Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Dihormati
SI Johari Bin Abdulah & Koperal Zainal Bin Saad
Wakil pegawai polis dari IPD Wangsa Maju

Yang Berusaha en Azman Bin Haji Mohamad Razali


Guru Besar sk jalan gurney (1)

Penolong-penolong kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
dapat berhimpun dalam Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid Sk Jalan Gurney 1 bagi
tahun 2016.
Untuk pengetahuan hadirin, watikah pelantikan hari ini diberikan kepada daripada
pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya dan ketua kelas serta penolong ketua
kelas..

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap
kepimpinan penting di sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul
oleh mereka.

Para hadirin sekalian,


Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya
mendapat keberkatan daripada Allah jua.

Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan adik zul
ikmal hakim bagi memimpin bacaan
Dipersilakan…
Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih adik zul ikmal hakim di atas bacaan doa itu
tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan …

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Azman Bin Hj Mohamad


Razali, Guru besar sk jalan gurney 1 bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan …


(ucapan aluan Pengetua)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan guru besar atas
ucapan alu-aluan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang akan disampaikan oleh SI Juhari Bin
Abdulah. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada SI Juhari bin Abdullah atas ceramah yang
disampaikan sebentar tadi. Moga dengan ceramah itu tadi dapatlah para pemimpin
murid sekalian mendapat pedoman dalam melaksanakan tugas nanti.

Majlis diteruskan lagi dengan watikah pelantikan untuk ketua kelas, pembimbing
rakan sebaya dan pengawas sekolah. Untuk itu majlis mempersilakan Koperal
Zainal Bin Saad diiringi tuan guru besar en Azman bin hj mohamad razali bagi
menyampaikan watikah tersebut. Dipersilakan

Bagi ketua kelas dijemput wakil ketua kelas dari tahun 6,


diikuti wakil ketua kelas tahun 5, seterusnya wakil ketua kelas tahun 4,diikuti oleh
wakil ketua kelas tahun 3, seterusnya wakil ketua kelas bagi tahun 2 dan diakhiri
oleh wakil ketua kelas tahun 1

Untuk pembimbing rakan sebaya pula dijemputnya wakilnya adik aina Syazwina bt
Jeffri Sem.
Seterusnya bagi pengawas sekolah, dijemput wakilnya adik Muaz zikry bin mohd
lizam bagi menerima watikah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Koperal Zainal Bin Saad kerana sudi
menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar. Bacaan ikrar ini dimulai oleh ikrar pembimbing rakan
sebaya Sk Jalan gurney 1 bagi sesi 2016. Dipersilakan

Seterusnya adalah ikrar bagi pengawas sk jalan gurney 1 sesi 2016. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan pembimbing rakan sebaya dan
pengawas sekolah itu tadi. Moga dengan ikrar yang dibacakan itu tadi bukan sahaja menjadi
lafaz yang dibaca tetapi yang pastinya akan menjadi pedoman tatkala menjalankan tugas
nanti.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Azman bin haji mohamad
razali, guru besar sk jalan gurney satu diiringi puan zauyah binti mohamad Penolong kanan
hal ehwal murid, bagi menyampaikan cenderamata kepada koperal Zainal Bin Saad.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi…..

Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid SK jalan gurney 1


bagi Tahun 2016. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana
sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Seterusnya majlis mempersilakan koperal Zainal Bin Saad diiringi Yang Berusaha
En Azman bin hj mohamad razali serta barisan pentadbir sekolah untuk menikmati
jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.

Anda mungkin juga menyukai