Anda di halaman 1dari 6

Jenis-jenis Kecelaruan Kebimbangan

Berdasarkan kepada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders IV (DSM-V,


America Psychiatric Association, APA 2013), kecelaruan kebimbangan boleh dibahagikan
kepada sembilan jenis.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kebimbangan Umum (Generalised Anxiety Disorder, GAD)


Panik
Fobia
Fobia Khusus
Fobia Sosial
Agorafobia
Kecelaruan Obsesif-kompulsif
Kecelaruan Tekanan Akut
Kecelaruan Tekanan Post-trauma

1. Kebimbangan Umum (GAD)


Kebimbangan umum atau generalised anxiety disorder merupakan kebimbangan normal yang
dihadapi oleh kebanyakan orang dalam kehidupan seharian mereka dan ianya mudah dikenali
(Azizi Yahaya, & Jamaludin Ramli (2007). Rapee (1991, dalam Azizi Yahya, Cathy Suhaila
Abdullah, Roslee Ahmad, dan Sharifuddin Ismail (2006) telah menyatakan bahawa
kecelaruan jenis ini selalunya berkait rapat dengan ciri-ciri seperti bimbang pada suasana
kehidupan, keadaan kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Bukan itu sahaja, individu
yang mengalami kecelaruan kebimbangan ini selalunya berasa seolah-olah terapung-apung.
Bagi kanak-kanak pula, mereka selalunya bimbang pada prestasi akademik, sukan dan aspekaspek persekolahan yang lain. Antara simptom yang berkait dengan kebimbangan adalah
cepat keletihan, susah untuk menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, mengalami
ketegangan otot dan gangguan tidur (National Health Service, NHS, 2014).

2. Panik
Panik merupakan kebimbangan yang mengejut dan mendadak dan biasanya berlaku dalam
suasana yang tegang (Azizi Yahaya, & Jamaludin Ramli, 2007). Terdapat komponen fizikal
yang kuat pada kecelaruan panik ini jika dibandingkan dengan jenis kecelaruan yang lain.
Panik biasanya melibatkan reaksi yang disertai oleh simptom-simptom fizikal seperti jantung
berdebar-debar, pernafasan menjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh badan lemah atau
1

pening (APA, 2014). Serangan panik selalunya disertai juga dengan perasaan mahu
melepaskan diri daripada suasana yang dianggap bahaya. Panik juga berlaku apabila
seseorang itu berhadapan dengan situasi yang ditakuti seperti bercakap di hadapan orang
ramai. Individu yang mengalami panik selalunya sentiasa berhati-hati pada perubahan kadar
denyutan jantungya dan sering percaya bahawa dia mendapat serangan jantung walaupun
sebenarnya beliau tidak mempunyai sebarang masalah jantung (Yahaya et al., 2006).

3. Fobia
Masalah fobia ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis fobia iaitu (Azizi Yahaya, & Jamaludin
Ramli, 2007):
i.
ii.
iii.

Fobia Khusus
Fobia Sosial
Agorafobia

4. Fobia Khusus
Fobia khusus merupakan ketakutan yang terlampau, yang berlaku secara berterusan pada
suasana atau objek yang khusus seperti takut kepada ketinggian (agorafobia), takut pada
ruang yang tertutup (klaustrofobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil seperti tikus,
ular atau binatang merayap yang lain. Ketakutan dan tindak balas yang kurang
menyenangkan membangkitkan kecenderungan yang kuat bagi mengelakkan diri atau
menjauhkan diri daripada suasana yang mengerikan itu. Fobia khusus selalunya berlaku pada
zaman kanak-kanak. Walaubagaimanapun, terdapat kanak-kanak yang berjaya mengatasinya
(Merckelbach et al., 1996, dalam Yahaya et al., 2006). DSM-IV (APA, 1994) telah
mengelaskan fobia khusus kepada lima kumpulan iaitu:
i.

Jenis fobia binatang


Takut kepada binatang atau serangga.

ii.

Jenis fobia persekitaran


Takut kepada ketinggian, kilat atau laut.

iii.

Jenis fobia darah


Takut kepada suntikan dan kecederaan, iaitu ketakutan yang mempunyai
hubungan kekeluargaan yang kuat, yang merujuk kepada fobia yang dicetuskan
kerana melihat darah, menerima suntikan atau prosedur perubatan yang lain.

iv.

Jenis fobia suasana


Ketakutan yang disebabkan oleh pendedahan kepada suasana khusus seperti takut
untuk memandu di atas jambatan atau terowong, takut menaiki kapal terbang atau
takut berada di kawasan yang tertutup.

v.

Jenis ketakutan lain


Kategori ini melibatkan ketakutan seperti takut tercekik, muntah atau takut pada
kebisingan yang kuat. Fobia khusus ini merupakan kecelaruan psikologikal yang
biasa yang selalunya dialami oleh 1/10 orang di Amerika Syarikat.

5. Fobia Sosial
Fobia sosial bermula daripada zaman kanak-kanak. Individu yang mengalami fobia sosial
selalunya mempunyai perasaan yang amat takut kepada suasana sosial yang menyebabkan dia
mengelakkan diri daripada orang ramai atau bersama dengan mereka dalam keadaan tertekan.
Kecelaruan ini timbul akibat perasaan melampau akan persepsi negatif yang akan diberikan
oleh orang ramai. Oleh itu, individu tersebut memiliki perasaan sentiasa takut melakukan
sesuatu perdebatan yang mungkin memalukannya. Individu yang mengalami fobia sosial juga
berasa terdapat terlalu ramai orang yang melihat dan memberi tumpuan terhadapnya. Selain
itu, merujuk kepada Woody (1996, dalam Yahaya et al., 2006), individu yang mengalami
fobia sosial ini juga selalunya sensitif pada perawakan diri dan cara berinteraksi dengan
orang lain dan selalu bimbang akan persepsi negatif orang lain kepada dirinya. Individu yang
mengalami fobia sosial ini juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalu (Melinda,
Robinson, & Segal, 2014).

6. Agorafobia
Agorafobia berasal daripada perkataan Greek iaitu takut pada kawasan pasar iaitu takut
untuk berada di kawasan terbuka atau kawasan yang sibuk (Nevid, Rathus, & Greene, 2000).
Agorafobia ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin
memalukannya. Individu yang mengalami agorafobia selalunya berasa takut ketika membeli
belah di kawasan pasar yang sibuk, berjalan di tempat yang terdapat orang ramai, melintasi
jambatan dan makan di restoran. Kecelaruan ini lebih umum berlaku dikalangan wanita
berbanding lelaki (Yonkers et al., 1998, dalam Yahaya et al., 2006). Agorafobia ini selalu
bermula lewat kanak-kanak atau awal remaja. Agorafobia ini boleh disertai atau tidak disertai
dengan kecelaruan panik. Agorafobia yang disertai dengan kecelaruan panik akan
3

menyebabkan individu itu hidup dalam ketakutan setiap kali serangan panik berulang dan
takut untuk keluar ke majlis keramaian. Oleh itu, ramai orang yang menghidap kecelaruan ini
mengehadkan aktiviti mereka kerana risau akan berasa ketakutan semula (APA, 2014).

7. Kecelaruan Obsesif-kompulsif
Kecelaruan ini merupakan kombinasi dua perkara iaitu onsesif dan kompulsif (Azizi Yahaya,
& Jamaludin Ramli, 2007). Obsesif bermakna pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui
keupayaan seseorang individu itu untuk mengawalnya. Maka, ia merupakan perasaan takut
yang berkait rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional.
Obsesif boleh menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang
kurang menyenangkan (CalmClinic, 2014). Malah, individu yang obsesif boleh
mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang lain atau pasangannya.
Kompulsif pula merupakan tingkah laku yang berulang-ulang seperti berulang kali
membasuh tangan atau sentiasa memeriksa sama ada pintu berkunci atau tidak. Kompulsif ini
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
i.
ii.

Ritual memeriksa.
Ritual membersih.
Kompulsif selalunya akan disertai bersama dengan obsesif apabila ia muncul sebagai
cara untuk melepaskan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pemikiran obsesif
(Nevide et al., 2000).

8. Kecelaruan Tekanan Akut dan Tekanan Post-trauma


Kecelaruan tekanan-akut merupakan perasaan takut yang teramat selepas mengalami sesuatu
keadaan atau peristiwa yang mengejutkan pada satu jangka masa yang pendek. Kecelaruan
tekanan post-trauma pula adalah perasaan yang amat takut selepas mengalami suasana atau
peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan pada satu jangka masa yang panjang
(CalmClinic, 2014). Kedua-dua kecelaruan ini mempunyai ciri-ciri yang sama. Individu yang
mengalami jenis kecelaruan ini berada di alam nyata atau seolah-olah berada di awangawangan (Nevide et al., 2000). Ia juga boleh menyebabkan kematian, memberi ancaman
kepada kematian atau kecederaan fizikal yang serius (APA, 2014). Kecelaruan jenis ini selalu
berlaku ketika suasana pertempuran senjata seperti peperaangan atau akibat bencana yang
4

disebabkan oleh fenomena alam atau penggunaan teknologi. Individu yang mengalami
kecelaruan jenis ini akan mengalami gangguan ingatan, mimpi ngeri dan kerap berasa seolaholah sedang berada dalam suasana yang menjadi punca kepada trauma tersebut. Pendedahan
pada pengalaman yang menyerupai trauma boleh menyebabkan ketegangan psikologi.
Individu yang mengalami kecelaruan ini akan cuba mengelak daripada terlibat dengan
rangsangan yang menyebabkan trauma tersebut. Penghidap juga menunjukkan rasa kurang
bertanggunjawab kepada dunia luar selepas peristiwa trauma itu dan tidak berminat langsung
untuk menikmati aktiviti yang disukainya (Nevide et al., 2000).

Rujukan
America Psychiatric Association. (1994). DSM-IV: Diagnostic and statistical manual of
mental disorders. USA: Washington DC.
America Psychiatric Association. (2013). DSM-V: Diagnostic and statistical manual of
mental disorders. USA: Washington DC.
America Psychiatric Association. (2014). Anxiety disorders. Retrieved November 5, 2014,

from http://www.psychiatry.org/anxiety-disorders
Azizi Yahya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, & Sharifuddin Ismail. (2006). Punca
dan rawatan kecelaruan tingkah laku. (2nd ed.). Kuala Lumpur: PTS Professional.
Azizi Yahaya, & Jamaluidn Ramli. (2007). Psikologi abnormal. Selangor: Percetakan Info
Meditasi Sdn. Bhd.
CalmClinic. (2014). The 7 main types of anxiety. Retrieved November 5, 2014,
from http://www.calmclinic.com/anxiety/types
Melinda, S. M.A., Robinson, L., & Segal, J. (2014). Anxiety attacks and anxiety disorders.
Retrieved November 5, 2014, from http://www.helpguide.org/articles/anxiety/anxietyattacks-and-anxiety-disorders.htm
National Health Service. (2014). Generalised anxiety disorder in adults-symptoms. Retrieved
November 5, 2014 from http://www.nhs.uk/conditions/anxiety/pages/symptoms.aspx
Nevide, J.S., Rathus, S.A., & Greene, B. (2000). Abnormal psychology. (4th ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai