Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA KUALA PILAH


(KEJURURAWATAN)

GCSP 2033 HEALTH SOCIOLOGY AND PSYCHOLOGY

TOPIC OF ASSIGNMENT GROUP 3:


KESEJAHTERAAN SOSIAL DI KAWASAN PERUMAHAN
DI BANDAR

NAME : HASMIZA BINTI AB HAMID

MATRIX NUMBER : DPNS 1/2023 (08)-0013

NAMA PENGAJAR : PUAN SITI JULIANA BINTI A. RAHMAN


TARIKH HANTAR : 15 MARCH 2023
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

PENGENALAN 2

LATAR BELAKANG 3-4

PERBINCANGAN 5

CADANGAN 6

KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmat dari kurniaannya


serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang telah dianugerahkan kepada saya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah saya yang tercinta, Puan Siti Juliana binti A. Rahman kerana tunjuk ajar yang
diberikan telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa
saya yang telah memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan peringatan terhadap setiap apa yang telah saya alpa. Mereka banyak
memberi tunjuk ajar dan membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya
utarakan kepada mereka.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini.

Terima kasih.

1
PENGENALAN

Pada hari ini, kesejahteraan sosial amatlah penting terutamanya di kawasan


perumahan di bandar. Kesejahteraan sosial bermaksud sekumpulan faktor yang
bergabung sehingga anggota masyarakat dapat memenuhi keperluan asas mereka.
Selain itu, mereka juga mempunyai tahap kualiti hidup yang optimun. Namun begitu,
kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar perlulah dicapai untuk memastikan
kesejahteraan hidup bersama. Bukan sahaja dapat membina kesejahteraan hidup
bersama, bahkan ia juga membantu untuk perkembangan dalam hidup kemasyarakatan.

Selain itu, kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar ini juga


merangkumi terminologi sosiologi iaitu masyarakat. Masyarakat merupakan sekelompok
manusia yang hidup bersama, berkongsi kehidupan, dan mereka saling bergantung
antara satu sama lain. (Rohana Yusuf, 2006). Terdapat pelbagai kelas masyarakat seperti
perbezaan tempat tinggal iaitu di kampung dan di bandar. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka tinggal di tempat yang berbeza kerana perbezaan cara mencari nafkah.
Oleh itu, perbezaan budaya dapat menggalakkan lagi interaksi antara satu sama lain.

Kesejahteraan sosial ini juga merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti


kesihatan, pendidikan, ekonomi, tempat tinggal, makanan dan barangan pengguna.
Menurut laman sesawang Astroawani.com, kebahagian bukan terletak pada aspek
kewangan malah kesejahteraan sosial merupakan keutamaan masyarakat. Sesetengah
masyarakat bandar di kawasan perumahan hanya memandang remeh tentang
kesejahteraan sosial. Namun, apakah faktor utama yang menyebabkan sesetengah
masyarakat memandang remeh tentang kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di
bandar. Sekiranya masyarakat mengamalkan kesejahteraan sosial di kawasan
perumahan di bandar apakah kesan positif yang dapat diterajui? Oleh itu, kita mestilah
mengenalpasti faktor-faktor tersebut dan berusaha untuk membendung masalah tersebut
dari berleluasa.

2
LATAR BELAKANG

Laporan kajian yang dijadikan sebagai bahan laporan bertajuk kesejahteraan sosial
di kawasan perumahan di bandar. Antara alasan artikel ini dipilih kerana artikel ini sesuai
dan memenuhi salah satu ciri-ciri tugas yang diberikan berkaitan sosiologi. Teori konflik
beranggapan bahawa masyarakat atau organisasi berfungsi supaya setiap peserta
individu dan kumpulannya berjuang untuk memaksimumkan manfaat kepada mereka.
Teori konflik ini merupakan karya Karl Marx pada tahun 1883. Teori ini telah menjelaskan
bahawa kerjasama antara masyarakat diperlukan untuk memenuhi sumber pertumbuhan
sihat. Oleh itu, teori konflik ini dapat membantu mengawal sumber daya material dan
kekayaan terkumpul, kawalan politik dan institusi masyarakat, dan status sosial untuk
memastikan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar.

Menurut laman sesawang Astroawani.com, pada tahun 2018 indeks kesejahteraan


sosial telah meningkat sebanyak 0.8 peratus dari tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan
telah menjelaskan beberapa aspek yang terdapat dalam kesejahteraan sosial seperti
pendapatan, pengangkutan, kesihatan, perumahan dan pendidikan. Kenyataan dari
petikan berita ini menunjukkan bahawa pentingnya kesejahteraan sosial di negara ini.

Antara faktor utama yang menyebabkan sesetengah masyarakat memandang


remeh tentang kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar ialah kos sara
hidup yang tinggi. Peningkatan harga rumah yang dijual pada masa kini sangatlah mahal
berbanding zaman dahulu. Hal ini berlaku kerana peningkatan harga barangan seperti
simen, batu bata, dan gaji pekerja. Individu yang menjual rumah terpaksa meletakkan
harga yang mahal kepada pembeli untuk keuntungan mereka. Generasi masa kini
terpaksa berbelanja lebih tinggi untuk mendapatkan sebuah rumah berbanding generasi
sebelum ini. Keadaan ini menyebabkan generasi masa kini tidak mahu membeli
perumahan di bandar kerana tidak mampu, malah mereka lebih memilih untuk menetap
dan membeli rumah di kawasan kampung.

Selain itu, perbezaan agama dan bangsa juga merupakan faktor utama yang
menyebabkan sesetengah masyarakat memandang remeh tentang kesejahteraan sosial
di kawasan perumahan di bandar. Terminologi sosiologi yang boleh dikaitkan budaya. Di
Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, India dan
sebagainya. Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia yang meliputihasil
3
kehidupan kelompok, yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. (Rohana,2006)
Kesejahteraan sosial ini akan terjejas apabila sikap sesetengah masyarakat yang
bersikap memilih untuk berinteraksi dengan sesama kaum mereka sendiri. Hal ini berlaku
kerana mereka mempunyai perasaan takut untuk bergaul dan tidak dapat mengadaptasi
diri mereka bersama kaum yang lain. Keadaan seperti ini telah menjadi contoh kepada
generasi masa kini untuk berbuat seperti demikian juga.

Seterusnya, faktor utama yang menyebabkan sesetengah masyarakat memandang


remeh tentang kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar ialah kemajuan
dalam bidang teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana kemajuan teknologi ini telah
menyebabkan kekurangan interaksi antara satu sama lain terutamanya di kawasan
perumahan. Penggunaan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan
sebagainya telah melunturkan semangat kejiranan. Sesetengah masyarakat akan menjadi
taksub dengan media sosial mereka dan mudah menyebarkan berita palsu. Keadaan ini
telah menyukarkan usaha untuk menyatupadukan masyarakat.

Oleh itu, pihak yang berkuasa perlu memikirkan cara untuk memenuhi keselesaan
masyarakat dalam negara ini. Hal ini kerana, kesejahteraan sosial merupakan salah satu
elemen dalam pembangunan mampan. Kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di
bandar amatlah penting kerana kawasan bandar merupakan kawasan tumpuan generasi
masa kini.

4
PERBINCANGAN

Berdasarkan jurnal Kesejahteraan sosial Masyarakat Bandar di Kawasan


Perumahan, Fakulti Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dapatan kajian
menunjukkan bahawa 32.4 juta orang dengan pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak
1.1% (Jabatan Perangkaan, 2018). Peningkatan penduduk Malaysia, adalah sangat
penting untuk menunjukkan sebuah negara yang mampan terutamanya di kawasan
bandar. Kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar dapat membentuk
pembangunan yang mampan dalam sesebuah negara. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan
positif sekiranya kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar dapat dicapai.

Kesan positif kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar ialah


membentuk masyarakat yang bergiat aktif. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dari segi kewangan, kemudahan kesihatan,
kemudahan tempat tinggal, dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan kepada
masyarakat membantu masyarakat untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih
semangat terutamanya bagi golongan yang bekerja. Mereka tidak lagi mempunyai alasan
untuk menangguh kerja kerana setiap kemudahan telah disediakan dengan sempurna.

Selain itu, hubungan antara masyarakat lebih erat juga merupakan kesan positif
kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar. Hal ini kerana penduduk akan
bercampur dengan masyarakat yang berbilang kaum. Ini dapat membantu seseorang
individu untuk berkomunikasi dengan orang lain terutamanya di kawasan perumahan.
Komunikasi ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Masyarakat akan
lebih berkembang kerana dapat bertukar pendapat dan idea.

Seterusnya, berdasarkan jurnal tersebut, sekiranya objektif kesejahteraan sosial di


kawasan perumahan di bandar tercapai, negara akan menghasilkan pembangunan sosial
kanak-kanak pada generasi akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana kemudahan
yang disediakan oleh pihak yang berkuasa seperti pihak kerajaan dapat membentuk
generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Dengan persediaan
kemudahan yang ada, generasi akan datang akan lebih bersemangat untuk mendapatkan
pengalaman sosial. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menyediakan tempat untuk
kanak-kanak bermain seperti taman permainan. Tempat yang disediakan dapat
membantu generasi akan datang bersosial dan berkomunikasi dengan baik.

5
CADANGAN

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kesejahteraan sosial


di kawasan perumahan di bandar tercapai ialah pihak kerajaan perlulah menguruskan
masalah sosial dengan baik. Masalah sosial bermaksud pola tingkahaku, pola interaksi,
perubahan dan konflik nilai. Taftazani, B.M. (2017). Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah sosial yang sering menjadi bualan seperti peningkatan pengangguran yang
menyebabkan kadar kemiskinan meningkat dalam negara ini. Masalah kemiskinan yang
tidak diurus dengan baik akan memusnahkan masyarakat terutamanya generasi yang
baru. Sebagai contoh, generasi yang baru akan mencuba untuk menjadi pengedar dadah.
Masalah sosial yang perlu diastasi seperti masalah kemiskinan perlulah dibendung.

Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan tanggunjawab mereka untuk memastikan
kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar tercapai. Ibu bapa perlu
mengetahui tanggunjawab mereka keatas keluarga mereka. Setiap ibu bapa mestilah
memenuhi keperluan anak-anak mereka seperti memberi tempat tinggal yang selesa,
makan yang cukup, kemudahan pendidikan, dan sebagainya. Keselesaan yang diperolehi
oleh anak-anak akan membantu mereka untuk menjadi insan yang berkembang ke arah
yang lebih matang.

Seterusnya, sikap individu yang profesional juga merupakan langkah untuk


memastikan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar tercapai. Hal ini
kerana pemikiran individu itu sendiri juga merupakan faktor utama untuk membentuk diri
ke arah yang lebih baik ataupun tidak. Pemikiran individu yang terbuka akan membantu
negara menjadi lebih mampan kerana mereka akan berusaha untuk memenuhi
kelengkapan mereka tanpa mengharapkan orang lain. Oleh itu, pemikiran yang terbuka
seperti ini perlu diterapkan dalam semua lapisan masyarakat supaya menjadi idola
kepada generasi akan datang.

6
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar


mestilah dibentuk pada peringkat awal lagi. Kesejahteraan sosial di kawasan perumahan
di bandar ini menjadi tonggak utama untuk membentuk negara ke arah yang lebih maju.
Sekiranya kesejahteraan sosial ini hanya dipandang remeh oleh masyarakat ia akan
menjejaskan generasi akan datang dan menyebabkan negara bertambah mundur. Pihak
kerajaan perlu memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat
bahawa pentingnya kesejahteraan sosial dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini
kerana kesejahteraan sosial ini telah melengkapi semua keperluan mereka seperti tempat
perlindungan. Oleh itu, semua pihak mestilah bergading bahu untuk mewujudkan
kesejahteraan sosial di kawasan perumahan di bandar untuk menghasilkan generasi yang
sihat dan kemajuan negara pada masa akan datang terjamin.

7
RUJUKAN

Astroawani.com. (2020). Kesejahteraan Sosial: Apa Harapan Rakyat ?

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesejahteraan-sosial-apa-harapan-rakyat-
230922

Frica Esther Anak Kik. (2019). Kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan
perumahan.

http://mymedr.afpm.org.my/publications/88443

Hadis Abd Wahab. (2017). Kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti: pendekatan
dan indikator.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2012/08/kesejahteraan-sosial-dan-pembangunan.html

Mohammad Haizzan Yahaya. (2017). Kesan Kesejahteraan Sosial


https://www.journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/download/
923/833

Taftazani, B. M. (2017). MASALAH SOSIAL DAN WIRAUSAHA SOSIAL. Share : Social


Work Journal, 7(1), 90.

https://doi.org/10.24198/share.v7i1.13822

Zanier Zainuddin, (2023). Apa itu kesejahteraan sosial ?

https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-bienestar-social

Anda mungkin juga menyukai