Anda di halaman 1dari 10

1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

 Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.


 PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem
pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem
pendidikan terbaik di dunia
 Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan
Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200
memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM
 Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan
dalam pembangunan PPPM
 Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang
perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang
 

2. Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?
 Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara
 Public engagement dengan rakyat – input digunakan dalam pembangunan pelan
 Policy statement, strategic and operations
 Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21
– memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM
iaitupengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk
menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional,etika dan
kerohanian
 

3. Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh


kerajaan untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?
 Membentuk 1Agenda Kementerian – 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan
dalam Tiga Gelombang sehingga 2025.
 25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada
hujung tahun ini.
 Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif ini
dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.
 6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah telah
dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4
Bangi, Bandar Baru Bangi.
 Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat
diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3; 1,608
sekolah yang memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.
 

4. Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?


 Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM.  Kajian
menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa 100 hari
merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.
 Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan 5.5 juta
pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang.  Kita perlu
memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.
 Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan selepas
PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian Kementerian,
selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam
secara langsung.
 

5. Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?
 Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah dikenal pasti
untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapaioutcome yang dihasratkan,
terutama dalam bidang-bidang kritikal.
 Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha secara
bersepadu dari pada semua pihak adalah penting.  Sebagai contoh, Kementerian melalui
Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara
meluas telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari
2013 dalam usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing.
 Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1)
Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana.  Di sekolah tersebut
ibu bapa juga membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di
sekolah tersebut yang boleh ditayangkan)
 Di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas semakin cantik dengan kemas berkat
sokongan ibu bapa, dan apabila murid mula menjaga kebersihan kelas, lama kelamaan ia
menjadi satu budaya kepada murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat
kondusif kepada proses pembelajaran.
 Kementerian juga berusaha untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan kepada sekolah.  Justeru, Kementerian berusaha untuk mengupayakan JPN,
PPD dan pemimpin sekolah untuk mengubah paradigma dan melihat diri mereka bukan
hanya sebagai pengoperasi sesuatu dasar Kementerian tetapi sebagai pemikir dan
penggerak kepada transformasi itu sendiri.
 Di  bawah  Anjakan  6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian akan
mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan
dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah
memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan
Sarawak.
 

6. Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam
menjalankan tugas sebenar mereka iaitu mendidik?
 Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras
guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan keberkesanan pengajaran
mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang 1
bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.
o Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan
pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan data.
Tiga pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman awal: Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan
keputusan murid dari pada peperiksaan semester berasaskan sekolah; Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk
memantau keputusan PBS dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang
mengandungi data murid. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan
berulang bagi data yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu
ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula keperluan
menyediakan pendokumentasian dan laporan terkini (sebagai contoh, keperluan
untuk pensijilan ISO) bagi mengenal pasti bidang untuk diseragamkan.
o Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di
sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid. Kaedah yang
dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula
guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen.
Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid
bagi setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian antarabangsa
yang menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada
pencapaian murid, berbanding kualiti guru. Kementerian sedang membuat
penelitian untuk menyediakan setiap sekolah dengan sekurang-kurangnya satu
pegawai pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan  di Melaka dan jika didapati
berjaya, ia akan diperluaskan keseluruh negara.
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA-sumber Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar


bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.
4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan


sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai