinggi.
Sayyidina Ali juga merupakan salah seorang menantu Rasulullah yang paling
disayangi dan dikasihi oleh baginda berbanding dengan dua orang menantunya yang
lain. Sayyidina Ali diambil dan dijadikan anak angkat oleh Nabi Muhammad SAW
semenjak beliau berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun. Hal ini demikian
menyebabkan hubungan keakraban baginda Nabi Muhammad SAW dengan
Sayyidina Ali melebihi sepertimana anaknya sendiri. Oleh kerana itu, Sayyidina Ali
dibesarkan dengan sinaran kenabian dan kerasulan yang membentuk jati dirinya
sebagai seorang yang memperolehi banyak ilmu pengetahuan.6 Meskipun
mempunyai jati diri yang kental, namun pelantikan Sayyidina Ali bin Abi Thalib
sebagai Khalifah menggantikan Sayyidina Uthman telah mencetuskan pelbagai
konflik yang berlaku. Pengangkatan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah setelah
peristiwa pembunuhan Utsman Ibn Affan, Kota Madinah dilanda ketegangan dan
kekecohan. Rakyat dan para pembesar bukan hanya mengalami kerisauan tetapi
mereka juga berasa bimbang apabila negara tidak mempunyai pemimpin dan tidak
mempunyai seorang imam. Namun begitu, keadaan yang sangat berbahaya ini
memerlukan pengangkatan seorang pemimpin dengan segera bagi menghindari
daripada perpecahan dan kehancuran yang mengancam keruntuhan negara.

4
Robiah Kulop Hamzah, Kepimpinan, Selangor: PTS Publications & Distributors SDN BHD, 2001, hlm.3.
5 Muhammad Hashem, Selangor: Mutiara Sastera Ali Edisi Khotabah, Penerbit Al-Huda, 2009, hlm.7.
6
Ibid., hlm. 37.

2
Manakala di Malaysia, Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang amat
disegani oleh masyarakat di Malaysia. Nama sebenar beliau adalah Mahathir bin
Mohamad yang di lahirkan pada 20 Disember 1952 di Alor Setar, Kedah. Sebelum
menjadi perdana Menteri ke-empat, beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Laki-
Laki Seberang Perak, Kedah. Kemudianya disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar
atau dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid. Semenjak kecil lagi, Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang mempunyai jalan tujuan
bagi mencapai matlamatnya. Dr Mahathir Mohamad juga merupakan seorang aktivis
politik yang dilahirkan kira-kira 65 tahun dahulu di Kedah.7 Oleh hal demikian,
terdapat beberapa persamaan diantara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam membentuk sikap nasionalisme dalam kalangan
masyarakat Islam di Malaysia.

2.0 SEJARAH PERJUANGAN KEPIMPINANAN ALI BIN ABI THALIB DAN TUN DR
MAHATHIR
Perjuangan dan kepimpinan Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Tun Dr. Mahathir dalam
mentadbir sesebuah kerajaan dapat dilihat antaranya, kebijaksanaan dalam
menyusun startegi, perkembangan dalam bidang pemerintahan, perkembangan
dalam bidang ilmu bahasa dan perkembangan dalam bidang ketenteraan. Berikut
akan dihuraikan mengenai perjuangan dari segi kebijaksanaan dalam menyusun
strategi;

2.1 Kebijaksanaan dalam menyusun strategi.

Setelah berlakunya Perang Siffin di Syam, Khalifah Ali bin Abi Thalib pulang kembali
ke Kota Kuffa. Beliau mendapati bahawa segelintir daripada tenteranya telah
mengasingkan diri dan enggan mentaati beliau. Pendapat mengatakan bahawa
seramai 16,000 sehingga 12,000 orang manakala yang lain mengatakan mereka
yang keluar adalah lebih kecil daripada jumlah itu. Golongan tentera tersebut yang
mengisytiharkan keluar daripada mentaat Khalifah Ali digelar sebagai puak Khawarij.
Namun begitu, Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib merupakan seorang yang bijak dalam
menyusun strategi bagi mengatasi masalah tersebut. Misalnya, beliau menghantar
Ibnu Abbas untuk menasihati dan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Selain

7 Ahmad Atory Hussain, Dimensi Politik Melayu 1980-1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993, hlm.20.

3
itu, Khalifah Ali telah mendekati gologan Khawarij tersebut dan berdebat mengenai
perkara-perkara yang dilontarkan oleh mereka kepada Ali bin Abi Thalib. Hasil
daripada perbincangan tersebut, beberapa orang daripada kaum Khawarij telah
kembali menyokong Khalifah Ali.8 Walau bagaimanapun, sebahagian daripada
mereka telah berpendirian tetap untuk menentang Khalifah Ali. Mereka juga
membatalkan perjanjian yang pernah dilakukan bersama Khalifah Ali dan menghasut
masyarakat supaya menyertai pertubuhan mereka. Selain itu, mereka juga
meninggalkan Kota Kuffah dan menuju ke sebuah desa yang dinamakan Nahrawan
kerana kekecewaan menerima keputusan Majlis Tahkim dan merasakan bahawa Ali
Bin Abi Thalib telah meipu mereka. Golongan ini juga bertindak agresif apabila
mengeluarkan fatwa dengan menghukum Ali bin Abi Thalib sebagai kafir kerana
menyekutukan Allah. Namun demikian, mereka hanyalah mentafsirkan ayat-ayat Al-
Quran berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Namun begitu, Khalifah Ali hanya
membiarkan mereka pergi ke Nahrawan kerana beliau mengatakan bahawa “kalau
mereka diam, kami akan biarkan. Kalau mereka berbicara, akan kami jawab dengan
hujah-hujah kami, dan kalau mereka merosak, mereka akan kami perangi”. Oleh
sebab itu, Khalfah Ali tidak bertindak terburu-buru untuk memerangi mereka
melainkan apabila mereka mencetuskan kekacauan secara terang-terangan. Hal ini
demikian, terbuktilah bahawa Khalifah Ali Bin Abi Thalib seorang yang bijak
menyusun menyusun strategi.9

Manakala, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga dianggap sebagai seorang
pemikir yang hebat. Dimana, Tun Dr Mahathir berjaya melakukan perubahan dalam
minda dan fizikal rakyat. Hal ini kerana, Dr. Mahathir mahu memastikan bahawa
rakyat Malaysia haruslah menepati masa dan bekerja keras bagi membangunkan
nama Malaysia ke pentas dunia.10 Perkara ini diilhamkan melalui perancangan “Dasar
Pandang Ke Timur” yang bermatlamatkan mencontohi negara Jepun sebagai negara
industri yang berjaya.11 Seterusnya, ianya juga bersesuaian dengan strategi Malaysia
untuk membentuk sektor awam dan swasta bagi kepentingan negara. Bagi Dr
Mahathir, Dasar Pandang Ke Timur (DPT) adalah merupakan satu strategi yang
meraih kejayaan negara Malaysia. Selain itu, startegi Dr.Mahathir dalam DPT ini juga

8
Musthafa Murad, Kisah Hidup Ali Ibn Abu Thalib, Jakarta: Penerbit Zaman, 2012, hlm.203.
9 Syaikh Mahmud Al Mishri, Sahabat-Sahabat Rasulullah, Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir, 2010, hlm.387.
10
Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Selangor: Utusan Publications & Distributors SDB BHD, 2009, hlm.258.
11 Ibid., hlm. 250.

4
membawa kebaikan dalam mempelajari dan memotivasikan orang Melayu untuk
mencontohi masyarakat Jepun dan Korea Selatan. Misalnya, dari segi gaya kerja iaitu
terutamanya bersikap displin serta bekerjasama dapat dibentuk untuk kepentingan
nasional semata-mata. Hasil daripada strategi Dr. Mahathir dalam melaksanakan
Dasar Pandang ke Timur telah meningkatan pelaburan sektor awam dalam
perindustrian dan perdagangan di negara Malaysia. Oleh hal demikian, kebijaksanaan
Tun Dr Mahathir dalam menyusun strategi dalam membangunkan negara Malaysia
merupakan satu kejayaan yang besar terhadap rakyat Malaysia.

2.2 Perkembangan dalam bidang pemerintahan

Pemerintahan Khalifah Ali Ibn Abi Thalib sangat berbeza dengan zaman
pemerintahan umat terdahulu. Umat islam pada zaman pemerintahan Abu Bakar dan
Umar Ibnu Khattab masih lagi bersatu. Selain itu, kehidupan masyarakat islam pada
zaman tersebut masih lagi sederhana dimana masyarakat tersebut tidak dipengaruh
dengan kemewahan duniawi, kekayaan, harta dan kedudukan. Namun segalanya
berubah apabila semasa pemerintahan Khalifah Usman Ibnu Afffan, keadaan mulai
berbeza dimana perjuangan sudah pun dipengaruhi dengan perkara-perkara yang
bersifat duniawi. Oleh kerana itu, Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib terpaksa mengatasi
masalah tersebut dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh beliau antaranya
adalah menggantikan para gabenor yang dilantik oleh Khalifah Usman Ibnu Affan
dan menarik kembali tanah milik negara.12 Menurut Khalifah Ali bin Abi Thalib, para
gabenor tersebut adalah punca pemberontakan berlaku. Gerakan pemberontak ini
terbentuk semasa pemerintahan khalifah Usman Ibnu Affan apabila usianya semakin
tua dan tidak mempunyai idea lagi dalam memperjuangkan dan mengembangkan
agama islam. Pemberontakan ini menyebabkan masyarakat pada zaman tersebut
ramai yang sengsara. Oleh kerana itu, Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib melucutkan
jawatan para gabenor dengan penggantian gabenor yang baharu. Misalnya, Umrah
Ibnu Syihab sebagai gabenor Kuffah, Qais Ibnu Sa’ad sebagai gabenor Mesir dan
Ubaidah Ibnu Abbas sebagai gabenor Yaman.13 Seterusnya, Khalifah Ali berperanan
penting dalam pelbagai bidang termasuklah menarik kembali semua tanah
pemberian Usman Ibnu Affan kepada keluarganya untuk dijadikan tanah milik
negara. Namun, usaha tersebut ditentang keras oleh Muawiyah kerana Muawiyah

12 Musthafa Murad, Kisah Hidup Ali Ibn Abu Thalib, Jakarta: Penerbit Zaman, 2012, hlm.103.
Ibid., hlm. 105.
13

5
merupakan salah seorang gabenor Syria yang juga terancam kedudukanya oleh
Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib.14 Hal demikian terjadilah beberapa perang yang berlaku
sehingga akhirnya Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib meninggal dunia di tangan orang-
orang yang tidak menyukainnya. Meskipun demikian, perjuangan khalifah Ali Ibnu
Abi Thalib dalam bidang pemerintahan bagi menegakkan agama Islam sehingga ke
akhir hayatnya merupakan salah satu perjuangan yang terbesar dan menjadi orang
kedua yang berpengaruh setelah Nabi Muhammad SAW.

Manakala, perkembangan dalam bidang pemerintahan Dr Tun Mahathir telah


banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak pelantikan sebagai
Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja.
Iaitu dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem
simpanan fail, urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam
segala urusan pejabat.15 Beliau juga telah melancarkan usaha dalam memerangi
rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan
kakitangan kerajaan. Pada zaman pemerintahan beliau, dunia pada masa itu telah
mengalami masalah kegawatan ekonomi manakala berlaku juga krisis matawang
melanda kebanyakan negara seluruh dunia.16 Misalnya, negara-negara Asia seperti
Thailand, Filipina dan Indonesia. Namun demikian, beliau telah berjaya
menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada
Dollar Amerika. Walau bagaimanapun, Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia
dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau.17 Namun, ia
terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari
belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka. Oleh hal
demikian, tindakan berani dan bijak Tun Dr Mahathir ini telah mendapat pujian
daripada Pengurus Besar IMF iaitu Horst Kohler. Tegaslah bahawa, Tun Dr Mahathir
mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat negara ke
arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau juga mempunyai
pandangan yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah
bangsa, memajukan negara dan meletakkannya di persada antarabangsa.

14
Ibid., hlm. 109.
15 Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Selangor: Utusan Publishtions & Distributors SDN.BHD, 2009, hlm.254.
16
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Kedah: ALF Promotions, 2003, hlm.118
17
Ibid., hlm.119

6
2.3 Perkembangan dalam bidang ilmu bahasa

Pada zaman khalifah Ali bin Abi Thalib, penguasaan agama islam telah tersebar ke
beberapa tempat. Misalnya di Sungai Efrat, Tigris dan Amu dariyah bahkan telah
sampai ke Indus. Oleh hal demikian, terdapat banyak kesalahan ditemukan dalam
membaca teks Al-Quran dan hadits sebagai sumber hukum islam oleh
menganggap bahawa kesalahan tersebut merupakan kesalahan yang sering
dilakukan oleh masyarakat yang bukan berasal daripada Arab,khususnya bagi orang-
orang yang mempelajari ajaran islam. Lantaran itu, Khalifah Ali memerintahkan Abu
Al-Aswad untuk mengarang pokok-pokok ilmu Nahwu iaitu Qawaid Nahwiyah sebagai
rujukan kepada mereka. Selain itu, Ilmu Nahwu juga dijadikan sumber dalam
mempelajari bahasa Al-Quran.18 Sebagai bahasa agama Islam, bahasa Arab sangat
penting untuk dipelajari khusunya kepada umat islam. Dengan itu, masyarakat yang
bukan berasal daripada masyarakat Arab dapat mendapatkan kemudahan dalam
membaca dan memahami sumber ajaran islam. Tegasnya bahawa perkembangan
dalam bidang ilmu bahasa seperti Ilmu Nahwu merupakan salah satu perjuangan
Khalifah Ali Bin Abi Thalib dalam memperjuangkan agama Islam.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang menekankan bahawa


seseorang yang beragama Islam seharusnya menjadi seorang rakyat di sebuah
negara yang maju. Selain itu, beliau berpendapat bahawa tidak sewajarnya negara-
negara Islam pada zaman sekarang masih lagi di tahap yang mundur dari segi
pendidikan.19 Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir merasakan perlunya
anjakkan paradigma mengenai pendidikan agama khususnya di Malaysia. Namun,
pada tahun 1983, kerajaan telah menubuhkan sebuah institusi yang berlandaskan
Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tujuan penubuhan
Universiti tersebut adalah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara
Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat
tinggi. Selain itu, pada abad ke-21 telah ditubuhkan satu penubuhan Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM). USIM ini merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama
yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia. Tujuan penubuhan adalah bagi

18
Ahmad Kilani Mohamed, Azhar Muhammad, Kamarul Azmi Jasmi, Permasalahan Pengajaran Nahu Bahasa Arab
Kepada Pelajar, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Atas Talian : https://www.researchgate.net. Di
akses pada 9 April 2019.
19
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Kedah: ALF Promotions, 2003,
hlm.112.

7
memartabatkan pendidikan Islam dan membawanya ke arus perdana pendidikan
negara20. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menekankan penggunaan teknologi
maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikan. Dengan penubuhan Universiti
Islam Malaysia, penguasaan bahasa Arab dan Inggeris juga menjadi tumpuan selain
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa harian. Dengan penubuhan UIAM
dan USIM nama negara Malaysia semakin dikenali di dalam kalangan negara-negara
Islam sedunia seterusnya dapat merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi
hub pendidikan di rantau ini. Bagi Tun Dr Mahathir menuntut ilmu adalah merupakan
satu jihad dan bagi menggalakkan umat Islam di Malaysia supaya menguasai ilmu
segala bidang pelbagai usaha telah dilaksanakan. Menurut beliau juga, tanpa ilmu
pengetahuan ummah tidak akan dapat mempertahankan diri daripada pencerobohan
musuh. Tanpa ilmu juga ummah tidak akan berjaya menguruskan negara dan
menjana ekonomi dengan baik.

2.4 perkembangan dalam bidang ketenteraan

Selain daripada perkembangan dalam bidang ilmu bahasa, Khalifah Ali juga
meneruskan perjuangan dalam bidang ketenteraan. Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib ini
mempunyai kelebihan seperti kecerdasan, ketelitian, ketegasan, keberanian dan
sebagainya. Hal ini dapat dilihat ketika beliau dilantik sebagai Khalifah dimana
semangat di jiwa masih lagi membara di dalam dirinya.21 Selain itu, beliau juga
terkenal sebagai pahlawan yang berani. Beliau juga handal dalam peperangan dan
mengetahui tipu daya musuh. Hal ini dapat dibuktikan di dalam peperangan Shiffin.
Selepas berakhirnya Perang Jamal, Mu’awiyah berhasrat untuk menuntut bela di atas
pembunuhan Uthman dengan menunjukkan sikap enggan memberi baiah terhadap
Khalifah Ali Ibnu Abi Talib melalui perutusan yang dihantar oleh Jarir Ibn Abd Allah.
Dalam peperangan tersebut, Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib mengetahui bahawa
siasatan dibuat Muawiyah Ibnu Abi Sufyan adalah hanya untuk memperdaya
kekuatan Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib dengan menolak ajakan secara damai. Selain
itu, Khalifah Ali sangat mengetahui bahawa Muawiyah adalah seorang yang sangat
licik. Meskipun demikian, para sahabat terus mendesak agar menerima tawaran
perdamaian itu. Perisitiwa tersebut dikenali dengan istilah”Tahkim” dimana peristiwa

20 Rahmanmat, Benarkah Mahathir Pembela Bangsa Melayu?, Kuala Lumpur: Percetakan Mesir, 1923, hlm.22.
21
Al Hamid Al Husaini, Imam Ali bin Abi Thalib r.a, Kuala Lumpur: Victory Agencie, 1989, hlm.331.

8
tersebut menunjukkan kelemahan sistem pertahanan pada masa pemerintahan
Khalifah Ali Ibnu Abi Thalib. Oleh kerana peristiwa tersebut, lahirlah tiga golongan
iaitu golongan Khawarij, golongan murijah dan golongan Syi’ah iaitu mereka yang
mengikuti Khalifah Ali. Ketiga-tiga golongan tersebut adalah golongan yang sangat
kiat dan yang mewarnai perkembangan pemikiran dalam islam.

Manakala, pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir telah dilancarkan satu
perlancaran iaitu Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa (LIMA) di Pulau
Langkawi Penubuhan, Kedah. Ia merupakan satu pameran udara dan maritime yang
berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan yang diadakan pada setiap
tahun ganjil di Pulau Langkawi. Hal ini demikian kerana, penubuhan LIMA adalah
bertujuan untuk dijadikan sebagai pelaburan dalam sektor keselamatan yang
melibatkan kelengkapan Angkatan Tentera dengan persenjataan dan teknologi
terkini. Tun Dr Mahathir merancang agar menjadikan negara Malaysia sebagai
negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
keupayaan Malaysia dalam menghasilkan produk aeroangkasa yang bertaraf dunia.
Selain itu, ianya akan membuka peluang kerjasama antara negara luar.22 Sebagai
contoh, LIMA akan menjadi tuan rumah delegasi perniagaan dari 31 negara dan 390
syarikat pertahanan dan komersial dengan 195 perniagaan antarabangsa. Hal
demikian akan meningkatkan ekonomi negara selain daripada negara memperolehi
teknologi-teknologi canggih dalam peralatan khususnya dalam bidang ketenteraan.
Tegaslah bahawa dengan penubuhan LIMA tersebut sedikit sebanyak telah
memberikan sumbangan kepada negara Malaysia khususnya dalam bidang teknologi
ketenteraan.

22
Berita Harian, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group, 2018, Atas Talian :
https://www.bharian.com.my, Di akses pada 9 April 2019.

9
3.0 RUMUSAN

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Baginda digantikan oleh empat orang sahabat paling
rapat dengan beliau iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.
Mereka kemudianya dikenali sebagai Khula’al-rasyiddin iaitu yang bermaksud para khalifah
yang mendapat petunjuk daripada Allah. Walau bagaimanapun, mereka masih mengekalkan
sikap-sikap yang dididik oleh Nabi Muhammaad. Namun, semasa pemerintahan Ali bin Ibn
Thalib telah bermula dengan suatu insiden yang besar dalam sejarah umat Islam yang telah
mencetuskan konflik yang berpanjangan. Pemerintahan Ali Ibn Abi Thalib yang hanya
berlansung selama empat tahun Sembilan bulan yang dipenuhi dengan pelbagai masalah
dan cabaran yang harus ditempuhi. Konflik yang berlaku dalam dimensi politik dan
pentadbiran ini telah wujud daripada pemerintahan sebelumnya sejak pemerintahan
“Uthman Ibn Al-Affan”. Maka setelah kematian Uthman, Khalifah Ali bertanggungjawab
menjawat jawatan sebagai khalifah dalam situasi rakyat yang kurang stabil. Meskipun
jawatan tersebut telah ditentang dari pelbagai pihak, namun beliau telah banyak
menyumbangkan kesan-kesan yang positif kepada negara semasa perjuangannya. Misalnya,
beliau bijak dalam menyusun startegi dalam menjalinkan hubungan dengan musuh. Selain
itu, beliau juga memberi sumbangan dalam pemerintahan. Misalnya, beliau telah menukar
gabenor-gabenor yang lama kepada yang baru dan beliau juga memperjuangkan tanah milik
negara sehingga ke titisan darahnya yang terakhir. Di samping itu, beliau juga memberi
sumbangan dalam bidang ilmu bahasa. Misalnya, beliau memberi pendidikan kepada
masyarakat Islam dan bukan Islam khusunya berkaitan dnegan ilmu Nahwu. Akhir sekali,
semasa perjuangan Khalifah Ali juga, beliau telah memberi sumbangan dalam bidang
ketenteraan yang mana beliau telah menunjukkan toleransi yang tinggi yang disertakan
hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi. Beliau sebagai khalifah menggunakan konsep
ketegasan dan kelembutan yang bersikaf dinamik dan elektif digunakan pada tempatnya
dalam menangani konflik-konflik yang tercetus.

Perjuangan kepimpinan Khalifah Ali bin Abu Thalib juga memberi pengaruh dalam
membentuk sikap nasionalisme dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Hal demikian
dapat dilihat dari segi kepimpinana Dr Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri
Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah yang telah berkecipung dalam
bidang politik kira-kira 65 tahun dahulu. Terdapat persamaan antara Tun Dr Mahathir

10
dengan Khalifah Ali ibn Abi Thalib semasa memerintah sesebuah negara. Misalnya, Dr
Mahathir juga bijak dalam menyusun strategi iaitu Dasar Pandang ke Timur yang
mencontohi negara barat iaitu Jepun dalam memajukan negara Malaysia. Selain itu,
sepanjang pemerintahan, beliau memberi sumbangan apabila negara mengalamni krisis
ekonomi dan kejatuhan mata wang. Namun, beliau telah berjaya mengatasi masalah
tersebut dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika. Di samping
itu, Tun Dr Mahathir juga membuka peluang dalam bidang pendidikan. Misalnya, beliau
telah menubuhkan beberapa Universiti khususnya berkaitan dengan ilmu Islam untuk
masyarakat islam di Malaysia. Akhir sekali, dalam bidang ketenteraan pula, beliau telah
menubuhkan LIMA iaitu Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa di Pulau
Langkawi, Kedah. Hal demikian membuka peluang negara untuk berhubung dengan luar
negara sejurusnya meningkatkan hubungan sejagat antara negara dalam keselamatan.
Terbuktilah demikian bahawa, perjuangan kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Thalib dalam
memerintah sebuah negara telah memberi kesan juga terhadap sumbangan Tun Dr
Mahathir semasa pemerintahan beliau.

11
RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. 1993. Dimensi Politik Melayu 1980-1990. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kilani Mohamed, Azhar Muhammad, Kamarul Azmi Jasmi. Permasalahan Pengajaran
Nahu Bahasa Arab Kepada Pelajar. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Atas Talian
: https://www.researchgate.net. Di akses pada 9 April 2019.

Al Hamid Al Husaini. 1989. Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Berita Harian. 2018. New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group. Atas
Talian: https://www.bharian.com.my. Di akses pada 9 April 2019.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2008. Apa itu Islam? Selangor: PTS Islamika SDN.BHD.

Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Selangor: Utusan Publications & Distributors
SDN.BHD.

Khalisha Adam. 2018. Pengajian Am, Selangor: Local Publications (M) SDN.BHD.

Muhammad Hashem. 2009. Mutiara Sastera Ali Edisi Khotabah. Kuala Lumpur: Penerbit Al-
Huda.

Musthafa Murad. 2012. Kisah Hidup Ali Ibn Abu Thalib. Jakarta : Penerbit Zaman.

Rahmanmat. 1932. Benarkah Mahathir Pembela Bangsa Melayu?. Kuala Lumpur: Percetakan
Mesir.

Robiah Kulop Hamzah. 2001. Kepimpinan. Selangor: PTS Publications & Distributors
SDN.BHD.

Syaikh Mahmud Al Mishri. 2010. Sahabat-Sahabat Rasulullah. Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir.

Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid. 2002. Mahathir Menjulang Martabat Malaysia. Kedah: ALF
Promotions.

Zulhilmi Paidi. 2003. Kenegaraan Malaysia. Selangor: PTS Publications & Distributor
SDN.BHD.

12

Anda mungkin juga menyukai