Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI PLURALISME AGAMA

Pluralisme pada umumnya dan Pluralisme Agama pada khususnya bukanlah sekadar
toleransi belaka. Pluralisme agama merupakan satu ancaman besar dalam
masyarakat islam. Asas utama Pluralisme agama adalah islam satu-satunya agama
yang benar dan Allah s.w.t. satu-satunyayang diimani. Walaupun demikian Islam
tidak menghalang hak-hak agama lain untuk mengamalkan agama mereka yang
menjadi kesalahan ialah menyamakan Islam dengan agama-agama lain. Penekanan
Pluralisme lebih pada “kesamaan” atau “kesetaraan” (equality) dalam segala hal,
termasuk “beragama”. Setiap pemeluk agama harus memandang sama pada semua
agama dan pemeluknya. Oleh itu, mengikut daripada pandangan tersebut Pluralisme
agama dapat ditakrifkan sebagai konsep keyakinan “iman-kufur” yang mana
menganggap semua agama sama.

Terdapat beberapa ciri Pluralisme agama yang dapat di lihat iaitu persamaan
(equality). seperti yang dibicangkan sebelum ini aspek yang ditekan dalam
Pluralisme Agama adalah kesamaan yang mana agama yang ada adalah sama.
Perkara tersebut adalah ciri yang dapat dilihat dengan jelas dalam ajaran ini.
Pluralisme agama mengimplikasikan pengakuan persamaan dalam semua agama dan
menjadikan asas kepada ajaran. Oleh itu, Pluralisme agama mengajarkan semua
agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.

Liberalisme atau kebebasan merupakan ciri yang kedua dalam ajaran pluralisme


agama. Pluralisme agama juga memberikan ajaran bahawa ada hak kebebasan
dalam beragama. Perkara ini dapat ditakrifkan sebagai beragama itu adalah satu
kebebasan iaitu bebas dalam membuat pilihan untuk menganut agama. Ajaran ini
juga membawa maksud lain yang lebih jelas iaitu keluar-masuk agama. Sebagai
contoh Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa
menjadi Hindu, dan seterusnya.

  Seterusnya, Relativisme dapat ditakrifkan sebagai penilaian mengikut daripada


pemikiran seseorang atau mengikut daripada pendapat diri sendiri yang mana
dianggap kebenaran sesuatu perkara itu adalah mengikut daripada penilaian yang
dilakukan. Begitu juga yang dimaksudkan dengan Relativisme agama. Relativisme
agama adalah suatu fahaman yang mengatakan bahawa kebenaran agama itu
dianggap benar oleh penganutnya. Misalnya, orang-orang kristen menganggap benar
agama yang dianutnya. Begitu juga dengan hindu, budha, dan agama yang lain.

Apa yang dikatakan benar atau salah baik atau buruk tidak bersifat mutlak,
sentiasa berubah-ubah dan bersifat relative tergantung kepada individu, dan juga
dipengaruhi sosial dan persekitaran. Eksklusivisme juga termasuk dalam ciri
pluralisme agama. Ramai orang yang gagal memahami ciri ini yang mana ciri kalau
difahami dengan betul akan membawa maksud bentuk hubungan sosial yang khusus
kepada kelompok atau golongan tertentu sahaja. Beberapa kelompok diketahui
adalah kelompok yang sangat eksklusif sehingga kelompok tersebut orang lain tidak
mudah memasuki kelompok lain. Bahkan, beberapa kelompok tersebut sering
melakukan penindasan sehingga menyebabkan timbulnya sikap agresif dan
diskriminatif.

Namun apa yang dapat dilihat sebagai manusia harus melakukan kehidupan
sosial dengan betul bukan mengamalkan sifat kesatuan yang mana lebih
mementingkan kepada kaum mereka sendiri dan menjadi kelompok yang lain boleh
dikatakan sebagai musuh. Tujuan manusia membentuk kelompok itu adalah satu
cara dalam mewujudkan interaksi sosial dan untuk membantu antara satu dengan
yang lain. Sebenarnya tujuan membentuk kelompok adalah tujuan yang baik yakni
membuat relasi antar kelompok menjadi lebih kuat.

Namun, membentuk kelompok akan menyebabkan ruang antara masyarakat itu


mula menganggap bahawa kelompok mereka adalah yang memiliki ciri-ciri kelompok
sosial paling baik. Hal ini menyebabkan kelompok-kelompok tersebut menjadi 
cenderung untuk membandingkan dengan yang lain. Dalam aspek agama pula dapat
dilihat jika disamakan dengan sifat yang berkelompok tersebut akan menjadikan
setiap penganut yang ada akan menganggap Agama yang mereka anuti adalah yang
terbaik dan mula timbul sifat kesatuan yang mana hanya mementingkan tentang
agama mereka sahaja dan mengganggap masyarakat yang beragama lain sebagai
musuh. Pluralisme Agama dianggap sebagai ajaran yang menjunjung tinggi
kebebasan.

Anda mungkin juga menyukai