Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL KMM

NAMA: NURUL SYAFIQAH WAZIRAH BINTI ARDAM


NO.MATRIK: BA18161040

Berdasarkan artikel yang diberikan dapat dilihat dengan jelas yang mana
artikel ini membincangkan tentang sejarah penubuhan Melaka. Seperti yang
kita sedia maklum sebelum kedatangan Parameswara Melaka hanyalah
sebuah perkampungan nelayan yang mana tempat tersebut golongan mejoriti
yang tinggal di melaka adalah orang laut. Selain itu, pelarian-pelarian dari
kerajaan yang terdapat di sekitar melaka juga menjadikan melaka sebagai
tempat untuk berlindung. Namun, kedatangan parameswara telah membawa
perubahan yang ketara pada sistem pemerintahan di Melaka. Menggunakan
nama Sultan Muhammad Shah merupakan salah satu langkah yang
digunapakai oleh parameswara dalam pemerintahan dan telah menjadikan
melaka sebagai pusat pelabuhan yang terkenal pada waktu itu.

Di peringkat awal pemerintahan penubuhan empayar sultan-sultan


melaka dijalankan dengan telus dan strategik. Pada tahun 1511 masihi
Melaka kemudiannya mengalami zaman kejatuhan apabila Portugis tiba ke
Melaka dan akhirnya menjejaskan sejarah kesultanan. Disamping itu, penulis
turut menjelaskan Melaka diasaskan oleh seorang Maharaja yang beragama
Hindu dan Melaka bukan sebuah Kerajaan Islam. Namun, setelah
Parameswara berkahwin dengan seorang puteri dari pasai, agama Islam telah
dijadikan sebagai agama rasmi di Kesultanan Melayu Melaka. Baginda juga
turut menerima agama Islam dan menukarkan namanya menjadi
“Muhammad”. Oleh yang demikian, berdasarkan artikel yang diberikan,
dapatlah disimpulkan bahawa kewujudan Melaka lebih daripda 100 tahun itu
telah menjadi satu legasi kepada hubungan luar yang pelbagai sehingga ia
menjadi terkenal di seluruh dunia. Melaka pada waktu itu telah menjadi pusat
perdagangan yang mana membawa kepada penaklukan oleh pihak penjajah
dari portugis.

Anda mungkin juga menyukai