Anda di halaman 1dari 32

KOMUNITI DAN

MASYARAKAT

Masyarakat sebagai kumpulan orang yang
mempunyai persamaan.
Mereka berhubung rapat antara satu sama lain
dan menduduki sesuatu wilayah tertentu
bersama-sama.
Masyarakat juga boleh dimaksudkan sebagai
suatu himpunan umum pengetahuan yang
dimiliki bersama oleh sekumpulan masyarakat
sama ada pada masa silam atau zaman
sekarang.
Masyarakat adalah kumpulan manusia yang
menganggotai satu organisasi yang
mempunyai beberapa kriteria tertentu
iaitu terdapat proses penggantian anggota
masyarakat melalui pembiakan genetik,
manusia saling berinteraksi, terdapat perasaan
kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai
sistem komunikasi (bahasa) yang berlainan
daripada masyarakat.


Masyarakat juga merupakan satu kelompok
manusia yang mempunyai perkaitan secara
tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan
merasakan bahawa mereka akan hidup
bersama. Bukanlah individu yang sama sahaja
yang menjadi anggota baru tetapi akan terus-
menerus lahir di dalamnya dan ada pula yang
mati.
Masyarakat merupakan kelompok setempat
-Menduduki satu wilayah yang sama yang
mempunyai sempadan atau dibataskan
dengan sempadan tertentu. Misalnya,
masyarakat Malaysia dan masyarakat
Indonesia dibataskan dengan sempadan
antarabangsa

Masyarakata Merupakan Kelompok Membiak

-Membiak melalui jantina yang sah dan diakui.
Masyarakat juga adalah kelompok yang
sentiasa bertambah, dan dengan adanya proses
penggantian anggota masyarakat melalui
proses pembiakan biologi, manusia yang mati
akan diganti dengan yang akan lahir. Ini
menentukan bahawa masyarakat itu terus
wujud.


Budaya yang dimiliki oleh sesebuah
masyarakat itu adalah menyeluruh dan
berbeza dengan kebudayaan lain. Masyarakat
tertentu mempunyai pandangan cara hidup
yang berbeza dengan masyarakat lain
. Ahli sesebuah masyarakat mempunyai
pengetahuan, seni, kepercayaan, sikap,
undang-undang dan adapt resam yang dimiliki
bersama tetapi aspek-aspek ini tidak
semestinya sama dengan pegangan atau
pandangan dengan masyarakat lain. Misalnya,
daripada segi kebudayaan, masyarakat Barat
dan masyarakat Timur mempunyai
kebudayaan yang jauh berbeza.


Masyarakat merupakan kelompok yang
berpanjangan dan saling bergantung antara
satu sama lain. Ahli dalam masyarakat tidak
boleh hidup bersendirian dan mereka
memerlukan pertolongan atau perlu
berinteraksi sesame mereka. Keadaan
hubungan seperti ini menyebabkan wujudnya
unsur sense of belonging atau semangat
kekitaan dalam sesebuah masyarakat.


Masyarakat itu bukan sebahagian daripada
kelompok lain. Masyarakat adalah kelompok
yang tersendiri, yang mempunyai cirri-ciri
tersendiri dan bebas daripada campur tangan
masyarakat lain. Dengan perkataan lain,
sesebuah masyarakat bukanlah sebahagian
daripada masyarakat lain walaupun
masyarakat yang wujud dalam masyarakat
majmuk. Misalnya, masyarakat majmuk di
Malaysia.


Masyarakat adalah kelompok manusia yang
sentiasa mengalami perubahan dan
kemajuan. Misalnya, daripada masyarakat
tradisional zaman dahulu kini telah berubah
kepada masyarakat moden.

Perubahan dalam masyarakat ini termasuklah
perubahan cara dan pandangan hidup,
perkembangan ekonomi, teknologi,
pendidikan ataupun kebudayaan. Perubahan
dalam masyarakat ini merupakan satu aspek
penting yang menjamin sesebuah masyarakat
it uterus wujud dan berkembang.

Masyarakat merupakan satu organisasi yang
mempunyai struktur yang bertindan lapis.
Di dalam masyarakat, terdapat
pembahagian masyarakat kepada ras,
bangsa, kelas, status dan sebagainya.
Misalnya, ada masyarakat Bandar dan
masyarakat luar Bandar, golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah.


Masyarakat boleh dikelaskan berdasarkan sember
ekonomi atau fahaman, sama ada feudal,
kapitalis, sosialis atau komunis. Ia juga boleh
dikelaskan mengikut agama seperti Islam,
Kristian, Hindu dan Budha; mengikut bahasa
seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan
bahasa Mandarin. Mengikut ahli sosiologi,
masayarakat dikelaskan berdasarkan cara
pencarian nafkah seperti memburu, bertani,
berniaga dan masayarakat industri.


Masyarakat mempunyai matlamat yang
dicatatkan secara formal.
Matlamat tersebut sama ada politik, sosial
atau ekonomi sangat bermakna dan hanya
boleh dilaksana sekiranya ia menyatakan nilai
bersama bagi kebanyakan ahli
. Maka setiap individu mestilah sama-sama
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Setiap ahli mesti sanggup bekerjasama untuk
mencapainya. Misalnya, masyarakat Malaysia
memberi keutamaan kepada perpaduan
kaum. Nilai tersebut hendaklah boleh dilihat
dalam semua bidang, sama ada dalam
bidang politik, ekonomi, agama atau
pendidikan. Kebanyakan dasar kerajaan
perlu mencerminkan nilai tersebut.


Dua jenis iaitu, komuniti tradisional atau desa
dan komuniti moden atau Bandar
Komuniti tradisional
Ciri-cirinya;
Bilangan penduduk tidak ramai dan
interaksinya rapat dan mesra
Aktiviti ekonomi tradisional, tiada
pengkhususan kerja
Kepentingan utama ialah agama

Komuniti Moden
-Tidak kenal antara ahli Kerana bilangan ramai
-Masalah tempat tinggal
-Masalah sosial tinggi
-Jenis pekerjaan luas dan pengkhususan


Matlamat Komuniti

Matlamat utama komuniti adalah berkaitan
dengan kegiatan ekonomi.
Dalam masyarakat moden dan mantap,
matlamat ekonomi yang berkaitan dengan
industri dan perniagaan menjadi gagasan.

Pola Interaksi
Pola interaksi berbeza mengikut saiz komuniti.
Dalam komuniti kecil, interaksi di kalangan
ahli adalah lebih kerap dan rapat, terutama
sekali di kalangan sahabat handai dan saudara
mara.
Rumah dalam kawasan tersebut berhampiran
antara satu sama lain dan ini membolehkan
interaksi yang kerap itu.Wujud keadaan
seolah-olah setiap orang mengenali semua
orang. Setiap orang seolah-olah terlibat dengan
kehidupan orang lain dalam kawasannya.
Perkara-perkara yang sering dijadi bahan
gossip ialah berkaiatan dengan perkahwinan,
kematian dan pekerjaan. Ini berbeza mengikut
tempat dan keadaan.


Masyarakat dari perspektif Islam melihat agama
memainkan peranan penting dalam pembentukan
masyarakat yang stabil. Setiao agam berperanan
menstabilkan sesebuah masyarakat dan diakui
oleh sesuatu masyarakat. Contohnya, agama Islam
yang begitu menekankan perdamaian,
kesejahteraan dan hubungan yang berkekalan
antara manusia. Prinsip-prinsip yang diamalkan
dalam Islam menjamin manusia menuju kea rah
kebahagian di dunia dan di akhirat berdasarkan
al-Quran dan Sunnah.


Islam merupakan gerakan yang menekankan
pentingnya kehidupan sosial lebih daripada
kehidupan kolektif. Dalam Islam, hidup
bermasyarakat adalah suatu yang diharuska.
Oleh yang demikian Islam boleh menyatukan
setiap masyarakat yang berlainan
berdasarkan kepada Tuhan( Allah
). Sumber pembentukan masyarakat Islam
yang kedua ialah al-Sunnah iaitu segala
yang dating daripada Nabi Muhammad (
s.a.w) sama ada dalam bentuk
perkataan(hadis), perbuatan, teladan atau
pengakuan daripada dirinya. Dari sudut
hadis misalnya gambaran Rasulullah s.a.w
tentang galakan silaturahim, persaudaraan
dan perpaduan daripada dirinya.

. Hadis-hadis Rasulullah ada yang
mnegaskan jika ada anggota masyarakat
yang dalam kesusahan maka anggota
masyarakat yang lain hendaklah sama-sama
menanggung kesusahan tersebut agar
penderitaan individu tersebut dapat
diringankan. Ini menunjukan betapa Islam
mengambil berat tentang persaudaraan dan
perpaduan dalam masyarakat.

Ibnu Khaldun menyatakan manusia mempunyai
sifat yang lemah maka ia memerlukan hidup
berkelompok agar dapat tolong menolong dan
bergotong royong dalam menyempurnakan
keperluan mereka secara kolektif. Kewujudan
masyarakat adalah bermula daripada
kewujudan individu-individu. Maka
terbentuklah satu organisasi masyarakat yang
terikat kepada satu norma yang dipatuhi oleh
setiap anggota manusia. Hidup bermasyarakat
adalah tabiat semula jadi yang ada pada
manusia.


Menurut Islam masyarakat yang pertama di
dinia adalah diasaskan oleh Nabi Adam.
Hidup bermasyarakat dan bergaul antara
satu sama lain dinyatakan dalam al Quran
sebagai naluri yang dibekalkan oelh Allah
S.W.T kepada setiap diri manusia. Ini kerana
manusia merupakan khalifah di muka bumi.
Hidup bekerja sama dan tolong menolong
adalah iradat Allah ke atas manusia bagi
memenuhi keperluan hidup mereka.
Al-Quran mengandungi prinsip untuk mengatur
dan menggariskan secara terperinci bagaimana
keperluan hidup diuruskan dan dilaksanakan
oleh masyarakat secara kolektif dan bukan
secara individu.
Sistem masyarakat yang baik mempunyai
keunggulan dan kesempurnaan. Pembentukan
masyarakat juga adalah bertunjangkan sumber-
sumber dan asas-asas yang telah ditentukan oleh
Allah S.W.T. Islam lebih menitikberatkan
tentang pentingnya tugas dan tanggungjawab
tiap-tiap anggota masyarakat. Ini bagi
memelihara masyarakat daripada sebarang
masalah.
. Islam juga tidak melihat aspek
kemasyarakatan itu secara berasingan dari
aspek kehidupan yang lain. Ia sebagai satu
kesatuan. Segala masalah yang timbul
mestilah diselesaikan dari titik asalnya iaitu
dalam diri manusia sendiri(keimanan) dan
ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Islam
melihat aspek masyarakat tidak terpisah
dari semua aspek yang lain.
Sistem masyarakat Islam adalah bertitik
tolak daripada keimanan kepada Allah S.W.T.
Segala masalah adalah berpusat kepada diri
manusia sendiri. Islam mengganggap harta
hanyalah sekadar alat dan perantaraan untuk
mencapai kesejahteraan masyarakat. Semua
harta adalah hak milik Allah dan manusia
hanyalah pemegang amanah. Jesteru
manusia tidak boleh boros dan bakhil.
Jesteru manusia tidak boleh boros dan
bakhil Sistem masyarakat Islam adalah
bertitik tolak daripada keimanan kepada
Allah S.W.T. Segala masalah adalah berpusat
kepada diri manusia sendiri. Islam
mengganggap harta hanyalah sekadar alat
dan perantaraan untuk mencapai
kesejahteraan masyarakat. Semua harta
adalah hak milik Allah dan manusia
hanyalah pemegang amanah. Jesteru
manusia tidak boleh boros dan bakhil.

Huraikan sumbangan komuniti dari
perspektif Islam dalam pendidikan dan
pendidikan awal kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai