Anda di halaman 1dari 2

TAJUK PEMBENTANGAN TUTORIAL AT10603

PENULISAN AKADEMIK
Semester 2, Sesi 2018/2019

Soalan Pembentangan 1:
Jelaskan ciri-ciri penulisan akademik yang baik dalam sains sosial. Mengapakah
penulisan dalam Sains Sosial perlu bersifat akademik?

Soalan Pembentangan 2:
Jelaskan enam (6) pendekatan utama dalam penulisan akademik yang telah anda pelajari.
Sejauhmana empat (4) model pendekatan epistemik sesuai digunakan untuk menulis
sebuah kertas kerja ilmiah.

Soalan Pembentangan 3:
Huraikan pola naratif, deskriptif, eksposisi dan argumentatif dalam penulisan akademik.
Sejauhmana pola penulisan ilmiah ini mempunyai perkaitan dengan tujuan penulis.

Soalan Pembentangan 4:
Dengan menggunakan beberapa tesis tahun akhir pelajar FKSW (boleh diperolehi di bilik
sumber Ilmu Sabah.com):
(i) Huraikan ketidakseragaman yang anda temui dalam penulisan
bibliografi/rujukan yang ditulis oleh pelajar.
(ii) Huraikan cara-cara penulisan bibliografi/rujukan yang berbeza bagi bahan-
bahan yang berbeza (buku, artikel, bab, tesis, arkib, internet)

Pembentangan 5:
Mengapakah sorotan literatur penting dalam penulisan akademik di universiti?

Soalan Pembentangan 6:
Mengapakah plagiarism dianggap sebagai ‘dosa besar’ dalam penulisan akademik?
Bagaimanakah caranya anda mengatasi masalah plagiarism ini?

1
Soalan Pembentangan 7:
1. Huraikan jenis dan fungsi penulisan ilmiah seperti sinopsis, abstrak, esei ilmiah, buku
dan tesis?
2. Bincangkan proses penulisan sesebuah esei akademik dan mengapakah penulisan esei
akademik perlu dirancang?

Soalan Pembentangan 8:
Apakah tujuan jadual dan geraf dalam penulisan akademik Sains Sosial? Bincangkan
kriteria yang perlu diambilkira bila menghuraikan sesuatu jadual.

Soalan Pembentangan 9:
Mengapakah penggunaan bahasa dan gaya bahasa yang tepat dalam penulisan akademik
Sains Sosial penting? Berikan contoh-contoh yang sesuai.

Soalan Pembentangan 10:


Jelaskan bentuk dan tujuan petikan/kutipan dalam penulisan akademik. Bagaimana anda
boleh menjelaskan bahawa bentuk petikan/kutipan tersebut mempunyai kaitan dengan
format penulisan rujukan (samada format MLA, APA dan CBE).

Soalan Pembentangan 11:


Mengapakah proses penyuntingan sangat penting dalam sesebuah karya penulisan
akademik? Apakah aspek-aspek utama yang ditekankan dalam proses penyuntingan
tersebut?

Soalan Pembentangan 12:


Sejauhmanakah penulisan akademik yang baik boleh mempengaruhi pandang dunia
masyarakat dan pembuat keputusan berkaitan sesuatu dasar atau program pembangunan
yang akan dilaksanakan?

Disediakan oleh:
Prof. Dr. Rosazman Hussin
Penyelaras Kursus AT10603
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS

Anda mungkin juga menyukai