Anda di halaman 1dari 4

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih


dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan
organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Disamping itu, guru harus
mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai
kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di
antara satu sama lain, Guru juga perlu mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar
pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk
melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum


meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kendungannya.
Guru berperanan menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri
dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran. Guru juga perlu
merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat
penilaian untuk mengenal pasti kelemahan. Ini bertujuan meningkatkan keberkesanan
dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan
mengajar.

1. ANALISIS KURIKULUM:-

1.1 Falsafah

1.2 Rasional

1.3 Objektif

1.4 Isi Kandungan

2. MENENTUKAN KEPERLUAN PELAKSANAAN:-

2.1 Bahan-bahan dan Alatan Pengetahuan

2.2 Kemahiran guru

3. PERANCANGAN PENGAJARAN:-

3.1 Rancangan Pengajaran

3.2 Susunan Bilik Darjah

3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran

3.4 Teknik Mengajar


3.5 Aktiviti Sokongan, Pengayaan dan Pemulihan

4. PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:-

5. PENILAIAN:-

5.1 Kesan Pembelajaran

5.2 Kesan Bahan

5.3 Prestasi Murid

6. KAJIAN SEMULA:-

6.1 Rancangan

6.2 Bahan dan Alatan

6.3 Strategi dan Teknik

Di samping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh
memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-
muridnya. Guru perlu memastikan murid-muridnya juga melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Peranan-peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum boleh digolongkan dalam empat


bidang yang utama iaitu;

1. Peranan Pentafsiran Kurikulum

2. Peranan Merancang Kurikulum

3. Peranan Melaksanakan Kurikulum

4. Peranan Menilai dan Mengubahsuai Kurikulum


Salam sejahtera. Melalui pembacaan, saya dapati bahawa pengembangan kurikulum
adalah harus mengacu pada sebuah kerangka umum yang menjadi tuntutan sesuatu
penduduk. Ianya jua merangkumi elemen yang merangkumi implementasi
kurikulum, evaluasi kurikulum, jangkaan masa hadapan asumsi, tujuan
pengembangan kurikulum, penilaian, konten kurikulum dan sumber materi
kurikulum.

Menurut Kamus Dwibahasa (1992), perkataan ' kurikulum' bermaksud sebagai bidang
pelajaran di sekolah.

Guru merupakan salah satu faktor penting dalam implementasi kurikulum. Kurikulum
sekolah merupakan suatu rancangan yang merangkumi aktiviti-aktiviti akademik.
Berdasarkan maklumat ini dapatlah kita ketahui bahawa kurikulum sekolah boleh
dikategorikan kepada empat komponen iaitu objektif-objektif kurikulum, kandungan
kurikulum termasuk sukatan pelajaran, aktiviti-aktiviti pengajaran dan proses
penilaian kurikulum.

Bagi memastikan perkembangan kurikulum dapat dijalankan dengan baik dan


berkesan, maka guru amatlah memainkan peranan yang penting. Ini adalah kerana

Guru merupakan salah satu faktor penting dalam implementasi kurikulum. Guru
memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum.

Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar
untuk dicapai.

Komitmen guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi di bilik darjah juga


mempengaruhi sejauh mana penglibatan guru secara total sebagai agen transformasi
kurikulum.

Guru adalah orang yang begitu penting dalam perkembangan kurikulum.


Sebenarnya kurikulum adalah dirancang, digubal dan dibina oleh sekumpulan guru
tertentu.

Ini adalah kerana guru adalah insan yang paling memahami dan mengetahui
kehendak dan kesesuaian skop bahan atau isi pengajaran yang perlu disampaikan
kepada murid-murid. Setelah membina kurikulum, guru perlu merancang proses P&P
berdasarkan kurikulum yang dibina.

Anda mungkin juga menyukai