Anda di halaman 1dari 17

TEORI

PEMBELAJARAN
BEHAVIOURIS
- THORNDIKE -

Ahli Kumpulan:
Toh Kim Yun, Lim Xin Yi, Muhammad Aiman
Shahfiq Bin Muhamad Shah Noor Yong
Unit: Bahasa Melayu 2
Kod Kursus: EDUP3033
Pensyarah: Puan Liew Fee Lan
PENGENALAN
 Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan.

 Proses pembelajaran yang diperkenalkan oleh Thordike ialah teori connectionism.

 Thorndike
 Connectionism atau hubungan adalah antara rangsangan dengan gerak balas akan
menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

 Suatu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku menjadi
kemungkinan kepada tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan.
PENGASAS TEORI PELAZIMAN OPERAN
THORNDIKE
Nama penuh : Edward Lee Thorndike

Tarikh
: 31 Ogos 1874
kelahiran

Tempat lahir : Williamsburg Massachusetts

: Ahli Psikologi
Kerjaya (Bapa Psikologi Pendidikan)
Tarikh
: 9 Ogos 1949
kematian
EKSPERIMEN “CUBA-JAYA” (Trial and Error)
• Thorndike telah membuat satu kajian tentang cara kucing belajar keluar dari kurungan
yang menunjukkan hubungan yang dimaksudnya.

• Hukum kesan khususnya memainkan peranan yang amat penting dalam teori
connectionism anjuran Thorndike.
EKSPERIMEN “CUBA-JAYA” (Trial and Error)
TEORI “CUBA-JAYA” (Trial and Error)
x
1. Kucing yang lapar dikurung zl e Bo
Puz
ke dalam sangkar dan
makanan kucing pula
diletakkan di luar sangkar. 2. Kucing melakukan pelbagai
Kucing yang lapar akan tindakan rawak untuk keluar
cuba keluar dari sangkar daripada sangkar.
tersebut. Contoh: mencakar, berlari,
memanjat dan sebagainya.

3. Dalam usaha rawak ini,


kucing terpijak tuil selak
pintu berkenaan. 4. Kucing pun keluar dari
sangkar dan mendapatkan
makanan di luar.
5. Kucing tersebut akan mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan makanan di luar sangkar.

6. Kucing berjaya keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang semakin singkat dan kesilapan tindakan yang
dilakukan juga semakin berkurangan sehingga akhirnya sebaik sahaja dimasukkan, kucing tersebut terus
dapat keluar dengan menekan tuil selak pintu berkenaan.
“Hubungan antara rangsangan (makanan) dengan
gerak balas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh
apabila wujud kesan yang positif, iaitu dapat makan.
Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, hubungan R
– G akan lemah dan tingkah laku tidak berulang.”

— THORNDIKE
PRINSIP/HUKUM PEMBELAJARAN
ANJURAN THORNDIKE
01 02 03

Hukum Hukum Latihan Hukum Kesan


Law of Readiness Law of Exercise Law of Effect
Kesediaan
01 HUKUM KESEDIAAN
 Individu perlu ada kesediaan dalam dirinya untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas
berlaku dengan berkesan.

 Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/pengalaman lepas),


kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan psikomotor (kemahiran
fizikal).

Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran


(a) Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak/belajar, dia dibimbing dan dibantu,
maka pembelajaran yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan.

(b) Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak/belajar tetapi dihalang, maka ia akan
menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

(c) Sekiranya individu belum bersedia/ tidak bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, maka
kesannya juga mengecewakan.
01 HUKUM KESEDIAAN
Contoh 1:
Guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan
sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran.

 Murid akan dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan
sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

Contoh 2:
Sekiranya pelajar sanggup menerima sesuatu ganjaran yang diberikan tiap-tiap kali dan
dapat kepuasannya, maka perhubungan di antara gerak balasnya dengan ganjaran tersebut
akan semakan bertambah kukuh.

 Pemberian ganjaran yang sesuai dengan kehendak pelajar akan mendorongkan lebih
bersedia untuk menjalan proses pembelajaran pada masa akan datang.
02 HUKUM LATIHAN
02
Hubungan R-G akan menjadi lemah
sekiranya ia tidak digunakan, iaitu
tiada pengulangan dan latihan.
01
Hubungan rangsangan dan gerak
balas (R-G) akan menjadi kukuh
dengan adanya pengulangan &
03
Hukum latihan menegaskan
latihan yang banyak serta pelbagai.
bahawa menusia belajar melalui
proses membuat dan lupaan
berlaku ketika perkara yang
dipelajari tidak digunakan.
03 HUKUM KESAN

01 03
Sesuatu gerak balas yang diikuti Sesuatu gerak balas yang diikuti
kesan yang menyeronokkan dan kesan yang tidak memuaskan,
memuaskan akan memungkinkan hubungan dengan situasi akan
gerak balas itu berulang. menjadi lemah. Gerak balas juga
tidak akan diulangi.

02 04
Apabila situasi berulang, Tingkah laku yang diikuti kesan
hubungan gerak balas positif akan menjadi lebih kukuh.
dengan situasi adalah Tingkah laku yang diikuti kesan
merangsangkan. negatif akan menjadi lemah.
Implikasi terhadap PdP
1. Hukum Kesediaan

a. Mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan

b. Murid akan berasa seronok belajar dan seterusnya objektif pembelajaran akan tercapai.

2. Hukum Latihan

a. Diberi Latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

b. Semakin banyak Latihan yang diberikan semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas
seseorang murid.

3. Hukum Kesan

a. Memberikan ganjaran, motivasi dan peluang yang sama rata untuk semua murid

b. Menguatkan hubungan antara guru dan murid serta meningkatkan pencapaian murid kearah yang lebih
baik.
RUMUSAN
 Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu
rangsangan dengan suatu gerak balas

 Aktiviti yang menarik mendorong murid untuk terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran dalam kelas.

 Guru perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan
menyeronokkan bagi menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas.

 Ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi
membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
SESI SOAL JAWAB
1. Siapakah pengasas Teori Pembelajaran Thorndike?

2. Apakah nama eksperimen yang dijalankan oleh pengasas teori ini?

3. Apakah binatang yang digunakan dalam menjalankan eksperimen ini?

4. Apakah hasil / konklusi yang didapati dalam eksperimen tersebut?

5. Nyatakan hukum-hukum yang terkandung dalam Teori Pembelajaran Thorndike.

6. Hukum manakah yang memainkan peranan terpenting dalam Teori Thorndike?


SUMBER RUJUKAN

Ahmad Johari Sihes. (2011). Teori Pembelajaran. http://eprints.utm.my/id/eprint/10358/1/bab11.pdf

Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Oxford Fajar.

Paul Chrustowski. (29 Oktober 2015). Thorndike Puzzle Box. [Video]. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=xZVtU08D0Rs&t=10s&ab_channel=PaulChrustowski

Anda mungkin juga menyukai