Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Melalui tugasan dalam kursus BMMB 3052 Seni dalam Pendidikan ini, banyak pengetahuan
dan pengalaman yang baharu yang telah saya peroleh. Walau bagaimanapun, setiap
kekuatan yang diperoleh mesti ada kekurangan yang memerlukan kita mencari alternatif lain
atau mencadangkan tindakan lain sebagai cadangan penambahbaikan agar kita dapat
memperbaiki kelemahan yang ada pada masa hadapan kelak. Justeru, saya akan
menghuraikan secara ringkas akan kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan
sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.

Dengan berasa bersyukurnya, saya dapat menyiapkan kerja kursus subjek Seni
dalam Pendidikan yang merangkumi penyediaan dan persembahan kit pembelajaran
walaupun menghadapi masalah dalam penyediaan dan persembahan kit pembelajaran.
Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, ilmu pengetahuan mengenai penyediaan
kit pembelajaran telah diperolehi dan keyakinan diri pada setiap individu pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi amat penting dalam bidang kerja saya pada masa yang akan
datang iaitu sebagai seorang guru di sekolah rendah nanti.

Kit pembelajaran yang bernama Keluargaku, Syurgaku disediakan oleh kumpulan


kami yang berlima, iaitu Tan Jia Yi, Fang Yin Haen, Heng Wui Jing dan saya, Cindy Chen
Sin Yee. Kit pembelajaran yang kami sediakan bertema kekeluargaan yang berbentuk
sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga. Keluarga itu adalah berempat orang
yang mempunyai watak seorang ayah, seorang ibu, seorang abang dan seorang adik.
Semasa menyediakan kit pembelajaran, ahli-ahli kumpulan telah bekerjasama untuk
mencari bahan-bahan yang sesuai untuk menyediakan kit ini. Pendapat yang berlainan
daripada setiap individu diberikan masing-masing untuk menghasilkan kit ini. Idea nama kit
pembelajaran dipilih supaya dapat menarik perhatian orang lain untuk mengenali kit
pembelajaran yang telah kami sediakan.

Kotak untuk menyimpan cerek air panas yang bersegi empat dipilih untuk membuat
bentuk rumah. Rumah itu mengandungi perabot-perabot yang diperbuat daripada kertas
warna supaya dapat meningkatkan unsur seni visual. Halaman rumah dihiasi dengan
berwarna-warni bertujuan untuk menghasilkan sebuah bentuk rumah yang kelihatan ceria
dan indah. Selain daripada bentuk rumah, watak-watak ahli keluarga itu diperbuat daripada
sate kayu dan dilukis dengan tangan untuk menunjukkan bentuk manusia. Setiap watak
mengandungi dua jenis wajah muka yang menunjukkan perasaan gembira dan sedih.
Melalui penyediaan kit pembelajaran ini, saya telah belajar untuk berfikir dengan lebih kreatif
dalam menghasilkan hasil kit pembelajaran yang lebih menarik. Tambahan pula, kaedah
seperti teknik melukis dan melipat kertas dengan guna tangan juga diperolehi. Saya juga
belajar untuk memastikan kit yang dihasilkan adalah kemas dan ceria. Secara tidak
langsung, kemahiran untuk menghasilkan buatan tangan juga meningkat.

Semasa persembahan kit pembelajaran yang dihasilkan oleh kumpulan kami, setiap
individu mempunyai peranan masing-masing. Persembahan kit pembelajaran adalah
berpandukan lakonan cerita mengenai kasih sayang keluarga. Seorang ahli kumpulan
berperanan sebagai pencerita dan tiga orang ahli kumpulan menjadi empat watak ahli
keluarga dalam cerita itu. Pencerita juga menayangkan slaid dan memasangkan musik latar
yang bersesuaian dengan setiap senario dalam lakonan itu. Tiga orang ahli kumpulan itu
meniru suara ayah, ibu, abang dan adik dengan menggunakan sate kayu yang
menunjukkan watak apabila menceritakan kasih sayang keluarga. Semua ahli kumpulan
juga mengaitkan senario dengan lagu yang bersesuaian dan pergerakan untuk menerapkan
unsur-unsur seni muzik dan pergerakan. Muzik dipasangkan dengan kesesuaian senario
dalam lakonan tersebut. Dengan adanya iringan lagu dan muzik, pengajaran yang
menggunakan kit pembelajaran ini dapat menarik perhatian murid.

Perkembangan kognitif dalam proses menyediakan kit pembelajaran ini


menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia
yang penuh dengan imaginasi, inovasi dan kreativiti. Hal ini dikatakan demikian kerana
pelajar akan berimaginasi untuk membuat bayangan terhadap hasil kit pembelajaran yang
akan dihasilkan. Dengan penghasilan kit pembelajaran yang berunsurkan seni visual, pelajar
dapat menghargai keindahan kit Rumahku, Syurgaku, rasa kesyukuran kepada Tuhan atas
seni yang dihasilkan. Hasil kit ini juga dapat meningkatkan keindahan seni yang dapat
menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang dinyatakan dalam objektif kurikulum
pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan, daya
kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya. Kognitif yang bercirikan inovasi dan kreativiti amat penting
kepada pelajar supaya mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan
kehidupan seharian.

Dari segi psikomotor, ilmu pengetahuan dalam perkembangan psikomotor guru


pelatih adalah selaras dengan matlamat Seni dalam Pendidikan (SDP) ke arah
pembangunan diri dan objektif SDP, iaitu memastikan pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan dapat dicapai apabila mengaplikasikan kit ini untuk melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Kemahiran psikomotor terbukti dalam
lakonan cerita kasih sayang keluarga ini menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia
menjalankan amalan secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik
dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional. Watak kayu itu
bergerak di dalam kotak rumah itu mengandungi unsur seni pergerakan. Ahli kumpulan juga
melakukan pergerakan apabila menyanyi lagu yang bersesuaian dengan senario lakonan
cerita itu.

Perkembangan afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai.
Dalam Seni dalam Pendidikan, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi
dan nilai. Dalam penghasilan kit pembelajaran Rumahku, Syurgaku, sikap guru pelatih
akan menjadi lebih berdisiplin apabila ingin menyiapkan tugasan yang diberikan. Tambahan
pula, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih kerana mereka akan
saling membantu dan mengagihkan tugasan untuk menyiapkan tugasan. Kit pembelajaran
yang dihasilkan dapat membolehkan murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan
mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Selain daripada itu, kit
pembelajaran dapat merangsang minat murid untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baharu.
Emosi banyak mempengaruhi semasa proses penghasilan kit tersebut dan nilai yang dapat
ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan afektif ini menekankan kepentingan emosi
dan perasaan.

Namun demikian, terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan ini. Antara masalah yang saya hadapi adalah pada masa menyediakan
kit pembelajaran, saya menghadapi kekurangan masa dalam menghasilkan kit
pembelajaran. Oleh itu, saya perlu merancang dan menyediakan jadual pelaksanaan
tugasan dan jadual harian supaya saya dapat menyiapkan kerja pada masa yang
ditentukan. Semangat kerjasama dalam aktiviti berkumpulan juga amat penting kerana
dapat memudahkan kerja untuk menghasilkan sebuah kit pembelajaran. Kita akan saling
memberikan pendapat dan melakukan kerja yang diagihkan masing-masing.

Semasa melakukan persembahan, saya juga mendapati bahawa unsur seni


pergerakan adalah berkurangan kerana kami menghadapi masalah kekurangan ruang
tempat untuk mempersembahkan watak kayu di dalam kotak rumah itu. Justeru, cadangan
penambahbaikan yang perlu untuk memperbaiki persembahan kit pembelajaran adalah
untuk menyediakan ruang yang lebih luas supaya guru pelatih dan murid dapat membuat
lakonan dengan lebih selesa. Dengan cara itu, persembahan kit pembelajaran yang
berunsurkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai