Anda di halaman 1dari 1

KONTRAK JUALAN HARI KEUSAHAWANAN SK JALAN GURNEY (1)

1. Hari keusahawanan akan dijalankan pada 11 November 2017 bermula pukul 8.00 am
hingga 4.00pm.

2. Pihak penganjur menyediakan tapak tanpa bayaran sewa dikenakan. Sebagai balasan
pihak peniaga akan berkongsi keuntungan sebanyak 30% hasil jualan pada hari
berkenaan.

3. Setelah berakhirnya hari keusahawanan, pihak peniaga perlu menyerahkan kupon jualan
pada hari yang sama (11 November 2017) kepada pihak penganjur dan pihak penganjur
akan menyerahkan duit jualan setelah ditolak dengan perkongsian keuntungan kepada
pihak penganjur.

4. Segala jual beli adalah secara berkupon dan jual beli secara tunai adalah dilarang
keras sama sekali.

5. Pihak penganjur tidak akan menanggung segala risiko kerugian peniaga dan segala
kerosakan alatan atau kehilangan alatan adalah tanggungjawab sendiri.

6. Pihak peniaga perlu memastikan kebersihan kawasan tapak dijaga sebaiknya dan denda
tambahan sebanyak 5% dari hasil jualan akan dikenakan sekiranya kebersihan ditahap
tidak memuaskan.

7.Pihak peniaga juga diminta mengutamakan keselamatan diri sendiri dan pengunjung bagi
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

8. Segala promosi, publisiti dan penyediaan kupon akan dilaksanakan oleh pihak penganjur

9. Pihak peniaga boleh membuat lawatan tapak sehari sebelum hari kantin dilaksanakan.

Saya ________________________________________________ adalah dengan ini


telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur serta bersetuju untuk turut serta dalam Jualan Hari Keusahawanan SK Jalan
Gurney (1).

Tandatangan Wakil Penganjur,


Tandatangan Peniaga,
__________________________
________________________
Nama : _______________________ Nama :

No Kad Pengenalan :____________________

Anda mungkin juga menyukai