Anda di halaman 1dari 31

Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201

3
1.0 PENGENALAN.

Kaum Abroginal Australia dipercayai merupakan penduduk asli negara Australia


kerana mereka merupakan penduduk yang terawal membina petempatan di
Australia. Kehidupan kaum abroginal ini dijalani secara aman damai. Kaum
abroginal telah mencipta undang-undang dan adat tersendiri bagi menjaga
keharmonian hidup. Kaum abroginal juga dipercayai sangat menekankan hubungan
kekeluargaan. Hormat-menghormati dan saling-menyayangi antara satu sama lain
telah menjadi elemen asas dalam memastikan kehidupan terus dapat dikekalkan
secara harmoni. Selain itu, kaum abroginal Australia juga sangat mematuhi budaya
dan adat mereka ini telah digambarkan secara jelas oleh Loretta (2007) iaitu,

Indigenous people are obliged to attend the funeral not only of close family
members, but also the community members. Funeral do not take place until all
the relatives have arrived.1

Melalui penyataan yang digambarkan oleh Loretta (2007), dapat kita nilai betapa
kukuhnya hubungan kaum abroginal Australia antara satu sama lain. Namun
kehidupan abroginal Australia berubah sama sekali berikutan kedatangan peneroka-
peneroka Eropah ke Australia pada tahun 1788. Kedatangan peneroka Eropah ini
telah merubah keseluruhan sistem yang sedia ada yang selama ini menjadi amalan
mereka dan menjadi warisan turun-temurun. Natijahnya kedatangan peneroka
Eropah di Australia telah berjaya menimbulkan konflik sekaligus membangkitkan
semangat perjuangan dalam kalangan kaum abroginal Australia. Terdapat beberapa
aspek yang menjadi punca konflik iaitu konflik tanah, penghapusan etnik,
keagamaan dan adat, isu rasis dan tanggapan abroginal dan balasan tuhan.
Kesemua aspek ini dipercayai telah menjadi punca pertelingkahan antara peneroka
Eropah dan kaum abroginal Australia.

1
Loretta de Pleitz.2007.System Racism: The Hidden Barrier to Educational Success For
Indigenous School Student. Australian Journal Of Education, Vol 51, No .1. Hal. 59.

1 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

2.0 ISU TANAH ABORIGINAL DI AUSTRALIA

2.1 Tanah pada pandangan kaum Aboriginal

Orang Aboriginal Australia mempunyai sejarah yang panjang dalam


memperjuangkan hak tanah mereka. Perjuangan mereka ini bermula hampir satu
abad yang lalu dan masih berlanjutan sehingga sekarang. Sepanjang mereka
memperjuangkan hak tanah, kaum Aboriginal telah membuat bantahan awam,
mengemukakan usul supaya tindakan positif dalam politik dilaksanakan dan
memasang khemah di hadapan Dewan Parlimen. Tindakan mereka itu telah
membawa kepada pembaharuan undang-undang yang lebih positif.

Sebelum melangkah lebih jauh dalam isu tanah kaum Aboriginal yang tidak
berkesudahan ini, lebih baik kita mendalami terlebih dahulu apa erti tanah bagi
mereka. Ini adalah kerana apabila kita tahu erti tanah itu kepada mereka barulah
kita dapat melihat sama ada tindakan mereka dalam memperjuangkan hak tanah
mereka itu wajar atau tidak. Pengerusi Majlis Tanah di Utara Australia iaitu Mr
Galarrwuy Yunupingu menyatakan bahawa orang Aboriginal menganggap bahawa
tanah memiliki nilai yang tinggi melampaui potensinya dalam bidang ekonomi.
Darwin pula menyatakan;

“For Aboriginal people there is literally no life without the land. The land is where
our ancestors came from in the Dreamtime, and it is where we shall return. The
land binds our fathers, ourselves and our children together. If we lose our land,
we have literally lost our lives and spirits, and no amount of social welfare or
compensation can ever make it up to us.”2

2
______. Disember 2007. The History of Aboriginal Land Rights in Australia (18002-1980s).
Australia:Queensland Government. Hal 1.

2 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Berdasarkan daripada penyataan di atas menunjukkan bahawa orang
Aboriginal menganggap bahawa tidak akan ada sebuah kehidupan tanpa tanah.
Pada mereka tanah adalah satu tempat di mana nenek moyang mereka datang iaitu
dari “Dreamtime” dan ia adalah tempat mereka akan kembali. Pada mereka tanah
telah menyatukan mereka dengan ayah dan anak mereka. Jika mereka hilang tanah
maka pada anggapan mereka, mereka telah kehilangan nyawa dan roh mereka. Hal
yang serupa boleh kita lihat dalam penyataan Albrecht iaitu;

“Supernatural beings known as totemic ancestors [who] emerged from their


eternal sleep under the surface of the plain”… they slept again in eternal sleep,
as they had done at the beginning of the time. But they retained their power to
send down rain and to fill the earth with plants and animals of their own totem” 3

Selain itu, banyak juga penulis Australia cuba untuk mendefinisikan dan
menerangkan maksud tanah dari pandangan orang Aboriginal. Contohnya, Professor
W.E.H. Stanner yang menulis buku “White Man Got No Dreaming” ada menyatakan
maksud tanah bagi orang Aboriginal dalam buku penulisannya itu. Beliau
mengatakan bahawa4;

No English words are good enough to give a sense of the links between an
Aboriginal group and its homelands. Our word “home”, warm and suggestive
though it be, does not match the Aboriginal word that may mean “camp”,
“hearth”, “country”, “everlasting home”, “token place”, “life source”, “spirit
centre”, and much else all in one. Our word “land” is too spare and meagre...the
Aboriginal would speak of “earth” and use the word in a richly symbolic way to
mean his shoulder or his side. I have seen an Aboriginal embrace the earth he
walked on. To put our words “home” and “land” together into “homeland” is a
little better but not much. A different tradition leaves us tongueless and earless
towards this other world of meaning and significance.

3
Paul G.E.Albrecht. 1989. Aboriginal Australian. Quadarant Vol 33. Hal 70-75.
4
W.E.H.Stanner .1979.White Man Got No Dreaming:Essays 1938-1973, Australia: Books
Australia, Hal 230.

3 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

Berdasarkan daripada maksud yang telah dinyatakan di atas kita dapat lihat
bahawa kaum Aboriginal Australia mempunyai hubungan spiritual atau kerohanian
yang sangat kuat terhadap tanah mahupun negara Australia itu sendiri. Hal ini
berbeza dengan penduduk Australia yang lain. Terdapat beberapa ayat yang telah
menyuarakan ataupun menyatakan semangat spiritual kaum Aboriginal terhadap
tanah atau negara Australia. Antaranya, Paddy Roe dalam “Reading the Country”,
Sunfly Tjuperly dalam “Two Men Dreaming”, David Mowaljarlai dalam “Yorro Yorro:
Everything Standing up Alive” dan Bill Neidjie dalam “Story About Feeling”. Setiap
perkataan yang dinyatakan cuba untuk menggambarkan perhubungan orang
Aboriginal dengan tanah dalam pelbagai cara. Kita boleh menggambarkannya
sebagai satu semangat kerohanian seperti yang terdapat dalam ayat di bawah;

Listen carefully, careful and this spirit e [he] come in your feeling and you Will
feel it … anyone that, I feel it … my body same as you. I am telling you this
because the land for us never change round. Places for us, Earth for us, star,
moon, tree, animal. No-matter what sort of animal, Bird snake … all that animal
like us. Our friend that5.

2.2 Terra Nullius

Apabila British datang ke Australia mereka menyatakan bahawa negara tersebut


ialah “terra nullius”. Ini bermaksud bahawa tanah tersebut bukan milik sesiapa dan
untuk 200 tahun undang-undang yang berkaitan bahawa penduduk pribumi
(Aboriginal) tidak mempunyai hak dalam tanah tersebut telah diiktiraf. Tindakan
yang dibuat oleh pihak British ini telah dikriitik oleh negara-negara yang lain. Justeru
itu, pada tahun 1992 Mahkamah Tinggi Australia di Mabo v. Queensland telah
mengutuk doktrin terra nullius dan telah mengumumkan bahawa doktrin tersebut
tidak boleh lagi diterima pakai. Keputusan Mabo itu telah menjadi penanda aras
baru dalam perundangan Australia. Apabila selama 200 tahun hak tanah orang

5
Neidjie, B. 1989. Story About Feeling. Broome, WA: Magabala Books. Hal 182.

4 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Aboriginal telah dinafikan oleh kerajaan dan para hakim, 6 Mahkamah Tinggi Mabo
dengan lantang dan beraninya menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh
kerajaan adalah salah dari segi undang-undang.

2.3 Sebab berlaku konflik

Konflik ini disebabkan berlakunya percanggahan pendapat dalam kalangan orang


Eropah dengan orang Aboriginal mengenai pemilikan tanah. Orang Eropah
mengganggap bahawa tanah adalah milik persendirian manakala orang Aboriginal
pula menganggap tanah milik bersama. Pendapat orang Eropah itu adalah ekoran
terdapatnya satu undang-undang di Eropah pada abad ke-15 yang menyatakan
bahawa mereka mempunyai hak ke atas benda yang mereka terokai. Ini boleh kita
lihat berdasarkan penyataan yang dikemukakan oleh Carl Watner iaitu;

“According to the international law of Europe during the fifteenth century,


priority of discovery gave a nation supreme and unlimited right to the
discovered territory”7

Justeru itu, ini telah membuatkan orang-orang Eropah menganggap bahawa


setiap harta yang mereka temui merupakan harta persendirian. Hal yang serupa
turut diutarakan oleh Heather. Beliau menyatakan bahawa “It seems clear that
Aboriginal Societis developed a precise, although complex, concept of landholding.
It was very different from the European concept of land as individually owned

6
Heather McRea et al. 2003. Indigenous Legal Issue: Commentary and Materials. Paymont
N.S.W: Lawbook. Hal 17.
7
Carl Watner. 1983. Liberatarians and Indians: Proprietary Justice and Aboriginal Land
Rights. The Journal of Libertarian Study, Vol. VII, No.1. Hal 147.

5 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
private property, a commodity to be bought, sold and used to generate capital.8 Ini
berbeza dengan orang Aboriginal yang menganggapnya sebagai satu perkongsian.
Tambahan pula, orang Aboriginal juga menyatakan bahawa haiwan hanya boleh
diburu atau dibunuh untuk tujuan makanan. Manakala, orang Eropah pula memburu
bukan setakat untuk makanan tetapi juga bertujuan sebagai perhiasan dan pakaian.
Ekoran daripada perbezaan pendapat ini juga, orang Eropah telah mengatakan
bahawa pandangan orang Aboriginal mengenai pemilikan tanah telah melanggar
undang-undang kolonial.9

2.4 Contoh Konflik

Konflik pertama yang berlaku diantara orang Aboriginal dengan orang Eropah boleh
kita lihat apabila berlakunya pembunuhan ke atas 14 orang lelaki, wanita dan
kanak-kanak.10 Situasi ini berlaku pada tahun 1816 iaitu apabila Gabenor Lachlan
Macquarie mengarahkan supaya menangkap dan membunuh orang Aboriginal yang
menyerang peneroka di sungai Hawkesbury-Nipean. Penerokaan yang dijalankan ke
atas tanah atau kawasan orang Aboriginal ini juga adalah bertujuan untuk
melemahkan atau menghapuskan undang-undang tradisional orang aboriginal,
upacara kerohanian, mengeluarkan mereka dari tanah mereka sendiri dan
sebagainya.

Selain itu juga, konflik diantara orang Eropah dan orang Aboriginal boleh kita
lihat pada tahun 1788 iaitu apabila pendatang baru atau banduan datang ke
Australia. Hal ini berlaku apabila orang Aboriginal mendapati mereka tidak
menghormati tanah-tanah orang Aboriginal. Ini boleh kita lihat berdasarkan
penyataan yang dikemukakan Jan Kociumbas iaitu “By February 1788 it was
becoming apparent… that the newcomers were not temporary sojourners… and
that none of them had any respect for Aboriginal land management which for

8
Heather Goodall. 1996. Invansion to Embassy Land in Aboriginal Politics in New South
Wales. Australia:Allen & Unwin Pty Ltd. Hal 13.
9
David Van Tol et al. 2013. Pearson History New South Wales 9 Value Pack. Australia:Pearson
Australia. Hal 77.
10
Ibid. Hal 77.

6 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
thousands of years had ensured food resources were not depleted. 11 Tindakan
mereka itu telah menyebabkan orang Aboriginal berhadapan dengan masalah
kekurangan sumber makanan terutama semasa “First Winter”. Secara tidak
langsung situasi tersebut telah menimbulkan keinginan kaum Aboriginal untuk
menyerang banduan tersebut walaupun pada hakikatnya mereka tidak
bertanggungjawab atas pencerobohan tersebut. Namun, kehadiran mereka
dikawasan orang Aboriginal dianggap seperti mahu mengisytiharkan perang.

2.5 Perjuangan Kaum Aboriginal

2.5.1 Petisyen Bark (Bark Petition)

Orang Aboriginal Yirrkala yang terletak di Semenanjung Gove di Arnhem Land


merupakan golongan abroginal pertama yang mengambil tindakan politik positif
mengenai hak tanah. Pada bulan Ogos 1963, penduduk Yirrkala telah
menyampaikan petisyen Bark ke “Commonwealth House Representative” di
Canberra.12 Isu yang mereka bangkitkan dalam petisyen tersebut ialah bantahan
mereka terhadap keputusan yang telah dibuat untuk menjadikan Tanah Rizab
Arnhem sebagai tempat perlombongan bauksit. Bagi kaum Aboriginal tanah tersebut
sememangnya memiliki kepentingan ekonomi namun apa yang utama bagi mereka
ialah tanah tersebut memberi makna yang signifikan dalam aspek kerohanian atau
spiritual orang Aboriginal Yirrkala.13 Bantahan mereka ini juga ekoran daripada

11
Jan Kociumbas. 1992. The Oxford History of Australian Volume 2: 1770-1860 Possessions.
Melbourne: Oxford University Press. Hal 49.
12
Kay Schaffer & Sidonie Smith. 2004. Human Rights and Narrated Lives: The Ethics of
Recognition. New York and Basingstoke:palgrave Macmillan. Hal 101.
13
Horward Morphy. 1991. Ancestral Connection: Art and an Aboriginal System of Knowledge.
Chicago: The University of Chicago Press.Ltd. Hlm 18.

7 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
kurangnya rundingan yang dijalankan dengan pihak mereka dalam menjadikan
tempat tersebut sebagai tapak perlombongan bauksit.

Kesannya, parlimen telah bertindak balas dengan telah menubuhkan satu


jawatankuasa. Tujuan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat rungutan
kaum Aboriginal di Yirrkala. Melalui siasatan yang telah dibuat, jawatankuasa
tersebut mencadangkan supaya pampasan diberikan kepada orang Aboriginal.
Namun malangnya, tiada tindakan serta merta yang diambil selepas sisatan
dijalankan. Tetapi, kita boleh lihat bahawa petisyen Bark ini telah menunjukkan
hubungan unik orang Aboriginal dengan tanah hingga menarik perhatian orang
awam ke atas perjuangan mereka.

Kemudian pada bulan Disember 1968, mereka telah mengemukakan tuntutan


melalui Mahkamah Agung Wilayah Utara. Tuntutan orang Aboriginal itu telah
disemak semula dan mereka telah dipanggil untuk mendengar kenyataan mengenai
tuntutan yang telah mereka kemukakan pada tahun 1969. Setelah itu, pada bulan
April 1971, Hakim Blackburn telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang
Aboriginal tidak mempunyai udang-undang yang sah dalam tuntutan tanah. 14 Secara
tidak langsung keputusan ini menunjukkan bahawa sekiranya mahkamah
meluluskan tuntutan yang dikemukan oleh orang Aboriginal, maka kerajaan perlu
meluluskan udang-udang yang berkaitan dengan hak tanah untuk orang Aboriginal.

2.5.2 Mogok di Wave Hill (Strike at Wave Hill)

Pada tahun 1966 pula, kira-kira 100 orang Gurindji telah tinggal di Wave Hill di
Wilayah Utara. Tempat tersebut merupakan tanah tradisi mereka dan orang Gurindji
memilih untuk terus tinggal di sana dan mereka tidak mahu berpindah ke tempat
lain. Bagi memastikan mereka kekal di sana mereka telah melancarkan mogok.
Justeru itu, pada bulan Ogos tahun yang sama, orang Gurindji yang bekerja sebagai
peternak lembu telah melancarkan mogok tersebut seperti yang telah dirancang.
Pada peringkat awal, mogok tersebut dilaksanakan untuk menuntut gaji yang lebih
tinggi bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, hasrat dan

14
Ian Palmer. 1988. Buying Back the Land. Canberra: Aboriginal Studies Press. Hal 17.

8 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
tujuan utama mereka adalah untuk menuntut tanah mereka yang didatangi oleh
15
pihak British.

Ekoran daripada pelancaran mogok tersebut, pihak British telah


menggunakan pelbagai cara untuk menarik kembali perhatian orang Gurindji bagi
bekerja semula di tempat penternakan lembu tersebut. Malangnya, usaha tersebut
gagal. Bahkan yang lebih parah lagi bagi pihak atasan apabila orang Gurrindji telah
menubuhkan komuniti mereka sendiri di Wattie Creek. Maka, dengan penubuhan
komuniti tersebut orang Gurindji telah menyusun strategi yang lebih baik bagi
mendapatkan tanah mereka kembali.

Pada bulan April 1967, orang Gurindji telah menghantar petisyen kepada
Ketua Gabenor. Dalam Petisyen tersebut menyatakan bahawa mereka hanya akan
memajak kawasan seluas 1290 km 2 di sekitar Wattie Creek dan bukannya
menyerahkan tanah tersebut kepada pihak British. Tujuan mereka memajak tanah
tersebut adalah mereka berharap boleh menternak lembu sendiri. Secara tidak
langsung ini boleh meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya petisyen tersebut
diterima.

Tetapi sayangnya, usaha orang-orang Gurindji bagi menuntut hak mereka sia-
sia belaka. Hal ini adalah kerana, Gabenor Agung telah menolak petisyen yang telah
dikemukakan oleh orang Gurindji. Keputusan penolakan petisyen tersebut telah
dipengaruhi oleh kerajaan British dan kerajaan telah memberi amaran kepada orang
Aboriginal (Gurindji) supaya tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
serta dilarang menganggu hak-hak penyewa tanah di sekitar kawasan tersebut.

Lebih kurang 10 tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1975 pajakan pastrol
(pastrol lease) akhirnya telah diberikan kepada orang Gurindji. Pajakan yang
diberikan adalah bagi kawasan seluas 3280 km 2. Ini ekoran pembelian tanah oleh
Komanwel daripada penyewa di Wave Hill. Tanah tersebut dikenali sebagai
Daguragu. Setelah itu, tanah ini telah menjadi subjek utama dalam tuntutan tanah
di bawah Aboriginal Land Rights Northern Territory 1976 (Hak Tanah Orang Asli

15
Geoffrey Lindell & R.L.Bennett. 2001. Parliament: the Vision in Hindsight. Sydney:Fedretion
Press. Hal 193.

9 | Page
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Wilayah Utara). Isu yang telah dikemukakan adalah menukar status tanah tersebut
daripada pajakan kepada pegangan bebas.

Pada tahun 1981, tuntutan ke atas tanah tersebut telah didengar. Kesannya,
hampir kesemua tanah tersebut berjaya dimiliki oleh orang Aboriginal kecuali
sebahagian kecil tanah di bahagian Barat Daya. Manakala, pada bulan April 1983
Menteri Hal Ehwal Orang Asli (Minister for Aboriginal Affairs) telah menerima
cadangan daripada Pesuruhjaya Tanah Orang Asli ( Aboriginal Land Commissioner)
untuk memberikan hak milik pegangan bebas kepada kebanyakan penduduk
Daguragu dan sebahagian tanah di sekitarnya telah dijadikan sebagai Aboriginal
Land Trust (Tanah Amanah Orang Abroginal).

3.0 PENGHAPUSAN ETNIK

Sebelum kita berbincang dengan lebih terperinci mengenai penghapusan etnik ini
terlebih dahulu mari kita fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan
perkauman kerana penghapusan etnik ini juga mempunyai kaitan dengan
perkauman. Perkauman ini adalah satu sistem yang terancang berdasarkan ideologi
rendah diri yang melabelkan beberapa etnik atau kaum kumpulan berkenaan

10 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
sebagai lebih rendah daripada orang lain dengan tidak memperuntukkan sumber
masyarakat yang wajar sebagaimana petikan di bawah ini :

“ Racism is an organized system based on an ideology of inferiority that


labels some ethnic/racial group as inferior to others and differentially
allocates desirable societal resources to the superior ethnic/racial groups.
Racism can be broadly defined as avoidable and unfair actions that further
disadvantage the disadvantaged or further advantage the advantaged.
Racism can be expressed through stereotypes (racist beliefs). Prejudice

(racist emotions) or discrimination (racist behaviours and practices). “16

3.1 SEBAB KONFLIK

Dalam aspek penghapusan etnik ini ia merangkumi beberapa proses iaitu


proses pembunuhan, proses pemisahan (1940), proses asimilasi (1940-1960),
proses memudarkan perpaduan (1970) dan proses penentuan kendiri (1980) 17.
Penghapusan etnik telah berlaku di beberapa kawasan petempatan orang asli di
Australia yang mana telah berlaku pembunuhan secara beramai-ramai bagi
menghapuskan orang asli di Australia iaitu di Tasmania (1830), Waterloo Creek
(1837-1838), dan di Myall Creek (1838). Pertembungan budaya di antara golongan
peneroka dengan orang asli setempat telah menyebabkan kaum Aboriginal ini
diburu, ditangkap dan dibunuh secara sistematik tanpa mengira jantina dan usia.
Kaum Aboriginal dianggap tidak lebih daripada sebahagian daripada spesies flora
dan fauna di benua tersebut. Berdasarkan satu artikel yang dikaji, orang Aboriginal
di Myall Creek menegaskan bahawa mereka tidak akan meyerahkan tanah mereka
yang sudah berjuta tahun dibawah jagaan mereka tanpa sebarang peperangan.
Keinginan orang putih untuk menguasai sumber ekonomi di kawasan tersebut telah
mendorong mereka untuk menghapuskan golongan Aboriginal dengan berbuat

16
Yin Paradies, Ricci Harris & lan Anderson . 2008. The Impact of Racism On Indigenous
Health in Australia and Aotearoa : Towards a Research Agenda . Australia : Cooperative
Research Centtre for Aboriginal Health. Hal. 4
17
V.C Burgman. 2003. The Aboriginal Movement in Power , Profit and Protest: Australian
Social Movements and Globilisation. Australia : Allen & Unwin. Hal 415.

11 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
kekejaman melalui pembunuhan secara beramai-ramai. Mereka juga berpendapat
bahawa tiada sebarang masalah sedikit pun terhadap perlakuan mereka yang kejam
dengan menembak orang asli atau merogol wanita orang asli.

3.2 CONTOH KONFLIK

Kejadian yang berlaku di stesen Myall Creek Massacre pada 10 Jun 1838,
menyebabkan kira-kira 50 orang Aboriginal telah berpindah ke stesen Myall Creek
atas jemputan buruh pertanian disana yang diketuai oleh John Flemin. John telah
mengumpulkan orang Aboriginal dan mengikat tangan mereka bersama dengan tali
yang panjang. Didapati dua orang kanak-kanak telah terlepas. Dalam tempoh dua
puluh minit, mereka telah diheret ke arah barat dan kira-kira 800 meter dari pondok
orang asli atau Aboriginal, mereka telah dipancung dan kepala-kepala mereka
dibiarkan di mana kepala mereka jatuh. Dua hari selepas kejadian itu, mereka atau
pembunuh itu datang lagi untuk membakar badan mangsa. Mereka juga telah
merancang untuk mencari sepuluh orang lagi yang terlepas. Mereka akhirnya
menjumpai orang Aboriginal yang terlepas itu dan kebanyakan mereka telah
dibunuh. Telah dilaporkan bahawa antara 30 hingga 40 orang Aboriginal telah
terbunuh dan badan mereka telah dibakar di dalam api yang marak. Perempuan
dibiarkan berlari dalam keadaan darah yang keluar memancut dari leher yang
dipotong dan akhirnya perempuan itu dicampak hidup-hidup dalam api yang marak
tadi, begitu juga nasib kanak-kanak bayi yang dibakar hidup-hidup. Manakala
kanak-kanak perempuan pula dirosakkan oleh mereka yang tidak berhati perut. Ini
telah digambarkan dalam The Story Of The Myll Creek Massacre iaitu,

12 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
“Two beautiful young girls were allowed to live so that they could be raped” “I
look on the blacks as a set of monkeys and the sooner they are exterminated
from the face of the earth, the better. I knew the men were guilty of murder but I
would never see a white man hanged for killing a black” 18

Masyarakat di Myall Creek menamakan peristiwa ini sebagai kenangan atau


peristiwa hitam. Yang mana ada diceritakan bahawa orang putih telah menanam
bayi dalam tanah dengan kepala mereka di atas tanah. Mereka telah membuat satu
ujian untuk melihat siapa yang berjaya menendang dengan jauh kepala bayi dan
tendangan dibuat menggunakan kuda. Mereka juga menghabiskan masa mereka
dengan merogol perempuan Aboriginal dan kebanyakkan mereka diseksa hingga
mati. Contohnya, orang putih mendera perempuan Aboriginal dengan memasukkan
sesuatu yang tajam di vagina perempuan seperti tombak sehingga mereka
meninggal dunia . Manakala ,bagi kaum lelaki Aboriginal pula akan diikat tangan
mereka ke belakang dan buah zakar mereka akan dipotong seterusnya diarahkan
untuk berlari disekeliling sambil meraung kesakitan sehingga mereka meninggal
dunia. Gambaran peristiwa hitam di Tasmania pula bermula apabila seawal tahun
1804, apabila British menculik, menyembelih dan memperhambakan orang hitam di
Tasmania. Kerajaan kolonial juga enggan mengiktiraf mereka sebagai manusia
sepenuhnya. Berdasarkan seorang professor di UCLA, iaitu Jared Diamond
mengatakan :

“Tactics for hunting down Tasmanians included riding out on horseback to shoot
them, setting out steel traps to catch them, and putting out poison flour where
they might find and eat it. Sheperds cut off the penis and testicles of aboriginal
men, to watch the men run a few yards before dying. At a hill christened Mount
Victory, settlers slaughtered 30 Tasmanians and threw their bodies over a cliff.
One party of police killed 70 Tasmanians and dashed out the children’s brains 19.”

18
The Story Of The Myll Creek Massacre diakses dari laman
http://www.myallcreek.info/massacre/article/the-story-of-the-myall-creek-massacre/.
19
Black War : The Destruction of The Tasmanian Aborigines diakses dari laman
http://www.modernghana.com/news/299491/1/black-war-the-destruction-of-the-tasmanian-
aborigi.html

13 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

Bagi perempuan hitam Aboriginal pula diculik, diikat, dirogol dan dieksplotasi
sebagai hamba seksual sebagaimana kenyataan dibawah :

“We hear of children kidnapped as pets or servants, of a woman chained up like


an animal in a sheperd’s hut, of men castrated to keep them off their own
women. In one forey seventy aborigines were killed, the men shot, the women
and children dragged from crevices in the rocks to have their brains dashed out.
A man called Carrotts, desiring a native woman, decapitated her husband, hung
his head around her neck and drove her home to his shack20.”

Mereka juga menangkap wanita yang suaminya sudah terbunuh kemudian mereka
dipaksa untuk menggantungkan kepala suaminya yang terbunuh itu dileher mereka
sebagaimana dinyatakan seperti petikan di atas dan juga dalam buku “The History
of Tasmania, Volume II21”. Jari kecil kaum lelaki Aboriginal pula dipotong untuk
dijadikan penyumbat tembakau22.

3.3 PERJUANGAN KAUM ABORIGINAL

Sebagai tindak balas serangan orang Aboriginal terhadap orang putih, mereka telah
menyerang semula orang putih sebagaimana yang disokong oleh satu petikan yang
menyatakan bahawa :

“Naturally the first Tasmanians fought back, they attacked farms and farmers,
stock and stockmen, killing burning and destroying whatever they could .”
23

20
Ibid
21
John West .1966. The History Of Tasmania. Launceston : J. S. Waddell. Hal 16
22
Ibid . Hal 11
23
Tasmanian Aboriginal History and Culture diakses dari laman
http://www.brunyislandferry.com/Tasmanian-Aboriginal-History.html

14 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Contoh penentangan boleh kita lihat di Van Diemen’s Land sebagai balasan
kaum aboriginal terhadap garis hitam yang dilakukan oleh Gabenor George Arthur.
Disini kita boleh lihat keseriusan kaum aboriginal Australia dalam menghalang
petempatan orang putih dari menduduki pulau itu. Keseriusan kaum aboriginal telah
menyebabkan Arthur terpaksa memutuskan untuk menghapuskan sepenuhnya
kaum aboriginal dari pulau itu24.

Kekurangan komunikasi kerana halangan bahasa yang sukar difahami, dan


untuk menghapuskan semua orang lelaki Aboriginal bagi membolehkan mereka
bebas menyalahgunakan wanita dan anak gadis Aboriginal dengan melakukan
penderaan seksual ke atas mereka. Tindakan sebegini telah menyebabkan kaum
aboriginal telah bertindak balas ke atas orang Eropah seperti yang disokong oleh
petikan di atas.

4.0 KEAGAMAAN SERTA ADAT ATAU BUDAYA


4.1 SEBAB KONFLIK

24
____ .2005.Australia, Sejarah : Ensiklopedia Dunia Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Hal .415.

15 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Di samping itu, kewajaran perjuangan kaum Aboriginal ini turut didorong oleh faktor
keagamaan serta adat atau budaya. Bagi masyarakat ini, mereka mempunyai adat
mahupun kepercayaan terhadap sesuatu perkara. Ini jelas apabila mereka
menyambut atau merayakan tiga jenis upacara utama iaitu upacara kesuburan
yakni yang berkaitan dengan kesuburan tanah kerana ia merupakan aspek penting
dan telah sebati dalam kehidupan masyarakat Aboriginal. Masyarakat ini turut
menjalankan upacara yang berkaitan dengan penerimaan ahli serta upacara
kematian.25 Maka tidak hairanlah apabila orang Kristian berkeinginan untuk
menindas masyarakat Aboriginal kerana mereka tidak menggalakkan budaya pagan
yang diamalkan oleh kaum ini. Bagi penganut agama Kristian juga, mereka
berpendapat seseorang tidak boleh mudah tunduk dengan idea bahawa mereka
adalah watak dalam agama tersebut. Menurut Threlked, didalam Aboriginal society:

“The Aborigines of New Holland, in this part of the Colony, have no priesthood,
no altar, no sacrifice, not any religious service, strictly so called; their
superstitious observances can scarcely be designated as devine rites, being only

mysterious works of darkness, reveling and such like.26

Bukan itu sahaja, Threlked turut menambah bahawa ketidakserasian dengan


agama Kristian dan juga agama-agama lain menyebabkan amalan agama
Aboriginal tidak dianggap serius kerana banyak kandungan mitos. Kenyataan ini
disokong oleh Heinrich Meyer (1846) yang menyuarakan pendapat yang sama
berkaitan orang asli suku Encouunter Bay di Selatan Australia dalam etnografi
pendek beliau yang berbunyi:

. . . The moon is also [i.e., as well as the sun] a woman, and not particularly
chaste. She stays a long time with the men, and from the effects of her

25
Margaret Clunies Ross. 1986. Australian Aboriginal Oral Traditions. Oral Tradition. 1(2): hal.
231.
26
Ibid,. hal. 233.

16 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
intercourse with them she becomes very thin and wastes away to a mere
skeleton. When in this state Nurrunderi [a creator being]orders her to be
driven away. She flies, and is secreted for some time, butis employed all the
time in seeking roots which are so nourishing that in a short time she appears
again, and fi lls out and becomes fat rapidly.. . . They do not appear to have
any story of the origin of the world; but nearly all animals they suppose
anciently to have been men who performed great prodigies, and at last
transformed themselves into different kinds of animals and stones! 27

Isu kepercayaan masyarakat Aboriginal ini turut diperkatakan oleh Max


Charlesworth apabila beliau dan rakan-rakan menyatakan bahawa agama yang
dianuti oleh masyarakat Aboriginal adalah sebagai “primitif” yang dikategorikan
dalam zaman Prasejarah yakni tidak mengenal huruf serta tidak wujud perbezaan
antara agama dan juga budaya yang diamalkan. 28 Mircea Eliade dalam tulisannya
turut menyatakan hal yang sama berkaitan kepercayaan masyarakat Aboriginal. 29
Manakala Hilton Deakin dalam penulisannya pula telah mengenalpasti ciri budaya
“primitif” yang boleh dikaitkan dengan keadaan hidup masyarakat Aboriginal
Australia pada ketika itu. Ciri budaya yang beliau nyatakan ialah masyarakat ini
lebih kepada etno-sentrik, menekankan kewujudan kuasa ghaib iaitu dikaitkan
dengan dunia manusia serta dunia yang tepu dengan kuasa rohani. 30 Margaret
Clunies Ross menambah dengan menyatakan bahawa agama dan kepercayaan
orang Aboriginal adalah khurafat bagi orang Eropah. 31 Penafian kepercayaan
masyarakat Aboriginal oleh orang Eropah ini disebabkan mereka menganggap
bahawa bangsa mereka jauh lebih baik kerana mepunyai agama yang tersendiri
iaitu penganut agama Kristian. Justeru itu, mereka ingin masyarakat Aboriginal
meninggalkan kepercayaan yang telah diamalkan beratus tahun dahulu.

27
Heinrich Meyer. 1846. Manners and Customs of the Aborigines of the Encounter Bay Tribe,
South Australia. Adelaide: George Dehane, Government Printer; rpt. Public Library of South
Australia. hal. 11-12.
28
Colin Dean. 1996. The Autralian Aboriginal ‘Dreamtiem’ (Its History, Cosmogenesis
Cosmology and Ontology). Gamahucher Press: West Geelong Victoria Australia. hal. 2-3.
29
Harry Oldmeadow. “Melodies From The Beyond”: Australian Aboriginal Religion in
Schuonian Perspective. hal. 4
30
Hilton Deakin. 1982. “Some Thoughts on Transcendence in Tribal Societies”. Ways of
Transcendence. Edwin Dowdy (ed). Adelaide: Australian Association for the Study of
Religion. hal. 95-109
31
Margaret Clunies Ross. Op. cit,. hal. 234.

17 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Selain sistem kepercayaan, kepelbagaian adat yang diamalkan turut menjadi
faktor kepada kewajaran perjuangan masyarakat ini apabila wujudnya konflik
berkaitan adat yang dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, melalui kedatangan
orang Eropah ke Australia ini sekaligus telah memusnahkan adat yang sekian lama
diamalkan. Kedatangan penjajah ini juga bermakna mereka membawa amalan
mahupun kepercayaan sedia ada dari negara asal. Segala amalan berkaitan adat
yang diamalkan masyarakat Aboriginal tidak diendahkan kerana mereka
menganggap ia amalan khurafat dan tidak selari dengan amalan agama Kristian
yang mereka anuti. Terdapat beberapa adat yang diamalkan seperti adat yang
berkaitan dengan tanah, berburu dan juga adat menebang pokok.

4.2 ADAT TANAH

Dalam adat tanah, jika sesuatu kumpulan mahupun individu menginginkan


tanah tersebut untuk tujuan pertanian, pembangunan dan lain-lain, mereka mesti
melaksanakan upacara penyembahan kerana mereka percaya bahawa dunia ini
dipenuhi dengan semangat spiritual.32 Oleh itu, upacara persembahan harus
diselesaikan kerana tanah dikaitkan dengan wujudnya roh nenek moyang. Amalan
adat ini dilakukan bertujuan untuk meminta izin kepada roh nenek moyang untuk
menggunakan tanah agar kelak mereka tidak ditimpa bencana. 33 Semasa
melaksanakan upacara tersebut, kaum ini akan menyanyi lagu tradisonal mereka,
menari dan bersajak untuk membangkitkan semangat roh nenek moyang. Ini sejajar
dengan The Dreaming yang menjadi pegangan masyarakat Aboriginal. Menurut
Helen dalam tulisannya,

We are part of the Dreaming. We have been in the Dreaming for a long time
before we are born on this earth and we will return to this vast landscape at the
end of our days. It provides for us during our time on earth, a place to heal, to

restore purpose and hope, and to continue our destiny.34

32
Ibid,. hal. 232.
33
Stephanie Fryer-Smith. 2002. Aboriginal Bechbook fo Western Australian Courts. Australia;
Australian Institute of Judicial Administration Incorporated. hal. 20-21

18 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

Namun begitu, amalan yang dilakukan ini bertentangan dengan budaya orang
Eropah dan mereka ini merendahkan nilai masyarakat Aboriginal. Orang Eropah
dengan sesuka hati mereka meneroka tanah-tanah di Australia tanpa mengikut adat
yang ditetapkan.

4.3 ADAT MEMBURU BINATANG

Adat berburu haiwan pula yang dilakukan oleh masyarakat Aboriginal sama
sekali berbeza dengan orang Eropah. Ini jelas boleh dilihat melalui tujuan berburu
itu dijalankan. Bagi masyarakat Aboriginal, tujuan mereka berburu adalah untuk
makanan, dan juga untuk keperluan hidup seperti dijadikan pakaian, bakul, alatan
dan juga senjata. Manakala bagi orang Eropah pula, mereka menggunakan haiwan-
haiwan tersebut sebagai barang perhiasan mereka.
Contoh haiwan yang diburu ialah kangaroo, emus dan penyu yang dilakukan oleh
lelaki. Perempuan dan juga kanak-kanak pula berburu haiwan yang lebih kecil dan
memungut buah-buahan.35 Masyarakat Aboriginal ini percaya yang persekitaran
akan mudah rosak kerana wujudnya musim. Justeru itulah mereka ini hidup nomad
bertujuan untuk mengelakkan haiwan dan tumbuhan di sesuatu kawasan pupus. 36
Namun, mereka akan kembali semula ke tempat tersebut dalam satu jangka masa
tertentu. Keadaan ini berbeza dengan orang Eropah yang akan mengeksploitasi
haiwan dan alam sesuka hati mereka.

4.4 ADAT MENEBANG POKOK

Seterusnya, sama dengan adat tanah dan juga berburu binatang, adat
menebang pokok juga harus dilakukan untuk memohon izin nenek moyang. Seperti
34
Pat Dudgeon et. al. 2010. The Social ,Cultural and Historical Context of Aboriginal and
Torres Strait Islander Australian. Working Together: Aboriginal and Torres Strait Islander
Mental Health and Wellbeing Principles and Practice. Pert, Australia: Gunada Press. hal. 26.
35
Loc. Cit,. hal. 3.
36
Ibid,. hal. 2.

19 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
yang telah dinyatakan sebelumnya, kerohanian masyarakat Aboriginal telah sebati
dengan alam semula jadi. Justeru itu, kerosakan yang dilakukan akan membawa
kepada malapetaka seperti penyakit, kelaparan dan juga kekecewaan kerana
mereka ini sebahagian dari dunia semulajadi. 37 Mereka percaya bahawa malapetaka
ini akibat kemarahan roh nenek moyang terhadap perlakuan yang mereka lakukan
di bumi. Hal ini demikian kerana alam yang memberikan mereka kehidupan melalui
sumber makanan. Disebabkan inilah alam tidak dimusnahkan sesuka hati
termasuklah menebang pokok tanpa ikut adat yang telah diamalkan secara turun
temurun. Namun, kedatangan orang Eropah tidak mengendahkan adat ini
sebaliknya menebang dan memusnahkan pokok-pokok sesuka hati untuk tujuan
pembangunan sesuatu kawasan.

Oleh yang demikian, perlanggaran adat oleh orang Eropah telah


menimbulkan konflik atau membangkitkan semangat perjuangan bagi memastikan
kepercayaan dan juga adat yang dipegang sekian lama akan terus bertahan dan
juga terjaga.

4.5 PERJUANGAN KAUM ABROGINAL

Perjuangan kaum abroginal Australia bermula apabila ketiga-tiga adat ini telah
dilanggar dan tidak dipatuhi. Mereka merasakan perjuangan ini perlu dilaksanakan
agar tidak mengundang kemarahan dan balasan daripada roh nenek moyang
mereka. Berikutan hal ini, mereka telah mengambil tindakan seperti merosakkan
tanaman dan membunuh beberapa peneroka Eropah sebagai lambang perjuangan
mereka.

37
Northem Territory Government. Indigenous Traditional Religions. Hal. 1.

20 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

5.0 ISU RASIS

5.1 SEBAB KONFLIK

Perbezaan corak hidup antara peneroka Eropah dan abroginal Australia


sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Akibat perbezaan corak hidup ini telah
menimbulkan rasa bongkak dalam diri peneroka Eropah, kerana merasakan
kehidupan mereka lebih jauh bertamadun berbanding dengan abroginal Australia.
Keadaan ini telah menimbulkan tanggapan bahawa abroginal Australia bukanlah
human being malah yang lebih malang lagi apabila mereka juga dianggap sebagai
makhluk asing atau alien dalam kalangan peneroka Eropah pada ketika itu.
Penyataan ini telah dinyatakan oleh Jana (2009) iaitu, they did not consider them as
human being38. Ini turut disokong oleh Mark iaitu abroginal people mostly lived in
cultural spaces alien to settler 39. Keadaan yang wujud ini telah menyebabkan
sebilangan peneroka Eropah telah menafikan hak abroginal Australia kerana dilihat
sebagai sesuatu yang tidak bertujuan Ini telah dinyatakan oleh Burgmann (2003)
iaitu, Aboriginal people were denied agency, for they were not seen as purposive or
creative actors in their own right’40.

38
Jana Saglova.2009. The Australian Aboriginal People in the Past and Present: Thinking
White?. Masaryk University Faculty of Arts: Department of English and American Studies.
Hal. 11.
39
Mark Finnane.____. Settler justice and Aboriginal homicide in late colonial Australia. ARC
Centre of Excellence in
Policing and Security: Griffith University. Hal. 9.
40
V.C Burgman. 2003. The Aboriginal Movement in Power , Profit and Protest: Australian
Social Movements and Globilisation. Australia : Allen & Unwin. Hal. 2 .

21 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Tambahan lagi, menurut Burgmann (2003) penafian hak ini boleh dilihat dalam
aspek-aspek perkahwinan, penjagaan anak, pekerjaan, pendidikan, mengundi dan
mengumpul harta41. Penyataan ini juga turut disokong oleh Yin, Michael, Ricchi dan
Anderson (2008) yang turut menyenaraikan aspek-aspek yang sama dan apa yang
penting keadaan ini telah berlanjutan sehingga Australia berjaya mendapatkan
kemerdekaan. Kemerdekaan yang diperolehi seolah-olah hanya untuk penduduk
Australia yang bukan abroginal kerana kebebasan hak hanya dinikmati dalam
kalangan mereka sahaja tetapi tidak bagi masyarakat abroginal Australia. Keadaan
ini dapat dibuktikan melalui kajian jurnal Loretta (2007) dalam aspek pendidikan
yang jelas membuktikan bahawa kerajaan Australia telah mengabaikan kebajikan
dan keperluan dalam aspek tersebut contohnya kerajaan Austarlia telah
melaksanakan polisi pendidikan yang bersifat pembelajaran euro-sentrik 42
.Sebenarnya keadaan ini wujud disebabkan tanggapan masyarakat white Australian
yang menganggap masyarakat abroginal Australia adalah sama seperti mereka
walhal tidak kerana masyarakat abroginal Australia masih lagi mengamalkan budaya
mereka meskipun telah mengalami perubahan corak kehidupan. Ini dapat dilihat
melalui penyataan dibawah iaitu,

A number of policies educational policies are based on the assumption that


Indigenous people who no longer live in the ‘traditional way’ have lost they culture
and therefore ‘they like us’. This is not so. Wheater they live in remote areas of
Australia or in the city, Indigenous people maintain a culture, not based on physical

characteristic but on common belief, families ties and shared history .43

Menurut Loretta (2007), tindakan diskriminasi kaum di Australia dalam


kalangan masyarakat abroginal Australia sememangnya wujud dan tidak dapat
dinafikan lagi. Ini dapat dibuktikan melalui peristiwa Alice Spring pada tahun 1991
iaitu,

41
Ibid. Hal. 2.
42
Loretta de Pleitz.2007.System Racism: The Hidden Barrier to Educational Success For
Indigenous School Student. Australian Journal Of Education, Vol 51, No .1. Hal. 60.
43
Ibid. Hal. 60.

22 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3

In April 1991 the Northern Territory Minister of Education Deparment decided to


close the school and transfer the student the other school. He had two reason: the
first was that the school was not economically viable given the small classes,
declining enrolment, high degree of absenteeism and the number of late
attendence. As the reason did not explicity state as race factor, but it adversely
affect Indigenous student, it could be characterised as indirect discrimination. The
second reason was revealed in a television interview. The Minister observe that it
was a very ‘unsatisfactory situation’ that all student except four were Abroginal. He
said it was in the long-term interest of Abroginal children to learn to compete with
white children and to take their place in the wider community. 44

Natijah daripada peristiwa ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat abroginal Australia kerana mereka merasakan diri mereka
tidak diberi layanan yang sepatutnya. Sebenarnya rasa tidak puas hati ini telah lama
bertapak dalam diri masyarakat abroginal Australia namun sering kali suara-suara
ketidakpuasan hati ini seolah-olah dibiarkan begitu sahaja. Keadaan yang
berlanjutan ini akhirnya berjaya membangkitkan semangat perjuangan dalam
kalangan masyrakat abroginal Australia untuk memperjuangkan hak mereka sebagai
sebahagian rakyat negara Australia.

5.2 PERJUANGAN KAUM ABROGINAL

Penindasan yang dirasai selama bertahun-tahun akhirnya menimbulkan


semangat dalam kalangan masyarakat abroginal Australia untuk berjuang
mendapatkan hak mereka. Jika diteliti dari sudut sejarah perjuangan untuk
mendapatkan hak sebagai warganegara ini telah bermula pada awal tahun 1900.
Memang benar terdapat pergerakan awal pada tahun 1901 namun pergerakan
tersebut tidak begitu kukuh kerana masih dapat dilihat segelintir masyarakat
abroginal Australia yang masih tidak dapat menikmati hak mereka sebagai
warganegara Australia. Menurut Burgmann (2003) pergerakan untuk mendapat hak

44
Ibid. Hal. 57.

23 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
sivil bagi masyarakat abroginal Australia bermula pada tahun 1922 hingga 1967 45.
Pada tahun 1922 Australian Aboriginal Progressive Association ditubuhkan di New
South Wales. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memperjuangkan nasib dan
mendapatkan hak yang penuh bagi masyarakat abroginal Australia. Pertubuhan ini
diketuai oleh Fred Mayner namun tidak dapat bertahan lama kerana pertubuhan ini
diharamkan. Pada akhir tahun 1930, pergerakan perjuangan ini dilihat semakin aktif
apabila tertubuhnya Aborigines’ Progressive Association yang diketuai oleh Abo
Call. Pertubuhan ini mendapat sokongan daripada Parti Komunis.

Seterusnya pada tahun 1932, satu pertubuhan telah ditubuhkan di Melbourne


iaitu Australian Aborigines League yang diketuai oleh William Cooper. Tujuan
pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan hak sivil bagi masyarakat abroginal
Australia. Antara langkah awal yang dibuat adalah menghantar petisyen secara
terus kepada raja di Parlimen Komanwel yang mewakili masyarakat abroginal. Pada
tahun 1938, Australian Aborigines League dan Aborigines’ Progressive Association
telah bergabung untuk memperjuangkan hak mereka namun kejayaan tidak dapat
memberi kepuasan yang diinginkan. Berikutan hal tersebut pada tahun 1982 dan
2000, masyarkat abroginal Australia telah muncul secara tiba-tiba di Geneva bagi
menunjukkan kesungguhan perjuangan mereka bukan sahaja kepada negara
Australia tetapi kepada negara lain juga. Kemunculan ini dibuat untuk mendapat
sokongan daripada negara asing. Peristiwa ini boleh dilihat melalui penyataan Jana
(2009) iaitu,

for instance at the 1982 Commonwealth Games and at the 2000 Olympic Games in
Sydney. They need the attention not only of the government and all Australians, but
also of other countries, which is mentioned in the article “Racial Discrimination,
Australian Style”: “the Aboriginal Australians suddenly appeared in Geneva [...] to
present their grievances to the sub-commission of the United Nations which deals
with the prevention of discrimination and the protection of minorities.” The
Aboriginal people “are going overseas and asking other countries to support [them]”

45
V.C Burgman. (2003). The Aboriginal Movement in Power , Profit and Protest: Australian
Social Movements and Globilisation. Australia : Allen & Unwin. Hal. 7.

24 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
They need to build a platform so as to be listened to and so as other countries learn

more about the Aboriginal history.46

Tindakan masyarakat abroginal Australia ini akhirnya mendapat sambutan yang


positif kerana akhirnya negara Australia ini menyedari akan kesungguhan
masyarakat abroginal Australia yang sememangnya ingin diperakui. Menurut Jana
(2009), kini di Australia dapat dilihat beberapa bantuan yang diberi oleh kerajaan
dan pelbagai badan organisasi untuk membantu masyrakat abroginal Australia. 47

6.0 TANGGAPAN ABORIGINAL DAN BALASAN TUHAN

6.2 SEBAB KONFLIK

Kedatangan peneroka Eropah di Australia pada tahun 1788 dianggap sebagai


bencana kepada masyarakat abroginal Australia. Ini kerana kedatangan mereka
hanya merosakkan alam sekitar yang selama ini dianggap sebagai tempat yang suci
bagi masyarakat abroginal Australia . Ini dapat dilihat melalui penyataan dibawah
iaitu,

...the world of nature was their temple, and within this sanctuary they showed
great respect to every form, function and power. That the Indians held as sacred
all the natural forms around them is not unique...But what is almost unique in the
Indians' attitude is that their reverence for life and nature is central to their
religion: each form in the world around them bears such a host of precise values
46
Jana Saglova.2009. The Australian Aboriginal People in the Past and Present: Thinking
White?. Masaryk University Faculty of Arts: Department of English and American Studies.
Hal. 14-15.
47
Ibid. Hal. 15.

25 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
and meanings that taken altogether they constitute what one would call their
"doctrine".48

Keadaan ini menyebabkan masyarakat abroginal Australia merasa mereka


bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan sebarang aktiviti berkenaan
dengan alam sekitar perlu dijalankan upacara yang suci atau pemujaan perlu
dilakukan sebagai tanda memohon izin sebelum menggunakannya. Penyataan ini
disokong oleh Harry dalam jurnal iaitu,

because it [is] sanctified by the real presence and activity of the Supernatural
Beings. But like all other species of "sacred time", although infinitely remote, it is
not inaccessible. It can be reactualized through ritual. 49

Tanggapan ini muncul kerana mereka setiap elemen alam sekitar itu dicipta dan
disediakan oleh roh nenek moyang mereka untuk kegunaan harian dalam
kehidupan. Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan penyataan Jana (2009) iaitu, the
abroginies have believed that land was created for them by ‘supernatural’ beings
known as the totemic ancestor. 50

6.3 PERJUANGAN KAUM ABROGINAL

Tindakan peneroka Eropah meneroka alam sekitar secara sesuka hati dianggap oleh
masyarakat abroginal Australia sebagai suatu perbuatan yang mengundang
kemarahan tuhan mereka iaitu roh nenek moyang mereka sehingga mendatangkan
balasan daripada tuhan. Balasan ini diberikan kerana peneroka Eropah tidak
mengadakan upacara ritual sebelum menggunakan alam sekitar berikutan ini
48
Harry Oldmeadow. “Melodies From The Beyond”: Australian Aboriginal Religion in
Schuonian Perspective. Hal. 8.
49
Ibid. Hal. 8.
50
Jana Saglova.2009. The Australian Aboriginal People in the Past and Present: Thinking
White?. Masaryk University Faculty of Arts: Department of English and American Studies.
Hal. 10.

26 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
musibah penyakit telah merebak dalam kalangan masyarakat abroginal Australia.
Bagi mereka penyakit yang dibawa dan merebak disebabkan oleh white Australian
dikenali sebagai ‘Kardiya-Kurlangu’ 51. Contohnya penyakit diabetes dikatakan
penyakit yang datang dari Eropah kerana mereka tidak pernah hidapi penyakit ini
sebelum kedatangan peneroka Eropah. Penyakit lain yang juga dianggap sebagai
balasan tuhan ialah influeza, small pox dan tuberculosis. Bagi masyarakat abroginal
penyakit ini juga merebak disebabkan Spiritual Dysfunction.

Seterusnya, disebabkan tanggapan abroginal dan balasan tuhan maka


masyarakat abroginal telah bangkit untuk memperjuangkan hak mereka disamping
ingin meredakan kemarahan tuhan mereka. Perjuangan juga ini dibuat untuk
menghalang penyakit ini terus merebak.

7.0 KESIMPULAN

Perjuangan perlu diteruskan itulah pandangan kami. Berikutan hal ini, dapatlah
disimpulkan bahawa perjuangan kaum Abroginal Australia sememangnya sangat
wajar dan bukanlah sesuatu yang sia-sia seperti mana yang dianggap oleh segelintir
pihak Barat yang menganggap kaum abroginal Australia tidak mempunyai hak
dalam kehidupan ini. Jika diselusuri melalui aspek sejarah negara Australia, kaum
abroginal Australia lebih berhak kerana merekalah penduduk asli yang telah
menetap disana sebelum kedatangan peneroka-peneroka Barat. Kedatangan
peneroka-peneroka Barat di Australia telah menyebabkan, kaum abroginal Australia
hampir-hampir kehilangan identiti, dan bukan itu sahaja mereka juga hampir

51
Eirik J Saethre.2007. Conflicting Traditions, Concurrent Treatment: Medical Pluralism in
Remote Abroginal Australia. Ocenia 77. Hal. 96.

27 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
kehilangan tanah tumpah darah mereka yang selama ini menjadi tempat tinggal
mereka sejak dulu lagi. Justeru itu, perjuangan mereka didalam aspek tanah,
penghapusan etnik, keagamaan dan adat, isu rasis dan tanggapan abroginal dan
balasan tuhan tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia kerana setiap
manusia didunia ini mempunyai hak yang sama dan perlu diberi layanan yang sama
tanpa diskriminasi.

Oleh itu, kita renungilah kata-kata pejuang bangsa Tuan haji Limbong yang
telah mengatakan “tanah ini milik ALLAH dan bukanlah milik manusia”. Berikutan
hal ini, ini perlu difahami bahawa tidak terdapat satu peraturan atau ketetapan
didunia ini yang jelas menunjukkan sesuatu yang ada dibumi ini milik manusia
tertentu kerana setiap yang diciptakan di atas muka bumi ini semua milik ALLAH
dan kita sebagai manusia hanya pengguna sahaja.

RUJUKAN

Albrecht. G.E Paul. 1989. Aboriginal Australian. Quadarant Vol 33.

B. Neidjie.1989. Story About Feeling. Broome, WA: Magabala Books.

Black War : The Destruction of The Tasmanian Aborigines diakses dari laman
http://www.modernghana.com/news/299491/1/black-war-the-destruction-of-the-
tasmanian-aborigi.html.

28 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Burgman V.C. 2003. The Aboriginal Movement in Power , Profit and Protest:
Australian Social Movements and Globilisation. Australia : Allen & Unwin.

Dean Colin. 1996. The Autralian Aboriginal ‘Dreamtiem’ (Its History, Cosmogenesis
Cosmology and Ontology). Gamahucher Press: West Geelong Victoria Australia.

Deakin Hilton.1982. “Some Thoughts on Transcendence in Tribal Societies”. Ways of


Transcendence. Edwin Dowdy (ed). Adelaide: Australian Association for the Study of
Religion.

Dudgeon Pat et. Al. 2010. The Social ,Cultural and Historical Context of Aboriginal
and Torres Strait Islander Australian. Working Together: Aboriginal and Torres Strait
Islander Mental Health and Wellbeing Principles and Practice. Pert, Australia:
Gunada Press.

Finnane Mark .____. Settler justice and Aboriginal homicide in late colonial Australia.
ARC Centre of Excellence in
Policing and Security: Griffith University.

Goodall Heather.1996.Invansion to Embassy Land in Aboriginal Politics in New South


Wales. Australia:Allen & Unwin Pty Ltd.

Kociumbas Jan. 1992. The Oxford History of Australian Volume 2: 1770-1860


Possessions. Melbourne: Oxford University Press.

Lindell Geoffrey & Bennett. L.R. 2001. Parliament: the Vision in Hindsight.
Sydney:Fedretion Press.

McRea Heather et al. 2003. Indigenous Legal Issue: Commentary and Materials.
Paymont N.S.W: Lawbook.

Meyer Heinrich. 1846. Manners and Customs of the Aborigines of the Encounter Bay
Tribe, South Australia. Adelaide: George Dehane, Government Printer; rpt. Public
Library of South Australia.

29 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Morphy Horward. 1991. Ancestral Connection: Art and an Aboriginal System of
Knowledge. Chicago: The University of Chicago Press.Ltd.

Northem Territory Government. Indigenous Traditional Religions.

Oldmeadow Harry.“Melodies From The Beyond”: Australian Aboriginal Religion in


Schuonian Perspective.

Palmer Ian. 1988. Buying Back the Land. Canberra: Aboriginal Studies Press.

Paradies Yin, Harris Ricchi & Anderson lan.2008. The Impact of Racism On
Indigenous Health in Australia and Aotearoa : Towards a Research Agenda . Australia
: Cooperative Research Centtre for Aboriginal Health

Pleitz de. L 2007.System Racism: The Hidden Barrier to Educational Success For
Indigenous School Student. Australian Journal Of Education, Vol 51, No .1.

Ross Clunies Margaret .1986. Australian Aboriginal Oral Traditions. Oral Tradition.
1(2).

Saethre J Eirik. 2007. Conflicting Traditions, Concurrent Treatment: Medical Pluralism


in Remote Abroginal Australia. Ocenia 77.

Saglova Jana. 2009. The Australian Aboriginal People in the Past and Present:
Thinking White?. Masaryk University Faculty of Arts: Department of English and
American Studies.

Schaffer Kay & Smith Sidonie. 2004. Human Rights and Narrated Lives: The Ethics
of Recognition. New York and Basingstoke:palgrave Macmillan.

Stanner. W.E.H. 1979.White Man Got No Dreaming:Essays 1938-1973,


Australia:Books Australia.

Smith-Fryer Stephanie.2002. Aboriginal Bechbook fo Western Australian Courts.


Australia; Australian Institute of Judicial Administration Incorporated.

30 | P a g e
Soalan 12: Kewajaran Perjuangan Aboriginal Australia 201
3
Tasmanian Aboriginal History and Culture diakses dari laman
http://www.brunyislandferry.com/Tasmanian-Aboriginal-History.html

The Story Of The Myll Creek Massacre diakses dari laman


http://www.myallcreek.info/massacre/article/the-story-of-the-myall-creek-massacre/

Tol Van David et al. 2013. Pearson History New South Wales 9 Value Pack.
Australia:Pearson Australia.

Watner Carl. 1983. Liberatarians and Indians: Proprietary Justice and Aboriginal
Land Rights. The Journal of Libertarian Study, Vol. VII, No.1.

West John .1966. The History Of Tasmania. Launceston : J. S. Waddell.

____ .2005.Australia, Sejarah : Ensiklopedia Dunia Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

31 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai