Anda di halaman 1dari 3

Nama: Khairul faizal bin halim Prinsip Reka Bentuk Visual

1) Kontras Warna : tidak banyak warna yang digunakan dalam poster ini. Latar belakang yang di gunakan juga adalah ringkas dan kurang menrik. Fon : fon yang kecil di gunakan. Hanya menggunakan unsure mendatar bagi gambar dan unsur yang menegak bagi tulisan.

2) Alignment Teks : tajuk utama/ tema di letakkan secara mendatar menyebabkan ianya sukar di baca. Seeloknya letaklah tajuk utama di tempat yang mudah di baca dan tulisan yang digunakan hendaklah secara mendatar bagi memastikan ianya mudah untuk di baca. Ini keratna tajuk bagi sesuatu poster menggambarkan tentang keseluruhan poster tersebut. Grafik: grafik pada poster ini diletakkan di mana-mana sahaja di tempat yang mempunyai tempat kosong. Ini menyebabkan alignment menjadi bercelaru dan berselerak. Teks dan grafik: grafik dan teks yang di gunakan mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Grafik yang di letakkan adalah bersesuaian dan menggambarkan tentang teks yang di tulis. 3) Simpliciti Poster yang di sediakan adalah mudah di fahami kerana grafik dan teks yang di gunakan adalah jelas dan berkaitan. Jika hanya melihat kepada grafik ianya terus di fahami tanpa melihat kepada teks yang di tulis. Teks yang di tulis membantu lagi bagi memahami apa yang ingin di sampaikan oleh poster tersebut.

4) Proximity Item yang di gunakan adalah dari kumpulan yang sama iaitu latar belakang yang islamik di gunakan bagi menerangkan tentang teks dan grafik yang islamik. Latar belakang yang di gunakan adalah bersesuaian dengan tema atau perkara yang ingin di jelaskan di dalam poster.

5) Emphasis Reka grafik yang di gunakan adalah dominan dengan tema yang ingin di sampaikan. Ini kerana tidak banyak unsur-unsur tambahan yang diletakkan menyebakan poster ini mudah di fahami. Saiz fon tajuk yang besar juga lebih dominan menyebabkan tema boleh difahami dengan mudah. Warna fon tajuk

yang cerah adalah bersesuaian dengan latarbelakang yang kosong menyebabkan tajuk tersebut Nampak dengan jelas.

6) Repetition Warna: warna yang pelbagai perlulah di gunakan bagi memastikan poster kelihatan lebih menarik. Huruf: huruf yang di gunakan adalah jelas. Walaubagaimanapun kedudukan huruf yang menegak menyebabkan ianya sukar di baca. Rekabentuk: rekabentuk poster yang bercelaru. Grafik mestilah disusun secara teratur bagi memastikan poster kelihatan lebih tersusun.

Anda mungkin juga menyukai