Anda di halaman 1dari 4

2.

KERINCING
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat
daripada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek
yang diikat pada bucunya. Kerincing
mempunyai sebatang besi pengetuk.
Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi
lanjut yang nyaring.
Cara Memegang dan Memainkan
Kerincing
1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah
tangan dan pemukulnya di tangan yang
sebelah lagi. 2. Pastikan tangan yang
memegang tali kerincing tidak menyentuh
kerincing. 3. Kerincing boleh dimainkan
dengan cara mengetuk pada lingkaran
segitiganya dengan pengetuk kerincing. 4.
Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah
luar kerincing atau dalam kerincing.
KEMAHIRAN MEMAINKAN ALAT
PERKUSI
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid
diberikan peluang belajar membaca skor
perkusi yang terancang. Mereka belajar
untuk: 1. Menyebut menepuk dan mengetuk
bersama-sama. 2. Memainkan alat dan
berhenti mengikut arahan. 3. Mula dan
berhenti bersama-sama mengikut skor
muzik. 4. Merasai situasi bermain seperti
sebuah orkestra yang penuh dengan
peraturan dan disiplin.

PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH


ALAT PERKUSI
1. Tidak terlalu kuat memukul semasa
bermain. 2. Hindarkan alat-alat tersebut
jatuh ke lantai yang keras 3. Semasa
menyimpan, hendaklah disimpan di tempat
yang sesuai dan tidak bertindih antara satu
sama lain. 4. Selalu membuat penalaan
untuk mendapat pic yang betul. 5.
Membersihkan alat tersebut supaya tidak
berhabuk dan kotor. 6. Disimpan di tempat
pengudaraan yang baik. 7. Hindarkan
disimpan di tempat yang terlalu panas atau
lembab.

Anda mungkin juga menyukai